"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 7, 2017

Murtabak Raja.....Serunding Daging.





Saya tahu Murtabak Raja amat sedap dan mantap rasanya. Saya sudah beberapa kali dihadiahkan kekawan yang balik dari Kelantan dalam lawatan kerja atau makan angin.

Seminggu dulu saya berpeluang ketempat membuat Murtabak Raja ini dalam rangka lawatan Koperasi berjaya di Kelantan dan Trengganu yang dianjurkan oleh SKM, Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

Ditakdirkan hari itu hujan lebat dan jadual lawatan agak tergendalan dan bila kami sampai di sana acara penerangan sudah terlepas. Saya difahamkan begitu.






Tetap kamii dibenarkan melihat-lihat proses membuat Murtabak tersebut. Agak teruja saya melihatnya kerana jelas tempat pengeluaran itu 
bersih dan teratur. Pekerja-pekerja juga kelihatan bersih 
dan nampak professional menjalankan tugasnya.
 Saya perhatikan sebahagin proses sudah menggunakan 
alat teknologi moden tetapi sayangnya tiada siapa yang memberi
 penerangan penuh pada kami.

Walauapa pun budaya Melayu yang pemurah, kami di hidangkan murtabak untuk menjamah dan merasai sendiri kualiti pengeluaran yang tinggi dan sememangnya tidak menghairankan 
Koperasi mereka berjaya.


Kami akhiri dengan sebahagian kami berfoto bersama.


Dan saya aambil kesempatan berfoto dengan Supervisor
 yang bertugas waktu itu.
Beliau berdiri di tengah-tengah dan amat baik penampelan dirinya.


Kemudian kami meredah Hujan lebat untuk melawat tempat 
membuat Daging Serunding.


Dalam hujan kami berkejaran ketempat ini dan saya 
rakam foto partner saya.

Seperti saya jangka tiada supervisor menanti kami untuk penerangan.
Maka kami melihat-lihat sendiri.
Pekerja yang ada menerangkan mereka menggunkan periok besar dengan kuasa elektrik seperti di bawah ini. Tidak lagi menggunak tenaga manusia. Mereka hanya menentukan
masa yang sesuai dan boleh menyambil kerja yang lain.
Wah....mudah sekali.




Kelihatan kuali-kuali lama tidak digunakan lagi.
Atau digunakan diwaktu-waktu tertentu sahaja.

Walaubagai mana pun, di rumah sebelah seorang wanita yang sudah agak tua masih membuat serunding dengan menggunakan kayu api.
Kata teman saya hasilnya sama sedapnya. Mungkin cuma memakan masa yang lama sedkit dan tenaga yang kuat.
Pastinya Allah mengukur usaha mereka berlainan.



Maka kami hanya sibuk mengambil kesempatan membeli serunding
yang sudah sedia untuk dijual. Laris sekali. Rm60 sekilo untuk
 daging lembu yang segar.

Tidak ada cerita yang luar biasa disini .
Mungkin kami terlau sibuk mengurus diri dalam hujan.
Hujan itu Rahmat jika dilihat dengn mata hati.


........

Wednesday, December 6, 2017

Apa ada pada Koperasi......







Saya bercerita sebelum ini bahawa saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Trengganu dan meredah banjir demi kemajuan koperasi.
Saya ditanya keluarga apa itu koperasi. Saya katakan ia adalah pakatan kerjasama ahli dalam satu kumpulan untuk memajukan sesebuah organisasi berasaskan kumpulan modal bersama. 
Saya melibatkan diri dalam hal koperasi ini tanpa memahami sepenuhnya perihal koperasi. Saya hanya ikut ikutan dan saya bergantung pada Partner saya dalam membangunkan Koperasi Subur Fitrah.
Walau bagaimanapun saya turukan di sini sedikit maklumat dari google secara sepintas lalu.


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).
Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama ( The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Objektif utama adalah;

  •  Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah     pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
  •  Mengalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mampan; dan;
  •  Mengekalkan keyakinan dalam gerakan koperasi.

Berasaskan ilmu yang terhad saya catat sedikit nota dan rakam apa yang saya termampu di bawah ini.


Ini kumpulan yang sentiasa nampak seronok membuat lawatan.
Kami menggenakan dua bas sekolah untuk tujuan ini.




Yang sedang memberi penerangan itu ialah
 CEO DIVA BEE ENTERPRISE.
Penerangannya termasuk projek kecantikan yang 
berasaskan madu Kelulut.



Ini expo kecil barangan yang dipasarkan.
Koperasi ini dikira antara yang berjaya dirantau ini.



Ini sebahagian rumah kelulut yang kami diberi penerangan sedikit


Boleh rujuk mereka di atas ini jika berminat.



Kami berjalan pantas  lebih kurang 200 meters dalam hujun grimis 
menuju tempat tertara di atas ini.


Itu sedikit mengenai KELULUT di Tumpat.
Pada awal paginya kami ke Pengkalan Chepa untuk ke USM.
Di bawah ini sedikit foto di USM, merakam detik-detik bersejarah dalam mencari Ilmu.



Kumpulan kami diberi penerangan lhampir sejam lamanya.
Maklumat yang teratur dan berguna bagi kami mencontohinya.


Kumpulan kami terdiri dari 80 orang peserta dari berbagai
jenis koperasi di negeri Johor.


Koperasi di USM sudah lama tertubuh.
Mereka berjaya dan membawa banyak keuntungan untuk ahlinya yang 
majoritinya terdiri dan kakitangan dan staf USM itu sendiri.
Mereka tidak ada masaalah dengan bilangan ahli dn tidak ada masaalah
 dengan hal-hal pencaruman kewangan.


Saya dan partner terlewat masuk dewan dan duduk di belakang sahaja.
Kampus USM amat besar dan luas dan jika tercicir amat sulit
mencari arah tujuan.


Setelah tamat taklimat kami dibawa melawat projek yang ada di kampus itu sendiri. Antaranya ia ada projek KOPITIAM, Department store, Projek berdikari untuk OKU
dan ada lagi yang saya tidak tercatat.
Projek di luar kampus tidak dapat dilawati dalam masa yang terhad.


Saya masih terpinga-pinga mengenai hal KOPERASI. Apatah lagi jika saya
 cuba fikir-fikir bersekali dengan projek INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA ( IKS )
jika di banding dengan Koperasi yang sudah berdaya maju. Keduanya 
ditubuh di bawah undang-undang yang berlainan.
Tetapi bagi saya dari akar umbi orang diperinkat kampung yang mahu 
maju melihatnya sebagai suatu yang tidak mudah untuk difahami 
dan kemudian dipatuhi.


Tidak kah ada cara yang lebih mudah untuk peringkat bahawan yang tiada sumber modal yang besar dan segera mencari jalan membantu diri.
Saya masih terpinga-pinga.


........

Monday, December 4, 2017

Seperti senghaja mengejar banjir.....






Hujung tahun memang musim hujan ribut, Northeast Monsoon. Teringat belajar geography dulu. Tapi saya dan 2/3 kawan dari Pra Sekolah SmarTop Subur Fitrah menyertai rombongan kumpulan Koperasi yang sudah wujud pergi ke Trengganu dan Kelantan sebagai lawatan sambil belajar yang di kendali oleh wakil pegawai-pegawai SKM (Surunjaya Koperasi Malaysia). Tujuan lawatan amat baik tetapi cuaca tidak memberi kerjasama.

Kami pergi naik bas sekolah. Satu pengalaman yang seronok tetapi agak memenatkan bagi kami. Di atas saya rakam dua teman saya yang pergi sama. Kos lawatan bagi diri tidak mahal. Hanya rm200 seorang untuk 2 malam. (dari 26 hingga 29 Nov 2017.) Malam pertama kami tidur atas bas. Saya tersenyum di hati teringatkan pergi semasa rombongan sekolah dahulu. Tetapi demi mahu menambah Ilmu bagaimana setengah KOPERASI boleh berjaya, maka saya akur. Menghambat kejayaan memerlukan pengorbanan.








Ini antara foto yang teteman kirim lalu whatsapp sehari selepas kami di sana. Semasa di sana kami tidak nampak banjir seperti itu. Kecil-kecilan sahaja. Hujan sentiasa lebat. Tetapi kami terus juga dengan program yang diaturkan. Kami tidak dapat pergi kesemuanya kerana tergendala oleh cuaca buruk dan jalan-jalan licin dan kenderaan tidak boleh laju.




Kami ke sini dalam hujan lebat, Tumpat Kelantan. Tetapi saya sempat rakam foto di bawah ini yang menunjukan paras banjir pada tahun 2014. Ketinggian suami saya jadi ukuran. Di belakang itu air sudah mula naik. 





Dalam hati saya rasa agak khuatir juga kerana ada kemungkinan kami terpaksa memendekan program. Itu tidak jadi masaalah besar......saya takut menghadapi banjir.


Di mana jua kami dapat berteduh dari hujan, kami berteduh. Dan kami sembang santai menunggu bas untuk balik ke Hotel. Antara tempat kami berteduh ialah di pondok tepi jalan yang ada kain rentang Pakatan Harapan. Saya rakam foto di atas kerana teruja seolah-olah kami sedang mendengari ceramah Pakatan Harapan. Sebenarnya kami berteduh hujan.

Seronok juga melalui peristiwa ini. Ada yang memberi pendapat politik terkini tetapi ramai yang senyap sahaja.....khuatir dituduh belot agaknya kerana program ini dianggotai peserta Koperasi semuanya dari Johor. Saya senyum riang berfikiran berbagai-bagai. Hujan membawa peristiwa........ 





Semasa di Rantau Panjang kami sudah diberi amaran komplex itu akan ditutup bila-bila masa sahaja. Semua peserta ambil kesempatan shopping walaupun dalam hujan lebat.

Lihat kami berdua basah kuyup tetapi terus juga shopping. Bukan selalu ke Rantau Panjang. Malam itu kami diminta berjaga-jaga kerana bila dikeluarkan amaran, kami mesti tinggalkan Kota Bahru.

Alhamdulillah.....
Masih boleh tidur lenyak. Hilang takut banjir kerana terlalu kepenatan.



Esuknya selepas Subuh kami bergegas mengangakt barangan naik bas untuk meninggalkan Kota Bahru ke arah Kuala Trengganu.

Alhamdulillah rasa lega dapat keluar dari kawasan banjir.
Saya sambung lagi cerita saya nanti......insyaAllah.


........

Sunday, December 3, 2017

Teteman Sri Langka memperluas silaturrahim....




Peristiwa di Tangkak bertali-tali. Selepas kesibukan Ihtifal di SmarTop, kenalan baru saya suami isteri dari Sri Langka datang ziarah Partner saya dan kami bawa dia melawat beberapa tempat menarik di Tangkak. Sebelum itu kami makan tengah hari bersama. Juadah hidangan dibawa oleh teman kami brother Raheem dan sister Murshidh. Mereka bawa nasi dan kari ikan cara masakan Sri Langka.

Sungguh enak.....alhamdulillah.
Kami pernah Ke Colombo beberapa tahun dulu bersabit dengan kerja-kerja NGO berkaitan dengan memberi sedikit bantuan teknikal kerja seni tangan pada Ibu-ibu  Tunggal. Orang Islam adalah minoriti di sana dan agama rasmi adalah agama Buddha.

Maka saya amat teruja dapat kenalan baru dari sana yang beragama Islam. Mereka telah tinggal lama di Malaysia kerana suaminya bekerja sebagai pensyarah di University Islam Antarabangsa. Kini mereka sdang memohon menjadi penduduk kekal dan semoga mereka berjaya.



Kami melawat ke kaki Gunung Ledang, tetapi tidak sempat
menjelajah masuk kerana kekurangan masa.




Pepohon menghijau indah dan sejuk dipandang. Saya pernah
 masuk ke dalam pada lawatan dua tahun dulu. 
Siapa yang ingin ke sini perlu kuat tenaga untuk berjalan.

Kami bawa mereka juga ke Pasar Fama di Bukit Gambir.
Kami membeli makanan ringan dan kemudian duduk sembang santai minum kopi dan makan roti canai yang terkenal di tempat itu.



Inilah cara orang dewasa tua mera'i tetamu.
Bukan di gedong-gedong besar kerana tetamu kami 
sudah biasa budaya itu.
Kami bercerita masaalah hidup orang Islam minoriti di Sri Langka dan mereka cerita sedikit saudara mereka yang terbunuh semasa perang saudara di sana.
Tidaklah kami bercerita panjang kerana banyak yang sensitif.
Kami cerita hal perniagaan kecil di Malaysia.
Kami agak terkejut juga kerana mereka mendengari berita politik dan ekonomi di negara kita Malaysia sekarang ini. Terasa malu juga sedikit di hati dan kami tukar topik perbiincangan.


Pada petangnya kami ke Muar untuk bertemu kawan baiknya yang tinggal di Muar. Sebentar sahaja kami di rumahnya petang itu dan 
kemudian ke Masjid untuk 
Solat Maghrib. Selepas solat kami di jamu makan malam
 di RUMAH SUP (Soup House) yang terkenal di Muar.


Teman kenalan baru ini ialah Dr Sallehuddin seperti 
foto di atas di hadapan sekali.
(maaf kamera kurang memmuaskan. Rupa beliau tidak jelas).
Beliau pegawi penting di Hospital Besar Muar.
Semasa makan Dr Sallehuddin bercerita gaya hidup orang
 Melayu Islam amnya
dan di Muar khususnya. Seronok dan terpukau
 mendengari ceritanya.
Banyak yang boleh dibuat iktibar terutamanya jika kita antara 
orang-orang yang sakit yang memerlukan rawatan rapi.
Walaupun cerita pasal sakit, itu tidak membuat kami takut memilih makanan yang sedap luar biasa di Rumah Sup itu. Sup ekor kambing sudah pasti. Alhamdulillah.

Kami dipekenalkan juga dengan tuan punya restoran itu. Masih muda dalam awal 40an. Nampak bijak mengatakan sesuatu dan amat peramah.
Walaupun tidak sangat besar keluasan restoran itu, tetapi beliau pastikan ada surau kecil. Katanya beliau amat
pentingkan solat awal waktu.
Alhamdulillah. Dia seorang pengusaha yang amat peka dengan kehendak Islam. Beliau bertutur 4 bahasa, Urdu, Tamil,
 Melayu, dan Inggeris.
Syabas, boleh dicontohi.....
Maka luaslah silaturrahim antara kami.




Selepas makan Dr Sallehuddun  membawa kami melihat-lihat 
bisness di Uptowan Muar.
Berbagai jualan makanan dan  pakaian dan berbagai lagi.
Suatu yang beza buat saya kerana diUmur ini saya tidak 
lagi menyusuri tempat 
jualan seperti ini. Sudah kurang tenaga dan saya
 kenalah buat pilihan yang sesuai dengan diri.



Ini kumpulan kecil kami. Dr Sallehuddin dengan kain pelikat sahaja. 
Amat senang didampingi
kerana tidak banyak formaliti. Saya seronok mendengari
 ceria-cerita dan lawak santainya.
Beliau berfikiran matang  dan cerita-ceritanya mendamaikan hati.

Begitulah antara cerita silaturrahim yang dibawa oleh 
brother Raheem orang Sri Langka.
Mereka berdua boleh bercakap Urdu dan Tamil.
Bahasa lainnya ialah Melayu, Arab dan Inggeris. Sungguh 
menakjubkan saya kerana saya hanya boleh Melayu dan Inggeris. 
Sudah lama belajar bahasa Arab tetapi belum dapat menguasainya.
Bila saya kata saya boleh cakap Jawa, biasanya kekawan akan gelakan saya.
Ini satu lumrah berkawan. Saya tetap tertawa riang.

PM Najib kata dia Pahlawan Bugis. Saya kata saya Jawa tulin dan arwah bapak saya dari Pasentren di Solo. Tetapi hakikatnya kita
 semua orang Malaysia. Tidak perlu lagi
heboh keturunan. Kalau baik, tetap baik....siapa jua
 dan di mana jua.
Allah maha mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.

Maka Silaturrahim itu bukan setakat boleh bersembang-sembang, boleh berjenaka gelak ketawa, boleh makan bersama
 dan lain-lian sepertinya.
Silaturrahim adalah hakikat yang lebih mendalam. Dengan talian silaturrahim, kita boleh berkongsi apa yang sewajarnya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 
Boleh berkorban apa jua. Tidak hanya mementingkan diri sendiri.

Dari Sri Langka atau dari mana jua, dengan aqidah yang sama
kita bersaudara. Jika aqidah tidak sama, 
rasa hormat menghormat pastikan ada.
Kita jemput sahaja mereka bersama. Mengenali yang maha Esa. Kerana itu yang membuat kita istimewa di alam ini 
dan di alam sana.


Semoga Allah sentiasa bersama.


.......

Saturday, December 2, 2017

IHTIFAL di sana sini.....






Akhir November sememangnya waktu sibuk bagi keluarga dan anak-anak yang masih di peringkat Pra Sekolah. Lagi sibuk ialah pihak pengurusan sekolah kerana banyak tanggong jawab yang harius disiapkan sebelum majlis Ihtifal dapat dijalankan. Guru-guru harus membuat penilaian murid untuk dibincang bersama ibu bapa dan kena pula menyediakan program khas untuk majlis Ihtifal.

Buat saya sendiri, saya terlibat dengan Ihtifal KAFAI, iaitu mereka yang dalam peringkat sekolah Fardhu Ain peringkat rendah. Saya terlibat kerana saya duduk  dalam Jawatankuasa kecil Pendidikan dalam NGO PAKATAN, (Pakatan Kebajikan Islam Kg Tunku) Petaling Jaya. Saya tidak mengambil peranna penting tetapi merasai juga kesibukannya.

Foto di atas adalah persembahan anak-anak KAFAI Kg Tunku yang diadakan pada 19 November 2017. Saya seronok melihat kebolihan mereka dan semoga mereka akan terus berjaya. Cuma saya kurang puas hati dengan peruntukan yang di khaskan untuk program ini dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Rata-rata saya lihat di sana sini peruntukan kerajaan dalam sektor ini sememangnya tidak memuaskan dan skolah dan ibu bapa smestinya membuat sumbangan yang banyak jika mahu meraih kejayaan. Negara kita kaya tetapi rakyat tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

Tidak mengapa....usaha harus berterusan

Kemudian saya ke Tangkak Johor untuk Majlis Ihtifal Pra Sekolah SmarTop Subur Fitrah pada 24 November 2017. Saya adalah Ahli Lembaga Pengelola dan Pra sekolah ini mendapat sedikit bantuan sekali sahaja sepanjang usia. Kami ahli Lembaga Redha dan berusaha sendiri untuk mencapi misi dan visi yang kami tentukan. Kami tidak mengambil apa -apa keuntungan. (This is a non profit organization).

Kami tidak mengenakan yuran yang tinggi demi kemampuan penduduk yang tidak semewah mereka yang di bandar-bandar besar. Pengumpulan dana menjadi tanggongjawab besar  dan alhamdulillah Allah membantu lebih dari cukup. Kami bersyukur Allah memberi tenaga dan kebijaksanaan untuk berusaha penoh dengan keyakinan bahawa dalam kesusahan ada kesenanagn.





Di sini saya turunkan foto-foto yang saya rakam semasa majlis 
IHTIFAL SmarTop.
Ini sebahagian dari acara yang kami jalankan.




Kelihatan saya dan partner saya di baris hadapan.
 Di kiri sekali Guru Besar.
Izzah namanya. Saya meriba anak kecilnya.
Begitulah majlis peringkat sekolah persendirian. Tidak banyak fomrmality.


Di kiri sekali ialah Ybhg Dato Safaruddin, Pengerusi Lembaga Pengelola.
Di kirinya En Dzulkifly, Pengerusi Parents/Teachers Support Group yang dengan semngat sukarela membantu pengurusan SmarTop.



Ini sbahagian ibu bapa dan keluarga yang hadir.




kaum bapa yang bersemangat merakam peristiwa kebolihn
 anak-anak mereka.




Ini untuk anak yang khusus. Saya turunkan satu sahaja.
Ibu bapa nampak teruja. Saya juga seronok dan teruja melihat
kebolihan dan bakat anak-anak.







Ini barisan anak-anak yang "graduate" dari SmarTop.
Tahun 2018 mereka akan berada di Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan.
Semoga usaha kami Allah terima sebagai amal soleh
dan bertemu semula dengan anak-anak didik ini di Jannatul Firdaus dengan Rahmat Allah jua.

.....

Yang ini lain pula.
Ini cucu saya yang Majlis Ihtifalnya dihadiri hanya oleh Ibnya. Ayahnya berurusan yang tidak dapat digantikan.




Cucu saya Mohammad Aqil yang belajar di PASTI
Precint 15, Putrajaya.
Semoga Aqil dan anak-anak didik dimana jua akan menjadi anak yang Soleh dan Cemerlang dalam semua bidang dan lapangan.
Aamiin ya Rabb...


......
Related Posts with Thumbnails