"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 26, 2018

Brain to Brain to Ruh.....as Cutting Edge





Alhamdulillah kini ( berlatar-belakangkan perkembangan dalam dan luar negeri) saya banyak terdorong untuk beringat-ingat. Maka hari ini dengan rasa insaf saya ingin kongsikan sebuah ingatan...... sebuah ingatan mengenai dasar dan sistem pendidikan negara.

Semasa bekerja di Kementerian pendidikan di bawah Allahyarham YB Tan Sri Dr Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan ketika itu, saya sering naik ke pejabat pegawai khasnya yang juga merupakan teman akrab untuk berbicang santai mengenai apa yang berlaku dalam negara ketika itu dan apa peranan Kementerian Pendidikan mengenainya.Namun maaf saya katakan. Saya ini seperti "busy body" dan suka masuk campur tanpa diundang. 

Ketika itu saya berumur lewat tigapuluhan dan suka "ambil tahu kerja orang". Ilmu didada amat sedikit, tetapi saya sentiasa suka melihat perubahan..... saya bekerja selama 20 tahun di Kementerian itu dan rasa amat teruja dan sentimental bila ada bicara mengenai pendidikan.

Perubahan yang saya ingin kongsikan mengenai ingatan saya ialah berkaitan dengan Perancangan Pembangunan Kurikulum yang lebih inklusif dan terutamanya saya ingin melihat dasar Pengajaran dan Pembelajaran itu berkisar atas ruang lingkup Paradigma Tauhid.

Hari ini YB Menteri Pendidikan yang baru, Dr Maszlee Malik telah melakarkan pembaharuan yang akan dilaksana di negara tercinta Malaysia ini. Saya rasa terharu mendengari kata-katanya melalui beberapa saluran media awam dan media sosial dan berdoa semoga beliau Allah kurnia Ilmu, kebijaksanaan Iman dan Taqwa. Ramai juga ahli masyarakat yang memberi pandangan itu dan ini dari berbagai sudut dan kepentingan. Saya pilih untuk lihat dan dengar kerana apa jua perubahan positif akan mengambil masa. Kata pepatah Inggeris "Rome was not built in a day".

Saya mengikuti mana yang boleh akan penambahbaikan dan pembaharuan yang akan dibawa oleh Dr Maszlee. Kita tidak boleh duduk ditahap yang kita ada sekarang. Terlalu banyak cabaran dan kepincangan yang harus ditangani dengan penuh bijaksana. Saya katakan demikian ialah kerana kita bukan sahaja mahu anak-anak kita bijak dan cemerlang dalam ilmu akademik tetapi mereka harus juga mencapai kemahiran dan keterampilan yang diasaskan atas Ilmu yang Benar. Orang yang belum Islam tidak akan marah mengenai matlamat ini asalkan sahaja kita adil dalam proses kita membangunkan sistem pendidikan yang mengambil kira "kepentingan" berbagai kaum yang ada. Saya yakin Dr Maszlee amat peka dan menghayati hakikat ini dan lebih luas dari apa yang saya sebutkan.......



Sulaiman7.jpg (67073 bytes)
                                   Teringatkan seorang Menteri yang berwibawa.

Sehubungan itu saya ingin catat ingatan suatu hari (imbasan waktu lalu) dimana  saya "beberborak bicara" dengan pegawai khas YB Tan Sri Dr Sulaiman Daud di pejabatnya. Apabila beliau bertanya apa yang saya "hebohkan", saya katakan terus terang padanya bahawa kami "berangan-angan" bagaimana hendak memperakukan sistem pendidikan yang dapat membawa kita melebihi sistem lain yang ada di luar sana terutmanya sistem yang ada di negara-negara yang termaju di dunia. Walaubagaimana pun kita tentunya mahukan sistem mengikut acuan kita sendiri tapi boleh  merentasi sistem yang sudah terkenal. Kita harus kuat dalam Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah supaya kejayaan hidup kita jadi seimbang untuk kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

Tidak lama kami berbicang santai dan apa yang saya ingin katakan, saya katakan dengan terus terang padanya. Saya katakan sistem yang hanya membina minda tidak akan membawa kita dekat pada Allah. Dan kita tidak akan dapat bersaing dengn negara maju kerana mereka sudah jauh meninggalkan kita.  Maka saya kata: "Brain to Brain we will only equal to them, at best. But it is Brain to Brain to Ruh that will give us the cutting edge." Kita akan capai Par Excellence....di sisi Allah.

Sudah pun terbukti dalam sejarah kegemilangan Islam. Sarjana sains yang terkemuka di dunia dan lain-lain disiplin Ilmu adalah mereka yang beragama Islam.... Ibnu Sina, Ibnu Rushd dan lain-lain lagi. Lihat di sini untuk butiran lanjut. 

AlQuran sudah menyebut keistimewaan mereka yang bersungguh-sungguh mencari ILMU.
Kalau kita beriman dan bertaqwa, Allah akan kurni Ilmu bukan sahaja hasil dari usaha kita mencarinya melalu pemerhatian dan penyelidikan dan lain-lain, tetapi Allah akan  kurnia terus melalui cara yang Allah sahaja yang tahu. Pada mereka yang Allah kurnia, mereka merasakan seperti suatu Ilham dan lain-lain wasilah yang "misteri". Bagi kita yang belum terpaut pada Allah sepenuhnya akan merasakan proses ini amat asing.


Antara ayat-ayat Quran yang berkaitan adalah seperti berikut:

A069
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-'Ankabuut 29:69) | 



A113
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
(Taha 20:113) | 


A065
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
(Al-Kahfi 18:65) |


Saya semak ayat-ayat alQuran itu seperti tercatat dalam blog di bawah ini mengenai Ilmu Laduni, iaitu Ilmu yang Allah kurnia. Blog yang tercatat di bawah ini secara langsung melalui Ilham yang tersendiri. Dengan Ilmu Laduni inilah Ilmuan Islam mendapat keistimewaan yang merentasi zaman dan keadaan sosial. Imam-Imam Mazhab adalah juga mereka yang mendapat Ilmu Laduni. Tanpa kemudahan IT menulis, mencatat dan membuat penyelidikan seperti di zaman ini, mereka dapat menghasilkan Ilmu yang luas dan mendalam  yang hingga sekarang tidak dapat di tandingi.

Maka saya yakin hanya fakta Brain to Brain to Ruh sahaja yang dapat melonjakan kedudukan orang Muslim Mukmin dalam semua bidang ke tahap yang Par Excellence......

Dalam senario yang sebegini lah ramai ibu bapa  yang berada dalam dilemma bagimana mahu memilih sistem pendidikan yang dapat memenuhi serampang dua mata. Inilah saya rasa yang memeningkan para bijak pandai dalam dunia pendidikan. Tetapi jika kita pegang pada satu hakikat yang disebut dalam alQuran Surah al Luqman pemikiran kita akan menjadi lebih fokus dan apa jua sistem yang difikir untuk dilaksana akhirnya harus membawa kita pulang ke pangkuan Allah.(Asas akhlak yang unggul....Jangan mensyirikan Allah).

A013
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Luqman 31:13) | 

Bagaimana ye?......

Saya tidak mampu menggariskan bagaimana.
Semoga mereka yang diberi peluang dalam pentadbiran negara dapat memikir dan melaksana suatu yang terbaik di sisiNYA.
Semoga Allah menunjuki jalan.


Sampai di sini dahulu. Maaf jika catatan kurang sempurna.
Saya hanya ingin kongsi rasa teruja denga perancangan Dr Maszlee. 
Seperti ingin aktif semula dalam dunia pendidikan.
Semoga Allah memberi laluan. Aamiin.....

.......




https://salafytobat.wordpress.com/2008/09/09/menjawab-fitnah-wahaby-1-ilmu-laduni-ilmu-mauhub/


Di bawah ini juga rujukan hadith. Saya buakan ahli yang dapat berhujah lanjut mengenainya.
B. Hadits-hadits tentang ilmu mauhub/laduni
1.        Hadits Bukhari -Muslim :
“Dahulu ada beberapa orang dari umat-umat sebelum kamu yang diberi ilham. Kalaulah ada satu orang dari umatku yang diberi ilham pastilah orang itu Umar.” (Muttafaqun ‘alaihi)
2.        Hadits At Tirmidzi :
“Ini bukan bisikan-bisikan syaithan, tapi ilmu laduni ini merubah firasat seorang mukmin, bukankah firasat seorang mukmin itu benar? Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam: “Hati-hati terhadap firasat seorang mukmin. Karena dengannya ia melihat cahaya Allah”. (H.R At Tirmidzi).
3.        Hadits riwayat Ali bin Abi Thalib Ra:
“Ilmu batin merupakan salah satu rahasia Allah ‘Azza wa Jalla, dan salah satu dari hukum-hukum-Nya yang Allah masukkan kedalam hati hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya”.
4.        Hadits riwayat Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam kitab Al-Hilyah :
Nabi Muhammad Saw. bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa mengikhlashkan dirinya kepada Allah (dalam beribadah) selama 40 hari maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”. (HR. Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam alhilyah).




foto ehsan carian google.

Saturday, July 14, 2018

Rindu karenah si kecil ........






Cerita sedikit berkenaan karenah anak-anak kecil di Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah yng saya bantu urus bersama seorang teman akrab di Tangkak, Johor.
Sejak Februari tahun 2018, saya sudah tidak lagi turun padang dan hanya memantau perkembangan Pra Sekolah itu dari jauh dan dari laporan yang partner saya sampaikan secara berkala.

Rindu rasanya.....

Saya terpaksa berada di Petaling Jaya kerana Suami tidak sihat.

Tidak mengapa....saya cuba pujuk diri sendiri supaya sabar menjalani apa jua laluan hidup mengikut acuan Allah. Maka saya turunkan di sini beberapa foto untuk menghibur hati. 



Foto di atas dirakam semasa di majlis kecil-kecilan sempena menyambut Eidul Fitri 1439. 
Anak-anak kecil bersama guru dan pengasuhnya.


Yang ini foto di Pusat Taska yang bahru kami buka di  Maktab Matrikulasi 
di Tangkak. Pengetuanya sekarang mengurus dua premis.
Saya seronok kerana latihan yang kami berikan membuatnya cekal
 untuk meneroka perkembangan yang baru.



Ini Pengetua kami. Kami panggil ia Izzah. Ia sendiri punya 6 orang anak
dan tugas ini amat mencabar baginya.
Diatas adalah foto bersama anak kecil semasa meneri duit Raya
 dalam majlis Eidul Fitri baru-baru ini.




Di bawah ini foto Kelas Tadika pula.
Guru membawa anak-anak  keluar untuk Tadabbur alam
 melihat pertunjukan Gajah 
yang di anjurkan oleh Majlis Daerah Tangkak.





Membangunankan Tadika dan Taska persendirian  di bandar kecil 
seperti Tangkak bukanlah suatu  tugas yang mudah.
Saya dan partner saya mencubanya sejak 7 tahun yang lalu.
Mula-mula kami sering ulang alik ke Tangkak tetapi sekarang kami 
sudah boleh berharap pada Pengetua yang kami lantik.

Buka seperti di bandar besar Tadika dan Taska kami berasaskan
 kerja sukarela. Kami tidak mengambil untung. Kami kenakan yuran 
yang amat berpatutan untuk semata-mata gaji dan menampung kos 
pengurusan harian dan penyenggaraan.

Sebenarnya tidak mencukupi dan tugas kami ialah untuk mendapatkan dana tambahan dari sumber teteman dan orang ramai jauh dan dekat
 yang suka membantu.
Alhamdulilah.... tidak mewah tetapi mencukupi.
Pertolongan Allah ada di mana-mana.


.........

Friday, July 13, 2018

Just Thinking @ Sekadar Berfikir-fikir





Alhamdulillah, rasa sihat dalam umur yang senja ini. Alhamdulillah rasa damai.

Maka hari ini ruang fikiran menjelajah agak jauh. Terniang-ngiang saranan ahli masyarakat dalam media sosial menyatakan kekhuatiran nanti jika BN tidak berkuasa memerintah negara, Melayu akan menjadi bangsat. 

Dalam umur yang lanjut ini saya sudah tidak memikirkan sangat saya "Melayu" atau saya tulin  "Jawa" kerana saya masih boleh bertutur bahasa Jawa harian. Saya itu sayalah.........
Semasa bapak saya ada, Jawa Klasik pun saya boleh faham. Tetapi kini sudah pupus. Namun saya berkeyakinan dalam apa jua keadaan saya tidak akan jadi bangsat asal sahaja saya ikut nasihat ibu bapa dan berpegang teguh pada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. 

Maka saya tidak begitu ghairah saya ini keturunan apa.

Kebelakangan ini agak ramai ahli dalam masyarakat kita seperti amat takut "Melayu" akan hilang di dunia. Agaknya takut Melayu  akan pupus, bukan setakat bahasanya, tetapi pupus yang total.

Saya teringat sedikit cerita sejarah yang melakarkan bahawa sesetengah kaum itu hilang dari muka bumi ini. Boleh rujuk di sini jika suka. Kaum yang dibinasakan Allah.

Sesuatu kaum itu binasa kerana keingkaran terhadap Allah....... keengakaran yang sudah tidak ada sempadan. Saya yakin jika Melayu benar-benar berakhlak mulia seperti contoh Rasulullah, orang kafir di negara kita ini akan malu, respect dan mungkin takut... ye takut. Tetapi apabila Melayu pemalas, sambil lewa, tidak jujur dan lain-lain sifat yang tidak baik, maka janganlah mengharap supaya bukan Melayu akan kagum dan respect.

Kekadang kita berselindung dibelakang fakta Agama. Maka Agama pun jadi isu untuk marah pada yang bukan Melayu.......

Maka kita juga mempersoalkan mengapa kerajaan PH melantik pegawi-pegawai tinggi yang bukan Melayu dan kafir pula. Dakwaannya pasti ini akan mengganggu gugat kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Kita sentiasa melihat keluar apabila memperkatakan sesuatu masaalah. Jarang sekali kita melihat perihal diri kita sendiri dari dalaman. Yang salah sentiasa orang lain sahaja......
Jika begini masaalah tidak akan selesai.

Senyap-senyap saya berfikir jika kita berusaha kuat untuk "menjemput" bukan Islam menjadi Islam, maka saya rasa kita boleh mendapat kepuasan dan keyakinan yang bertambah hari demi hari bahawa orang bukan Islam tidak akan menzalimi orang Islam......
Mereka tidak akan bersifat sombong dengan kita kerana kita berbaik dengan mereka dan dan memberi kefahaman atas kebaikan Islam melalui contoh diri dan bukan setakat berkata-kata sahaja.

Hari ini dan sekarang ini orang Melayu yang menganiya orang Melayu secara terang-terang. Saya sendiri tidak menyangka bahawa orang Melayu ditipu oleh orang Melayu. Bukankah itu yang kita baca dari media sosial. Saya kurang arief dan betulkan kalau saya silap.

Masaalah di Malaysia kini amat berat dan amat rumit. Maka janganlah mudah tuduh menuduh tanpa melihat dari fakta luaran diri dan fakta dalaman diri sendiri. 

Itu sahaja catatan saya kali ini....
Sekadar berfikir-fikir...
Dan saya insaf atas daya pemikiran saya sendiri kerana kurang Ilmu, kurang pengalman, kurang kebijaksanaan dan amat sedikit Iman dan taqwa. Hanya Ilmu, Iman dan Taqwa sahaja yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan doa yang tidak putus-putus semoga Allah menurunkan Limpah RahmatNya dan menganugerah kita kesejahteraan dunia dan akhirat. 

Aamiin ya Rabb.....


................

Tuesday, July 10, 2018

Making them Parrots @ Tahfiz alQuran....

Download Indian parrot stock photo. Image of garden, feather, park - 9905492

green parrot...foto hisan dari google.

Kebelakangan ini ramai yang saya baca di media sosial yang memeperkatakan sedikit sebanyak mengenai pendapat mereka berkenaan Maahad Tahfiz di Malaysia ini. Ada yang kata institusi ini tidak lagi relevan untuk di teruskan kerana banyak yang sudah "ketinggalan zaman". Ini fahaman saya. Mumgkin maksudnya bukan begitu.

Ada yang kata Maahad Tahfiz ini harus diselaraskan dengan lebih rapi lagi dan lebih sistematik dalam membina kurikulum, pengambilan guru dan staff dan berbagai lagi yang harus di perbetulkan supaya ia menjadi Institusi Pendidikan yang terbaik selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.

Sebenarnya banyak yang harus difikirkan mengenai Maahad Tahfizdi di negara kita ini. Bukan sahaja Maahad Tahfiz secara khusus tetapi juga mengenai pengajian alQuran di Institusi Pendidikan menengah dan Pendidikan Tinggi yang makin hari saya perhatikn semakin popular di kalangan masyarakat kita.

Saya tidak bertujuan untuk bicara panjang lebar mengenainya kerana YB Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Dr Mazlee sudah memberitahu rakyat bahawa Kementerian Pendidikan akan melihat semula dasar pendidikan vis-a-vis Pengajian alQuran supaya ia lebih sistematik, dan kemungkinan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar terjamin dan berbagai hal lain lagi untuk memastikan  pengajian alQuran / Maahd tahfiz ini bukan sahaja relavan dalam konteks pembangunan negara, malahan ia menjadi satu pilihan bukan sahaja dari mereka yang beragama Islam tetapi bagi mereka yang mahu medekati Islam.

Hampir 30 tahun yang lalu semasa saya bekerja di Kementerian Pendidikan saya secara tidak rasmi telah membuka cerita dengan kekawan sealiran mengeni dasar Pendidikan yang mengambil kira hafazan alQuran sebagai salah satu kurikum yang terpilih. Waktu itu idea saya amat kecil dan tidaklah beranai mahu berkata secara terbuka khuatir saya dipersalahkan. Yang saya pegang kuat ketika itu ialah fakta membaca alQuran dengan baik itu adalah suatu yang wajib. Selain itu ia membina kekuatan minda. Jika minda kuat maka pembelajaran subjek lain akan menjadi lebih mudah. Dalam ilmu yang sedikit itu saya menggariskan pada kekawan umur terbaik untuk memulakan pesekolahan supaya hafalan alQuran boleh bermula awal dan tidak menjejaskan perancangan dan perlaksanaan subjek yang lain yang termaktub dalam kurikulum.

Kekawan saya hanya senyum dan saya ingat hingga hari ini apa yang dikatakan oleh seorang kenalan yang berada disamping saya semasa saya bercerita. Katanya: "You nak jadikan dia orang tu Parrots ke? "  
Saya terkejut dan tidak terkata apa-apa sebab dia senior pada saya. Idea saya tamat di situ sahaja. Ketika itu ramai yang belum faham bahawa hafazan al Quran itu  membawa erti dalam konteks pembangunan seorang pelajar. Waktu itu ramai yang belum faham apa itu Islam sebenarnya. Ilmu saya pun amat sedikit dan tidak mampu berhujah.

Secara diam saya rasa sedih berseorangan. Saya dapat merasakan kesedihan itu hingga hari ini. Tetapi saya seronok mendengari misi dan visi YB Menteri Pendidikan yang baru. Semoga Allah mnunjuki jalan dan menurunkan rahmatNya yang tidak terhingga dan Menjadikn Islam Agenda yang tertinggi di negara ini.

Aamiin ya Rabb.....


.........................

Friday, July 6, 2018

Masih dalam Gua.......





Alhamdulillah, saya rasa terus sihat hari ini. Maka apabila 
saya dapat membaca sesuatu di Media Sosial saya terpanggil
 untuk mencelah mencatat sedikit pendapat saya.

Antara yang saya perhati secara rambang tanpa mengenalinya ialah
 apa yang dikatakan oleh penyokong tegar Umno,
 Dt Zahrin Mohd Yasin yang antara lain mengatakan bahawa masih ramai 
ahli umno yang masih duduk dalam Gua. 
Beliau berkata demikian kerana dengan kekalahan Umno dalam PRU14
ahli-ahli masih belum boleh berubah fikiran dan melihat apa kelemahan 
 dalaman yang ada dan berbuat sesuatu yang baru jika 
Umno mahu kembali berkuasa.

Saya bukan setuju semuanya dengan apa yang beliau katakan. 
Lalu saya katakan  pada kekawan bahawa saya sudah tidak mahu 
memeningkan kepala berfikir siapa yang sebenarnya bersalah dalam kemelut
 politik di Malaysia kini. 
Walaupun begitu kekadang kemelut yang ada menghantui pemikiran saya.
Mulanya saya sudah lega BN tewas dan kini memerhati dan
 berdoa PH yang menerajui Kerajaan sekarang tidak mengulangi 
kesilapan dan kelemahan Kerajaan yang dahulu.
Tetapi kebelakangan ini timbul sedikit kekhuatiran kerana kumpulan yang 
tewas semacam sedang mengumpul tenaga dan mahu menyerang balik
 dengan cara yang boleh mencederakan walaupun sedikit. Jika ahli PH tidak sabar menangani perbezaan  yang terdapat dalam 
komponen 4 parti yang ada, 
saya  khuatir Tun DM sebagai Perdana Menteri
 akan  kecundang kerana tiada sokongan padu
 dari semua ahli komponen PH.

Saya berdoa kekhuatiran saya ini tidak menjadi kenyataan.

PH sudah menanag dan saya simpati dengan usaha kuat
yang mereka lakukan untuk membetulkan  
negara dan kemudian maju terus kehadapan.
Bukan suatu yang mudah untuk membetulkan perkara yang sudah bobrok. 
Maka tidaklah patut seseorang itu pandai sahaja mengkritik
 tetapi tidak berusaha  membantu dengan apa jua cara
 yang sesuai dan termampu.
Jika tidak mampu menolong, diam itu lebih baik.
Jangan buka mulut tanpa tindakan susulan yang sewajarnya.

Bercerita mengenai Gua, teringat saya lawatan saya ke Gua Musang
pada April 2015 mendengari masaalah orang-orang Felda. 
Saya ke sana cuma suka memberi 
sokongan moral pada kekawan saya yang mahu membela
 nasib hidup mereka bila katanya gua-gua yang terdekat dengan 
Kawasan Felda tempat mereka tinggal itu akan diletupkan untuk
 memberi laluan  pada projek  Kerajaan Negeri ketika itu.
Walaupun akhirnya gagal dalam bantahan, kekawan saya berpuas hati kerana sudah mencuba berusaha sedayanya.

Demikian komitmen saya dalam menghadapi perubahan.
 Jangan taksub dengan pemimpin. Yang benar tetap benar dan Kebenaran tidak pernah memihak. Dan kita lakukan sahaja apa yang betul berasaskan prinsip-prinsip yang Benar dan kemudian berdoa dan bertawakal 
pada yang Maha Berkuasa akan apa kesudahan hasilnya. 
Allah sentiasa adil pada hamba-hambaNya.

Yang menang janganlah sombong mendabik dada dan yang kalah
 janganlah hasad dengki. Harus ada keinsafan dan menterjemah fikiran untuk aktiviti yang positif sahaja. Malaysia adalah hak semua.
Allah maha Mendengar dan maha Melihat. Yakinlah kita akan dipertanggongjawabkan
 di Mahkamah Agong Allah yang maha Berkuasa.

Jika betul ramai ahli Umno masih ada dalam Gua, keluarlah dari Gua,
 kerana dalam gua ada banyak anasir Syaitan yang mahu 
memerangkap manusia dan menyesatkannya.
Fikirkanlah dari berbagai sudut. Semoga Allah menunjuki jalan yang lurus.
Saya juga berdoa saya bukan dan tidak akan jadi ahli  yang
 terperangkap dalam Gua.


.....................

Tuesday, July 3, 2018

Building Bridges..2.

ASSalam.....
Syawal pula akan meninggalkan kita.... terlalu pantas masa berlalu.

sultan ismail petra silver jubilee mosque
Alhamdulillah, hari ini saya sihat sedikit untuk catatan ringkas yang telah lama saya ingin kongsikan.
Ia mengenai sebuah pendapat bagaimana kita boleh hidup aman damai di negara berbagai kaum dan berbagai agama dan kepercayaan di Malaysia ini. Ini bukan isu baharu tetapi kebelakangan ini saya terpanggil untuk mengemukakan sedikit pendapat.



Saya latarkan pendapat saya ini dengan foto Masjid yang saya suka merenongkan keistimewaannya. Tidak lama dahulu saya ada menulis mengenai Building Bridges 1. Jika minat sila lihat di sini. Building bridges

Di atas ini ialah foto Masjid Beijing di Kelantan. Seni binanya berasaskan budaya keturunan Cina. Saya seronok merenongnya kerana di Malaysia ini hampir setengah penduduk Malaysia adalah berketurunan Cina. Pada saya ini bukti kita Rakyat Malaysia boleh menerima hadirnya budaya Cina di negara ini.

Dalam al Quran pun Allah berfirman yang bermaksud Allah mencipta berbagai kaum di muka bumi ini supaya dapat semuanya mengenali satu sama lain. Saya mengambil faham bahawa bila kita sudah mengenali, maka kita suka kalau mereka juga mempercayai agama Islam sama seperti yang kita junjung di Malaysia ini.

Foto yang atas sekali saya temui di Google. Foto yang kedua saya rakam dengan fon saya semasa lawatan saya di Masjid itu awal tahun 2017. Saya terpegun kerana bila berfikir saya percaya kita tidak harus benci pada sesuatu kaum yang tidak memusuhi kita seperti kaum Zionists.

Saya menyedari hakikat bahawa kita yang beriman dengan alQuran dan Hadith  haruslah memulakan langkah untuk berbaik dengan semua yang bukan beragama Islam termasuk kumpulan kaum Asli di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jika mereka ini ragu dengan sikap kita dan benci dengan dasar-dasar kerajaan kita mengenai kebebasan beragama, maka soalan yang utama yang kita harus menanyakan diri kita  sendiri ialah sama ada kita sudah melaksana tanggungjawab kita untuk "menjemput" mereka mengenali Islam. Saya menaruh harapan mereka juga akan patuh dengan tuntutan  at Quran atau sekurang-kurangnya  menghormati AlQuran. Dengan keterbukaan minda begitu akhirnya semua akan dapat hidup aman damai tanpa rasa iri hati atau rasa terpinggir. Bukan kaum Cina sahaja tetapi termasuk semua kaum di negara kita ini.

Sehubungan ini saya ingin berkongsi cerita. Seminggu dahulu teman baik saya meninggal dunia kerana kanser yang ia tidak memberi tahu ramai kekawan. Ia berumah tangga dengan seorang lelaki keturunan Cina. Kedua-duanya adalah ahli perbankan. Teman saya ini amat cerdik dan pernah bekerja di Bank Negara dan di Bank Dunia. Beliau berumur 67 tahun.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah mengenai sikap kita orang `Melayu Islam semasa jenazahnya diurus disebuah Masjid di Petaling Jaya. Tanpa banyak fikir saya syurkan kepana jemaah Masjid agar kita menghargai waris suami teman saya yang ramainya belum Islam. Mereka datang untuk memberi penghormatan terakhir. Saya syorkan mereka diberi ruang di sebelah belakang Dewan Solat Nasjid untuk duduk sambil menanti solat Jenazah disempurnakan dan kemudian Jenazah dibawa keluar untuk disemadikan.

Syor saya tidak berapa di terima. Katanya lelaki bolehlah....tetapi wanita tidak dibenarkan masuk kerana tidak menutup aurat. Hari itu saya perhatikan mereka berpakaian sopan dan ramai yng memakai tudung kepala walaupn dengan cara mereka sendiri.

Saya agak terkilan kerana saya berpendapat masa inilah kita harus ada keterbukaan dan membenarkan mereka  masuk dan melihat upacara kita. Allah yang membuka Hidayah. Itu hak Allah sepenuh Nya. Kita hanya  berusaha memberi laluan.

Saya pernah medengar ceramah mengenai sejarah perkembangan Islam semasa zaman Rasulullah saw di mana seorang Badewi lelaki masuk Masjid dan kencing di dalamnya. Sahabat naik marah dan mahu menghalaunya. Tetapi Rasulullah saw melarangnya supaya Badewi itu tidak ketakutan untuk berjink-jinak dengan Masjid.

Kalau kita tidak ada kesabaran dan punya tahap toleransi yang tinggi terhadap mereka yang belum Islam, maka bagaimana kita dapat mengajak mereka memahami Islam dan dengan izin Allah mungkin mereka akan menjadi Muslim.

Mengapakah di Malaysia ini kita sangat berat untuk betul-betul membuka minda dan membuat perubahan mengenai sikap kita terhadap yang belum Muslim. (The Onus is On Us Muslims, to win them over. We build Bridges and not build Walls across our Community.).

Kita bina jambatan dan bukan membina tembuk. Ia merugikan Islam.
Saya pernah membaca program di Masjid Cina Melaka bagaimana mereka mengurus Masjid dalam dakwah terhadap nonMuslims.(carian google). Bolih dikongsikan.

Pada hari ini banyk sekali pendapat-pendapat di alam maya yang dilaungkan kuat membidas YB Menteri Kewangan dari DAP yang katanya amat biadap mengenai sikapnya terhadap Islam kerana mahu menaik taraf kedudukan agama-agama lain. Saya pula terfikir mengapa ini berlaku adalah kerana selama ini (60 tahun?) kita sudah "silap " cara kita menangani hal-hal agama lain dan Bahasa-bahasa lain. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang sudah tercapai tetapi masih rasa terkilan orang Melayu di Malaysia tidak menguasai bahasa Mandarin wal hal orang lain fasih dalam bahasa ibunda sendiri dan mahir juga  dalam bahasa Malaysia. 

Saya rasa kita harus fikirkan dilemma ini.
Bolehkah kita/kepimpinan kita membetulkan kepincangan ini.

Sedikit sebanyak saya rasa agak terperangkap dalam isu ini. Ayuh teman-teman Islam, kita berfikir semula kerana di hadapan Allah Azzawajalla kita tidak akan ditanya mengenai kejayaan  keturunan bangsa kita. Tetapi kita akan ditanya mengenai iman dan Taqwa kita dan sama ada kita telah melaksana segala tanggong jawab kita seperti yang dituntut dalam alQuran dan Hadith. Usaha menegakan Kebenaran Islam adalah antara tuntutan yang harus kita tunaikan.

Itu sahaja perkonsian cerita saya.

Harap-harap entry saya kali ini dapat difahami dan kita sambung senario seterusnya lain kali, dengan izin Allah.

Maka sebelum kita kecewa dan marah dengan sikap orang lain dan keturunan bangsa lain terhadap kita, kita lihat dan selami diri kita sendiri terlebih dahulu. Kan kata pepatah kita akan menuai apa yang kita semai........

Allah yang maha Mengetahui.....
Semoga mendapat Taufiq dan HidayahNya.


.........
Related Posts with Thumbnails