"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 12, 2020

Abdullah Ibn Salam [RA]...... Saya suka Cerita ini.



A001
Jom ikuti cerita dalam video yang saya kongsikan ini.
Tidak merugikan masa dalam konteks menimba Ilmu untuk kuatkan Iman.
Semoga Allah mengasihi kita.



Thursday, June 11, 2020

"Kita semuanya hamba pada yang Maha Kaya" @ Morning Walk bersendirian

A001


Ini pemandang dari luar tingkap rumah tumpangan saya waktu pagi.
Saya ingin berjalan-jalan ambil angin menikmati kesegaran asli, dan 
mengingat kembali hidup dalam kurungan akibah Covid-19
semoga terus jauh ia pergi.
Kekadang suka tetapi ada kalanya duka. Namun tetap 
Alhamdulillah atas segala kurnia.
Esuk kita belum tahu apa habuan buat kita semua. Mungkin gembira 
mungkin duka nestapa.
Namun Ustaz selalu mengingatkan: disebalik setiap ujian
 pasti ada hikmah pengajaran untuk kesejahteraan.
Ia itu pengajaran untuk melihat hidup ini dalam konteks bahawa kita semua 
adalah hamba yang Allah Pencipta.
Ciptaan yang bukan untuk mendatangkan kerugian, tetapi untuk keuntungan
dalam semua segi yang tiada penghujung dalam fikiran.
Patuh sahaja pada apa yang Allah suruh dan tinggalkan
 semua yang Allah larang,
dan jauhi juga segala yang tidak nyata haram atau halalnya.
Kata Ustaz insyaAllah kita bahagia.

Bahagia letaknya di hati nurani yang suci berlandaskan emosi yang 
berasaskan Paradigma Tauhid.
Semoga Allah menunjukan jalan yang benar dan Tauhid kita tidak tercemar.



Ini laluan saya pagi itu. Yang tersergam itu Masjid Besi di Putrajaya.
Dalam santai-santai Allah ingatkan juga bahawa hidup ini
ada wawasan yang khusus.
Wawasan yang tepat bahawa kita ini hamba dalam semua segi.

Pagi itu terdetik di hati teringatkan kemelut politik yang sedang berlaku.
Tidak henti-henti perbalahan mengenai siapa yang patut berkuasa.
Mengapa kita tidak mendengari pesanan  bahawa Kuasa jangan dikejar-kejar.
Kuasa harus diperolehi mengikut sokongan yang diberi oleh
 pihak kepimpinan dan rakyat semua.
Yang Hak tetap Hak dan yang Bathil tetap Bathil.

Jangan memburu kekayaan semata-mata. Kita sering diingatkan.
Mereka yang faham kewujudan Allah akan mengatakan supaya
kita jangan takut menjadi miskin kerana kita hamba Allah yang maha Kaya.
Allah pasti tidak mensia-siakan hamba-hambanya.
Maka apa salahnya kita Miskin tetapi kita Beriman dan Bertaqwa.

Saya pun ingatkan diri untuk sentiasa muhasabah dan berfikir-fikir.
Semoga Allah mudahkan laluan mendapat RedhaNya.



"Kita bukan mahu hidup menongkat langit" ....
Ini kata sesetengah orang-orang tua.
Kita perlukan dunia semata-mata untuk berbuat sesuatu yang Allah telah
 perintahkan supaya sejahtera hidup di dunia dan di Akhirat.
Nilai Dunia hanya difahami oleh mereka yang mengerti nilai Akhirat.
Inikan pula kita sekarang ini sudah diperingakat Akhir Zaman.
Itu kata yang mengkaji
Bab Escetology Islam. Kita pastinya sudah mula membuat persediaan
dari segi amalan fisikal dan amalan Hati nurani.

Ada Ustaz yang sentiasa mengingatkan bahawa kita sudah pun
 berada di ambang Akhir Zaman.
 Apa yang disebut dalam alQuran dan Hadith sudah pun
mula kelihatan dan terbukti. Fenomena kecelaruan Cuaca dunia
sudah menampakan bagaimana bila Akhir Zaman makin dekat akan terjadi
 berbagai musibah dan manusia seharusnya sudah bersedia.

Bila mahu bersedia?

Sekarang kalau kita belum lagi bermula. Namun kita harus patuh juga
 pada Hadith yang mengatakan:
 "Jika esuk kita diberitahu bahawa Qiamat akan sampai,
kita jangan panik. Jika ada benih ditangan kita mesti tanam benih itu."
Hadith ini bermaksud bahawa kehidupan harus diteruskan
 seolah-olah kita akan  hidup untuk lama lagi.
Tetapi ingat juga bahawa kita bolih dimatikan sebentar lagi.
 Kita harus bersedia untuk keduanya dengan Iman dan Taqwa.

Buat saya Insan biasa, sering takut dan sering mengharapkan
belas kasih sayang Allah dan mendapat kurniaan
 yang terbaik di sisi Allah.
Sama-sama kita berdoa kesudahan kita dalam kehidupan ini
 akan di sambut baik oleh penghuni langit.
Aamiin ya Rabb.....



Monday, June 8, 2020

"Jalan Pintas Mecari dan Mendapat Ilmu"....@ Menghayati Kebesaran Allah yang Maha Pencipta.



A001
Hari kelmarin Yab Perdana Menteri telah membuat pengumuman yang pada pendapat saya amat melegakan rakyat biasa. Alhamdulillah. Maka dengan rasa lega hati dan relaks saya melayari Utube dan antara lain menemui video yang saya kongsikan diatas ini.

Terpegun seketika mendapat Ilmu yang saya tidak sangka-sangka....iaitu melihat kebesaran Allah yang maha Pencipta secara virtual. Saya rasa amat kagum dan rasa agak kesal dengan sikap saya yang amat kurang meneliti hal-hal seperti ini walaupun secara virtual. 

Maka jangan rugi macam saya rugi. Ikutilah video di atas dan lain-lain seumpamanya. 
Saya turunkan ayat-ayat alQuran di bawah ini untuk sama-sama kita renungkan demi menginsafi diri semoga Allah sentiasa memberi Taufik dan HidayahNya dan menjadikan kita hamba-hambaNya yang mahu mendekatkan diri padaNya.


A189

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(A-li'Imraan 3:189


A190
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(A-li'Imraan 3:190


A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:191



Sunday, June 7, 2020

Sedikit sebanyak kita merasakan serpihannya......



A001
Jom dengari sedikit apa yang diperkatakan oleh Shaikh Omar Baloch dalama Utube diatas ini. Saya terpanggil untuk berkongsi kerana saya merasakan apa yang berlaku di negara berkuasa besar seperti Amerika Syarikat ada sedikit sebanyak serpihan pemikiran pada kita semua walaupun kita beratus ribu batu jauhnya.

Kita semua maklum bahawa AS sedang dilanda musibah akibat rakyat tidak puas hati dan turun dijalanan menunjuk perasaan. Pembunuhan seorang warga berkulit hitam oleh pihak Polis telah mencetuskan rusahan secara besar-besaran. Mula-mula ia hanya tunjuk perasaan membantah pihak Polis berkulit putih yang rakus kebencian pada sesiapa jua yang berkulit hitam. Masaalah Racism berterusan.......
Tunjuk perasaan ini menjadi besar hingga ada yang mengamuk merosakan harta benda awam.

Cuba dengari apa kata Shaikh Omar Baloch ini. Ada kebarangkalian besar ada dalang-dalang yang mengambil kesempatan untuk membuat rusahan yang menyebabkan pergaduhan dan kekasaran dipihak polis keatas penunjuk perasaan. Ada yang mengesyaki adanya agenda besar pihak luaran yang ada muslihat mengambil kesempatan untuk mencetuasan huru hara..... kerana ada diantara mereka yang mempunyai hasrat yang tersembunyi.

Saya tidak berhasrat membuat analisa mengenai hal ini. Cuma saya tersentak dengan cetusan fikiran saya sendiri sama ada rusuhan atau perbalahan yang ada di negara kita Malaysia ini ada kebarangkalian didalangi oleh mereka yang ada agenda tersembunyi yang mahu sedikit demi sedikit ditunjuk pada rakyat supaya percaya pada agenda mereka.

Apa agenda itu???

Ini yang kita harus fikir. Saya tidak mahu menganalisa sesuatu yang bolih disalah fahami seperti memuat satu saranan yang berbunyi hasutan. Kita fikir-fikir sendiri. Dalam kemelut keselamatan rakyat, pemimpin dan penyokong-penyokong terus berbalahan. Adakah ia menguntungkan rakyat. Saya rakyat biasa pun bingung dengan hala tuju yang cuba di sarankan olen sebahagian pihak yang berhasrat mahu berkuasa.

Kita fikir dan zikir mencari kefahaman yang sempurna semoga kita tidak terjerumus dalam satu kancah politik yang merugikan semua. Sama-sama kita berdoa Allah pelihara negara tercinta ini.
Aamiin ya Rabb.



Friday, June 5, 2020

MAKCIK 79 TAHUN ... Terkenangkan diri sendiri.



A001
Hari ini Jumaat 5 June.
Kelmarin saya layari Utube dan terbaca cerita yang saya kongsikan diatas ini.
Kata orang 'terkejut badak' buat seketika. MakCik 79 tahun 
masih boleh berbasikal sejak beberapa tahun lamanya.

Saya baru melepasi 73 sudah tidak mampu berbasikal.
Adik Ipar saya belikan basikal dewasa tiga roda pun saya tidak laju
 menaikinya dan mula-mula terkial-kial.
Sekarang basikal ada dalam stor. Rasa tersedih tetapi apakan daya.

Sejak Covid-19 saya hanya berlatih berjalan di tepi tasik
 berdekatan dengan rumah saya.
Kurnia Allah pada hamba-hambanya tidak serupa.
Walauapa pun saya cuba memperbetulkan cara diri sendiri berfikiran.
Senang dan susah bukan terletak pada Ilmu dan harta
 yang Allah kurnia semata-mata.
Kekuatan hati dan minda amat penting untuk
 terus mengharungi hidup ini.

Saya rekomen ikuti kes diUtube diatas. Saya salute MakChik ini.
Semoga Allah terus memudahkan urusannya mencari rezeki.
Keberkatan rezki terletak pada hati yang mengerti Qadha dan Qadar Allah.
Semoga kita tidak silap tafsir. Rugi nanti.......

Selamat mendengari..... dan kita sama-sama muhasabah hati
semoga Allah meredhai.



Tuesday, June 2, 2020

Study in Mauritania!.......Padegogi Alternatif dalam Pendidikan



A001
Saya suka mendengari cerita-cerita mengenai Mauritania. Mula-mula saya meminati Mauritania semasa saya pergi ziarah negara Morocco lebih 10 tahun dahulu. Saya ziarah mengikut satu rombongan yang dikendali oleh ajen pelancongan. Tidak ada sesuatu yang membuat saya kagum mengenai Morocco. Mungkin kerana pemandu pelancong tempatan tidak pandai dan tidak begitu professional dalam menjalankan tugasnya. Tidak banyak penerangan yang dibuat dan apabila ditanyakan tentang sesuatu dia seperti tidak berminat memberi penjelasan. Maka tidak banyak maklumat yang dapat saya munafaatkan,

Cuma ketika itu saya dapat tahu bahawa antara jiran negara Morocco ialah Mauritania.

Bila pulang dari ziarah saya terdengar seorang teman bercerita tentang seorang Shaikh yang lama mengaji menuntut Ilmu di Morocco selain dari negara Timur Tengah yang lainnya termsuk Libya. Nama beliau ialah Shaikh Hamza Yusuf. Beliau seorang warga Amerika Syarikat. Ini membuat saya teruja kerana Mauritania itu subuah negara yang masih jauh dari segi pembangunan ekonominya. Namun beliau sanggup mengaji di Mauritania.

Sejak itu saya suka mendengari ceramah Shaikh Hamzah Yusuf ini diUtube. Saya rekomen pada siapa yang berminat membuka minda kaedah berdakwah cara yang agak berlainan.

Shaikh Hamza Yusuf ini dengan beberapa tokoh telah menubuhkan Zaytuna College di US dan sambutannya amat baik.Saya mengiktinya diUtube.Dan saya suka membaca apa jua mengenai Mauritania kerana ia membuka minda dan hati saya untuk mengenali lebih sedikit sistem budaya hidup dan Pendidikan di negara itu.

Maka apabila saya medengari satu ceramah mengenai "Study in Mauritania" di Utube , langsung saya kongsikan di atas ini. 

Ikutilah. Ia akan sedikit sebanyak memberi kefahaman cara menuntut Ilmu yang agak berbeza dari apa yang kita biasa ikuti atau dengari.....
Saya rasa tidak rugi untuk berkongsi cara ini.

Shaikh Hamza Yusuf pun mengaji di Mauritania lebih 10 tahun. Ini senghaja dibuatnya kerana kata beliau untuk memahami benar-benar Bahasa Arab seseorang itu harus juga mengenali budayanya. Katanya mudah baginya memahami Bahasa AlQuran pula.

Pasti ada kebenarannya........

Jom dengari perkongsian saya. Mana tahu kita ada anak atau cucu yang mahu mendalami Ilmu Islam yang berbeza dari apa yang terdapat di Malaysia atau di negara lain yang sudah biasa kita dengari.....
Saya di fahamkan banyak keistimewaan belajar di Mauritania.

Semoga Allah menunjuki jalan yang terbaik di sisiNYA.....
Aamiin ya Rabb,,,,,


Monday, June 1, 2020

Pagi Eiduifitri 1441 H @ Covid-19

A001
eid mubarak cartoon design illustration.cartoon design style, designed for illustration Stock Vector - 97500427



Alhamdulillah. Di pagi 1 Syawal 1441h kami dapat
 berkumpul anak beranak semuanya.
Kami semua dalam daerah Putrajaya. 
Anak yang seorang lagi dari Puchung sahaja.
Maka kami solat Eidul Fitri di rumah dan kemudian
 kami makan-makan seadanya.
Kami mensyukuri nikmat dari Allah. Tiada yang terkena wabak Virus.
Sihat-sihat semuanya. Alhamdulillah.
Tiada yang pakai baju baru untuk Hari Raya tahun ini.
Alhamdulilah kami latih anak cucu semoga dapat memahami
 apa yang sedang berlaku.



Kami mengingati mereka yang telah tumbang akibah wabak ini.
 Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan 
mereka diiktiraf mati Syahid.
 Yang belum beriman kita pohonkan juga belas kasihan Allah 
yang maha Pencipta dan maha Bijaksana.

Dalam Takbir sejak malam hari kami memuji-muji kebesaran Allah 
dan tiada siapa yang layak dipuji malainkan Allah jua.
Jika kita menginsafi hakikat ini maka kita akan bersabar menghadapi
 ujian Allah dengan Virus Covid19 ini. Pasti ada hikmahnya.
Cuma saya rasa agak kesal sedikit kerana suasana politik tidak dapat
 memberi ketenangan dihati Rakyat. Ramai yang menghadapi
 masaalah Ekonomi tetapi 
 mereka ditampuk kepimpinan  tidak mahu bertolak ansur dan 
bergading tenaga menyelesaikan masaalah yang
dipikul rakyat. Rakyat tidak mendapat perhatian yang secukupnya.

Semoga Wabak ini beredar segera dan kita semua dapat kembali 
meneruskan kehidupan dengan semangat baru setelah dapat memahami 
bahawa kita semua hamba dan tiada yang dapat menandingi 
kuasa mutlak yang maha Pencipta.
Semoga Allah menurunkan pertolonganNya pada kita semua dan 
semoga apa yang berlaku
kini wujud RahmatNya yang tidak terhingga atas kita semua.
Kita mungkin belum merasainya, tetapi yakinlah bahawa Janji Allah itu Benar.
Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang
insyaAllah kita selamat didunia dan di Aakirat. 
Sama-sama kita berusaha dan berdoa dan semoga Allah
 kurnia kasih sayangNya pada kita semua.
Aamiin ya Rabb....



Related Posts with Thumbnails