"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 16, 2020

Bukan mudah untuk dapat Ilmu yang Benar .... @ Pandemic Covid19.


Ligature of Bismillah.jpg


Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan maha Penyang.
Hari ini saya rasa sedih sebab video yang saya kongsikan kena delete oleh kuasa yang berhak untuk delete.
Itu biasa sahaja buat mereka kerana tidak suka dengan isi perbincangan yang dimuatkan dalam video itu untuk dikongsikan.Ini bukan kali pertama buat saya.Rasanya dulu sekali pernah begitu juga.
Saya pasti isi kandungan video itu tidak menguntungan mereka yang 
sombong dengan kuasa. Mereka takut hilang pengaruh.

Mungkin lain kali kita dapat peluang mendapat Ilmu yang benar dan bermunafaat buat kita di dunia dan di akhirat.
Sekarang ini dunia Ilmu dan teknologi dikuasai oleh mereka yang tidak 
yakin bahawa Allah yang punya kuasa mutlak dan semua manusia akan
dipertanggong-jawabkan dengan segala perbuatannya semasa
hidup di dunia. Semoga yang engkar Allah beri kesedaran.

Kita redha sahaja kerana Allah sudah mengatakan bahawa tidak 
ada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah.
Kita berusaha sedaya upaya untuk menegakkan Kebenaran.
Semoga doa kita kesampaian dan Redha Allah sentiasa bersama.


 

Saturday, November 14, 2020

Untuk kita Berhati-Hati.....@ Is Bill Gates the savior for Humanity? - TheDeenShow #821


Bismillah Calligraphy23.svg

Alhamdulillah. 
Saya suka Video di atas dan saya kongsikan semoga ada
 munafaatnya buat semua kita.
Sudah beberapa saya ikuti di Utube mengenai Vaksin untuk Covid19.
Saya suka The Deen Show kerana Fikrah Islamnya saya dapat terima.
Jom ikuti video ini dan ikuti juga di channel lain untuk lebih memahami
 dan meyaknkan hati semoga Allah tunjuki kita yang benar
 dan menyelamatkan kita dan generasi selepas kita di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb....



Friday, November 13, 2020

Covid19....@ Hilang Terpesona Dengan Shaf Sholat ??


Ligature of Bismillah.jpg

Jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19. - Foto Asyraf Hamzah
foto hiasan ehsan carian google.

Mohon dengari perkongsian video di atas. 
Saya terkesan dengan penjelasan saudara Islam kita dalam video itu
mengapa beliau amat tertarik dengan Islam.
 Banyak faktor sebenarnya, tetapi solat berjemaah sebelum SOP Covid19
 telah membuat beliau merasai dijiwa betapa kuat kesatuan ummah
 wujud dalam Islam. Bukan itu sahaja. Islam menyatukan ummah
 tanpa mengira status dalam masyarakat.
 Ia berasaskan fakta menTauhidkan Allah.

Apabila peraturan baru dilaksanakan ada yang berpendapat Aura semangat
 berjemaah seolah-olah telah hilang.
Tidak nampak "Rasa Gah" kalimah Tauhid, asas Iman dan Taqwa
kerana saf solat tidak rapat-rapat.

Dalam Utube saya dapati ada beberapa kumpulan pendakwah yang mahukan 
cara bejumaah yang Asli itu dikembalikan. Katanya tidak ada bukti nyata
 solat dengan Saf yang rapat bahu ke bahu itu telah menyebabkan
 merebaknya Covid 19. 

Pendapat "Rapatkan Saf" ini katanya berasaskan fakta dalam hadith.
Saya akur kerana saya tidak sempurna  menguasai Ilmu.
Namun saya terfikir juga sama ada kalau kita solat berjumaah seperti dahulu
mungkin besar kebarangkalian kita  mendapat kekuatan Iman dan Taqwa
 yang boleh menjadi perisai
 untuk menghalang jangkitan Wabak Covid19 yang merebak sekarang.
Pasti ada sebab Rasulullah saw suruh rapatkan saf dan solatlah
 beramai-ramai di Masjid.

Mungkin kalau ada orang-orang yang sukarela ambil risiko kemungkinan 
terkena jangkitan kerana solat dalam saf yang rapat-rapat,
 kita boleh buktikan Solat mengikut Sunnah
 boleh melawan wabak Covid19 itu.

(Ini andaian sahaja. Tetapi ada pihak yang yakin sebab hadith mengatakan 
 setiap penyakit itu ada ubatnya).
Allahu'alam.
Kalau ini boleh terbukti benar mungkin kalah pendapat yang mengatakan
 Vaksin sahaja yang boleh melawan Covid19.....

Jom kita fikir-fikirkan dan mohon Hidayah dari yang Maha Pencipta
dan yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Hanya padaNYA kita berlindung diri atas segala kemungkinan.
Semoga Masjid dapat dibuka sepenuhnya dan semoga ummah tidak terlalai 
dengan norma baru dalam menjalani hidup ini.
Setiap yang Allah Izin berlaku pasti ada HikmahNya.




Thursday, November 12, 2020

Saya Belum Bersedia Menghadapi Fenomena..... @KAWALAN MANUSIA AKHIR ZAMAN


Ligature of Bismillah.jpg

Alhamdulillah, saya rasa sihat hari dan ingin berkongsi rasa hati mengenai 
kelangsungan hidup di akhir hayat yang kini sudah hampir 20 tahun 
dalam persaraan kerja di perkhidmatan awam. Alhamdulillah, Allah kurnia
 masa mendengari berbagai rencana di media massa mengenai
 Fenomena Akhir Zaman. 
Berbagai pula yang diperkatakan oleh Ulamak dan Ilmuan Islam dan
 yang bukan Islam mengenainya. Disamping itu diakhir-akhir ini banyak pula
 diperkatakan mengenai Isu Vaksin sebagai langkah melawan 
dan mengalahkan Wabak Covid19 yang masih berterusan menyiksa 
kehidupan golongan manusia di seluruh dunia.

Jika dileliti ramai yang mengatakan Vaksin adalah peyelesaian pada masaalah
ini dan Malaysia pun akan mencubanya apabila semua kajian
 oleh pakar tempatan mendapati bahawa ia sesuai bagi kes 
di Malaysia. Tetapi dalam pada itu ada juga pendapat
 yang mengatakan melalui Vaksin manusia akan di kuasai oleh
 kumpulan manusia yang akan menggunakan kelemahan manusia lain
 untuk kepentingan jahat mereka itu.
Dalam bentuk apa sekalipun mereka mahu berkuasa sepenuhnya.
(Saya rasa inilah manusia yang memang tidak berTuhankan Allah)

Saya mendengari dengan penuh minat dalam isu Vaksin ini kerana ada
 pendapat yang berkaitan
 dengan fenomena akhir zaman. Bagaimana ini ada kaitan?
Saya jawab soalan saya sendiri kerana saya memahami bahawa 
di kahir zaman nanti akhirnya akan muncul Dajjal.
Dajjal akan menguasi manusia dan menguasai kesemua yang ada 
di langit dan di Bumi. Ia mengaku dirinya Tuhan dan ramai yang terpedaya.
(Semoga saya sudah tidak ada ketika itu sebab rasa amat takut ). 

Isu Vaksin ini bukan mudah difahami kesemuanya.
Maka saya berpendapat setelah medengari video di atas bahawa
 saya tidak akan risau mahu memahami kesemua fakta vaksin kerana 
kontrovesinya banyak sekali. Saya putuskan buat diri saya bahawa
 ada Vaksin atau tidak ada Vaksin, manusia kan menemui fenomena Dajjal. 
Dajjal lebih merbahaya kerana ia merosakan Aqidah dan manusia
 boleh terkandas dan tertipu dan mengaku Dajjal itu Tuhan.
Bahaya Vaksin tidak sampai ke tahap itu.
(Ini keyakinan diri saya sendiri)

Maka saya berpendapat kita serah masaalah vaksin pada pakar-pakar dalam
 bidang itu dan kita berdoa semoga Allah akan menemukan 
penyelesaian yang baik.
Mengenai tipudaya Dajjal setiap kita mesti membuat persediaan
 masing-masing dengan panduan apa yang diperkatakan
 oleh ulamak dan Ilmuan Islam berasaskan 
alQuran dan Hadith mengenai pentingnya kita membuat persedian
 pertahanan diri diakhir zaman untuk
memelihara Iman dan Taqwa dengan pertolongan Allah swt.
Semoga kita terselamat. Waktu itu Vaksin sudah tidak ada pengaruhnya.

Jom kita ikuti fakta Vaksin dan semua bentuk Wabak dalam konteks 
kehidupan sekarang dan kehidupan akhir zaman.
Ada wabak atau tiada wabak, ada Vaksin atau tidak ada Vaksin, 
setiap yang hidup pasti mati. Setiap kita akan mati.
Maka kita buat persediaan untuk mati disamping menjalani hidup 
dengan kesedaran bahawa hidup ini tidak kekal.
 Kita ikuti nasihat ulamak dan berdoa
semoga kita sejahtera di dunia dan di akhirat nanti.
 Mohon Pertolongan Mu dan Kasih Sayang Mu, Ya Rabb..... 



Monday, November 9, 2020

MOMENTS OF TRUTH Donald Trump...@ Kita bagaimana???

 

Bismillah Calligraphy22.svg

Moments of Truth..."Detik kenyataan".
Setiap kita ada detik-detik kenyataan yang membuat kita
 gembira atau dukacita.
Bagi President Amerika Syarikat Donald Trump hari ini adalah
Detik Kenyataan baginya kerana telah gagal menjadi President Amerika
buat kali keduanya. 
Ia tumpas pada Joe Biden

He is a bad Looser, kata setengah pendapat kerana 
tidak mahu menerima hakikat
 bahawa dia sudah tidak ada kuasa sebagai President sebuah negara
 yang kini terkuat di mata dunia. Beliau masih sibuk berbuat itu dan ini
 termasuk membawa kesnya ke peringkat Supreme Court di Amerika.
Ada yang mengatakan beliau sudah tidak siuman lagi.

Biarkan lah Donald Trump berbuat mengikut kehendanya. 
Kalau di Malaysia orang seperti itu kita akan penuh semangat mengatakan 
"Biarkanlah Si Lunchai itu terjun derngan labu-labunya"...

Itu di Dunia Donald Trump yang sudah tidak menentu
 fikirannya dan perilakunya.
Kasihan Donald Trump. Didunia sudah tidak menentu,
 bagaimana pula di Akhirat nanti.
Mungkin dia tidak yakin adanya Hari Akhirat.

Kita harus ambil iktibar dari fenomena ini.
Semoga dalam kedudukan apa jua sekalipun janganlah
 kita tidak dapat mengawal
 fikiran dan perbuatan apabila ditimpa sesuatu kejadian yang diluar
 kehendak kita dan di luar perancangan kita.
Mari kita renung apa yang termaktub dalam alQuran yang dapat
mengingatkan kita apa yang seharusnya kita pegang kuat 
seperti menggengganm bara api, ...Biar sampai jadi Arang.
Semoga kita selamat dari segala persoalan dihadapan Mahkamah Allah swt.


A007

Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

(At-Taghaabun 64:7) 

A009

(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

(At-Taghaabun 64:9)

A016

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(At-Taghaabun 64:16) 

Semoga Allah memelihara kita dan sentiasa memberi Petunjuk dah Hidayahnya dan mengurnia kita kesejahteraan di dunia dan di Akhirat. Aamiin ya Rabb.....



Sunday, November 8, 2020

Bila Hati Sudah Suka...@ Belanjawan 2021

 

Ehsan carian google.

Bismillah Calligraphy 53.svg

Alhamdulillah.
Kali ini saya dapat memgikuti sebahagian besar 
pembentangan Belanjawan 2021.
Pasti ada yang gembira dan ada yang duka.
Saya biasa-biasa sahaja tetapi bersimpati dengan rakyat jelata dan simpati 
juga dengan mereka yang berusaha kuat tetapi usaha mereka
 belum dihargai sepenuhnya.

Ini lumrah dalam kelangsungan hidup manusia. Tidak akan ada manusia
yang sentiasa bersetuju dengan apa yang diperakukan.Didalam urusan 
pentadbiran negara pihak pembangkang pasti ada perkara-perkara 
yang kurang dipersetujui atau tidak dipersetujui. Ini pun Lumrah buat mereka
 yang sentiasa bergelut dalam kemahuan mahu berkuasa.
Saya melihat dan mendengari sahaja. Namun saya teringat lagu Melayu
yang popular zaman saya muda.
"Kalau Hati sudah suka, Semua Indah sahaja..."
Dalam perihal Belanjawan pun demikian juga.
Yang sehati sejiwa boleh terima apa sahaja....Yang tidak sehati sejiwa
 akan bersuara sebaliknya.

Maka terdetik di hati saya bagaimana kah caranya kalau kita mahu
 merasa redha dengan apa yang Allah Izin Berlaku. 
Allah Izin walaupun Allah mungkin tidak menyukai sesuatu yang berlaku.
Allah itu berkuasa atas segala sesuatu dan Allah itu maha bijaksana.
Sesuatu yang berlaku itu pasti ada HikmahNya.
Ia mahu manusia berfikir dan memahami konteks prinsip-prinsip yang Allah 
telah sebut dalam AlQuran dan apa jua pengajaran yang dibawa
 oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Maka pendirian saya dalam kemelut wabak Covid19 ini, saya suka bersabar.
Kita tidak dapat buat kesemuanya walaupun kita berkemampauan.
Tunggu sahaja ketika nanti keadaan sudah kembali reda dan kita semua 
dapat menerima dan mempraktik norma hidup baru yang ada.

Kata Ustaz kita banyakan beramal soleh dan banyakan berdoa
memohon pertolongan dari Allah.
Dalam pada itu kita tolong menolong antara satu sama lain.
"KITA JAGA KITA"
Allah suka orang yang sentiasa berbuat kebaikan dan Allah suka 
orang-orang yang berjiwa mutmainnah.
InsyaAllah pertolongan Allah itu dekat.
Semoga Allah mengampuni dan meredhai kita semua.
Aamiin ya Rabb......



Wednesday, November 4, 2020

Khusus Pemimpin & yang ingin jadi Pemimpin...@ Santapan Hariamu


Assalamualaikum,
Untuk tatapan - semoga ada munafaatnya. Kita beringat-ingat dan juga mengingatkan.
Dari mana datangnya kekuatan dan keberanian dan......


Related Posts with Thumbnails