"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 31, 2009

Malaysia Merdeka - Jangan Lupa Masjid Al Aqsa

Malaysia telah Merdeka dan rakyatnya hidup mewah dan aman dari peperangan. Alhamdulilah. Dalam kesenangan dan kemewahan, janganlah pula kita lupa akan Masjid Al Aqsa yang ada di Palestine yang sedang dijajah oleh kuasa yang amat zalim, iaitu Zionist Israel.


Walaupun kita Merdeka, pengaruh Zionist keseluruh dunia adalah begitu halus sekali kita tidak akan menyedari. Eluk kita baca 'The Jewish protocol' kalau kita ada peluang supaya kita peka cara bagaimana mereka menjajah minda fikiran kita. Dengan tidak disedari kita mengikut jari telunjuk mereka. Bila kita sudah baca dokumen ini barulah kita dapat mengenal pasti strataegi mereka. Kalau kita masih berkerja, membaca dokumen ini menjadi amat penting kerana kita dapat berwaspada supaya kalau kita terlibat dalam penggubalan dasar untuk keluarga, masyarakat dan negara kita tidak akan tertipu dengan propaganda halus dan licik mereka.

Antara yang nyata ialah dasar kita dibidang hiburan dan rekreasi. Zionist mahu melekakan kita kesatu tahap di mana kita akan sentiasa lagha, dan anak-anak muda dan dewasa suka dengan budaya lepak dan santai. Dengan cara ini kita akan lemah dari segi keimanan. Dan ini yang mereka suka kerana mereka takut dengan Islam sebenarnya dan cuba merosakkan orang-orang Islam dengan cara ini supaya tidak bermaya dari pemikiran untuk melawan mereka. Dan orang Islam mudah di beli dan dipermain-mainkan.

Kita mungkin susah hendak mempercayai strategi ini sedang terlaksana di sekeliling kita. Tetapi percayalah bahawa ini adalah fakta benar. Maka kalau semua orang Islam di seluruh dunia menjadi lemah, maka Palestine akan terus menjadi milik mereka. Di situ letaknya Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa. Masjid Al Aqsa adalah Masjid kita. Allah telah sebut dalam al Quran bahawa bumi barakah itu adalah milik orang yang beriman. Masalah di Palastine adalah masaalah kita, bukan masalah Arab sahaja.

Dalam bulan Ramadhan yang barakah ini mari kita sekurang-kurangnya berdoa semoga Allah perkuatkan iman dan tekad kita untuk membebaskan Palestine dan Masjid al Aqsa. Banyak cara yang boleh kita buat tetapi sekurang-kurangnya kita banyak munajat untuk kesejahteran kita dan juga rakyat Palestine dan semua mujahid dan keluarganya di mana jua mereka berjuang.

Malaysia telah merdeka. Kita teruskan dengan doa semoga Allah melindungi kita dari tipu daya syaitan dan kuncu-kuncunya. Amin.

Sunday, August 30, 2009

52 Tahun Merdeka - Di Mana "Kemegahan" Kita.

Alhamdulillah, Allah kurnia kebebasan. Aku terus berdoa semoga kebebasan ini bukan sahaja dari segi politik dan pentadbiran tetapi juga dari segi minda dan sikap.Di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan ini ada soalan yang masih belum terjawab dan masih menghantui fikiran, iaitu soal Bahasa dan kaitannya dengan Pembangunan negara,terutamanya dari soal ekonomi dan menjunjung agama Islam kerana al Quran adalah untuk manusia sejagat.

Ketika mencapai kemerdekaan, aku baru berumur 10 tahun. Belum faham banyak perkara. Belum tahu erti kemerdekaan atau kebebasan atau tamatnya penjajahan. Dan tidak ada dalam ingatan ku bagaimana sambutan kemerdekaan diadakan di Pontian Johor. Mungkin kerana waktu itu aku tidak terpilih untuk mewakili sekolah berbaris di padang atau sebagainya. Dan waktu itu keluargaku terlalu miskin dan radio pun tidak ada untuk mendengar berita dan apa-apa jua pengumumun.

52 tahun dulu aku masih di "special Malay class 1", iaitu tahun 4 dalam sistem sekarang, cuma pada ketika itu semuanya dalam Bahasa Inggeris. 'Megah dan seronok' pulak tu dapat masuk sistem itu. Bukan sebab apa pun.....cuma abang dan kakak masuk dalam sistem yang sama. Kakak-kakak yang tua lagi cuma sekolah Melayu atau sekolah dewasa. Dan kalau tak silap ingatan, sistem Aliran Bahasa Melayu (Malay Medium Schools) bermula dalam tahun 1963. Aku tak tahu dan tak ingat sistem sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau tamil itu bagaimana bermula. Cuma yang aku terfikir sekarang kenapa agaknya sistem ketika itu demikian. rupa. Cuma yang dapat diingat dan difahamkan ialah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu maka akhirnya sistem yang berbahasa Inggeris ditamatkan. Tetapi Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil berterusan hingga hari ini untuk sekolah rendah.

Satu perkara yang telah lama terfikir dan telah berbincang-bincang dengan kawan-kawan ialah kenapa kita orang Melayu tinggal bersama dengan orang-orang keturunan Cina yang bilangannya hampir sama, tetapi tidak boleh berbahasa Cina, setakat bertutur pun tidak boleh. Adakah satu yang mustahil untuk diadakan dasar pada ketika itu dimana Bahasa Melayu didaulatkan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi orang-orang Melayu juga digalakkan memilih bahasa Cina atau Tamil untuk dipelajari serentak. Sebab apa terfikir begitu? Mari kita sama-sama fikir.

Sekarang ini kita wujud dalam dunia tanpa sempadan (world without boarders) tetapi rata-rata orang Melayu tidak boleh berbahasa Cina (sekurang-kurangnya) walhal ramai orang Cina di Malaysia. Kalau pengajaran dan pembelajaran Bahasa tidak dilaksana secara rasmi, maka sememangnya sukar untuk dipelajari. Tamabahan pula yang rasa amat terkilan sekarang ialah kita tidak dapat "bermesra" dengan orang-orang keturun Cina sebab kita tidak bertutur dalam bahasa mereka. Memang boleh kita berbuat demikian dalam Bahasa Melayu, tetapi tidak sama keberkesanannya, tidak sama kemesreannya.

Aku cuma memikirkan sedikit sahaja. Oleh kerana tidak dapat rasa "mesra" maka kalau kita hendak berdakwah mengenai Islam, ia menjadi amat terhad. Peranan Bahasa amat penting untuk "to win the hearts and minds" bagi sesuatu kelompok manusia. Sebab itu di dunia sekarang ramai yang boleh berbahasa lebih dari tiga. Kita di Malaysia agaknya dahulu tidak terfikir soal global dan tidak ada gerakkan dakwah ketika itu yang berfikiran global. Kita cuma berfikiran Melayu, tetapi dalam ingatan saya amat sedikit tersentuh dengan gerakkan Islam jika ada sekalipun.

Tetapi apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur. Cuma kita harus mendidik anak-anak generasi kini supaya berfikiran besar.(Think of the BIG picture, and not only the small picture). Ia bermula dengan sistem pendidikan kita. Boleh atau tidak sistem ini dikaji semula dan meletakkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dijadikan agenda penting dalam perancangan menyusun semula struktur pendidikan. Oleh kerana kita adalah negara yang rakyatnya berbilang kaum, maka mungkin kita perlu tambah setahun lagi di peringakat sebelum University. Bukan bahasa sahaja yang hendak dimantapkan, pengajaran asas moral dan agama pun perlu diperkuat. Jadi mungkin kita tidak perlu "graduate at age 17" untuk sistem pendidikan menengah. Mungkin perlu tambah setahun lagi dan umur tamat menengah menjadi 18 tahun. Sudah tentu ini akan melibatkan kos yang tinggi. Tapi Malaysia adalah satu negara yang kaya dengan minyak dan lain-lain lagi. Setakat menambah kos ini aku percaya ia suatu yang mudah kalau kita bebar-benar serious. Kita tidak perlu ikut sistem negara lain walaupun mereka negara maju. sebabnya kepentingan kita tidak sama dan tidak serupa.

Sebenarnya dahulu semasa aku masih di Kementerian Pendidikan, aku pernah menyuarakan hal ini. Tidak sangat dalam hal bahasa tetapi dalam hal pendidikan moral dan Islam. Kepada dua orang Menteri pernah ku katakan berdepan seorang dengan seorang. Tetapi tidak dikira mustahak untuk diterima. Tidak apalah. Janji aku telah katakan. Kerana manusia kadangkala tidak mendengar apa yang dikata, tetapi mendengar siapa yang berkata.

Jadi sebagai kesimpulan, aku rasa agak kebingungan sekarang. Kita merdeka tetapi tidak menguasai ekonomi negara, banyak sebab dan antara sebabnya kerana Bahasa Cina tidak dikuasai oleh orang-orang Melayu. Bahasa Inggeris pun orang Melayu lemah. Jadi di mana letaknya "kemegahan" kita dalam satu negara yang telah Merdeka setengah abad ini.

Aku menyedari perbincangan ku ini agak cetek. Tetapi diharapkan ada diantara generasi muda kita yang mahu memikirkan bagaimana kita boleh mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama boleh menguasai juga bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini baik untuk ekonomi negara dan baik untuk dakwah Islam kerana kita mesti menjawab soalan yang Allah tanya dalam al Quran dalam surah 81, (At Takwir) ayat 26 yang bermaksud: "Maka ke manakah kamu hendak pergi (sekiranya kamu masih menyeleweng dari jalan al Quran)" Tanggung jawab berdakwah adalah tanggungjawab semua yang Allah beri kemampuan dan akal fikiran.
Wallahu'alam.

Friday, August 28, 2009

PAKAIAN KU

Saban hari ku renong diri
Ku renong kanan, ku renong kiri
Ku tanya aqal, ku tanya hati

Di mana letaknya keindahan murni
Di mana asasnya kesejahteraan abadi

Setengah abad telah berlalu, jauh berlalu,
Ranjau dilalui, sungai diharungi,
Bukit didaki, hutan tebal direntangi
Namun belum cukup mengerti hakikat pengabdian diri
Belum dapat merasai kasih sayang sejati dari Ilahi.

Belum berdebar gementar hati sanubari
Bila disebut nama Allah yang Maha Tinggi
Belum menitis air mata ke pipi
Bila melihat kemungkaran di sana sini
Lantaran hidup sering dibuai mimpi
Ibadah ritual disangka sudah mencukupi.

Nasihat guru terningiang di telinga
Saat ketika pintu taubat masih terbuka
Qalam Allah satu persatu ku semak semula
Cari erti pakaian taqwa yang termaktub di dalamnya
Untuk perisai perjuangan membela diri dan agama
Mencari erti bahagia sejahtera di sini dan di sana.

Sampai masa aku di arah mengundur diri
Semoga aku cukup redha dan Allah meredhai.

Thursday, August 27, 2009

HELLO TOKYO !

Tonight at the Terawih prayer a friend asked if my daughter is still in Tokyo. No, she is back here in Kuala Lumpur for good and I think she is 'struggling' to care for 3 sons aged four, two and a half and 7 months old baby.

But I have my sister's grand son in Japan, somewhere. I wish he would read my blog and tell me where he is. He is doing Engineering all in Japanese. He's been there almost a year now and, knowing him, I think he's ok. Firdaus, are you okay? Tell me about Ramadhan in Japan.

Before he left for Japan, we had a long talk about mastering the Japanese language for Dakwah purposes. Other than engineering terms, he must also learn words that are essential to be used in explaining to the Japanese people about Islam. When my daughter was in Tokyo and my son in law was the Imam in Akasuka Masjid, I could not find books in Japanese for children about Islam. Those translated by the Saudi Embassy are to high for children So I am hoping Firdaus will one day be able to write simple story books for children on what Islam is all about. May Allah grant him the will power and the skill to keep this dream of writing alive. May Allah grant him the time and space to achieve this dream. Amin.

Wednesday, August 26, 2009

RENUNGAN RAMADHAN - kalau tunggu selepas bersara

Pada hari baik bulan baik ini, Ramadhan Kareem, saya teringat sembang- sembang saya dengan anak-anak bila kesempatan kerana hari ini saya rasa kurang sihat.Tambahan pula ini tadi di kelas tafsir harfiah ada kawan yang mengatakan ustaz pesan jangan samapi masa mengaji menuntut ilmu terlalu padat hingga tidak berkesempatan untuk memunafaatkan ilmu yang telah ada di dada.

Dalam konteks itu saya selalu mengingatkan anak-anak saya jangan bertangguh untuk buat perkara-perkara yang baik. Kalau tunggu lepas bersara bagi yang makan gaji, swasta atau kerajaan, percayalah ! keadaan kesihatan tidak seperti dulu lagi. Mata kabur dan lutut kendor adalah sebahagian dari kekurangan itu. Saya dah kata awal-awal lagi bahawa antara perkara yang baik yang tidak boleh ditangguh-tangguh ialah  menuntut ilmu sebanyak mungkin. Sibuk dan tidak ada masa itu adalah alasan semata-mata. Pepatah Melayu kata: hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Janji-janji Allah yang dapat difahamkan mengatakan: Buat apa yang Aku suruh Rahmat ku akan bersama. Kalau kita benar-benar dan sungguh-sungguh pasang niat, Allah akan turunkan pertolongan dan beri kemudahan. Tidaklah pula nak kata kita tak perlu bersusah payah. Dalam bersusah payah itulah Allah nilai komitmen kita.Kita iringi juga dengan doa yang tidak putus-putus kerana Rahmat Allah tidak boleh diambil ringan.

Saya  suka bercerita pada anak saya semasa saya mengikuti kursus Diploma Pengajian Islam di UKM dalam pertengahan tahun lapan puluhan dahulu.  Jalan di Sungai besi itu amat jem kerana lumba kuda. Kelas diadakan setiap Sabtu  jam 3 petang hingga 7 malam. (Tak silap ingatan begitulah.) Pergi jem balik pun jem. Kereta saya pun tidak ada hawa dingin. Kepanasan tak terkira. Tapi alhamdulilah, saya dapat menamatkan kurus itu. Saya tak pergi ambil Diploma itu pun sebab saya hanya mahu ilmunya. Saya selalu ulang-ulang pada anak saya cerita ini. Dia senyum lebar saja. Sekarang dia ada Masters degree. Takkan diploma pengajian Islam tak boleh buat. Tak kira apa cara sebenarnya, atau apa format pengajian sekalipun. Yang penting kita mengaji sekarang bukan tunggu bila dah bersara.

Kalau setakat diploma itu pun kita belum boleh berpuas hati. Ia hanya setakat "touch and go".  Belum mendalam langsung. Ketika itu saya cuba mendaftar Diploma Syariah dengan harapan untuk lebih mendalam. Tetapi tidak dibenarkan kerana ramai yang belum pernah mendaftar, berpusu-pusu  untuk mendaftar. Ketika itu tidak banyak University yang menawarkqn kursus seperti itu. Kemudian  setelah tiga tahun (1990) saya mendaftar pula Diploma Islamic Studies di University Islam Antarabangsa. Konon kalau nak dakwah dalam Bahasa Inggeris, tahulah sedikit sebanyak istilah-istilah yang digunakan. Semua ini perlu jadi 'juggler' dari segi masa. Kalau kita kata kita sibuk dengan anak-anak, percayalah ! nanti bila sudah bersara kita disibukkan pula dengan menolong tengok-tengokkan cucu. Waktu mana pun dugaan pasti ada. Kalau kita mengaji pasal Islam anak dan cucu kita pun akan dapat munafaatnya.

Bila dah bersara, percayalah! masa akan jadi lebih pendek. Sebab buat kerja makin lambat. Ingatan pun makin kurang. Nak buat hafalan doa atau ayat-ayat lazim pun terpaksa mengambil masa berulang-ulang kerana sel-sel di otak telah banyak yang lemah. Kemudian bersusah payah  pula dari segi mencari masa. Bukan sahaja buat kerja makin lambat, kita perlu masa berehat lebih panjang kerana badan sudah tidak steady seperti dulu.

Kalau tunggu selepas bersara baru nak mengaji, bila pula nak laksana. Laksana untuk diri sahaja tidak mencukupi. Kita kena laksana konsep ilmu yang dimunafaatkan seperti yang dituntut dalam Islam. Kalau kita duduk atas jawatan yang boleh menggubal dasar, tetapi kita tidak ada ilmu tentang Islam, maka ada kemungkinan dia jadi "counter-productive" dari segi Islam. Risiko nya amat tinggi. Kadang kala takut buat dasar yang terus terang bercanggah dengan Islam.(mohon Allah simpangkan).

Tambahan pula, proses pembersihan hati nurani makan masa yang panjang, Namun  saya tidak nafikan ada yang tidak begitu kerana semua mengikut kehendak Allah. Tetapi eluklah kita berikhtiar lebih dan buktikan kesungguhan pada Allah swt. Selain dari kelas-kelas yang formal seperti diploma yang saya sebut di atas, kita perlu menghadap Tuan Guru dalam kumpulan yang kecil supaya dapat bertanya kemusykilan. Nak cari guru yang mursyid pun satu usaha yang mencabar. Ia proses yang berterusan insyaAllah hingga kita rasa mantap demgan ilmu yang kita perolehi.Banyak konsep dalam Islam yang perlu kita faham. Yang terpenting di sini  ialah kefahaman aqidah. Ini kita tidak boleh tunggu hingga bersara baru nak mula.Kerana ilmu tauhid itu kait mengait. Jadinya banyak ilmu yang perlu dipelajari serentak.

Sebagai kesimpulan, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu kifayah amat luas. Yang Fardhu Ain mesti beres dulu. Kerana itu pokok. Jangan tunggu lepas bersara. Jangan buat alasan tentang masa dan kesibukan kerja.  Dalam umur Emas ini pun saya  masih terus mencari dan mengaji. Alhamdulilah Allah masih beri ruang dan peluang. Kadang-kadang  rasa terkilan juga tidak mula dari umur dua puluhan. Umur tiga puluhan baru mula pandang kiri pandang kanan., pandang belakang dan pandang depan. Saya mohon Allah ampunkan dosa kecuaian dan ketidak- pekaan ini.

Ada peristiwa-peristiwa yang unik dan mendebarkan dalam proses mengaji  dan mempelajari yang saya lalui. Mungkin saya kongsikan dilain kali. Perjalanan saya masih jauh, masih banyak yang belum diterokai,  masih banyak yang belum difahami. Tetapi masa makin singkat. Kesihatan dan kekuatan minda makin terhad Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan dan memandu saya kejalan yang lurus kerana dalam mencari-cari dan memahami kewujudan makhluk vis-a-vis kewujudan Allah, banyak ranjau disepanjang jalan. Hanya Allah yang maha mengetahui dan Allah yang maha  berkuasa atas segala sesuatu. Kita mohon perlindungan dari Syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan. Semoga kita dapat merasakan kasih sayang Nya dan semoga Allah meredhai hingga keakhir hayat. Amin.

Tuesday, August 25, 2009

"CERITA-CERITA" RAMADHAN 2

Hari ini bilangan kawan yang bersama dalam tadarus sepanjang hayat bertambah 3 orang lagi. Alhamdulillah. Mungkin esuk ada lagi yang ingin memecah tradisi kebanyakan Masjid supaya bertadarus sambil membaca terjemahan atau tafsir. Alhamdulilah, cuma perlu istiqamah dan peka bahawa ilmu "is not an end in itself. It is a means to an end". Ada seorang kawan kata , kita jangan asyik sibuk menuntut ilmu tetapi tidak memunafaatkan nya. Dan, kata beliau, kita munafaatkan untuk diri dan juga untuk orang lain. Kerana dalam Islam kita dituntut untuk menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Belum sempurna Iman kalau tidak sama-sama memikirkan tentang kebajikan orang lain.

Pada hari puasa yang kedua, Pertubuhan Mawaddah Malaysia meraikan lebih kurang 50 orang anak yatim dari Jalan Kebun, Kelang. Saya hanya membantu sedikit kerana badan kurang sihat. Ia dianjurkan bersama dengan beberapa individu dan pelajar UNISEL. Usaha yang kecil tetapi seronok melihat mereka seronok. Tapi yang mengkagumkan saya hari itu ialah apabila bersolat jemaah dengan anak-anak perempuan. Ketua mereka menjadi Imam seperti dilatih oleh gurunya. Ia berumur lebih kurang 15 tahun dan setiap perlakuan ia sungguh tertib. Ruku' nya lama dan sujudnya lagi lama. Jarang sekali saya mengalami perilaku ini. Saya ditarbiyah oleh seorang ustaz dari Aceh, Ustaz Faisal, lama dulu lagi supaya lama sujud. Saya sudah amat dewasa ketika itu. Dan yang saya saksikan hari itu mengkagumkan saya kerana mereka masih kanak-kanak. Alhamdulilah. Pengurus dan guru-gurunya amat prihatin untuk mendidik yang terbaik. Anak yatim adalah anak-anak yang istimewa, dan kalau mereka kaya sekalipun kita kena rai'.

Kita sama-sama berdoa semoga mereka menjadi sebahagian dari generasi yang bertaqwa. Amin.

Monday, August 24, 2009

"CERITA-CERITA " RAMADHAN

Alhamdulilah telah dua hari kita menyempurnakan puasa dan hari ini hari ketiga. Tetapi nak cerita sikit. Pada hari pertama aku terpaksa berbuka awal kerana gula dalam darah amat rendah sekali (hypo), dan waktu itu baru jam 10.30 pagi. Aku mengidap kencing manis dan walaupun malam sebelumnya ketika sahur aku telah kurangkan ubat, tetapi keadaan gula dalam darah tidak menentu. Aku rasa lemah dan menggeletar. Itu bukan pertama kali terjadi dan oleh kerana masih ada lebih kurang 9 jam lagi untuk buka puasa, aku terpakasa buka awal kerana takut ia jadi lebih mudharat kalau oxygen tidak naik ke otak. Semoga Allah mengampuni kecuaian ku menjaga kesihatan diri. Kalau ini sudah kehendakNya, maka aku mohon kesabaran dan memohon belas kasihanNya.

Pada hari terjadinya hypo aku terpaksa bergesa-gesa balik dari masjid kerana ketika itu sedang mengikuti sessi tadarus. Alhamdulillah hari kedua keadaan stabil dan semoga hari ini dan seterusnya Allah kurnia kesihatan yang sempurna. Ikhtiar ku ialah memberhentikan pengambilan ubat dan memonitor level gula dengan alat yang diberi oleh hospital.

Bercakap pasal tadarus pula, kumpulan ku cuba untuk bertadarus sepanjang hayat, iaitu termasuk bulan-bulan selain Ramadhan. Kami tidak khatam di akhir Ramadhan kerana tidak kesempatan kerana kami membaca juga terjemahannya dan juga membaca asbabul nuzulnya. Ini tahun kedua dan setakat ini kami baru sampai surah al Khahfi. Dengan cara ini kami mengharapkan kefahaman kami mengenai isi al Quran akan menjadi lebih bermakna. Di samping itu kami juga menghadiri kelas tafsir dan juga tafsir harfiah. Semoga Allah memberkati usaha ini dan kami dikumpulkan bersama-sama orang-orang yang berzikir dan bertafakur dan bersama-sama ahli fikir dan Ulul Albab di akhirat yang abadi. Rasanya masih jauh perjalanan, namun kami memohon keredhaan Allah dengan usaha permulaan seperti ini.

Itu coretan buat kali ini. Semoga esuk Allah masih mengurniakan kesempatan untuk pengabdian yang lebih sempurna.
Related Posts with Thumbnails