Saya agak 'tersenyum' dengan isi khutbah nikah yang saya dengari dalam satu majlis akad nikah di masjid Putra, di Putrajaya pada petang Jumaat 29 Januari baru-baru ini. Juru nikah menerangkan tanggung jawab suami dan tanggungjawab isteri. Saya ingin mengimbau kembali kata- kata ustaz bila menyebut tanggung jawab isteri di mana dikatakan supaya isteri menghormati dan meraikan keluarga suami 'termasuk siapa jua yang lain yang disukai olehnya '. Lebih kurang begitu ingatan saya.
Saya agak 'tersenyum' kerana pada fahaman saya ia bermaksud seolah-olah mengingatan kaum isteri bahawa sekiranya suami dimasa akan datang menyukai orang lain 'mungkin sebagai isteri kedua atau ketiga atau keempat', maka isteri yang sekarang ini harus juga menghormati dan meraikannya. Setelah majlis itu bersurai, saya tanyakan dari saudara mara yang lain kalau mereka juga mendengari dan memahami perkara yang sama. Tidak ada yang dengar seperti saya dengar. Mungkin mereka tidak menumpu. Mungkin pengantin pun tidak mengamatinya. Ingin juga saya tanyakan satu masa nanti. Zaman saya dulu pengatin perempuan duduk dibilik dan tidak mendengari khutbah nikah.
Sebenarnya tidak salah juru nikah membaca khutbahnya demikian rupa kerana itu bukan suatu perkara yang dilarang dalam Islam. Cuma saya ingin tahu maksud yang tersirat sebenarnya.
Demikian adanya.Hanya sebuah selingan...........
"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, January 31, 2010
Saturday, January 30, 2010
MEMINTA-MINTA
Hari ini entah mengapa saya teringat sangat pesanan bapak saya yang telah lama pergi dari alam ini. Ketika itu saya berumur 16 tahun dan oleh kerana saya yang bongsu dari lapan adik beradik, maka saya tidak bertanya mengenai sejarah kehidupan bapak dan emak saya secara terperinci. Namun saya masih teringat pesanan yang dibuat berulang ulang hinggakan hati saya terpaku dengan pesanan itu.
"Kita miskin, Tapi jangan sampai meminta-minta"Kami keluarga yang teramat miskin ketika itu kerana bapak dan emak saya adalah pendatang dari tanah Jawa. Alhamdulilah, berkat kegigihan budaya pendatang, Allah mengurniakan rezki yang sedikit tapi kami rasai seperti melimpah-limpah banyaknya. Saya bersekolah hingga ke University tetapi bapak saya tidak dapat melihat kejayaan dan hasil penat lelahnya. Namun saya tetap berdoa semoga Allah mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan saya dan segala dosa-dosa saya dan semoga saya diitiraf anak yang soleh dan doa saya untuk emak dan bapak kesampaian.
Kini saya dewasa, amat dewasa dan telah tergolong dalam umur yang sedang menunggu giliran untuk pulang menemui Pencipta. Allah telah mengurnia banyak kesenangan dan kemudahan melalui laluan-laluan yang tidak pernah terduga sebelumnya. Adik-adik ipar saya sungguh murah hati pada saya dan keluarga. Rezki yang melimpah-limpah dikongsikan bersama dan hanya Allah yang membalasnya. Saya amat bersyukur. Alhamdulilah.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga Ustaz sentiasa menasihati mengenai cara pengabdian diri pada Allah dan saya cuba sedaya upaya untuk mengikutinya. Antara pesanan ustaz:
"Tangan yang memberi itu adalah lebih mulia daripada tangan yang menerima".Agaknya ini yang membuat saya teringat pesanan bapak saya supaya jangan meminta-minta. Tetapi entah bagaiman pada semalam dulu saya meminta sesuatu dari saorang yang saya kasihi , tetapi telah disalah erti.
Orang lain tidak pernah meminta-minta kenapa saya meminta-minta? Justeru saya menyesali perbuatan saya itu dan rasa agak tersedih hati kerana saya tidak pernah meminta-minta sebegini. Saya rasa saya amat kasih sebab itu agaknya saya gamak meminta. Rupanya saya belum cukup mengenali diri. Kalau kita tidak ada pertalian darah maka jangan meminta sesuka hati. Apakah mereka kasih pada kita , kita belum pasti.
Maka hari ini adalah hari muhasabah diri. Yang terlepas jangan dikesali. Kerana meminta pada orang belum tentu dia mengerti dan merasai akan isi hati. Walaupun pada zahirnya orang itu berilmu dan di masyarakat disanjung tinggi. Tetapi belum pasti mereka akan berbakti.
Oleh itu janganlah kita bicara rasa hati dan fikrah diri. Kerana itu hanya Allah yang maha Mengetahui. Kita kembali sahaja pada Ilahi dan minta dariNya kerana jika kita seorang mukmin dan ikhlas sejati pemberianNya itu lebih pasti. InsyaAllah itulah yang akan saya mohon setiap hari. Untuk melengkapi baki hidup yang tinggal sedikit ini. Amin.
Friday, January 29, 2010
THE GRASS IS GREENER..........
Sifat manusia biasanya sering keliru dengan tujuan hidupnya. Kita selalu merasakan apa yang orang lain ada itu lebih baik daripada apa yang kita ada. Pepatah Inggeris mengatakan "The grass is greener on the other side of the hill".
Beberapa hari yang lalu saya terbaca dalam satu blog mengenai pengalaman hidup seorang ibu muda yang rasa agak ketinggalan dalam arus kehidupan serba canggih dan ceria yang dilalui oleh teman-teman yang dahulunya belajar sekali di kolej atau di university yang sekarang ini belum berumah tangga. Mereka nampak seperti sentiasa ada program yang membuat hidup ini tidak bosan. Ibu muda ini semacam rasa iri hati melihat sesetengah kawan dapat mengembara ke sana sini, dapat "lepak" dan bercerita-cerita, dan lain-lain lagi, walhal dia terpaksa layan suami dan anak-anak. Berkahwin muda adalah pilihannya sendiri. Ibu muda ini menyedari hakikat itu dan diakhir penulisannya ia berkata bahawa biarlah teman-teman lama dengan cara hidupnya dan dia akan terus dengan cara hidup yang dipilihnya.
Ibu muda ini mengatakan dia rasa seperti "ketagih" untuk bersembang secara "intelectual" dan dapat mengeluarkan buah fikiran secara ilmiah. Keseronokan menjaga anak-anak kecil dan dapat bercinta dan memadu kasih dengan suami tidak dapat menenggelamkan "gian" rasa mahu berkawan seperti dahulu.
Saya agak tergamam untuk memberi buah fikiran apa yang sepatutnya dilakukan untuk tidak jadi tertekan jiwanya atau 'stressful' dan menjadi murong.Saya rasa apa yang diluahkan kepada saya hanya sebahagian dari masaalahnya. Mengapa cinta tidak dapat mengatasi segala-galanya.
Saya agak tergamam untuk memberi buah fikiran apa yang sepatutnya dilakukan untuk tidak jadi tertekan jiwanya atau 'stressful' dan menjadi murong.Saya rasa apa yang diluahkan kepada saya hanya sebahagian dari masaalahnya. Mengapa cinta tidak dapat mengatasi segala-galanya.
- Dalam hidup ini kita harus tahu bahawa tujuan utama ialah mengabdikan diri pada Allah. Pengabdian boleh mengikut berbagai cara. Boleh melalui pengurusan rumah tangga yang aman damai dari umur muda dan boleh juga melalui kerjaya yang meberi kepuasan intelek.
- Janganlah kita merasakan bahawa berumah tangga awal itu merugikan potensi untuk membina intelek dan janganlah pula bila kita sibuk dengan kerjaya maka kita tidak ada peluang menikmati fitrah manusia mahu kasih mengasihi antara dara dan teruna. Kasih seperti ini Allah kurnia mengikut kehendakNya asalkan sahaja kita tidak berbuat sesuatu yang menyalahi syarie.
- Jika kita ibu muda dan rasa perlu untuk berinteraksi dengan sahabat handai dan masyarakat untuk perkembangan minda, maka kita boleh buat aktiviti yang berbagai melalui dunia cyber atau secara nyata seperti mengadakan pertemuan untuk silaturrahim dan bercerita-bual dari masa kemasa. Tetapi-hati juga supaya tidak berbual kosong kerana ini jadi pertemuan yang lagha yang dilarang dalam Islam. Di hujung pertemuan harus ada sesuatu yang boleh dikongsikan atau dipelajari dari segi ilmu, waimma ilmu masak sambal tumis contohnya.
- Kalau masa tidak mengizinkan untuk itu atau atas sebab-sebab lain aktiviti ini tidak sesuai, maka kita boleh berbuat sesuatu yang dapat menghibur diri sendiri. Bila ke taman membawa anak-anak bermain contohnya, kita boleh menegur siapa dengan cara yang terbaik dan mendapat kenalan yang kita boleh bersembang bertukar-tukar fikiran mengenai anak atau mengenai apa jua yang sewajarnya. Dengan cara ini kita dapat melapangkan minda dan akan rasa segar semula kerana dapat berinteraksi melegakan fikiran.
Itulah sedikit pandangan yang dapat saya catatkan untuk dikongsikan. Saya tidak berkahwin ketika umur muda maka catatan saya hanya saya sandarkan dari pengalaman-pengalaman mengenai fenomena hidup dan kehidupan yang lainnya. Kadangkala masaalah kita adalah kerana kita mahu "persamaan". Kita takut untuk memikul "perbezaan". Fenomena ini pada pandangan saya sama sahaja dalam apa jua masaalah yang kita hadapi. Pokoknya kita tidak boleh berfikiran bersendirian. Kita boleh bercerita pada teman rapat tetapi yakinlah bahawa teman tersebut hanya boleh memberi buah fikiran. Berceritalah pada Allah. Pasti ada pertolongan dengan syarat kita telah mematuhi segala perintahnya dan cuba sedaya upaya meninggalkan larangannya. Bertaubat adalah utama, walaupun umur kita muda. Tambahkan ilmu dan mencari jalan untuk mengenali Allah dengan sebenar-benarnya. Semoga dengan ini kita akan dapat menggunakan mata hati untuk memahami apa jua masaalah yang kita hadapi dan dapat mengimbangi perasaan.
Wallahua'lam. Kerana saya juga bukan manusia yang sempurna.
Thursday, January 28, 2010
KENANGAN DI MEDAN DAN ACHEH
Sampainya di Medan dua minggu dulu kami membeli belah sementara menunggu malam untuk naik bas ke Banda Acheh. Kemudian kami putar-putar melihat-lihat bandaraya Medan, katanya ketiga terbesar di Indonesia. Kami berkunjung sebagai "budget travellers" dan kami naik kereta taxi persendirian, dan ketika pulang kami naik beca.
BERSANTAI MAKAN GORENG PISANG DAN KELAPA MUDA. DI TEPI JALAN DI PINGGIRAN MEDAN.
NOSTALGIA NAIK BECA DI KG. DI JOHOR
SAMBIL MEMBANTU YANG MERMEMERLUKAN.
Peristiwa naik bas selama 10 jam tanpa berhenti waktu malam tidak akan dilupai. Itulah kisah perjalanan dari Medan ke Banda Acheh. Penat tidak karuan tetapi bila mengenangkan sejarah bapak saya berjalan berbatu-batu mencari rezki setelah berhijrah dari Indonesia ke Malaya ketika itu, maka rasa penat seolah-olah hilang dan mula merancang bagaimana hendak memunafaatkan masa di Acheh pula.
NAIK BAS KECIL KE TERMINAL
LOBSTER DI TEMPAT QUARANTINE. LEBIH 3 KG. BERATNYA.
Tujuan utama ke Acheh ialah untuk melihat kebarangkalian boleh berniaga jual beli makanan laut, Lobster. Tujuan sampingan ialah melihat kesan pada kehidupan orang-orang yang dilanggar tsunami. MasyaAllah, kegigihan orang-orang Acheh yang saya temui luar biasa seklai. Mereka sedar apa itu "kehendak Allah" dan dengan semngat pengabdian diri mereka membina semula kehidupan mereka. Saya akui masih banyak yang belum dapat disempurnakan tetapi melihat dengan mata kasar Acheh sudah hampir pulih seperti dahulu. Saya merasa insaf dengan apa yang saya lihat akan kesan tsunami, sejarah tamadun manusia yang amat menakjubkan. Di bawah ini saya rakamkan beberapa gambar untuk tetapan. 1) Masjid yang telah pulih. 2) Boat yang tersadai di atas rumah 3) Kapal yang di heret ombak sejauh lebih 10 km ke tanah darat. 4) Gambar kapal tersebut sejurus selepas tsunami.5) Pemandangan dari atas kapal sejauh mata memandang yang telah dibina semula. 6) Perlabuhan yang telah dibina semula.
Di Acheh, kami pergi juga kepulau Acheh untuk melihat terumbu ternakan ikan dan lobster.Tiada kemudahan untuk pelancong dan kami tinggal di rumah teman yang mengirigi kami. Perjalanan boat nelayan memakan masa hampir 2 jam dan pada hari itu cuaca panas dan angin terlalu kencang. Indah sungguh pemandangan di pulau ini dan siapa yang suka menyelam boleh berbuat demikian dengan kemudahan sendiri.
DALAM BOT NELAYAN DIWAKTU PAGI
DI ATAS TERUMBU SEMASA MATAHARI MULA TERBENAM.
Kenangan di Acheh adalah lebih dari apa yang dilihat digambar dan apa yang dapat saya catatkan. Banyak lagi peristiwa yang menyayat hati yang diceritakan oleh mereka yang selamat dari tsunami. Semoga Allah mengampuni mereka yang telah pergi dan semoga kita semua menginsafi peristiwa ini, dan mohon Allah meningkatkan keimana kita dan kita semua menjadi lebih komited untuk mengabdikan diri pada Allah dengan cara yang diredhaiNya.
Amin.
Wednesday, January 27, 2010
STRESS TEST @ 63
"Don't worry, its only a test," I whispered to my self as my hubby and I walked in to the IJN center for Executive Screening Test today the 26 of January. "When it is time to go, we have to let go." He said trying to calm me down as if he knew how I was feeling. But I didn't say a word one way or the other. I give credit to the way IJN operates this exercise. We started at 7.30 and we finished at about 1.00 in the afternoon.
I couldn't go further than the beginning of the third stage in the stress test. My husband completed the third stage but stopped as his legs were hurting. I am quite happy with the overall results, alhamdulilah, inspite of being told to come back in May for another follow up test for my heart. I am not in perfect health but I am still in high spirits to go on with life. In Islam there is no slowing down especially as we get nearer to our final destination. To Allah shall we return. And before that final call I plan to make myself busy in the name of Allah the Almighty.
Like two weeks ago I was in Acheh via Medan with my hubby and son to explore what Acheh could offer in terms of business opportunities. Other than lobsters in the deep seas, we looked into cattle farming as well. I left the hard business talk to my hubby and son and I was there to help spot any loopholes in the deals, if any.
The trip to the cattle farming land of a prospective partner was some distance away from Banda Acheh. We had no four-wheels drive vehicle and an ordinary car was no match for the rough terrain. But we turned problems into opportunities and we walked and enjoyed the beautiful country though we had to walk uphill for almost a kilometer. We talked and exchanged stories of our life. My two Acheh adopted sons were with with me and they updated me with their experiences trying out new things in their attempt to live a meaningful life after graduation. Acheh is "Serambi Mekah", Islamic in mission and vision but it is a long way from being perfect.But Allah has promised that if we abide by his rules and regulations, his Blessings will always be near.
So we walked slowly and took pictures of some wild flowers and learn to appreciate Allah's beautiful creations.There are verses in the al Quran that all his creations celebrate with 'zikrullah', that is submitting to Allah. See chapter 24, verse 41: "Seest thou not that it is Allah whose praises all beings in the heavens and on earth do celebrate, and the birds (of the air) with wings outspread?Each one knows its own (mode of ) prayer and praise. And Allah knows well all that they do.
I couldn't go further than the beginning of the third stage in the stress test. My husband completed the third stage but stopped as his legs were hurting. I am quite happy with the overall results, alhamdulilah, inspite of being told to come back in May for another follow up test for my heart. I am not in perfect health but I am still in high spirits to go on with life. In Islam there is no slowing down especially as we get nearer to our final destination. To Allah shall we return. And before that final call I plan to make myself busy in the name of Allah the Almighty.
Like two weeks ago I was in Acheh via Medan with my hubby and son to explore what Acheh could offer in terms of business opportunities. Other than lobsters in the deep seas, we looked into cattle farming as well. I left the hard business talk to my hubby and son and I was there to help spot any loopholes in the deals, if any.
The trip to the cattle farming land of a prospective partner was some distance away from Banda Acheh. We had no four-wheels drive vehicle and an ordinary car was no match for the rough terrain. But we turned problems into opportunities and we walked and enjoyed the beautiful country though we had to walk uphill for almost a kilometer. We talked and exchanged stories of our life. My two Acheh adopted sons were with with me and they updated me with their experiences trying out new things in their attempt to live a meaningful life after graduation. Acheh is "Serambi Mekah", Islamic in mission and vision but it is a long way from being perfect.But Allah has promised that if we abide by his rules and regulations, his Blessings will always be near.
So we walked slowly and took pictures of some wild flowers and learn to appreciate Allah's beautiful creations.There are verses in the al Quran that all his creations celebrate with 'zikrullah', that is submitting to Allah. See chapter 24, verse 41: "Seest thou not that it is Allah whose praises all beings in the heavens and on earth do celebrate, and the birds (of the air) with wings outspread?Each one knows its own (mode of ) prayer and praise. And Allah knows well all that they do.
Let us learn from nature how sublime its character is.The Quran draws analogies for us to recognize and empathize. If we do this we may be less stressful in our attempt to live life the best way we know how. But whatever we do, Solat (prayer) is of utmost importance.Do it right, in congregation at the mosque and immediately after the adzan (call for prayer).Prayer in congregation at the mosques is optional for the women folks.But prompt in prayer is a must as we would never know when the final curtain shall be drawn on us.
Thursday, January 21, 2010
NEVER TOO OLD 2
THE ARRIVAL JETTY AND THE SCENIC RIDE TO THE "TOWN CENTRE"
I love this trip, though reluctant at first.Today, the 16th of January, I decided to forget the bus ride episode and eagerly followed the group to Acheh Island by boat. This island is almost untouched by human greed and it is indeed beautiful. It was almost swept away by the tsunami some 5 years ago and the population is almost half of what it was before, maybe 5 thousand at most. I was fascinated by the lush of green and the swaying palm trees. It was as if the Tsunami never occurred.
SUNSET AT PULAU ACHEH
There are a lot of lobsters in the open seas and it is a heavenly for those who love sea food and who knows the technology to turn it into a big industry. Before we went to the island we visited a place in Banda Acheh where they quarantine lobsters before packing them to be exported to places like Hong Kong ,Taiwan and Australia to name a few. Below are some pictures of the lobsters.
ABOUT 3 KILOS IN WEIGHT
Acheh island is about 2 hours by boat, transporting both passengers and crates of fish for Banda Aceh and export.
I was hoping the boat ride would be like a cruise, relaxing and breezing through. I was warned that the winds might be strong and the sea may be a bit rough. I have not been on a boat for a long time and so I thought this may be exciting and brushed away the words of warning. The boat was full to the brim and the afternoon sun was burning hot. I sat at the back of the hull with nothing over my head.It was rather crowded with plenty of boxes of goods of some sort for the island dwellers.For the first 15 minutes it was smooth going but as we set out to the open sea, I regretted my gut feeling that it was going to be alright. The waves were rough as predicted and the boat swayed from side to side and from front to back and the sea water splashed on to us. I was half wet and this went on for about an hour and a half with no sign of slowing down. Two women passengers vomited and I too was feeling like I needed to throw out as well. But like the bus ride, I held on fast and somehow survived the scare that I felt.
The boat ride back to the mainland was worse because I sat at the front with my hubby thinking this time it would be a cruise. The only consolation was the sun was not burning hot because it was very early in the morning.
While on the island we ventured into the "trumbu", a transit station for the lobster. It acts both as a place to quarantine and a place to mature. It was about 15 minutes from Pulau Acheh and we spent about an hour on it. My husband and the other men busy themselves examining the nets, the lobsters and fish as well. I held on to the hut as the wind was too strong for me to walk around. I found it difficult to keep balance and was afraid of falling into the deep sea.
The island has no facilities for tourists at all. We have to camp-out or stay with the local families. We chose the latter and enjoyed the hospitality of the local people.The houses were actually built by Foreign Voluntary Bodies helping the tsunami victims.They were nice little houses with running water but limited electricity supply. Lights were out from 12 midnight until 7 in the morning. It was difficult for me because it was warm and humid and it seems like the night was there forever. But I stayed very quiet remembering the power of Allah the alMighty for only by his Grace that we were able to be there and did what we wanted to do, that is learning more about the lobster industry.
ON THE BOAT BACK TO BANDA ACHEH
We were back on the mainland grateful to Allah most gracious most merciful. The open seas, the huge lobsters and plentiful sea creatures are his blessings upon us. There are much more and we must be humbled by his greatness. He is our Creator and Sustainer and may He bestow upon us his great love and Mercy.
Amin.
Wednesday, January 20, 2010
NEVER TOO OLD 1
Who would have thought at 63 I could still sit for 10 hours non-stop by bus from 8pm till 6am to Banda Acheh from Medan. Alhamdulilah, I did it, but not without a lot of uugh... ehh, ya Allah ! and more. It was not a ride I would recommend to anyone at 63. In spite of my Tai Chi and morning walk, 10 hrs without stretching your legs and without easing yourself in the rest room can be no less than a torture.
OUR SMALL HOTEL AT THE FAR END IN MEDAN.
But why did I do that?
To be honest I thought I could do it.I did not plan to go for this trip but did not want to be home alone. So I thought I could challenge myself physically. My late mother at the same age was still out into the 'kebun' with her 'parang and cangkul' doing the normal thing a village woman would do on her land. She tilled the land with vegetables and kept the house compound spic and span. And she did that almost perfectly without complain. I took the challenge from my hubby who asked me to come along to Banda Acheh to learn more about a business prospect. We could not get a direct flight and since time was the essence, we decided to take the bus. Our guide told us that it would be okay. He forgot that I am 63. I flattered myself into saying that I must have looked a lot younger than my age, hee...hee..hee...
PREPARING FOR THE LONG BUS RIDE AT NIGHT. (MY HUSBAND AND SON)
On reaching Bandar Acheh I ran straight to the nearest rest room and almost could not make it. What a scene I would have created if "that" had happened. Wow ! what an experience on the first part of my trip. My legs shivered and I had a slight headache.It was rather cold in the bus and I was turning and tossing around but failed to feel relieved. I surprised myself for what I could endure. Alhamdulilah.OTHER PASSENGERS WAITING TO BOARD THE BUS
It was just as bad for my husband, but perhaps worse as he tried to go to the toilet on a moving bus on a winding road and on a third class "highway". He was more sick than I was and his legs were hurting bad. We checked in to a hotel and rested.We had some comfort before the next venture.THE BUDGET HOTEL WE STAYED IN BANDA ACHEH
We kept hoping and du'a that the next venture would be exciting and we hope to learn the greateness of our Creator even more.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































