"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, September 28, 2013
Secebis cerita Puchong...
Yang berpantang anak tetapi dalam membantunya saya seperti berpantang juga kerana saya buat pilihan untuk ikut sahaja apa yang termampu dalam menyediakan makanan supaya dapat menjimatkan masa. Masa adalah suatu komoditi yang amat berharga bagi saya dalam perjalanan hidup yang amat singkat ini. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kederat untuk mengaktifkan diri dan dapat mengisi kekosongan-kekosongan dalam pengabdian yang belum tercapai hingga kini. Semoga Allah membuka ruang dan peluang untuk meneruskan tanggung jawab yang masih belum selesai. Dan siapa yang boleh kata sudah selesai ?........
Dalam kepenatan seharian teringin juga dihati untuk menjelajah dan melihat perkembangan pembangunan di daerah Puchong ini. Dalam tahun tujuh-puluhan semasa saya di kementerian pendidikan, Puchong yang saya tahu ketika itu adalah ladang getah yang amat luas dan saya masuk ke daerah Puchong beberapa kali berunding dengan Pemaju Perumahan bagaimana sekolah-sekolah Tamil dapat di pindahkan dan diganti dengan yang baru tanpa menjejas kebajikan rakyat keturunan Tamil di situ. Ini bukan suatu yang mudah. Proses pembangunan dengan isu-isu politik yang tidak mudah selesai memeningkan kepala pelaksana projek sekolah di mana jua. Waktu itu saya pernah menyuarakan pendapat mengapa kita perlu bina sekolah rendah Tamil sedangkan menteri-menteri India dan orang-orang besar parti pun tidak ghairah menghantar anak-anak mereka ke sekolah Tamil. Tiada jawapan telus dan tulus.
Ketika itu pun saya mengatakan pada teman-teman dari JKR siapa yang ingin duduk di Puchong ini...."tempat jin bertendang". Sekarang saya tersenyum sendirian melihat pembangunan yang pesat. Saya percaya sudah tidak ada lagi jin bertendang. Perumahan sudah melaut luasnya.. Mencari rumah anak saya di Puchong Prima pertama kalinya pun sulit walaupun menggunakan GPS. Ini kerana pembangunan di Puchong agak tidak menentu dari segi perancangan Bandar.
Sejak hari ketiga bersalin saya menemani anak saya ke Pusat Kesihatan Kecil kerana masaalah sakit kuning bayi baru lahir. Jelas Puchong menggambarkan 1 Malaysia tulin. Semua keturunan bangsa jelas ada. Tetapi rata-rata saya perhatikan ini kawasan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Saya menunggu satu jam setengah untuk anak selesai berurusan. Saya rasa lama. Tetapi agaknya itu biasa sahaja. Alangkah bahagianya jika kerajaan dapat mengurangkan masa menanati giliran. Baru betul slogan: Rakyat didahulukan. Malaysia Negara kaya minyak. Seperti nikmatnya tidak dirasai sama.
Dicelah-celah kesibukan jaga 5 cucu, saya ajak anak putar-putar di kawasan kampung asal berhampiran kawasan perumahan anak saya. Tidak nampak seperti kampung tradisional Melayu....sudah 'moden'. Apa yang menarik perhatian saya ialah masih ada Sekolah agama dan tadika Islam. Agak teruja juga memikirkannya dari segi dari mana datangnya pelajar-pelajar memandangkan kawasan kampung makin kecil. Ada juga rumah anak-anak yatim. Entah mengapa tiba-tiba saya rasa tersedih jika anak yatim harus ditempatkan dalam satu institusi. Terpisah dari kasih sayang ibu. Tidakkah ada cara lain menjaga kebajikan anak-anak yatim ini. Bukan di Puchong sahaja. Di mana jua. Kita harus fikirkan fakta kasih sayang. Bukankah Malaysia kaya........hulurkan wang perbelanjaan yang mencukupi supaya tidak terpisah kasih sayang. Ada teman mengatakan saya tidak berdiri di bumi nyata....
Entah berapa hari lagi saya perlu bermukim di Puchong. Semoga Allah memudahkan segala urusan urusan kerana saya perlu pulang segera ke Tangkak pula.
Mohon pertolongan Mu ya Rabb....
...
Thursday, September 26, 2013
Pilihan...yang memerangkap.
Saya berfahaman bahawa dalam menjalani hidup ini ada yang dikira pilihan dan ada yang dikira takdir. Namun apa jua pilihan ia adalah atas izin dan kehendak Allh jua. Ada pilihan yang Allh redha dan ada yang Allah murka.
Rata-rata manusia suka memilih sesuatu yang cantik dan indah, yang memberi kedamaian hati dan minda. Tetapi fenomena cantik adalah terletak pada mata dan hati seseorang dan lebih tepat lagi cantik dan indah itu akan menjadi lebih syahdu jika dilihat dari mata hati, iaitu mata hati yang mengerti bahawa kecantikan itu adalah milik Allah jua. Dan oleh kerana ia milik Allah maka apa jua yang kita idamkan dan lakukan seharusnya tidak lari dari hakikat ini, iaitu dalam kita menikmati kecantikan dan keindahan seharusnya kita menjadi lebih dekat pada Allah
Maka saya suka berkongsi satu peristiwa seorang yang suka menghias rumah dan akan sanggup berkorban masa dan keselesaan diri demi kecantikan. Sering saya berbincang dengannya mengatakan apalah kecantikan jika kita kehilangan masa untuk mencantikan diri di sisi Allah. Baiklah kita hias rumah sekadarnya dan masa itu kita rebut untuk mencari ilmu yang dapat membawa kita berdamping dengan yang maha Pencipta dan semoga mendapat redhanya.
Ditakdirkan ia seorang yang berada dan hidup mewah dan boleh mendapatkan khidmat pembantu dan khidmat tukang kebun. Tetapi ia enggan berbuat demikian sebab katanya ia tidak akan puas hati dengan kualiti kerja mereka. Ia sudah megalami jalan itu. Maka ia lebih rela membuat semuanya sendiri, dari dalam rumah hingga membersihkan kolam renang dan menjaga taman sekeliling rumah.
Selalu ia mengadu penat bila ada kesempatan sembang dengan saya. Sesekali saya nasihat juga supaya mengubah cara. Ia seorang yang sensitif maka saya harus hati-hati. Sekarang ia berumur 58 tahun, tak silap saya, dan saya rasa risau juga nanti tidak kesempatan untuk berbuat sesuatu yang lebih bermunfaat dari segi pengabdian diri kerana kesibukan menjaga rumah.
Demi kecantikan, tingkap dan pintu rumah tidak ada grill besi. Sudah beberapa kali rumahnya dimasuki orang dan ia menjadi bingung dan bersedih hati. Malahan seperti fobia untuk meninggalkan rumah beberapa hari. Jarang sekali ia akan ikut suami out-station, walaupun di luar Negara kerana takut rumah dimasuki orang dan nanti pokok-pokok akan mati lantaran tidak disiram air dan dibaja secukupnya.
Subhanallah, bisik hati saya. Allah mengurnia harta yang lumayan tetapi ia menjadi sepert penjara baginya tanpa disedarinya.
Semoga ia akan menginsafi diri dan saya akan terus memujuknya supaya mengubah pendirian hidup dengan iringan doa.Semoga Allah memberi petunjuk kerana Dia maha pengasih maha penyayang. Ia seorang yang murah hati, rajin mengeratkan silaturrahim dan sentisa berhemah bila berbicara.
Saya sendiri pun masih banyak kelemahan dan kekurangan dan berkongsi cerita ini semoga dapat memberi peringatan pada diri. Tiada manusia yang sempurna dan kita mencari kekuatan dari sahabat handai sebagai wasilah. Hanya Allah jua tempat kita bergantung. Namun untuk itu kita perlu ada ilmu untuk membedah siasat kelemahan dan kekurangan yang ada.
Biarlah kurang sempurna di dunia asalkan di akhirat Allah redha dan kita sejahtera bahagia di sisiNya.
Memohon keampunan Mu ya Rabb....
...
Rata-rata manusia suka memilih sesuatu yang cantik dan indah, yang memberi kedamaian hati dan minda. Tetapi fenomena cantik adalah terletak pada mata dan hati seseorang dan lebih tepat lagi cantik dan indah itu akan menjadi lebih syahdu jika dilihat dari mata hati, iaitu mata hati yang mengerti bahawa kecantikan itu adalah milik Allah jua. Dan oleh kerana ia milik Allah maka apa jua yang kita idamkan dan lakukan seharusnya tidak lari dari hakikat ini, iaitu dalam kita menikmati kecantikan dan keindahan seharusnya kita menjadi lebih dekat pada Allah
Maka saya suka berkongsi satu peristiwa seorang yang suka menghias rumah dan akan sanggup berkorban masa dan keselesaan diri demi kecantikan. Sering saya berbincang dengannya mengatakan apalah kecantikan jika kita kehilangan masa untuk mencantikan diri di sisi Allah. Baiklah kita hias rumah sekadarnya dan masa itu kita rebut untuk mencari ilmu yang dapat membawa kita berdamping dengan yang maha Pencipta dan semoga mendapat redhanya.
Ditakdirkan ia seorang yang berada dan hidup mewah dan boleh mendapatkan khidmat pembantu dan khidmat tukang kebun. Tetapi ia enggan berbuat demikian sebab katanya ia tidak akan puas hati dengan kualiti kerja mereka. Ia sudah megalami jalan itu. Maka ia lebih rela membuat semuanya sendiri, dari dalam rumah hingga membersihkan kolam renang dan menjaga taman sekeliling rumah.
Selalu ia mengadu penat bila ada kesempatan sembang dengan saya. Sesekali saya nasihat juga supaya mengubah cara. Ia seorang yang sensitif maka saya harus hati-hati. Sekarang ia berumur 58 tahun, tak silap saya, dan saya rasa risau juga nanti tidak kesempatan untuk berbuat sesuatu yang lebih bermunfaat dari segi pengabdian diri kerana kesibukan menjaga rumah.
Demi kecantikan, tingkap dan pintu rumah tidak ada grill besi. Sudah beberapa kali rumahnya dimasuki orang dan ia menjadi bingung dan bersedih hati. Malahan seperti fobia untuk meninggalkan rumah beberapa hari. Jarang sekali ia akan ikut suami out-station, walaupun di luar Negara kerana takut rumah dimasuki orang dan nanti pokok-pokok akan mati lantaran tidak disiram air dan dibaja secukupnya.
Subhanallah, bisik hati saya. Allah mengurnia harta yang lumayan tetapi ia menjadi sepert penjara baginya tanpa disedarinya.
Semoga ia akan menginsafi diri dan saya akan terus memujuknya supaya mengubah pendirian hidup dengan iringan doa.Semoga Allah memberi petunjuk kerana Dia maha pengasih maha penyayang. Ia seorang yang murah hati, rajin mengeratkan silaturrahim dan sentisa berhemah bila berbicara.
Saya sendiri pun masih banyak kelemahan dan kekurangan dan berkongsi cerita ini semoga dapat memberi peringatan pada diri. Tiada manusia yang sempurna dan kita mencari kekuatan dari sahabat handai sebagai wasilah. Hanya Allah jua tempat kita bergantung. Namun untuk itu kita perlu ada ilmu untuk membedah siasat kelemahan dan kekurangan yang ada.
Biarlah kurang sempurna di dunia asalkan di akhirat Allah redha dan kita sejahtera bahagia di sisiNya.
Memohon keampunan Mu ya Rabb....
...
Wednesday, September 25, 2013
Fatima Sufiya...
The latest arrival - Fatima Sufiya, my ninth grandchild from Sara and Azrul. Alhamdulilah.
Born 2.77 kg, she is my fifth grand daughter. No fancy name this time - Just Fatima, easy to call and easy to remember. My daughter has just had a new maid and I decided to help out. I am now in Puchung Prima since Saturday and helped out in cooking the daily meal. No big deal but I am happy and celebrate my own ability to be on my feet and take time out today to write this little note.
My brother in-law (ayah Tam) smiled when my husband told him I am helping to bathe the baby daily. Actually I haven't done that this time around because the maid is quite capable and I just supervise her making sure she does not take short-cuts.
What can a 66 year 0ld do ?
Plenty, my dear....psyching myself up to do the daily chores as well. I reminded myself of the 64 year old American woman who swam from Cuba to Florida and a 74 year Japanese woman who climbed Mount Everest. I am sure I could do just as well if I tried harder. Who would believe me ?....
So in a minute I will take the baby out and sit under the morning sun to help cure the mild jaundice, normal of a new born.
Next week insyaAllah I will be moving on to Tangkak to start on our detail program for next year. May Allah grace us with good tidings.
....
Saturday, September 21, 2013
....mencari Laksa Power.
Pemandang dari tigkat atas rumah tumpangan di Langkawi.
Melancung ke Langkawi untuk mencari Ikan Segar. Itu tujuan asalnya bila seorang teman yang baru balik dari sana membawa cerita ia mengikuti aktiviti memancing ikan dan makan ikan bakar yang segar hampir setiap hari. Tetapi saya dan suami tidak mampu beraktiviti begitu. Kami mengikut anak ke Langkawi mengambil tugas "baby-sitting" sementara ia bertugas rasmi. Maka tidak ada ruang dan peluang untuk pergi memancing.
Maka kami hanya makan di restoran mencari ikan segar. Alhamdulilah, dapat juga habuan ikan segar walaupun cara memasaknya kurang menepati selera. Dalam hati kecil saya berkata: tidak mengapa.....ikut rezki. Tetapi di Restoran Wan Thai kami berpuashati. Alhamdulilah. Nikmat kurniaan yang maha memberi rezki jua.
Setiap hari selepas sarapan yang agak lewat, kami belegar-legar di Pantai melihat pembangunan yang makin pesat. Akhir sekali saya dan suami ke Langkawi ialah lebih 3 tahun yang lalu. Banyak perbezaan....Di Pantai Cenang sudah seperti tempat yang asing bagi saya. Ramai pelancung asing berkeliaran. Suami saya mencari teman yang punya sebuah Motel. Oh....masih beroperasi dalam gelombang saingan yang hebat menarik pelanggan. Namun mereka gigih dan masih bertahan. Alhamdulilah.
Antara aktivi menarik di Langkawi bagi saya kali ini ialah mencari Laksa Power yang di rekomenkan oleh pengusaha kereta sewa tempatan. Nun di belakang Lapangan Terbang, katanya. Anak perempuan saya yang memandu kereta. Berusaha sungguh mencari Laksa Power ini. Boleh berhenti di pejabat polis untuk bertanyakan arah. MasyaAllah. Hendak seribu daya. Akhirnya jumpa juga....
| Gerai Laksa Power |
Sedap sekali. Alhamdulilah. Isi dan qualitinya sempurna dan hanya rm5/-semangkuk. Kami bungkus juga bawa balik untuk ulang makan.
Di tepi Pantai air kelapa muda yang menjadi pilihan. Harganya rm4/- sebiji. Kami berbaris kerana laksa power amat popular. Cuma tempatnya tidak begitu selesa. Kebersihan pun kurang terjaga. Ini budaya 1 Malaysia yang belum boleh dipuji kesungguhannya. Di mana silapnya ?...didikan di rumah, di sekolah atau tidak cukup penguawat-kuasaan di tempat umum. Setiap kita harus peka hal ini kerana kebersihan amat dititikberatkan dalam Islam.
Cucu saya lenyak tidur tetapi kami bawa juga turun kereta dan baringkan atas meja kosong. Laksa power punya tarikan...
Pada pandangan saya Rakyat masih terpinggir di tempat sendiri. Belum benar-benar dapat rasa rakyat didahulukan. Bekalan kemudahan air bersih secara teratur tidak kelihatan. Anak saya buat komen: Macam mana depa basuh peralatan ye? Saya kata jangan tanya, makan sahaja dan doa semoga tidak sakit perut. Alhamdulilah, semua beres. Kami memahami kesulitan pengusaha kecil di situ. Maka esuknya kami datang lagi, dan kali ini makan Laksa Ikan Sekoq di gerai yang lain pula. Juga sangat sedap tetapi tempatnya pun kurang selesa. Kalau tidak ada pokok besar dan rendang sememangnya tempat itu tidak ramai pelanggan kerana cuaca Langkawi agak panas juga.
Anak saya kata: romantik juga mak tempat ini. Beza pendapat dua generasi....
Pantai-pantai di Langkawi sememangnya cantik. Tidak ramai yang mandi. Tetapi tidak ada papan tanda mengatakan bahaya untuk berenang. Kami tidak berani dan anak dan cucu saya hanya berjalan di gigi air bermain buih ombak.
Kasihnya Ibu...bersusah payah berkongsi masa bekerja dan bercuti...
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133) |
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134) | Pergi ke Langkawi dimusim cuti umum (Hari Malaysia) seronok dan tidak seronok sebab terlalu ramai pelancung. Pelanucung asing pun ramai juga. Tahun 2014 adalah tahun melawat Malaysia. Tetapi saya kecewa sedikit di KLIA sewaktu boarding kerana dewan dibuka terlalu lambat dan kami terpaksa tunggu lama diluar tanpa ada kerusi untuk duduk. Bagi yang muda itu tidak menjadi masalah. Saya penat berdiri kerana lutut dan pinggang sudah agak bermasaalah. Saya kurang arif sama ada sekarang caranya begitu jika menaiki Malaysia Airline. Takut nanti iklan perlancungan hanya indah khabar dari rupa. Semoga semua ini sudah diambil kira....
Penumpang berdiri-diri rasanya hampir sejam. Kerusi yang sedikit (4 atau 5) dimonopoli oleh yang datang dulu dan mereka tidak bergerak menghadap komputer. Agaknya mesej yang nyata ialah: kalau tidak larat, duduklah di rumah sahaja ?
Walau apa pun, alhamdulilah dapat bersama anak saya Azrul yang selalu sahaja sibuk bekerja 25 jam sehari. Kami bertukar-tukar pendapat mengenai perancangan hidup harian dan masa hadapan. Kata pepatah Inggeris: Life is not a bed of roses...Kita menjalani hidup ini hendaklah dengan penuh kesedaran bahawa semuanya adalah milik Allah. Kita tetap bersyukur sama ada kita dapat atau tidak dapat apa jua yang diidamkan.
Nikmat hidup bukan semestinya Allah kurnia segala yang mewah dan mahal. Laksa power pun sudah mencukupi untuk merasakan kasih sayang Allah yang maha bijaksana mengurnia yang terbaik di sisiNYA.
Mohon keampunan Mu ya Rabb...
.....
Friday, September 20, 2013
Belajar ambil peduli....
Dalam wacana Solidarity Wanita untuk Mesir dan Syria, saya teruja dengan kehadiran wakil wanita Syria seperti dalam foto di atas. Dan mereka juga sangat menghargai usaha Wanita IKRAM membantu mereka dalam perjuangan menegakan keadilan dalam Kebenaran. Mereka melafazkan ikrar juang dalam bahasa Arab untuk dikongsi, tetapi saya terkial-kial kerana tidak mahir berbahasa Arab.
Dalam konteks ini saya selalu menggalakan anak-anak dan anak-anak buah saya supaya menggalakan anak-anak mereka mencintai bahasa asing juga terutamanya Arab kerana itu Bahasa AlQuran dan bahasa yang amat perlu untuk perjuangan global. Denagan teman-teman saya juga katakan yang sama semoga orang Malaysia boleh berbahasa sekurang-kurangnya tiga lagi bahasa asing. Di sekolah kebangsaan saya dimaklumkan kerajaan sudah mula melaksana Mandarin walaupun bilangan guru yang dihantar ke University Beijing masih terhad. Saya berdoa pihak yang berkuasa bertindak lebih telus dan tulus supaya program memperkasa sistem pendidikan tidak hanya sekadar dibibir. (Smart talk without smart action will bring us to no where). Dalam alQuran pun Allah tegur mereka yang berkata sesuatu tetapi tidak ditepati. Lihat Surah 6 As Saff ayat 2-3.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2) |
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3) | Antara yang saya ketemui ialah teman-teman seperti dalam foto di sebelah ini. Seorang teman yang bertudung hitam membawa kedua anak remajanya bersama.
Ini proses belajar ambil peduli.
Anak-anak ini sering dibawa keaktiviti NGO terutamanya yang khusus bagi anak-anak. Alhamdulilah. A journey of a thousand miles start with the first step. Teman saya yang berbaju kelabu aktif dalam IKRAM dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia terutamanya dalam program di Gaza, Palestine. Alhamdulilah.
Ayuh ke medan berjuang mengikut kemampuan....
Mohon pertolongan Mu Ya Rabb....Tunjukilah kami jalan.
Ameen....
....
Thursday, September 19, 2013
SOLIDARITI Wanita......mengapa perlu peduli ?
Perdana Menteri Turkey, Erdogan berkata yang bermaksud: "Untuk peduli kita hanya perlu jadi Manusia".
Terharu dalam suasana yang mengundang kesedaran, keinsafan....
Hari Sabtu 14 Sept yang baru lalu saya ke majlis wacana yang bertujuan menggerakan usaha wanita di negara ini membantu wanita Mesir dan Syria khususnya dan semua wanita di mana jua mereka berada umumnya tidak mengira warna kulit keturunan dan agama. Seiring dengan ini ialah membela anak-anak kecil dan bayi-bayi yang sangat rapat hubungannya dengan wanita sebagai ibu.
Syabas saya ucapkan pada Wanita IKRAM dan semua yang bergabung dengannya atas usaha ini.
Wanita menjadi "alat dan senjata peperangan" di mana jua di muka bumi ini. Ramai wanita yang mengangkat senjata dan duduk di barisan hadapan dalam perjuangan tetapi ramai juga yang diseksa dan diperkosa kemudian dibunuh bukan semata-mata kerana hawa nafsu tetapi kerana mahu memusnahkan keturunan dan lebih dari itu mahu menghapuskan bangsa (ethnic cleansing) dari muka bumi ini.
Ada dua sessi wacana dalam bentuk "eye witness" yang menarik perhatian saya. Satunya berceritakan pengalaman diri kerana tinggal amat hampir dengan Lapangan Rabiatul Adawiyah. Beliau menunjukan juga video yang menunjukan bagaimana kesan pihak tentera membantai rakyat Mesir.(Ini pernah dilihat di U Tube). Video yang menyayat hati. Berbagai rasa menerkam di dada. Terasa ingin bersama dalam perjuangan yang menuntut keadilan dari semua segi dalam perjalanan mencari Redha Allah. Itu secara ringkasnya yang dapat saya katakan. Hal ini telah banyak dikatakan dalam forum-forum dalam dan luar negara. Tetapi siapakah yang benar-benar ambil peduli ?
Saya teringatkan juga akan pelajar-pelajar Malaysia yang balik dan ada yang berfikir-fikir untuk menyambung pengajian di negara lain, yang lebih aman dan lebih selamat. Bagaimana fikiran anda? Haruskah kita tinggal di Mesir dan mempelajari dan mengalami sendiri erti perjuangan atau lari dari kenyataan. Di Malaysia kita bersyukur kerana negara aman dan rakyat dapat berbuat apa sahaja yang diinginkan. Rasa amat bertuah. Tetapi ada kalanya saya terfikir : Siapakah yang "lebih beruntung dan bertuah " dari segi pengabdian diri pada Allah? Orang yang hidup penuh ujian di negara yang sedang bergolak atau kita yang hidup aman damai di Malaysia ?
Kita fikirkan bersama dan bagaimana kita juga boleh berjuang di "Ground Zero" walaupun kita tidak bertapak di tempat itu.
Dalam sessi yang lain dalam wacana tersebut ada diceritakan kumpulan sukarelawan yang pergi ke pinggiran Syria dan mereka memberi gambaran bagaimana perlarian syria di sempadan Turkey menjalani hidup yang amat getir. Kita melihat seperti mereka kesusahan yang amat sangat. Hakikatnya memang susah kerana tidak cukup makanan, tidak ada bekalan air bersih dan tidak mendapat bekalan elektrik yang berpanjangan. Ramai para hadirin yang saya lihat menitiskan air mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Tetapi habuan dihari kemudian hanya Allah yang maha mengetahui.
Dalam rombongan ini dua wanita Ikram turut sama. Syabas pada ketua rombongan yang berumur 63 tahun.Ia kelihatan masih gagah, masih gigih mahu berjuang di hadapan. Mereka bukan semata-mata pergi seperti mengikuti "Disaster Tourisam". Mereka meneliti apa yang perlu dilakukan dan kembalinya ke Malaysia mereka mengatur program bagaimana pertolongan boleh disalurkan.
Saya menulis entry ini kerana rasa seronok ramai wanita muda dalam golongan pelapis yang tampil sebagai pemimpin yang bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang merentas sempadan agama, bangsa dan keturunan. Alhamdulilah. Dibawah antara contoh yang dapat saya rakam.
Ustazah Maznah, ketua wanita Ikram kini.
Para panel yang terlatih dan professional dalam bidang masing-masing.
Dan bukan calang-calang kebolehan 'berpidatu'.
Bijak berhujah......
Bijak merumuskan isi perbincangan...
Barisan pelapis dan pendukung perjuanagan
Anak-anak remaja mengambil bahagian dan sekali gos
mereka mempelajari erti perjuangan serta selok belok mengaturkan strategy perlaksanaan.
Antara sikap yang ingin dibina ialah menghargi pengorbanan wanita dalam ketegasan mahu mendirikan keadilan. "Cubit peha kiri peha kanan sakit juga". Itu yang perlu dirasai supaya dapat mendorong tenaga untuk membantu. Jika mampu bantu dengan perbuatan, atau dengan perkakataan dan jika tidak mampu berdoalah semoga Allah melindungi pihak yang benar dan satu hari nanti, insyaAllah akan tercapai keamanan dan kesejahteraan yang tulin.
Tolonglah kami ya Rabb...
Kurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam barisan kami ya Rabb.....
Kami memohon redha Mu ya Rabb.
Ameen...
Kami memohon redha Mu ya Rabb.
Ameen...
....
Friday, September 13, 2013
EGOnya masih mudah tersinggung.....
Mengimbas kembali Ramadhan......
Di bulan Ramadhan Allah mudah buka pintu Rahmatnya dan kita peka kewujudan kita sebagai hamba.....hamba yang serba fakir di sisi yang maha Pencipta dan maha Berkuasa. Sepertinya Ego kita dapat kita humban ke tepian dan kita meraikan hakikat keinsanan. Dapat kita terapkan di lubuk hati kita bahawa kita serupa sahaja. Hanya Iman dan Taqwa yang membezakan kita. Maka dibulan puasa kita boleh membawa diri-diri kita beriftar di masjid di mana rata-rata tidak ada Protokol seperti hari-hari biasa. Jika tidak berhidang juadah hari itu, kita dengan senyuman beratur panjang menunggu giliran, bertegur siapa dengan sesiaapa jua yang di hadapan atau di belakang kita. Jalinan silaturrahim tidak memerlukan karenah protokol.
Saya perhatikan keadaan seperti itu hampir setiap hari beriftar di masjid di bulan Ramadhan. Tenang dan seronok dan makan bersama-sama seadanya. Makan pun harus cepat-cepat sebab hendak Solat Maghrib. Betapa kita menghargai masa !
Begitu juga cerita yang saya dengari dari teman-teman dan anak-anak buah yang kadangkala terserempak berjumpa di tempat-temapat awam seperti pasarraya atau ketika duduk bersama membaca alQuran di Masjid atau mencari dana untuk mereka yang memerlukan.
Indah sungguh Ramadhan..
Kini kita sudah ditinggalkan...
Apabila sudah berlalu Ramadhan ada diantara kita yang berubah kembali seperti tidak melalui Ramadhan. Anjakan Iman dan Taqwa tidak dapat dipertahankan. Saya amat khuatir diri saya pun begitu. Bila kunjung mengunjung dan bertemu dengan sanak saudara masih kedengaran ahli keluarga yang buat rungutan-rungutan yang tidak sedap didengari. Agak tersedih dihati. Fikiran saya mengatakan itu kesemuanya berkisar atas ketidaksempurnaan mengawal perasaan hati. Ego kita belum cukup lembut. Kita masih mahu melayan protokol sosial. Kadang-kadang protokol kita tidak selari dengan Adab.
Alkisah, saya terserempak dengan seorang yang demikian. Katanya hatinya amat remuk kerana ada anak-anak saudara tidak lagi menegur siapa dengannya dan tidak ambil hirau akan keberadaannya. Ia mengaggap anak-anak buah ini amat kurang beradab dan menyalahkan kedua ibu-bapanya yang tidak pandai mendidik anak. Maka ia mengambil keputusan untuk tidak mahu ziarah-menziarahi keluarga yang terlibat. Ia tidak teringin memanjangkan silaturrahim. Ia mendakwa ia tidak memutuskan silaturrahim tetapi cuma tidah mahu memanjangkannya.
Saya bingung mendengarinya...
Maka saya menyelitkan hujah bahawa tugas mendidik anak-anak muda terutamanya dari sanak-saudara sendiri adalah tugas utama keluarga besar (extended family). Kesilapan kecil jangan kita besar-besarkan. Kita terima anak-anak buah kita seadanya kerana semasa kita muda dahulu pun bamyak kesilapan yang kita lakukan. Maka dewasa tua inilah kita menginsafi diri dan boleh berlebih kurang dengan tindak-tanduk anak muda kerana mereka masih dalam proses menjalani tarbiah Islamiah sedikit demi sedikit. Kita tunjuki sahaja jalan bagaimana mahu menjadi insan mulia di sisi Allah.
Saya katakan kita harus mensyukuri apa yang kita ada dan menginsafi diri melihat apa yang tiada. Sekadar tidak ditegur siapa oleh anak-anak saudara adalah agak lumrah pada anak-anak muda sekarang. Saya pun sedih melihat fenomena ini, tetapi apakan daya. Hubungan mata dan hati amat berkurangan kerana minda terlalu fokus pada hubungan dengan rakan sebaya melalui teknologi canggih kini. Mereka lupa pada golongan umur yang tidak sehaluan minat dalam melalui kehidupan. Nilai kekeluargaan dan nilai sosial sudah banyak beza.
Pada hari itu hujah saya tidak relevan. Katanya saya hanya mahu menegakan benang basah. Saya senyum dan menukar tajuk bicara dan bertukar tempat duduk untuk memberi laluan pada perbualan yang lain pula.
Demikianlah hati manusia yang belum sempurna. Yang tua dengan pemikirannya, yang muda dengan karenahnya. Mungkinkah ada titik pertemuan ?
Saya menginsafi diri dan bertekad akan terus mendidik hati sekurang-kurangnya hingga ketahap boleh mempengaruhi hati-hati orang lain (anak-anak) demi mencari redha Allah. Semoga Allah kurnia keinginan ini.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb....
....
Subscribe to:
Posts (Atom)
