"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 31, 2014

Grounded for Chinese New Year





My daughter-in-law's father is a Chinese Muslim. So my daughter is half Chinese. Every year they spend Chinese New Year together but not this time. She is grounded with a new-born baby son.

This is Ammani Farissa meeting up with baby brother at the Hospital. My son had a special permission from the security guard to bring her in and he need not 'smuggle' her in as he thought he had to do. But she could only stay for 10 minutes or so. A little kindness makes her day. Its 'Everyday Greatness' cherished along the way. Alhamdulilah.

Tomorrow insyaAllah her parents will visit the new baby at my house for a belated Chinese New Year a-do with Shariah compliance. But I am expected to be in Tangkak to meet up with a local NGO who wants to assist us with fund raising to enhence the development and progress of our SmarTop pre-school. I'm quite excited because some local people is taking an interest in our school and together we hope to make a difference.

Making a difference in anything is no easy task. We must be ready to sacrifice and persevere. My partner is working hard in Langkawi helping her sister who has an agency for Travel and Tours. This agency has also pledged to help us out. She is busy promoting her Langkawi Lite Cafe to local and foreign tourists and I hope and pray part of the proceeds will in some ways help us achieve our dreams.

It is a quiet Chinese New Year for my daughter in law. But with a baby son in hand she is looking forward to an exciting future.....with the Grace of God Allah almighty. May Allah be pleased......

....

Thursday, January 30, 2014

"Karenah" @ Whatsapp...





Suatu pagi minggu lepas saya menemani suami ke Ampang bertemu seorang teman dalam rangkaian teman-teman perniagaannya. Cuaca muram seperti muramnya hati saya hari itu. Entah mengapa. Tidak banyak yang saya perbualkan dengan suami dalam perjalanan yang agak lengang. 

Lama sungguh saya tidak melalui lebuh raya menuju ke Ampang. Banyak perubahan di skyline Kuala Lumpur. Tetapi itu tidak dapat menghibur hati saya. Kebetulan saya ada kamera  maka saya rakam beberapa foto dalam ketika-ketika  saya bermonolog dengan keadaan sekeliling yang bising. Saya  masih rasa lengang  dihati. 

Maka pemikiran saya menjelajah jauh. Berfikir politik, berfikir ekonomi berfikir keluarga dan sebagainya. Kadang-kadang rasa membazir masa berfikir politik atau berfikir ekonomi. Kekadang semacam rasa bosan tinggal di Malaysia, tetapi  hendak melarikan diri ke-mana ye?  Kemudian rasa berdosa kerana seperti tidak rasa bersyukur atas segala nikmat Allah. Rasa ini  menyerbu menghantui fikiran. Maka terhenti sebentar berfikir. Saya diam dan melihat  sahaja  keluar tingkap kereta  "tanpa berfikir". Rasa kosong. Tetapi benarkah kita boleh mengosongkan diri ?

Maka untuk mengelak pengaruh gejala syaitan yang suka menghasut, saya ambil smart fon saya dan saya lihat apa yang saya terlepas pandang semasa membukanya di rumah awal pagi tadi. Sebenarnya saya tidak berapa minat melihat gajet yang ada di telefon itu. Mungkin kerana saya tidak IT Savy. Mungkin silap pendapat tetapi saya sudah tidak rasa perlu menggunakan semua kemudahan yang ada. Anak saya yang membelikannya kerana katanya mudah untuk berhubung dan jika menggunakan WhatsApp ia menjimatkan. Saya mengikut sahaja saranannya. Dalam hal ini anak pastinya lebih tahu. Hingga sekarang saya belum mahir menggunakan fon saya itu dan anak saya suka mentertawakan saya kerana katanya saya senghaja tidak mahu berusaha supaya pandai guna.

Saya hanya senyum.

Saya ada tiga kumpulan dalam WhatsApp saya. Satu dari keluarga kecil saya, satu lagi keluarga besar saya yang "dewasa" sahaja dan satu lagi teman-teman Muslimah Masjid yang meminta saya aktif seperti dahulu. Teman-teman sebaya  yang sama berkerja dahulu sudah meminta saya memberitahu mereka bila sudah ada fon yang kemaskini. Saya masih mendiamkan diri.

Saya kurang minat banyak bicara di telefon atau di face book. Saya menulis di blog untuk keluarga kecil saya khususnya dan untuk saya sendiri menggunakan fikiran supaya tidak mudah lupa. Maklumlah dalam umur  amat dewasa kini saya perlalu aktif berfikiran supaya sel-sel otak tidak cepat mematikan diri. Itu fahaman saya dan saya amat sensitif dalam hal ini kerana saya pernah menjaga  dan mengurus seorang ahli keluarga yang kian pelupa. Semoga saya tidak ditakdirkan jadi pelupa. Semoga Allah mengampuni kami semua.

Kadang-kadang saya terfikir mengapa ada yang suka menulis di WhatsApp  atau di Facebook atau di manayang seperti dengannya,  tetapi bila bertemu muka senyap menikus sahaja.  Kadang-kadang hanya bersalaman tanpa sepatah perkataan yang lahir darinya. Agaknya di telefon  kita  boleh jadi "Faceless". Di facebook juga kita "faceless". Kata apa pun tidak akan ada respon yang sepontan. Bila tidak spontan maka banyak idea yang teres dari ingatan. Maka mudah rasa selesa kalau tidak ada respon yang kadang kala boleh menyentuh perasaan.

Saya berpendapat alat teknologi bukan gantian untuk berkomunikasi lebih bermakana antara satu sama lain atau antara kumpulan dan kumpulan......apa jua. Ia tidak boleh jadi alat ganti menjalin kemesraan antara ahli keluarga atau sahabat handai. Ia hanya alat untuk berkomunikasi perkara-perkara penting. Dan juga perkara penting yang hendak disampaikan secara santai atas sebab-sebab tertentu.

Ia juga bukan saluran meluahkan isi hati yang terpendam dan mahu menyatakan rasa hati yang dendam. Sentuhan jari jemari di atas key board bukan cara meluah rasa yang mengakibatkan hubungan keluarga menjadi mangsa. Pautan kasih sayang keluarga harus melalui tentangan mata, sentuhan dan dakapan mesra dalam keluarga dan teman sebaya dalam had-had syar'ie yang tiada persoalan padanya. Dengan sendirinya teknologi tidak punya bicara. Tetapi kehadiran secara terus boleh melahirkan aura kasih mesra walaupun untuk seketika. Aura itu akan merasap di dada tanpa disedari hingga kesatu masa nanti yang kita tidak sedar ia wujud tanpa di minta-minta. Kalau selalu kita berhubunagn terus walau setakat bersalaman dan menghilangkan penat dengan secawan teh dan cekodok pilihan, itu lebih bermakna dari berjela-jela komunikasi di whatsapp atau yang seperti dengannya.

Masa itu ibadah dan bermesra dalam keluarga juga ibadah, terutama keluarga yang lebih tua yang sudah kurang upaya. Maka kita perlu meluangkan masa walau sesibuk mana.....

Maksudnya ialah kita harus gunakan teknologi berpada-pada walau secanggih mana ia direka untuk diguna. Gunakanya untuk kerja-kerja teknikal dan  professional dan bukan ganti pada jalinan mesra.

Itu sahaja.

Saya lihat suami saya menunpu pada memandu kereta tanpa melihat saya. Agaknya mahu memberi peluang saya bermonolog sepuasnya.

Tidak lama sampai kami ke destinasi dan saya tuliskan entry ini untuk bicara sendiri-sendiri.
Tentunya ada yang kurang tepat dan tidak dipersetujui. Saya juga masih mencari-cari. Semoga Allah mengampuni dan meredahi.
Peliharalah kami ya Rabb......


.........

Sunday, January 26, 2014

Cucunya juga Otistik....


Seperti rasa baru semalam saya bertemu kekawan. Rupanya sudah beberapa hari. Kami berkumpul lagi untuk aktiviti mempersiapkan diri bagi Pertemuan yang dinanti-nanti oleh orang-orang yang berIman dan  berTaqwa. Kami ingin termasuk dalam golongan itu. Walaupun beberapa orang dari kumpulan kami yang kurang sihat kami berusaha juga untuk aktiviti ini. Alhamdulilah, Allah masih memeberi ruang dan peluang. Walaupun tangan tidak berapa kuat memegang tongkat, saya kagum kegigihan seorang teman yang akan cuba juga  menghadirkan diri. Semoga Allah memudahkan semua urusan kami.




Antara acara yang biasanya kami tumpu ialah mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan. Seorang ahli menarik perhatian kepada penerbitan 2 buah buku yang keuntungan penjualannya dikirim terus pada orang-orang perseorangan atau kumpulan yang amat memerlukan pertolongan.




Tag Line kumpulan kami ialah ERTI HIDUP PADA MEMBERI mengikut saranan blogger Saifulislam.com. Saya kagum dengan kegigihan Blogger ini mempaparkan ruang pemikiran yang berlainan dan platform perjuangannya, pada saya, adalah lain dari yang lain dan Alhamdulilah ia mampu menyedarkan pembaca betapa luas bumi Allah untuk kita menabur bakti asalkan sahaja minda kita tidak terperangkap dengan idea-idea yang sudah menjadi kebiasaan, iaitu terperangkap dalam berbagai prasangka.

Buku yang di kanan ini adalah mengenai dua orang anak adik beradik yang dilahirkan istimewa dan ibu-bapanya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan dana bagi mendapatkan perubatan walaupun di luar negara. Kami edarkan buku ini untuk membantu. 

Dicelah-celah agenda ini saya dan seorang teman berkongsi pengalaman membantu cucu  sendiri yang istimewa. Teman saya baru tahu saya ada dua orang cucu yang istimewa.( Sekarang OKU ditakrif "orang kelainan upaya".) Sudah pun saya bercerita mengenai cucu-cucu saya dalam entry saya sebelum ini. Saya ingin pula berkongsi pegalaman cucu teman saya ini yang didiagnos dengan Otisma yang agak berat dan kini berumur 9 tahun tetapi masih belum boleh bertutur walau sepatah perkataan pun. Subhanallah.

Ia bercerita kesibukannya hampir setiap hari membantu. Dalam kesibukan itu ia masih mencari masa untuk berkumpul seperti pada hari itu dengan tujuan menuntut ilmu yang akan dapat diamalkan sebagai persediaan bertemu dengan yang maha Pencipta. Semoga Allah meredhai.

MasyaAllah, gigihnya dia kerana cucunya ini lebih banyak memerlukan perhatian berbanding cucu-cucu saya. Cucunya tidak mudah mengenal temapt dan bila berubah persekitaran ia tidak tahu bagaimana mahu menyebutkan bilik air untuknya menselesakan diri.

Maka cucunya dihantar ke sekolah Khas swasta yang punya kemudahan dan staff professional yang diperlukan. Sebulan ia memebayar RM2,000 untuk membantu anaknya yang tidak mencuckupi dana untuk maksud ini. Saya bersetuju dengannya bahawa kemudahan sekolah Khas awam tidak secanggih sekolah swasta ini. Semoga satu hari pihak yang berkuasa Awam
akan juga memeberi perhatian berat pada kumpulan OKU ini dan tidak terlalu elitis dalam merangka dasar dan melaksana program untuk rakyat.

Saya terkesan hati dengan cerita yang saya dengari dari teman saya ini. Anaknya diceraikan oleh suaminya. Mungkin kerana tidak dapat menerima keadaan keluarga yang serba bermasaalah kerana ada anak yang OKU. Itu fahaman yang dipercayai oleh teman saya ini. Amat sedih saya mendengarnya. Bukan sahaja isteri dicerai, perbelanjaan anak pun tidak dikirim. Dia sudah berumah tangga dengan wanita lain dan tidak pernah bertatnya khabar tentang anaknya. Teman saya menasihati anaknya supaya bersabar menjalani ujian Allah. Saya kagum mendengar sikap kesabarannya. Katanya kita hanya bergantung pada Allah. Ketiadaan suami bukan bererti hidup ini tidak boleh berjaya. Ujian Allah berbagai rupa dan keluarga teman saya ini amat bantu membantu. Kasih adik beradik jadi bertambah rapat dan hanya Allah yang dapat memberi ganjaran sewajarnya.

Bercerita tentang bagaimana ibu-bapa anak istimewa berkerja tungkus lumus mencari dana untuk membiayai perubatan anak istimewa, saya teringat akan satu ketika semasa saya bekerja dahulu dimana saya memperakukan pada kementerian untuk tidak mengenakan denda pada ibu yang berhenti  kerja walaupun masih ada kontrak semata-mata  kerana perlu menjaga anak OKU ini sepenuh masa dengan ikhtiar sebaik mungkin. Saya mengatakan pada pihak pengurusan bahawa sang ibu ini berhenti kerja bukan untuk mencari keuntungan dalam sektor swasta, tetapi ia berhenti kerana kewajipan menjaga anak OKU. Kalau pihak kerajaan boleh menganggap Hutang Lapuk pada kontrator seperti kontraktor bangunan dan bekalan, maka apa salahnya dalam kontrak perkhidmatan seperti ini kerajaan juga boleh meluluskan kes ini sebagai hutang lapuk. Setelah berulang alik  mengkaji kes ini, akhirnya kes ini dilulusak supaya sang ibu tidak didenda dan baki bayaran kontrak dilapurkan pada Perbndaharaan supaya dikira sebagai hutang lapuk.

Maka saya berfikir dalam kes penulis buku ANAK seperti di atas mengapa pula Kementerian tidak boleh memeprakukan pada Jabatan Perkhidmatan Awam supaya kes ini dianggap kes khas supaya sang bapa boleh meneruskan perkhdimatannya walaupun ia sudah melampaui had cuti separuh gaji atau had cuti tanpa gaji untuk beberapa ketika.

Boleh sahaja kalaulah kita mahu berfikiran di luar kepompong....

Saya simpati dengan kes-kes seperti ini kerana secara sedar atau tidak sedar OKU dianggap remeh dan menjadi beban. Maka sesetengah pegawai mahu sahaja me "WRITE-OFF" sebagai beban yang tidak berfaedah. Sebab itulah agaknya ramai ibu-bapa yang tidak membawa anak-anak OKU mereka bersiar-siar di tempat awam kerana mereka agaknya rasa malu kerana mereka dipinggirkan.

Ayuh kita fikirkan bersama dan mencari jalan sendiri diluar sistem yang dipraktikan oleh kerajaan. 

Seorang teman berkata pada saya: "apa lagi yang kerajaan tidak buat. Sudah ada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dipertanggongjawabkan dengan hal-hal seperti ini. Janganlah kita asyik kecewa dengan pihak kerajaan."

Itu betul tetapi pada saya peruntukan yang diberi dan dasar yang dipegang tidak selaras dengan kekayaan negara yang ada. Rasa sedih.  Kemana pergi kekayaan kita ?

Kita fikirlah bersama. Anak-anak OKU bukan berlaku pada orang lain. Ia boleh berlaku pada kita. Ini amanah Allah yang kita tidak boleh ambil ringan.

Semoga Allah yang maha melihat dan maha mendengar akan menganugerah Rahmatnya yang tidak terhingga dan anak-anak OKU mendapat pembelaan sewajarnya di bumi ini.

Allahu Akbar.

...

Saturday, January 25, 2014

Introducing Amru Fatullah....






Here is my 10th grandchild, my 6th grandson. He is here 3 days after birth. My son intends to name him Amru Fatullah. 
By the grace of Allah, he is so cute. MasyaAllah....may he grow up strong and healthy and may he be a true Khalifah on Earth. Ameen.

He is seen here with the sister Ammani Farissa who is two and a half years old. We noticed almost no 'jelousy' in her. Love comes easy, alhamdulilah. 



My youngest son and family stays with me. So I am grounded for the next month or so unless I could get help from whoever is willing to help. But I am taking it easy though I may miss my regular classes and I may have to stay away from Tangkak for a while. 

So is life..........

Allahu Akbar.

May He be pleased with us.
Aameen.

....

Wednesday, January 22, 2014

Genap 10 tahun Emak tiada.....



Sepuluh tahun emak tiada disampingan
Sunyi dihati tidak karuan,
Tidak terubat walau ke hujung dunia aku mencari
Kerana pasti emak ku tidak ada galang ganti.

Aku sering pulang ke kampung halaman
Menjejak kesan-kesan emak semoga terhibur dan hati ini damai
Tetapi sunyi dihati berterusan...
Rumah asal emak pun sudah tiada lagi.
Di bina rumah anak-cucu mengikut edaran warisan kini

Aku rasakan tidak mahu menjejak ke pusaranya
Tidak mahu kehilangan wajah emak di pintu muka
Melihat senyumnya girang meyambut aku tiba
Bila dahulu ku pulang dia pasti ada
Kini sepi, aku terdiam terpinga-pinga.
Ke manakah Rindu ini akan ku bawa....
Tempat mengadu seikhlasnya sudah tiada....

Emak....
Di umur kini anak emak yang ini masih belum lupa
Bila kesempitan, melihat wajah emak pun hati jadi lega
Masaalah menggunung sepertinya hilang tidak terasa.
Tenang walaupun hanya beberapa ketika
Di hati ini ia ibarat sepanjang masa.

Emak...
Anak ini akan tetap ingat segunung jasa
Selautan kasih yang tiada tolok bandingnya
Ibarat di muka Bumi ini tiada emak seperti tidak punya apa-apa....

Namun Doa mu sentiasa ku rasa
Ku rasa setiap kali aku keseorangan meminta-minta 
Pada Allah yang maha Perkasa, 
Doa ku sentiasa memohon Allah mengiktiraf aku sebagi hamba setia
Mengiktiraf aku anak yang soleh dan doa ku untuk emak didengariNya
Kerana itu janjiNya yang aku pohon untuk emak selamanya

Tidak putus-putus doa untuk emak semoga kesampaian
Di alam Barzah sejahtera aman damai menanti detik pertemuan
Di Syurga Firdaus tanpa hisab kita berdakapan,
Menghilangkan rindu di hadapan Tuhan yang maha Kasih Sayang.

Aameen Ya Allah, Aameen Ya Rahman, maha Pencipta sekelian alam

Kami ingin abadi di sisiMu dengan Rahmat Mu yang tiada sempadan.
Bersama bapak dan semua yang kami sayang.

Aameen, Aameen...ya Rabbal'alameen.



...

Monday, January 20, 2014

Kuching di SmarTop....





Penghuni setia SmarTop. Weedat,  anak angkat teman saya ambil foto ini bila melihat ia mesra berada di sekitaran sekolah kami. Semasa keramaian 'Maulidurrasul'  tempuh hari ia menghampiri pintu dan duduk tertib memerhati kesibukan agaknya mahukan perhatian.

Tidak semua orang sukakan Kucing atas berbagai alasan. Takut pada bulunya, tidak berkemampuan membersihkannya, tidak tahan bau busuknya, sering tiada di rumah untuk mengurusnya dan berbagai lagi  helah kebiasaan. Saya antara yang kurang mesra dengan Kucing kerana tiada kesanggupan, dan hanya di luar rumah saya memberi makan. 


Seperti tiada persaan kasih pada haiwan yang menagih kasih sayang....


Dan saya kagum pada yang amat mesra dengan kucing hingga tidur bersama. Dengkuran kucing membuat ia lena semalaman tiada ganguan sedikit pun padanya. MasyaAllah...


Saya rasa berdosa kerana kucing adalah kesukaan Rasulullah saw dan saya tidak terdaya melawan fikiran minda saya yang kurang mesra.


Di rumah saya cuba 'menebus dosa' dengan membela kucing setakat tidak menghalaunya dan saya memberi makan secukupnya. Saya akan memarahi anak saya bila lambat membeli makanan kesukaan harian mereka. Saya ada empat ekor kesemuanya, kadang lebih kadang kurang bilangannya.  Kucing lain yang mendatang saya tidak cerewet mengira dan saya beri makan sama sahaja. Ini usaha 'menebus dosa' tidak mahu mesra pada haiwan yang suka bermanja. 


Cucu-cucu saya sukakannya. Saya rasa lega......

Terhibur juga di hati, anak cucu tidak seperti diri sendiri.

Saya katakan mesti cuba mengasihi semua haiwan kerana itu juga tuntutan Ilahi. Jangan hanya memikir diri sendiri dan haiwan dipinggirkan tanpa mahu menagasihi. Jangan ikut perangai seperti saya sendiri yang sudah terbiasa dan tidak dapat membuat perubahan mengikut syar'ie.


Semoga Allah mengampuni, menganugerah Hidayahnya pada anak-cucu memiliki hati budi, 

Mengasihi Kucing sedaya upaya tanpa mengira kesusahan sendiri.

Aameen...


....

Sunday, January 19, 2014

Bilal Muda di Masjid ku....




Selalu orang terpesona mendengar berita ada Imam Muda di Masjidnya. Kesan program Astro amat memukau.Tetapi pagi ini saya terpesona mendengari cerita Bilal muda di Masjid Kg Tunku. Saya yang memberi title Bilal Muda itu untuk tujuan keterbukaan minda.

Suami dan saya mahu sarapan pagi di kedai mamak berhampiran Masjid tetapi pagi itu tidak ada Putu Mayam yang disukai suami. Maka kami beralih ke kedai Keris Sakti bersebelahan kerena di situ banyak pilihan kuih- muih.

"Assalamualaikum," suami saya bersuara agak kuat dan saya menoleh melihatnya. Ia ternampak anak-anak muda sedang menikmati sarapan pagi. Mata saya terfokus ke tempat mereka duduk dan seorang darinya senyum lebar lantas minta kami duduk bersama.

"Ini Imam 1, ini Imam 2 dan ini Bilal masjikd kita," kata suami pada saya. Mereka  senyum dan mengatur semula kerusi-kerusi yang ada untuk kami duduk selesa. Suami saya seronok dipelawa begitu. Imam-Imam muda ini  baru dilantik akhir tahun lepas. Seorang kelulusan dari Mesir, dan seorang dari University tempatan. Pak Bilal Muda hasil lulusan tempatan.

"Saya Bilal aje," katanya merendah diri, memulakan taaruf santai.

"Eh, jangan kata ...'aje' seperti tak rasa seronok jadi Bilal. Sebut sahaja 'saya bilal'. Saya menegor selamba sambil melihat wajahnya yang seperti kurang selesa. Saya selamba sahaja kerana saya menganggap mereka seperti anak-anak muda dalam keluarga besar saya.

"Panggil saya 'Ibu'. Itu nama glamour saya." Saya cuba berseloroh dengan tujuan supaya mereka tidak rasa terasing berbual-bual dengan warga emas seperti saya.

"Semua jawatan ada keistimewaannya masing-masing. Imam jawatan istimewa dan Bilal juga punya keistimewaannya asal saja kita tahu menghargai kebolehan dan keterampilan diri kurniaan Allah", saya cuba meyakinkan mereka supaya jangan terkesan dengan pandangan sesetengah ahli qariah yang tidak melihat bilal sebagai suatu yang hebat.
"Kita sebut sahaja: 'Saya bilal, alhamdulilah. Jangan kata : 'Saya Bilal aje.' Saya ulang saranan saya semoga mereka benar-benar yakin saya ikhlas dalam kata-kata saya. Dan saya yakin setiap individu ada keistimewaannya yang tersendiri. Allah tidak menilai jawatan yang dipegang tetapi Allah menilai bagaimana kita menyepurnakan tanggongjawab dan amanah dalam memegang sesuatu jawatan itu.

Bilal muda itu senyum mengerti dan memahami. Saya pun senyum sama. Kurang pasti apa yang ada difikirannya mengapa ibu tua ini mahu memberi takrifan pada jawatannya.

"Bila kita bertugas kerana Allah tidak ada beza jawatan apa yang kita pegang. Allah maha Melihat dan Dia yang maha  menilai," kata suami saya menambah untuk meyakinkan dengan lebih jelas lagi.

Bilal Muda itu mengangguk-angukan kepala dan senyumannya kini nampak ceria....benar-benar ceria dan Alahamdulilah suami dan saya seronok dapat menyuntikan rasa harga diri pada seorang anak muda yang sememangnya punya kewibawaan yang sewajarnya. Kekadang masyarakat yang tanpa disedari membuat anak-anak muda kita rasa terpinggir. Kita yang menyusun stuktur masyarakat seolah-olah jika tidak ada kedudukan tinggi maka ia kurang penting dalam menyumabng pada objektif pembangunan ummah.

Ini pendapat yang 'sesat', dan boleh melemahkan semangat mahu berjati diri. Hati saya bengkek kalau mendengari fikiran yang banyak prasangka.

Sambil makan kami sambung bertaaruf mengenai keluarga dan kerjaya. Entah bagaimana saya tercerita bahawa saya ada mengusahakan Sekolah Tadika SmarTop dan antara module yang dilaksana ialah mengenal Bahasa Mandarin.

"Saya tahu Mndarin, saya belajar Mandarin tetapi sekarang saya dah berhenti." Tiba-tiba Bilal Muda itu mencelah dengan nada teruja.

"Ah....bagus tu ! Kenapa berhenti ? " saya bertanya balik dengan nada teruja juga. Saya melihat wajahnya yang menggambarkan kegembiraan mendengar saya membuka cerita mengenai Mandarin.  Saya teruja kerana ada persamaan minat yang boleh kami berkongsi ilmu dan pengalaman. 

"Dahulu saya ramai kekawan keturunan Cina yang sama bermain-main selepas sekolah. Sekarang saya hanya berkawan dengan sesama kita sahaja dan saya hilang hubungan yang memerlukan saya berbahasa Mandrin."

Cepat-cepat saya mencelah: "Eh...jangan gitu. Rugi kita. Sekarang negara China lebih hebat ekonominya dari Amerika walaupun Amerika masih negara yang besar kekuasaan tenteranya. Dari segi perdagangan kita amat perlu Bahasa Mandarin. Tak patut bagi kita duduk dikalangan orang Tionghwa tapi tak tahu sepatah kata pun."

"Lepas ini belajar balik Mandarin," suami saya mencelah dan dia menambah fakta bahawa banyak warga di Afrika sudah pandai Mandarin.

"Okay Ibu.....saya seronok pagi ini dapat pemikiran dan maklumat baru dan dapat dorongan untuk berfikiran luas."

"Betul tu.....sebab itu jangan kata 'saya Bilal je'...Saya bilal pandai Mandarin." Saya tertawa kecil mencuit hatinya kerana saya serious mahu mendorongnya supaya ia menyambung pembelajaran bahasa Mandarinya dan ia tidak akan berpatah balik.

"Nanti bila dah steady sikit kita boleh selitkan belajar lagu-lagu Mandarin dalam kelas tuition di masjid untuk mengiklankan bagusnya kita kalau pandai Mandarin. Bila dewasa nanti anak-anak remaja  sudah boleh berfikir diluar kebiasaan bila mahu membuat pilihan bahasa asing." saya menambah maklumat untuk mereka berfikir fikir. 

"Itulah Bilal yang ada kelainan, ada keistimewaan dan boleh menyumbang selain dari kerja-kerja bilal yang biasa." Kata teman blogger saya: "Berkhidmat kerana Allah untuk kemanusiaan." Kita boleh menyumbang untuk kesejahteraan manusia dalam berbagai cara. 

Bilal Muda itu senyum....senyum selesa !
"Ibu.....saya janji sambung balik belajar Mandarin....."
Begetar jiwa saya mendengarinya. Ia berkata penuh komitmen. Saya dapat lihat dari air mukanya. Alhamdulilah.

Imam muda yang ada bersama pun nampaknya bersetuju. Peranan Imam pun kena berlainan sedikit pada pandangan saya. Maka saya cadangkan supaya mereka bertiga boleh memikirkan bagaimana mahu menarik anak-anak muda ke masjid. Mungkin boleh usahakan perlawanan main bola Futsal. Imam pun kena berbadan sihat dan cergas dan boleh menambah program yang bukan sahaja ceramah-ceramah ilmu fardhu ain tetapi boleh jadi kaunselor pada anak-anak remaja dalam qariah, sedikit demi sedikit. Tak kenal maka tak cinta. Kalau mereka boleh berkawan dengan Imam, maka akan rajinlah mereka ke masjid.

Itu fikiran saya. Suami saya setuju dan ia menasihatkan Imam-Imam dan Bilal Muda ini berunding dengan Tuan Mudir masjid untuk mendapatkan peruntukan kewanagan yang sewajarnya. Suami saya kata Tuan Mudir banyak sumber kewangan dari kenalan korporat yang boleh dimunafaatkan. Kita harus keluar dari kepompong dan laksana suatu yang berlainan untuk merapatkan anak-anak muda denagan Masjid.

Mereka nampaknya setuju. Dan setelah agak lama bersama saya minta diri untuk pulang.
InsyaAllah kami berjumpa lagi bila berhadapan dengan Tuan Mudir.

Alhamdulilah. Seronok saya pagi itu kerana dapat mencungkil minat anak-anak muda yang diharapkan di Masjid. Semoga Allah menunjuki jalan dan memudahkan segala urusan. Aameen....

....
Related Posts with Thumbnails