"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, November 4, 2017

Berpesan-pesan....


Mood untuk berpesa-pesan pada diri dan anak-anak utamanya. Silakan......

1) Masa itu Ibadah


A001
Demi Masa!
(Al-'Asr 103:1) 

A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
(Al-'Asr 103:2) | 
A003

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3)


2)  Ilmu itu perlu untuk beramal,
Dan beramal itu perlu untuk menjemput anugerah Allah mencapai tahap Iman dan Taqwa  setingg-tingginya,
Semoga sampai ke destinasi JannatulFirdaus dengan RahmatNYA jua.



A269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Al-Baqarah 2:269) 


3)  Jalan untuk mengundang Rahmat Allah....
Perihal Qiamullail dan Solat Tahajjud.


A113
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
A114
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
(Hud 11:114) 

A078
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
(Al-Israa' 17:78) A079
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Al-Israa' 17:79) 
ooooooo
Semoga Allah kurnia kekuatan dan kebijaksanaan untuk kita menghayati ayat-ayat ini.
.......

Friday, November 3, 2017

A long and winding road......


A life's journey that is difficult to chart.
Never the less, I would today open up one of several windows as one little chapter in that long winding road to cast a little light to members of my family who have long been curious to hear a little something.

My life's journey since birth till today has indeed been long and winding. I am into the 7 series group and has yet to fulfill a dream of writing a memoir. Considering the circumstances  now, I am beginning to feel that it will never happen. However  I have written bits and pieces in my earlier entries in my blog and I feel that should suffice........though I have left out the bizarre events and happenings.









Yesterday was my 33rd Wedding Anniversary and the first time I am telling the world. It was simple and sweet. Alhamdulillah. My son bought the chocolate cake to share with my grandchildren. He gave us a gift my husband could not resist .... Perfume from Paco Rabanne and Selvadore Ferragomo. My daughter and her kids could not turn up for some good reasons as the kids were busy with class final exams. I love the little decorations.... simple but meaningful. My son and family came unannounced.

So dear readers, do enjoy this little write of a small chapter in my life. Who knows one day I would be able to write the story of my life in total. Allah knows best......

........

Thursday, November 2, 2017

Merakam Foto melayan memori......


Satu lumrah hidup.

Dengan meningkat umur, banyak kemudahan 
anugerah Allah diambil balik.
Kita harus bersyukur atas apa jua anugerah yang Allah beri,
 dan kita harus
 faham mengapa anugerah Allah tidak serupa.
Di sisi Allah semuanya sama kerana yang penting 
kita tahu menghargainya, 
dan kita tahu mensyukurinya.  

Daya ingatan adalah antara anugerah yang amat berharga.
Ditahap umur kini, anugerah ini saya rasakan makin menurun. 
Ada diantara kita yang kata bukan menurun tetapi 
kerana terlalu banyak dalam simpanan memori maka agak sukar menzahirkannya dalam saat yang diperlukannya.
Apa pun realitinya hanya satu. Lambat laun semua anugerah
 Allah akan diambil semula
hatta jasad dan nyawa  kita buat selamanya.
Alhamdulillah, kita diberi peluang mengenaliNYA melalui
 anugerahNya walupun banyak yang 
dalam diri kita yang belum sempurna.



Maka di sini saya rakam foto-foto yang ingin saya ingati sementara 
masih ada ingatan buat renungan ahli 
warisan saya.

Saya dan suami berada di Jakarta minggu lepas.....melancung.
Jakarta (Tanah Jawa buat saya) satu destinasi 
yang sentimental. Saya 
keturunan Jawa dari Solo,  dan sering saya melawak 
bahawa saya keturunan pendatang tanpa izin ke Malaya waktu itu.
Allahyarham bapak saya menyanjung kepimpinan Soerkano tetapi
atas desakan hidup kami hijarah ke bumi sini.

Tugu di atas itu saya rakam di hadapan lapangan terbang.
Apa signifikannya saya tidak tahu. Saya rakam kerana 
menunggu lama bas pelancunagan kami.






Di atas ini di Wancul Beach City. Hampir maghrib dan sunyi.
Pokok ini saya lihat sebagai lambang betapa tuanya Tanah Jawa.




Dua foto diatas adalah kawasan laluan di hadapan Clay hotel 
tempat kami menginap.
Pagi hari minggu ada peniaga kecil berjual barangan keperluan.
Kegigigihan mereka mebawan hati saya. dalam panas mereka masih mampu menyapa pelanggan dengan senyuman.



Ini laluan di bandaraya Bogor berhampiran istana yang 
didiami President Jokovich.
Pemandu kami kata beliau tidak suka Jakarta antaranya kerana
terlalu sesak dan macet selalu. Udara lebih nyaman di Bogor.



Ini saya dan teman akrab saya yang menjadi ketua rombongan.





Ini foto kumpulan di hadapan Restauran Batik Kuring yang menghidangkan makanan Sunda atau makanan Madura. Saya sudah lupa. 
Saya lebih minat makanan Padang hampir menyerupai
 masakan arwah Emak saya.



Ini di kawasan di hadapan Monas, monumaent Nasional.



Ini di hadapan pintu gerbang di Masjid Istiqlal,
 masjid terbesar di Jakarta.



Ini perhantian terakhir hari itu 29 Oktober dam perjalanan 
ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta.
ALL FRESH store.
Banyak buah0buahan yang kami beli sebagai ole-ole buat
 keluarga di rumah.
Harganya amat berpatutan.



Cukup setakat ini foto-foto yang saya kira dapat 
melayani memori saya.
Akhir sekali salam sejahtera dari saya dan suami
berfoto di Lobby Hotel menanti Bas.
Bermusafir dalam umur sebegini dengan bas amat 
 mencabar kemampuan 
kaki berjalan dari satu tempat kesatu tempat
Alhamdulillah. Semuanya Allah mudahkan. Penat tetapi seronok.


.......

Wednesday, November 1, 2017

Rumah Al Quran





Pada pagi Ahad sebelum naik pesawat pulang ke Kuala Lumpur kami jelajah sebentar Taman Mini Indonesia.

Kami dikenakan bayaran masuk yang kami tidak jangka. Alhamdulillah ada peserta yang bermurah hati sponsor tiket masuk, sebanyak R280, 000 utk 21 orang. 

Ramai sekali pengunjung pada hujung minggu dan kami terus maju tanpa berhenti dalam aliran trafik yang macet.



 Hanya satu tempat yang kami berhenti, iaitu di Masjid Bayt al Qurqn
untuk Solat jamak Zohor Asar.
Alhamdulillah di situ juga tempatnya AlQuran bertulis tangan yang
 terbesar di Indonesia.
Saya google dan masukan maklumat seperti di bawah ini.
 MasyaAllah demi cinta AlQuran.
berbuat apa sahaja.



Al-Quran mushaf Wonosobo adalah mushaf Al-Quran terberas di Indonesia. (Foto: Aliya/MINA)
Jakarta, MINA – Al-Quran mushaf Wonosobo merupakan salah satu mushaf Al-Quran yang terbesar di Indonesia hadir dalam pameranIslamic Tourism Expo 2017 di Jakarta.
Al-Quran tersebut ditulis  oleh H. Abdul Malik dan H. Hayatudin, keduanya adalah santri Pondok Pesantren Al-Asy’ariyah, sekaligus Mahasiswa Isntitut Ilmu Al-quran (IIQ) Kalibeber, Wonosobo, Jawa Tengah.
Penulisan Al-Al-Quran itu diselesaikan kurang lebih 17 bulan (16 Oktober 1991 – 5 Februari 1993), ditulis dengan khat naskhi dihiasi iluminasi sederhana diatas kertas manila putih, pemberian Menteri Penerangan Republik Indonesia H. Harmoko, ukuran 1,5 x 2 meter, teks 80 x 130 centimeter, berat 165 kilogram, sampul terbuat dari kayu jati dengan penguat besi tahan karat.
Foto kenangan di hadapan bilik al Quran. Selepas lawatan kami
 terus ke Airport.
.......

Tuesday, October 31, 2017

Penat tapi seronok ....












Bilakah penat itu menjadi asbab keseronokan ?

Subuh 25 okt kami berada di KLIA1. Penerbangan kami ke Jarkata ialah pada jam 7.30 pagi. Kami duduk sebentar menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Pencipta. Masya Allah.



Saya ikut kumpulan teman-teman dari Tangkak. Destinasi pertama ialah di Puncak, Bogor. Setelah makan tengah hari kami sampai ke hotel yang dipilih oleh penganjur. Puncak sama sekali tidak dingin seperti yang dikhabarkan. Maklumlah.... cuaca berubah dengan pembangunan yang pesat di mana jua. Di Cameron Highlands pun demikian. Maka kami terima seadanya.







Hotel ini di kaki bukit. Ia baru diambil alih oleh Syarikat berfahaman Islam. Sebelumnya ia di punyai oleh seorang yang beragama Hindu.' Pemandangan sekitarnya cantik kerana ia dibina di tepi sungai beraliran deras. Tetapi penghuni terpaksa memanjat naik ke banguanan chalet beberapa mata tangga yang tinggi yang saya kira amat sulit bagi kami yang sudah masuk umur 7 series.






Tetapi buat beberapa individu yang masih bertenaga naik tangga 
tidak jadi masaalah.
Pada pagi hari lepas subuh ada pula yang turun naik tangga "jogging".
Saya hanya melihat dan rasa tertinggal








Lihat berapa tinggi buat saya "menongkah" naik tangga.
Penat tapi menyeronokan sebab ada teteman yang suka membantu dan rasa teruja  melihat keindahan alam sekeliling.




Ini foto kenangan buat suami saya di hadapan ruang pendaftaran.



Saya pula banyak duduk berehat sendirian dan Kak Nortipah datang
 berfoto dengan saya. Saya panggil 'kak' tetapi umur sebaya.
Saya hormat kerana kak Tipah adalah guru AlQuran di samping 
tugas-tugas lain yang mencabar.

Setelah sarapan kami menaiki bas ke Tamrin City di Jakarta untuk persiaran dan membeli-belah. Perjalanan turun bukit agak menyegarkan kerana laluan dipagari pohon-pohon rendang yang menghijau dan rasa seronok menikmati udara nyaman.







Apabila sampai di lebuh Raya maka cerita lalu lintas yang macet menjadi perkara biasa.




Tetapi kami punya supir Pak Hendra namanya yang amat pandai dan cekap memandu. Kami segera sampai dan tidak pernah rasa cemas ditengah-tengah macet total yang kami alami.


Kami makan tengah hari di Restoran Batik Kuring.


Hidangannya sederhana dan amat sedap sekali.
Suasana tempat makan amat sejuk dan menceriakan.
Tepat dengan kesukaan saya. ALHAMDULILLAH.

Selepas makan kami ke Masjid Istiqlal untuk solat Sunat sempena lawatan.
Masjid ini masjid terbesar di bandaraya Jakarta.




Saya ambil kesempatan berselfi dengan Dr Asmah Ahmad, 
seorang konsultant
Pembangunan Alam dan kajian envioroment.



Ini sebahagian peserta sibuk menyusun diri untuk berfoto.


Merakam keberadaan di hadapan Masjid al Istiqal.


Kenudian kami ke Ancol Beach City. Waktu sudah hampir senja dan sudah tidak ramai pelancung yang berkeliaran


Senja di Ancol City. Pantai itu dibina atas tanah tambakan. buatan manusia.
Tidak ada apa-apa yang luar biasa.




Sampai di sini dulu catatan kali ini. 
Hidup sentiasa mengejar masa. Suami dan saya mengikut rombongan ini semata-mata kerana diajak oleh teman akrab yang mengaturkan lawatan ini.
Kami sudah beberapa kali 4 tahun yang lalu kerana tugas suka rela.
Kali ini kami hanya melihat perubahan yang ada di Jakarta.
Alhamdulilah. Kepenatan dan kini berehat sehari dua.

......



Related Posts with Thumbnails