"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, February 6, 2018

Dari Acheh cemas berkejaran.....







Berita  adik ipar saya Allahyarham Dato Alayuddin Hassan  sakit kuat dan berada di ICU Hospital Prince Court hampir tiga minggu dulu membuat anak angkat saya bekejaran dari Acheh mengaturkan perjalanan ke Kuala Lumpur denan harapan dapat bertemu sebelum sesuatu yang  tidak dijangka akan berlaku. Namun ketetapan Allah tiada siapa yang tahu dan anak angkat saya yang memang rapat dengan keluarga adik Ipar saya ini tidak kesampaian hajat untuk bertemu. Ia sampai sehari setelah jenazah dimakamkan. (Saya rakam foto anak angkat saya, Arief dan isteri serta anak sulungnya, semasa ia pulang dari Mesir lebih kurang 10 tahun yang lalu sebagai kenanagan).


Keesukan harinya saya bawa dia ke rumah keluarga Allahyarham untuk ziarah dan ucap takziah. Kami rakam foto sekeluarga. Isteri Allahyarham, Datin Mariam duduk no. dua dari kanan. Tabah orangnya dalam mengadapi Ujian dari Allah. Berdiri di belakang ialah anak-anak dan menantunya.

Sebelum itu kami makan tengah hari didahului dengan cerita mengenai Allahyarham ziarah Acheh dan pengalaman-pengalaman yang diharungi bersama dalam perniagaan dan menubuhkan sekolah berasrama penuh di Acheh. Allahyarham membantu mereka mencari dana dari dalam dan luar negara. Saya rasa terharu kerana mengingatkan hidup ini singkat dan tidak tahu bila akan berakhir. Allahyarham berumur 61 tahun dn masih ada kerja-kerja yang belum selesai. Alhamdulillah ikatan keluarga amat kuat dan adik beradik akan cuba menyampurnkannya sebaik mungkin.



Sebelum Arief pulang ke Acheh ia bersama kami selama 3 hari dan sempat juga ia menziarahi kekawan seangkatan dengannya yang menetap di Selangor sebagai guru sekolah agama berasrama penuh. Kami pun dapatlah bertukar-tukar pendapat mengenai berbagai  perkara seperti  perkembangan politik di Acheh dan bagaimana menangani berbagai khilaf dalam penghayatan syariat Islam. Kami berharap dapat pula ziarah ke Acheh dalam masa yang singkat ini. Semoga tercapai dan dapatlah kami menziarahi 2 lagi anak angkat kami yang ada di sana.


Di celah-celah kesibukan dapat juga Arief ziarah anak perempuan 
saya di Putrajaya.Malam itu anak saya belanja makan satay dan lain-lain
 ikut kesukaan. Alhamdulilah dapat menjana kemesraan.


Ini Amirul dan menantu saya Siti serta anak-anak.
Foto kenanagan untuk Arief.
Samapai di sini dahulu hingga berjumpa lagi. Sementara itu kami berdoa
 semoga Allah sentiasa memberi peunjuk dan Hidayahnya
dan semoga kami sentiasa di landasan yang benar.
Aamiin ya Rabb...


.....

Monday, February 5, 2018

Tok Ayah dan "Impiannya"........



Semalam dapatlah Tok Ayah "perangkap"  6 orang cucu Hero2 belaka.
Ujai. Akif, Asim. Aqil. Adli dan Abbas.
Ujai dan Akif "istimewa" tetapi adik-adik tidak pernah tahu 
mereka istimewa.
Alhamdulillah. Allah maha Bijaksana.

Semoga mereka membesar dan terus dewasa sebagai anak-ank yang cemerlang dan soleh. Tok ayah selalu menyatakan impiannya pada 
cucu-cucu yang ini.
Biarlah impiannya dia simpan sendiri. "If you don't have a dream,
 how can you have a dream come true." 
Katanya pada saya. Setuju....

The Power of Dream
Tetapi The Power of Doa adalah lebih hebat.
Semoga Allah menyampaikan hajat dan impian kami.
Aamiin ya Rabb...


......

Wednesday, January 31, 2018

Tak dapat mengikuti bicaranya.....





Ini Akif.
Cucu saya berumur 10 tahun.
Lihat seperti anak biasa, tapi dia Otis.

Sometimes he would ask: "Embah why am I being refered to as autistic ?"

"Who called you autistic?" I would ask back.

"Hmmmmm...some people, and sometimes my teacher. My friends too..."

Saya pun sussah nak jawab soalan itu dan biasanya saya tukar perbualan. Akif akan sentiasa berbahasa Inggeris. Bukan kami ajar tetapi ia mudah mengikuti apa yang didengarinya di TV atau di mana sahaja. Di sekolah dia di kelas khas dalam sekolah biasa di Precint 8, Putrajaya.

Tak jumpa seminggu saya rasa rindu mahu mendengari bicaranya.
Dia luar biasa dari segi imaginasi yang ada padanya. Dia suka bercerita mengenai fenomena sains seperti sudah lepasan sekolah menengah...... kekadang lebih dari itu....seperti cerita kejadian alam, watak binatang liar, sains fiction dan berbagai lagi. Watak-watak kartun mudah sahaja dia menokok tambah.

Bila bersama dia bercerita dengan adik dan abangnya... dalam bahasa Inggeris. Saya pun hairan. Dengan ibu ayah juga bahasa yang sama. Dia mudah berbicara dengan dewasa dan bila jumpa kekawan saya dialah yang banyak bicara. Kalau tidak menyambutnya dalam bahasa Inggeris dia tidak bicara lama. Sekejap sahaja dia tumpu hal lain....

Dia minta saya beli komputer untuknya sebab abangnya control komputer ibunya dan dia jarang-jarang dapat guna....katanya. Saya tidak jawab spontan boleh atau tidak. Saya kata: "If you can spell me words more than 8 letters, then I may consider buying you a computer."  Saya pun beri perkatan yang lebih dari 8 huruf. Terkejut saya dia boleh.... perkataan sains dan lain-lain. Saya rasa terperangkap. Saya cuba helah. "But you don't know all the meaning of all those words."  "Yes I do." katanya. Saya berhelaqh dan berkata, "Ok , I'll get you one next year (meaning 2018).  "But before that I'll buy you a good dictionary so you can learn more words ,"  Dia nampak seronok. Tetapi dia belum menagih lagi. Saya tunggu sahaja .......






Bila kita tidak faham fakta yang dia ingin bicarakan, dia macam "give up". Tapi saya cepat-cepat buat-buat faham dan saya cerita fakta lain dengan tujuan mahu mencabar kefahamannya.

Dia sambung balik....
Foto-foto ini saya ambil minggu lepas semasa makan malam dengan ibunya di tempat makan berhampiran rumahnya. Akif jarang duduk bersahaja. Ada sahaja yang mahu diceritakan. Bila ada regu abangnya, maka lebih lah "ideanya". Kekadang betegang leher dua beradik. Ujai nama abangnya. Dalam foto dia di kiri.




Abangnya juga istimewa. Dia ADHD. (Hyperaktive disorder). Saya seronok berinteraksi dengan keduanya. Tetapi Ujai tidak seperti Akif. Dia kurang berbicara. Tetapi bila tercabar oleh adiknya dia boleh jawab ikut imaginasinya. Kekadang imaginasi bertembong dan depa minta pengadilan dari siapa jua yang berdekatan dengannya. Malam itu saya jadi "pengadilnya". Alhamdulillah kata-kata saya masih dapat depa terima. Tetapi dihati entahlah...... Kekadang Akif ingat dan bila jumpa lagi dia akan bertanya lagi dengan saya.....

Begitulah karenah mereka.
Ada yang mereka bagus tetapi ada yang kekurangan. Ujai tahun ini belajar di kelas Bakery....di kelas vokesyenal di Putrajaya.
Inteleknya kurang sedikit.

Subhanallah..... Allah maha Adil dan maha Bijaksana. Tiada ciptaanNYA yang sia-sia. Kita hanya perlu bersabar dan kita berusaha sahaja dan yang lain Allah yang membimbing mereka.


A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:191


Itu dulu coretan kali ini....
Saya sedang bertanya-tanya anak saya untuk beli komputer.
Semoga ada hikmahnya.

Mohon Petunjuk Mu ya Rabb.....


.........


Monday, January 29, 2018

"Tetamu Kehormat" buat saya.....








Semalam dalam Majlis pertunangan anak saudara di Rawang, saya teruja melihat seekor kucing dengan gaya manjanya menghadirkan diri dengan para jemputan yang lain. Saya rakam foto menghargai hakikat bahawa kucing adalan binatang belaan yang amat disukai dan di kasihi oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Salallahualaihiwasalam.



Dalam alQuran Allah swt menceritakan perihal 
Nabi Sulaiman AS Yang dianugerah pada nya kekuasaan memahami dan menguasai Jin dan Haiwan. 
Saya turunkan di bawah ini Ayat yang memberikan
 gambaran tentang kekuasaan itu. 
Ayat-ayat itu sedikit sebanyak dapat memberi keinsafan pada kita bahawa haiwan ini adalah makhluk Allah yang harus diambil perhatian oleh manusia untuk menjaga 
keselamatan dan kesejahteraannya.
Maka itu saya cuba memberi keistimewaan pada
 haiwan dimana termampu.


A018
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(An-Naml 27:18


A019
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
(An-Naml 27:19) |


Pernah saya katakan dahulu dalam blog ini bahawa negara kita tidak cukup prihatin menanganni maslahah haiwan. Hutan ditebang untuk pembangunan tetapi tidak cukup usaha menjaga kepentingan haiwan dari segi keselamatan. Tidak jadi tujuan saya untuk menulis panjang lebar dalam hal ini kerana pakar-pakar yang berkaitan sudah bersuara mencukupi. Tetapi negara kita tidak ada 'political' will untuk tindakan yang wajar.

Saya khuatir di mahkamah Agong di akirat nanti kita tidak dapat berlepas diri. Jangan ambil ringan tentang haiwn sebab Allah tidak wujudkan mereka sia-sia.Maka kita buatlah apa yang termampu bagi kita dan kita sokong mereka yang bermati-matian cuba membela jiran kita .... haiwan.

Sama-sama kita fikirkan.

.......

Sunday, January 28, 2018

Menyaksi Puteri di Taman Saujana Rawang....










Pagi hari Sabtu jam 11 kami ke Taman Saujana di Rawang. Saya teruja kerana sudah lebih 30 tahun tidak pernah menjejak kaki di daerah itu.

Kami mengiringi keluarga adik suami saya bertujuan menghadiri Majlis pertunangan anaknya Ammar seperti foto di sebelah ini. Ramai ahli keluarga terdekat yang mengiringi beliau dan kami rakam dalam foto di bawah ini.

Acara Majlis biasa sahaja seperti yang saya pernah saksikan di tempat-tempat lain. cuma saya terkesan dengan  nasihat  bapa Puteri pilihan dalam acara ini.

Pertunangan bukan kebenaran untuk menganggap bahawa suamya sudah halal. Ia meminta kedua belah pihak keluarga supaya memantau perilaku anak-anak muda supaya semuanya harus mengikut peraturan yang syar'e. Saranannya diterima baik oleh semua yang hadir.

Alhamdulilah.....


Ketibaan keluarga pihak lelaki.


Hantaran hadiah seperti adat Melayu Selangor.


Semua ahli keluarga mengambil tempat.


Pelamin pertunanagan yang cantik dan menarik.
Waktu saya muda tidak ada pelamin seperti ini untuk majlis pertunanagan. 
Semua acara dibuat didalam bilik khas sahaja,
dan biasanya dibilik tidur yang terhias cantik.


Acara menyarongkan cincin pertunanagan dan rasmi sudah satu
perjanjian untuk majlis pernikahan di bulan Disember nanti,
dengan izin Allah.


Puteri pilihan. 
Semoga disampaikan hajat untuk bersama hingga ke akhir hayat .
Aamiin ya Rabb....


.......

Friday, January 26, 2018

"Dua Sejoli"....




Hari ini Jumaat, 26 January 2018. Sudah hampir pulih kepenatan minggu lalu. Setiap Jumaat ada sahaja sahabat handai yang mengingatkan keistimewaan hari Jumaat melalui WhatsApp. Alhamdulill sedikit sebanyak saya dapat memunafaatkannya. Semoga menepati kata-kata "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".

Sudah beberapa minggu saya tidak solat Subuh Jumaat di Masjid. Rasa rugi dan bertekad tidak akan lagi malas-malasan. Penat sedikit tetapi menjadi alasan. Umur 70 seharusnya masih bertenaga yang mencukupi sekadar ke Masjid. Betul.......
Kata ustaz jangan mudah membela diri untuk tidak berbuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana umur. Subhanallah...... Seperti kata hadith "Setiap perbuatan baik adalah sedeqah".....

Bercakap mengeni perbuatan baik saya tetap ingat sahabat baik suami saya. Hambal namanya. Seminggu dulu dia mengirim foto dengan tajuk "Dua Sejoli"... dia pandai lawak. Saya turunkan foto di bawah ini yang diambil semasa sama-sama di Hosptal Prince Court minggu lepas.


Sebenarnya mereka seperti adik beradik kerana semasa bersekolah di Kulim, Kedah semasa remaja dahulu suami saya menumpang di rumahnya. Ayah Hambal adalah wakil rakyat ketika itu dan ayah suami saya kenal baik denagannya. Maka suami saya tinggal seperti anak angkat dan apa yang Hambal dapat suami saya akan dapat juga.

Alhamdulillah... satu kenangan manis. Hambal adalah setahun muda dari suami saya yang tahun ini akan masuk 71 dengan izin Allah.

Persaudaraan tidak semestinya sedarah sedaging. Malahan ada diantara kita yang sedarah sedaging tidak mengaku saudara dan sanggup berpisah kerana perbalahan harta warisan. Sedih tetapi benar. Mengapa harus harta jadi penghalang......

Sekarang saudara besar Hambal dan saudara besar suami saya  adalah rapat dan berhubung selalu.
Alhamdulillah. Semoga berterusan hingga ke akhir hayat dan semoga ditemukan semula di Syurga Firdaus tanpa hisab, dengan Rahmat Allah semata-mata.

Aamiin ya Rabb....


....

Thursday, January 25, 2018

Biarkan ianya berlalu......










Untuk kenangan diri
Akan sebuah peristiwa yang terpaku dihati......


Dihujung 2016....
Ibarat kejutan yang mendadak tiba 
Yang tidak pernah terduga rupanya berlaku juga
Rencana sulit mengheret hidup ini ke dalam persada hiba.....
Jeritan hati hanya sendiri yang mendengarinya.

Tetapi kini ia sudah jauh ke tepi, onak dan duri tidak lagi aku peduli

Ku biarkan peristiwa meniti ingatan tetapi tidak terpendam di hati.
Aku tidak mahu rugi,
Tidak mahu melayani mereka yang lalai berhati budi
Tidak mahu membazir masa mengolah fikiran berhari-hari
Mencari kebenaran yang kabur hanya sekadar menagih simpati
Dan di penghujungnya tiada hasil yang memuaskan hati 

Aku tidak perlu sedih, tidak perlu kesal kerana Allah itu maha Satu
Setiap peristiwa Dia maha Melihat dan Dia maha Tahu
"La Tahzan...." aku ikuti saranan sebuah buku
Penuh khusyuk minda ini menumpu jitu

Ku layari liku-liku hidup sambil bertekad mahu berjati diri
Hati ini hilang pilu kuat berpaut pada yang maha Mengasihani 
Dia pasti memerhati bukti isi hati, 
Jangan hendaknya pura-pura mengerti
Allah maha Tahu hambanya yang pada Allah ia berbakti


Lumrah manusia memikirkan dirinya tegap dan mampu selalu
Bila aku berhadapan manusia seperti itu
Aku cuba biarkan fikiran dan sikap itu menguji waktu
Kan manusia bila sudah terhantuk baru nak tahu
Tingginya langit dan rendahnya bumi bukan manusia yang menentu

Biar hati sendiri sunyi memilu

Biarkan  rasa merobek minda, tapi  jangan bertindak melulu
Yakin pada Janji Ilahi yang benar itu pasti di anugerah ganti
Anugerah ganti yang hanya Allah mengerti
Tiada manusia dapat menjangkanya sehingga ianya terjadi.

Ada manusia yang sering silap jangkaan silap tafsiran

Silap percaturan, silap mengukur perasaan
Kerana hanya diri yang difikirkan
Maslahah lain dilupakan, dibiarkan, seperti tiada kesamaan kepentingan.

Tidak mungkin manusia boleh mengubah manusia
Manusia hanya mampu berfikir dan berusaha sedayanya
Allah sahaja yang menentukan hasilnya, semuanya....
Manusia harus redha kenana Rahmat Allah tiada tepiannya
Berkeyakinan dihujung segala pengorbanan pasti ada ganjarannya
Ganjaran yang dibentuk oleh yang Maha Bijaksana
Tidak akan sama dengan fikiran manusia
Melihat peristiwa mengikut ukuran sendiri tanpa memahami adanya Rahsia

Aku nantikan akan yang Rahsia...... 
Semoga membawa bahagia di sisiNYA.

....... 
Related Posts with Thumbnails