"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, September 20, 2009

SOLAT EIDULFITRI 1430 H

Hari ini Solat di masjid Hidayah, Kelana Jaya dan tidak di Kg. Tunku. Ada kawan yang tanya kenapa. Tidak ada apa-apa, cuma ingin tukar angin saja.

MENDENGAR KHUTBAH EIDULFITRI DI MASJID HIDAYAH

PULANG SELEPAS SOLAT

Imam solat dan khatib khutbah adalah ustaz yang sama. Muda lagi tapi berpotensi untuk dakwah yang berquality. Saya kurang tahu siapa namanya, maklumlah bukan Masjid biasa bersolat. Namun yang terpaku diminda ialah apabila beliau mengatakan kumpulan yang bertaraf Elite telah mengarah "Mat Rempit di Taif" untuk baling batu kat Rasulullah saw semasa Nabi berdakwah di sana.

Tapi Mat rempit di sini, di Malaysia tidak ada yang baling batu pada pemimpin, (ini yang saya tahu). Tidak ada juga yang berani baling kasut seperti peristiwa di Iraq. Agaknya Mat rempit di sini masih "sopan".

Memang benar, harus berhikmah dalam berdakwah. Tetapi saya rasa dalam berhikmah kita perlu juga ada ketegasan dan keberanian untuk mengatakan yang betul itu betul, dan yang salah itu salah. Kalau berhikmah tanpa ketegasan, nanti seperti kata pepatah: "here we go round the Mulbury bush,.... the Mulbury bush,... the Mulbury bush....". Bila kesudahan nya. Atau seperti cerita dalam lagu, "Oh Bangau...". Berapa lama nak cari punca masaalah, kalaupun kita jumpa.

Jadi biarlah kita menjadi penyelesai masaalh, bukan menjadi sebahagian dari masaalah.

Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayahNya, dan kita mendapat rahmat pengampunanNya dan Kasih SayangNya dari Ramadhan ke Ramadhan hingga ke akhir hayat. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails