"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, September 25, 2010

INSAF



Saya ingin bercerita lagi mengenai Umrah kali ini untuk anak-anak buah yang tidak saya berkesempatan berbual panjang semasa dikunjungi di Eidilfitri dan entry ini khas untuk Huzaiafah, Akif, Uwais dan yang berturutan lagi. Pastinya saya tidak akan berkesempatan cucu-cucu ini membesar dan berdikari, maka saya buat catatan semoga ianya memberi sedikit munafaat 'zikir fikir' setelah saya tiada nanti.


Kesibukan setiap saat siang dan malam di tanah Suci Makkah adalah perkara biasa. Bagi saya ia amat mengkagumkan dan amat menyentuh pemikiran kerana telah sangat lama saya tidak berkunjung ke sana dan tidak pula pernah pergi Umrah di bulan Ramadhan. Alhamdulilah. Allah mendengar bisikan hati saya padaNya dan saya bepeluang Umarah di bulan Ramadhan dan mengalami beberapa situasi (instances) yang membuat saya rasa insaf tentang peri pentingnya hidup ini kita kemudi dengan sebaik-baiknya.

Bila manusia bepusu-pusu dalam bilangan ratusan ribu maka saya teringat akan hakikat bahawa di padang Masyhar nanti suasana kelang-kabut dan haru biru akan berlaku dan manusia yang nafsi-nafsi akan berpusu-pusu tidak menentu. Jika kita tidak diitiraf hamba Allah yang soleh maka kita akan tenggelam dalam haru biru itu untuk beberapa tahun lamanya sebelum di hisab dan menerima habuan kita byang baik atau buruk.(semoga dilindungi Allah yang buruk-buruk). Ingatan itu benar-benar menakutkan kerana khuatir akan kebarangkalian-kebarangkalian yang tidak diingini. Lantas saya beristighfar dan solat taubat sebaik mungkin memohon semoga laluan saya dan semua yang saya kasihi akan menjadi suatu yang mudah dengan limpahan Rahmat Allah jua. Saya bayangkan kalau bilangan orang berpusu-pusu di Makkah dimana kami semua beriman pada Allah sudah sulit, maka saya tidak dapat bayangkan halnya nanti di akhirat kalau tidak mendapat keampunan dan beramal soleh dan mendapat keredhaan yang maha pencipta. Semoga Allah mengampuni.Saya sangat insaf.

Dalam umur keemasan ini, berkunjung ke Makkah amat memerlukan kesabaran. Tenaga fisikal amat berkurangan. Lutut kendur, mata kabur dan ingatan mula luntur. Semoga Allah memelihara kesemuanya hingga ke akhir hayat saya. Saya berdoa akan sentiasa dapat mengurus diri dan dapat menyumbang pada usaha-usaha menegakan kebenaran hingga bertemu denganNya nanti di hujung perjalanan ini.

Berkumpul untuk sessi berbuka puasa beramai-ramai di dataran Masjid.

Di samping ibadah rutin yang fisikal, saya mengambil masa memerhati apa yang berlaku di sekeliling saya dalam perjalanan ulang-alik ke Masjid semasa waktu solat atau semasa tawaf sunat atau semasa membeli barang keperluan makan minum  harian. Di sinilah saya cuba melihat dengan mata hati perilaku peristiwa yang berlaku. Antara yang saya nampak dan fikir zikir ialah jenis manusia yang datang untuk umrah dan berpuasa Ramadhan di Makkah. Rata-rata dari pakaian dan rupa paras kulit di muka yang saya lihat ramai yang bukan dari golongan kaya, mungkin sederhana (tidak miskin) tetapi tidak terlalu kaya. Kalau ada yang kaya-kaya mereka tidak menampakan diri mereka kaya dari pakaian.Saya mengatakan mereka miskin dari raut muka yang menunjukan sepertinya mereka berkerja kuat ditengah panas.


Berbuka puasa seadanya.Namun nikmat dari Allah tidak terhingga.

Allah yang maha kaya. Jemaah yang kaya dengan caranya tetapi yang miskin pun ada caranya. Nikmat Allah ada di mana-mana. Cuma kita harus cuba merasai. Saya nampak pekerja-pekerja berbuka puasa ala kadar sahaja di Dataran Masjid. Tetapi mereka nampak seronok dan ceria. Pasti  sedap nikmat makan yang terhidang. Jika kita makan di hotel-hotel besar sekalipun, belum pasti kenikmatan itu sama. Roti dengan keju mungkin lebih nikmat berbanding dengan ayam golek dan lain-lain lagi.Kita renungkan bersama.


Kemudian saya lihat pula solat di Dataran. Solat di Dataran, solat dalam ruang yang kesempitan adalah lumrah di Masjid al Haram di Makkah.Isunya kekhyusukan yang mesti terjalin anatra Allah dan hambaNya. Saya pernah juga solat di Dataran diwaktu malam tetapi tidak khusyuk yang sewajarnya kerana punggung rasa panas lantaran  matahari yang menyinar di atas dataran sepanjang siang.Maqam iman dan taqwa saya masih jauh tertinggal. Mungkin tetamu Allah yang lain tidak merasai seperti saya. Semuanya terletak pada kurnia Allah semata-mata. Doa saya semoga Allah melimpahkan RahmatNya dan saya dapat merasai nikmat iman yang sempurna di mana jua saya berada.

Pada malam 27 Ramadhan dan 29 Ramadhan suasana di Masjid Haram dan di sekitarnya amat mebingungkan da mencemaskan bagi saya. Manusia berpusu-pusu menacari tempat yang terpilih di Masjid awal-awal lagi. Saya hampir yakin bahawa dari  jam 10 pagi Masjid  sudah hapir penuh. Setelah solat Maghrib siapa yang meninggalkan tempat solat mereka, kebarangkalian mendapatkan semula tempat itu amat tipis atau mungkin tidak sama sekali. Alhamdulilah, saya rasa insaf dan rasa terharu yang amat sangat kerana Allah mendengar bisikan hati dan doa yang sunguh-sunguh agar saya mendapat nikmat duduk di Masjid terus menerus hingga akhir solat witir dalam kira-kira jam 3 pagi malam 27 Ramadhan. Sumber hadis sahih mengatakan 10 malam terakhir adalah malam-malam penting berkaitan LailatulQadar. Di Masjid al Haram malam 27 tersangat tertumpu pada hakikat itu. WaAllahua'lam. Saya hanya niat seperti diajar ustaz dan mengambil kesempatan mungkin sekali seumur hidup untuk berada di Masjid al Haram. Semoga Allah kurnia yang terbaik.

Namun yang lebih penting ialah kesinambungan dan sikap istiqamah dalam pengabdian walau di mana berada. Semoga saya Allah beri taufik dan hidayahNya yang berkekalan.

Doa khatam al Quran ialah pada malam 29 Ramadhan. Amat panjang dan amat menyentuh perasaan, walaupun kefahaman Bahasa Arab saya amat terhad. Rasa kekerdilan yang amat sangat  dan ramai yang menangis pasti penuh harapan semoga Allah melimpah rahmatNya dan kuasa maghfirahNya pada semua hamba-hambaNya, dan semoga semuanya mendapat keampunan dan keredhaanNya.


Thursday, September 23, 2010

MUSAFIR @ SUDUT PANDANG SUAMI





Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini. Cuma kita perlu mencari 'kesempurnaan'. Falsafah utama suami saya dalam pengabdian sekarang ini ialah: "Jangan banyak soal dan bicara dalam ha-hal yang kita tiada kuasa.Jangan "komplain", lihat dengan mata hati.Serah sahaja pada Allah swt yang maha bijaksana. Usaha dan doa yang tidak putus-putus semoga Allah kurnia." Tidak berputus asa apa jua kesudahannya, kerana seorang hamba pastinya redha atas segala ketentuanNya.




Dengan prinsip utama ini saya dan suami bermusafir ke tanah suci pada Ramadhan yang baru lepas ini. Kami melalui berbagai peristiwa. Yang pentingnya kata suami : "Pergantungan kita bukan pada manusia. Pada Allah semata-mata". Sebelum pergi cucu tersayang pasti dipeluk cium semoga menggantikannya di hari-hari selepas tiadanya nanti. Huzaifah, cucu sulung yang disayangi tidak terperi. Yang lain pasti 'jelous' bila besar nanti.

Kami mendarat di Madinah pada malam hari tanpa kepastian sama ada orang menanti. Tidak mengapa kerana Rahmat Allah ada di mana-mana. Alhamdulilah, semua mudah kerana wakil Tabung Haji memberi khidmat yang baik sekali. Tiga hari di Madinah untuk merasai puasa di bumi Nabi saw memulakan prinsip kerajaan Islam. Rasa haru dan seronok kerana bagi suami ini kali kedua menjejak kaki. Dalam usia yang lanjut ini kesemuanya menjadi istimewa bagi diri. Kemudian kami ke Makkah dengan teksi. Bayarannya agak tinggi. Tidak mengapa kerana rezki Allah yang beri. Miqat Umrah di Bir Ali seorang diri. Lupa-lupa ingat bagaiman tempat yang akan dikunjungi. Tidak mengapa kerana pertolongan Allah itu dekat kalau kita mohon sepenuh hati.

 Bersama wakil Tabung Haji

Texi yang membawa kami ke Bir Ali


Di Makkah awal-awal lagi Allah uji. Luka di kaki menjadikan pergerakan terhad dan memerlukan bantuan seorang lagi. Kami ke hospital dengan bantuan ahli kumpulan yang baik hati. Pengangkuta sulit, maklumlah dimusim Ramadhan manusia membanjiri tanah suci.Kos tambang yang dikenakan sangat berbeza antara pemandu. Ada yang hanya mengenakan SR 2/- sahaja seorang dan ada yang megenakan hingga SR 15/- seorang. Ini yang paling mahal kami setuju sebab hospital itu hanya lebih kura 10 km sahaja. Suami saya kata: "Tidak mengapa, semoga ujian ini menjadi penebus dosa yang di hari nanti kita bahagia bertemu denganNya".

Poliklinik yang kami kunjungi berkali-kali.

Kerusi roda pinjaman Hotel, kemudian kami beli yang lain untuk ganti.

Dari pengalaman-pengalaman yang kami lalui, di Malaysia dan di Tanah Suci  nyata sekali  menunjukan bahawa perjalanan  menuju Allah memerlukan jati diri dan kecekalan yang tidak berbelah bagi. Di Makkah, perjalanan ke  Masjid dan lain-lain rutin perlukan bantuan yang agak rumit mencari. Alhamdululilah Allah pertemukan seorang  pelajar Indonesia yang membantu setiap hari. Bayarannya juga tinggi. Bayaran sehari untuk lima waktu solat ialah SR 100/-. Jika mahu buat Umrah bayaran nya ialah SR 300/-. Kami setuju tanpa rungutan. Kami maklumkan di sini hanya sebagai maklumat persediaan bagi mereka yang mungkin memerlukan. Kami  bertekad kami bergantung pada Allah yang memberi rezki. Tiada masaalah yang tidak dapat diatasi berkat doa teman-teman sejati. Saya tidak pernah ke Masjid bersama suami kerna masaalah ini. Kami diuji lagi. Kerusi roda hilang dicuri semasa solat dihadapan mata sendiri tanpa disedari. Tetapi mungkin juga orang tersalah ambil keran kerusi roda nampak serupa.Subhanallah. Kami beli lain untuk ganti.

Kesemua ini menjadikan proses pengabdian lebih bermakna. Muhasabah diri tidak putus-putus direnungkan. Kita manusia selalu lalai. Allah uji pastinya ada hikmah asal sahaja kita redha dan ikhlas. Sedikit-sedikit sahaja berjalan kaki yang Doktor benarkan. Yang lain semua guna kerusi roda. Tawaf pun di sebelah atas masjid dan ini memakan masa yang lebih lama. Alhamdulilah Allah memudahkan. Suami saya terus mengatakan: "Ada nikmat dalam masaalah kalau kita bersabar". Mendapat seorang pelajar ustaz muda membantu menolak kerusi roda adalah nikmat kerana dapat berbincang hukum hakam sambil berjalan atau duduk menanti  waktu solat. Ini nikmat yang nyata. Sebenarnya banyak nikmat kalau kita lihat dengan mata hati.Ini termasuk dapat berdoa panjang dan ulang-ulang sepuasnya ketika doa semasa tawaf kerana masa yang lama untuk satu-satu pusingan. Di kala lain ada yang bertanya: "Tak bosan ke duduk lama-lama sebulan Ramadhan untuk berpuasa di Makkah?" Saya hairan mengapa ada persoalan seperti itu. Mungkin soalan untuk test minda dan sikap. Allah suka kita doa berulang-ullang. Kalau manusia dia "fed-up" kalau minta berkali-kali. Maha suci Allah dari bersifat demikian, Subhanallah.
Di Masjid Nabawi sebelum  luka melecet disedari di jejari kaki.

Dicelah-celah kesusahan Allah bagi juga sedikit ruang untuk ziarah Hudaibiyah dan singgah di ladang memelihara unta. Suami saya sentimental mengenai semua yang Rasulullah saw buat. Maka ia banyak minum susu unta sebab Rasulullah suka susu, termasuk susu kambing. Mengimbau Perjanjian Hudaibiyah  teringat kebijaksanaan Rasulullah memastikan pihak Islam menanag walaupun perjanjian itu seperti berat sebelah. Selalu saya dan suami mengambil i'tibar: "In life, we win some and lose some. But make sure (with God's help) we win the last one.
Berkaitan dengan unta saya teringat bercerita pada suami kisah seorang pegawai jurutera muda semasa saya bekerja di Jabatan Kerja Raya dahulu yang menaiki unta dari Makkah ke Madinah untuk merasakan bagaimana susah Rasulullah saw berhijrah dengan menunggang unta sahaja. Pegawai ini memaklumkan saya ada ajen yang boleh aturkan kembara seperti itu kalau kita mahu meneguhkan jati diri. Ia memakan masa beberapa hari (tidak ingat) dan pegawai ini rasa puas hati. Saya kata pada suami kalau kita muda kita juga boleh mencuba.

Peristiwa di ladang Unta, membeli susu segar.
Kini kami selamat kembali. Syukur, alhamdulilah. Segala puji bagi Allah yang maha memelihara hambaNya. Badan sihat dan minda cergas. Musafir ke tanah suci akan sentiasa dirindui. Semoga Allah memberi peluang lagi pada hambanya yang kerdil dan fakir ini. Saya ikut menumpang kasih yang tidak terhingga dariNya.


"Santai" di dataran Safuwa Towers sejenak di Eidilfitri  dalam laluan pulang dari Masjid ke hotel
sebelum ke Madinah lagi

Ini rakaman terakhir bersama kumpulan sebelum pulang. Semoga tahun hadapan dan seterusnya Allah kurnia peluang menjadi tetamu istimewa di sisinya. Amin.
SALAM.

Wednesday, September 22, 2010

WAJAH-WAJAH MEMBAWA KENANGAN @ MUSAFIR





Saya rakamkan wajah-wajah yang saya diketemukan untuk berfikir-fikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah semasa musafir di Tanah Suci bulan Ramadhan yang baru lepas ini. Saya dan suami mendarat di Madinah pada malam 9 Ogos. Cadangan mulanya untuk terus ke Jeddah. Dalam kekeliruan Allah tentukan kami ke Madinah dahulu.

Pemandanga di luar Masjid Nabawi.
Akhir sekali saya ke sana 2002. Ini belum dibina.
MasyaAllah, indahNya.
Menziarahi Maqam Rasulullah ajinda utama.


Kami di sini hingga 12 Ogos, tiga hari untuk menenangkan hati dan merenungkan kuasa Ilahi. Alhamdulilah, dapat rasa puasa dan berbuka di Masjid. Pengalaman luar biasa. Membuat hati hiba sebab semasa muda tidak banyak berfikir-fikir tentang tujuan hidup sebenarnya.




Wajah pertama saya rakam di Masjid ini, seorang warga emas yang hilang haluan dan lupa arah untuk pulang ke tempat kediaman.Ia warga Indonesia. Ia yakin pergi bersaorangan walaupun ada teman-teman sekediaman. Katanya yang saya juga datang dari arah itu. Saya cuba membantu dengan hati-hati supaya dia tidak keliru lebih lagi. Semoga ia selamat kembali.

Teringat saya peristiwa kakak saya semasa musim haji tahun 2003. Ia yakin ikut belakang kakak yang seorang lagi, tetapi tiba-tiba ia sedar ia berada di tempat sunyi dan tidak ternampak pun Kawasan Masjid Haram. Ia menceritakan betapa takutnya kerana lantas menyedari ada yang ghaib telah membawanya pergi. Lantas ia membaca ayat-ayat suci yang mampu dingati. Takdir Allah ia nampaak 2 orang dari jauh berpakaian seperti orang Malaysia. Lantas ia bersegera mengejarnya dalam umurnya 66 tahun. Dipendekan ceriat orang itu membawanya ke kawasa Masjid dan kakak say pusing untuk mengucap terima kasih tetapi sudah tidak kelihatan lagi. MasyaAllah, pertolongan yang tidak disangaka-sangka.

Di Masjid Haram Makkah, saya ditemukan pula dengan wajah-wajah yang membawa kenangan yang bermakna. Di sebelah kanan ini Shamsiah. Ramah dan murah hati. Bila berbuka puasa ia membawa juadah kurama sedap-sedap untuk dikongsi. Wajahnya ceria dan nampak lebih muda dari umurnya.MasyaAllah. Ia bercerita kegiatan Islami yang didokongnya dan kami berjanji berhubung semula di Kuala Lumpur nanti. Ia pulang dipertengahan Ramadhan dan meninggalakan bekalan makanan yang lumaya bagi kami. Saya tertarik betapa mudah mesra. Tidak bercerita lagha, cuma sedikit tentang keluarga.

Ini  S. Asmaliza Ismail dan ibunya Syarifah Zahrah Syed Agil yang berumur 73 tahun tetapi masih kuat dan ingatannya jelas. Mereka dari Taman Tun, Kuala Lumpur. Mereka tinggal di tempat yang selesa berdua sahaja. Tentunya keluarga yang berada. Namun nada perbualan amat sederhan (very humble) dan fokus cerita hanya bagaimana nak jadi istimewa di sisiNya. Kami berkongsi ilmu mengenai ibadah-ibadah khusus dan kalau di KL di mana untuk mencari guru yang boleh diyakini. Saya mempromosi Darul Ta'lim di Taman Tun bersebelahan Restaoran Muhibbah. Semoga nanti kami berjumpa lagi.

 Ini Ustaz Nuruddin (di kanan sekali),yang bersusah payah  membantu kami dalam masalah tempat tinggal, kenderaan dan menacarikan seorang pembantu membawa suami saya dengan kerusi roda. Dia seorang pelajar persendirian dari Lombok Indonesia. Datang ke Makkah untuk mendalami Islam. Tiada  penaja baginya. Modal asal katanya dengan menjual harta pusakanya. Risiko amat tinggi. Kami perhatikan Ustaz ini berhemah tinggi, wara', gigih, sopan dan segera bertindak. Alhamdulilah. Bakal pejuang menegakkan Kebenaran Islam. Baru berumur 23 tahun tetapi sudah meunjukan kematangan yang luar biasa.


Ini anak Palestin dari Ghaza. Dengan bahasa Arab yang kami tahu sedikit, kami seronok berkenalan.Rupa-rupanya di samping kami juga pelarian Palestin di Jordan yang tahu bahasa Inggeris sedikit. Kami teruja kalau dengar hal-hal Palestin dan menyumbang seadanya. Semoga Allah memberkati dan semoga Palestin dan Masjid al Aqsa akan bebas dari penjajahan Yahudi tidak lama lagi. Amiin.




Ini wajah-wajah keluarga teman yang bersama kami berbuka puasa di dataran Masjid Haram Di Makkah. Kemesraan yang terjalin tanpa banyak protokol dari mereka yang banyak menginfakan harta untuk Islam. Alhamdulilah, semoga Allah terus melimpahkan rezki yang lumayan berterusan demi perjuangan dalam Islam.


Ini teman yang saya dipertemukan dalam kumpulan rombongan kami. Kami Panggil Kak Chuk dari Kedah. Seorang ibu tunggal yang amat ingin ke Makkah dan Allah perkenan pada tahun ini. Alhamdulilah. Berumur 67 tahun. ia masih bertenaga, suka membantu dan mudah berbicara. Ia tiada mahram untuk menunaikan haji dan Katanya Tabung Haji tidak meluluskan pemergiannya. Di sini Kak Chuk mendapat bantuan infak dan dapat tinggal sebulan Ramadhan.



Yang ini wajahnya tidak kelihatan tetapi budinya terserlah. Seorang wanita separuh umur memimpin ibu yang tua, bongkok dan nampak uzur untuk solat di hadapan Ka'abah. MasyaAllah. Sejuk perut ibu ada anak yang berjasa.




Ini wajah Mak Arab dari Mesir yang memberi tempat duduk pada saya dalam kesesakan tempat dipagi Eidilfitri. Saya datang lambat dan tempat telah penuh. Dia duduk atas kerusi roda dan saya menyelit cukup-cukup saja kawasan antaranya dan teman-temannya yang lain. Baik hatinya. Tidak semua Arab begitu. Ada yang sombong dan menjerit-jerit serta tolak menolak. Dalam hati saya, "Syurga Allah besar. Eloklah kita pakat-pakat berkongsi. Saya bertanya secara diplomasi dan puji kebaikannya. Dia peluk saya maka saya pun rakam gambar ini. MasyaAllah.
Ini seorang jururawat Malaysia yang bekerja di hospital di Jeddah. Kalau tidak silap ingatan, Hajar namanya. Pada pemerhatian saya yang secara santai saya dapati ia serious dalam hal-hal pengabdian diri pada yang Maha Pencipta. Seorang Ibu tunggal yang gigih dan sanagt prihatin dalam usaha mencapai prestasi kerjanya. Ini saya simpulkan dari cara ia bercerita bagaimana ia cuba menyelesai masaalh  pesakit dalam situasi budaya hidup dan kerja yang amat berbeza walaupun sama-sama Islam. Semoga ia terus berjaya dalam kerjayanya jauh di perantauan. 
Empat gambar di atas adalah sebahagian dari kami yang makan malam Eidilfitri di Dataran Masid al Haram. Ada tiga orang penuntut yang datang dari jauh yang berumur antara 19-21 tahun dari Malaysia dan Yemen. Yang dari Yemen  mereka belajar bahasa Arab. Saya teruja dan kagum dengan kegigihan mereka dan ibu bapa mereka yang menghantar dengan perbelanjaan sendiri. Saya berdoa mereka menjadi pejuang pelapis yang akan membela keagongan Islam di mana jua. Semoga Allah merestui dan memberkati. Amiin.

Itu sahaja wajah-wajah yang sempat dirakam. Banyak lagi yang hanya dalam ingatan tetapi membawa i'tibar. Alhamdulilah. Semoga Allah memberkati semua usaha waja-wajah ini dan di hadapan RabbulJalil nanti tidak banyak bicara dan semuanya Allah kurnia Syurga tanpa hisab. Amiin.

Tuesday, September 21, 2010

"GAME OVER"....




Pagi kelmarin saya solat subuh seperti biasa di Masjid Kg Tunku. Maka bersua kembali dengan sahabat-sahabat yang menyedari saya tiada di Kg sebulan Ramadhan hingga awal Syawal.
"Bila balik? " tanya seorang teman.
" Semalam dulu, hari Jumaat." jawab ringkas dan lantas bertanya khabar.
"Seronok lah you puasa di Makkah, semua amalan berganda-ganda ganjaranya." Teman ini memelok saya seperti budaya Melayu kita.
"Alhamdulilah," saya senyum. "Di sana ada kelebihan, Allah beri juga kelebihan yang lain di sini," Dia senyum seperti tidak yakin kata saya itu benar.

Hampir semua yang saya kenal mengatakan mengerjakan Umrah dan puasa Ramadhan di Makkah satu keistimewaan yang Allah beri pada sesiapa yang ia kehendaki. Saya juga berpendapat demikian dan saya sememangnya memohon pada Allah satu hari Allah terima saya sebagai tetamuNya di bulan Ramadhan. Alhamdulilah, ia jadi kenyataan. Namun saya tetap berpegang pada hakikat bahawa saya ke Makkah di bulan Ramadhan adalah semata-mata atas limpah RahmatNya. Doa hanyalah suatu tuntutan atas seorang hamba.


 
Setelah saya di Makkah saya berfikir-fikir atas kehadiran saya dan kehadiran tetamu-tetamu yang lain. Yang inginkan datang ke Makkah tetapi belum Allah kurnia, adakah bererti mereka itu tidak ada keistimewaan di bulan Ramadhan. Saya yakin tidak ada konsep "Game Over" dalam pengabdian. Tidak bererti jikalau kita tidak berpuasa di Makah maka kurang beruntunglah kita, tidak sama sekali. Allah maha adil, maha bijaksana, maha mengetahui , maha pengasih maha penyayang maha menghendaki dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Berpuasa di Makah adalah ibarat satu suntikan motivasi sahaja. Ia menggerakan hati dan minda untuk memfokus pada hakikat pengabdian. Allah janjikan ganjaran yang lebih tetapi tidak bererti ganjaran yang lebih itu menjamin pengitirafan kita sebagai hambaNya diberi atas dasar keutamaan kerana semata-mata kita berada di Makkah. Belum lagi. Ukuran di sisi Allah adalah Taqwa dan hamba yang bertaqwa boleh lahir  dan wujud di mana-mana. Perkiraan Allah bukan seperti manusia membuat perkiraan. Maha suci Allah. Subhanallah. Satu campur satu jadi dua. Pada Allah satu tolak satu pun jadi dua. Ibaratnya demikian. AllahuAkbar.
WaAllahua'lam.

Monday, September 20, 2010

YAKIN





Mudah lidah ini berkata: "Aku yakin Allah ada dan kalimah syahadah ku; TIADA TUHAN YANG KU SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD saw ITU PERSURUH ALLAH". Namun apa erti  "yakin"  pada kata-kata itu. Ini yang sentiasa membuat hati kecil ini 'sunyi sepi' dan terus cuba 'merasai hakikat Allah itu wujud dan tiada yang lain selain dariNya'.

Tiga hari dulu saya pulang dari Makkah / Madinah setelah berada di sana sepanjang Ramadhan, alhamdulilah. Bukan pertama kali ke sana tetapi kali ini amat berlainan rasa dihati sanubari. Mungkin kerana ini pertama kali pergi dibulan Ramadhan. Tetapi mungkinkah juga kerana lain-lain yang hanya terasa dihati tetapi tidak dapat diperinci dengan  lidah dan jejari.

Di mana tahap yakin sebenarnya yang ada pada hati dan diri ini. Terfikir-fikir menapa masih ada lintasan-lintasan dihati mengenai hal-hal yang dibenci, masih tercetus rungutan-rungutan dihati akan hal-hal yang kurang disenangi dan masih lagi terjebak dengan perilaku yang tidak selaras dengan kata-kata "Allah itu wujud dan Allah itu maha melihat, maha mengetahui dan maha menghendaki". Saya cuba sedaya upaya melakukan amaln-amalan soleh yang diajarkan untuk dilaksana dan dihayati dalam Ramadhan yang penuh barakah ini. Ia dilakukan walaupun dicelah-celah itu ada keuzuran, kekangan dan keupayaan.Namun minda dan hati memfokus pada  niat diawal perjalanan ini dan kesemua ini saya mohon doa tidak menjadi penghalang misi pengabdian ini.

Ibadah tawaf merupakan lambang pengabdian sepenuh hati, bulat penyerahan diri pada Allah yang Esa, yang pasti kewujudanNya meliputi dan menguasai yang di langit-langit dan di bumi dan seluasnya yang termaktub dalam alQuran dan hadis Nabi. Penyerahan bulat tidak ada prasangka "tetap"i. Bulat di atas kuasa mutlakNya yang tidak boleh disangkal sama sekali. Antara doa yang dipanjatkan adalah mohon keyakinan ini jitu dan mantap untuk diri hingga bertemu di akhirat nanti.

Namun masih terasa seperti ada ruang-ruang yang hati ini belum mengalami dan merasai keluhuran iman sejati. Adakah ini yang dikatakan ustaz supaya keyakinan tentang kewujudan dan keEsaan Allah itu jangan  hanya setakat yakin dalam Ilmu dan yakin kerana kita boleh nampak apa yang kita ketahui. Tetapi keyakinan harus meliputi yang ghaib-ghaib yang kita belum dapat melihat sepenuhnya dengan mata hati. Saya mahu mendalami hakikat ini. Semoga berkat kunjungan ke tanah suci,  nanti Allah akan mengurnia keindahan rasa cinta ini.  Maka saya berjanji pada diri untuk terus "mencari" erti yakin yang sejati sehingga ke akhir hayat ini. Semoga  Allah pelihara dari bisikan-bisikan syaitan yang menggangu gugat azam dan tekad ini.

Teringat juga pesanan-pesanan  ustaz yang mengatakan bahawa keyakinan kita tidak sampai ketahap yang sewajarnya kerana dosa-dosa kita menghijab hati sanubari.Maka pemahaman dan penghayatn menjadi sangat  tipis dan sering ke tebing pemisah untuk mengerti anugerah Ilahi. Maka istighfar saya ulang berkali-kali mengikut nasihat mereka yang lebih mengetahui. Taubah nasuha jangan sekali-kali dicemari, semoga nur keimanan akan melimpahkan ketenangan dan kekuatan untuk terus bersama-sama mereka yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini. Rahmat Allah saya pohon setiap detik mengingati  dan semoga  doa saya Allah kurniai dan dihujung hayat ini Allah meredhai.
Related Posts with Thumbnails