Saya rakamkan wajah-wajah yang saya diketemukan untuk berfikir-fikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah semasa musafir di Tanah Suci bulan Ramadhan yang baru lepas ini. Saya dan suami mendarat di Madinah pada malam 9 Ogos. Cadangan mulanya untuk terus ke Jeddah. Dalam kekeliruan Allah tentukan kami ke Madinah dahulu.
Pemandanga di luar Masjid Nabawi.
Akhir sekali saya ke sana 2002. Ini belum dibina.
MasyaAllah, indahNya.
Menziarahi Maqam Rasulullah ajinda utama.
Kami di sini hingga 12 Ogos, tiga hari untuk menenangkan hati dan merenungkan kuasa Ilahi. Alhamdulilah, dapat rasa puasa dan berbuka di Masjid. Pengalaman luar biasa. Membuat hati hiba sebab semasa muda tidak banyak berfikir-fikir tentang tujuan hidup sebenarnya.
Wajah pertama saya rakam di Masjid ini, seorang warga emas yang hilang haluan dan lupa arah untuk pulang ke tempat kediaman.Ia warga Indonesia. Ia yakin pergi bersaorangan walaupun ada teman-teman sekediaman. Katanya yang saya juga datang dari arah itu. Saya cuba membantu dengan hati-hati supaya dia tidak keliru lebih lagi. Semoga ia selamat kembali.
Teringat saya peristiwa kakak saya semasa musim haji tahun 2003. Ia yakin ikut belakang kakak yang seorang lagi, tetapi tiba-tiba ia sedar ia berada di tempat sunyi dan tidak ternampak pun Kawasan Masjid Haram. Ia menceritakan betapa takutnya kerana lantas menyedari ada yang ghaib telah membawanya pergi. Lantas ia membaca ayat-ayat suci yang mampu dingati. Takdir Allah ia nampaak 2 orang dari jauh berpakaian seperti orang Malaysia. Lantas ia bersegera mengejarnya dalam umurnya 66 tahun. Dipendekan ceriat orang itu membawanya ke kawasa Masjid dan kakak say pusing untuk mengucap terima kasih tetapi sudah tidak kelihatan lagi. MasyaAllah, pertolongan yang tidak disangaka-sangka.
Di Masjid Haram Makkah, saya ditemukan pula dengan wajah-wajah yang membawa kenangan yang bermakna. Di sebelah kanan ini Shamsiah. Ramah dan murah hati. Bila berbuka puasa ia membawa juadah kurama sedap-sedap untuk dikongsi. Wajahnya ceria dan nampak lebih muda dari umurnya.MasyaAllah. Ia bercerita kegiatan Islami yang didokongnya dan kami berjanji berhubung semula di Kuala Lumpur nanti. Ia pulang dipertengahan Ramadhan dan meninggalakan bekalan makanan yang lumaya bagi kami. Saya tertarik betapa mudah mesra. Tidak bercerita lagha, cuma sedikit tentang keluarga.
Ini S. Asmaliza Ismail dan ibunya Syarifah Zahrah Syed Agil yang berumur 73 tahun tetapi masih kuat dan ingatannya jelas. Mereka dari Taman Tun, Kuala Lumpur. Mereka tinggal di tempat yang selesa berdua sahaja. Tentunya keluarga yang berada. Namun nada perbualan amat sederhan (very humble) dan fokus cerita hanya bagaimana nak jadi istimewa di sisiNya. Kami berkongsi ilmu mengenai ibadah-ibadah khusus dan kalau di KL di mana untuk mencari guru yang boleh diyakini. Saya mempromosi Darul Ta'lim di Taman Tun bersebelahan Restaoran Muhibbah. Semoga nanti kami berjumpa lagi.
Ini Ustaz Nuruddin (di kanan sekali),yang bersusah payah membantu kami dalam masalah tempat tinggal, kenderaan dan menacarikan seorang pembantu membawa suami saya dengan kerusi roda. Dia seorang pelajar persendirian dari Lombok Indonesia. Datang ke Makkah untuk mendalami Islam. Tiada penaja baginya. Modal asal katanya dengan menjual harta pusakanya. Risiko amat tinggi. Kami perhatikan Ustaz ini berhemah tinggi, wara', gigih, sopan dan segera bertindak. Alhamdulilah. Bakal pejuang menegakkan Kebenaran Islam. Baru berumur 23 tahun tetapi sudah meunjukan kematangan yang luar biasa.
Ini anak Palestin dari Ghaza. Dengan bahasa Arab yang kami tahu sedikit, kami seronok berkenalan.Rupa-rupanya di samping kami juga pelarian Palestin di Jordan yang tahu bahasa Inggeris sedikit. Kami teruja kalau dengar hal-hal Palestin dan menyumbang seadanya. Semoga Allah memberkati dan semoga Palestin dan Masjid al Aqsa akan bebas dari penjajahan Yahudi tidak lama lagi. Amiin.
Ini wajah-wajah keluarga teman yang bersama kami berbuka puasa di dataran Masjid Haram Di Makkah. Kemesraan yang terjalin tanpa banyak protokol dari mereka yang banyak menginfakan harta untuk Islam. Alhamdulilah, semoga Allah terus melimpahkan rezki yang lumayan berterusan demi perjuangan dalam Islam.
Ini teman yang saya dipertemukan dalam kumpulan rombongan kami. Kami Panggil Kak Chuk dari Kedah. Seorang ibu tunggal yang amat ingin ke Makkah dan Allah perkenan pada tahun ini. Alhamdulilah. Berumur 67 tahun. ia masih bertenaga, suka membantu dan mudah berbicara. Ia tiada mahram untuk menunaikan haji dan Katanya Tabung Haji tidak meluluskan pemergiannya. Di sini Kak Chuk mendapat bantuan infak dan dapat tinggal sebulan Ramadhan.
Yang ini wajahnya tidak kelihatan tetapi budinya terserlah. Seorang wanita separuh umur memimpin ibu yang tua, bongkok dan nampak uzur untuk solat di hadapan Ka'abah. MasyaAllah. Sejuk perut ibu ada anak yang berjasa.
Ini wajah Mak Arab dari Mesir yang memberi tempat duduk pada saya dalam kesesakan tempat dipagi Eidilfitri. Saya datang lambat dan tempat telah penuh. Dia duduk atas kerusi roda dan saya menyelit cukup-cukup saja kawasan antaranya dan teman-temannya yang lain. Baik hatinya. Tidak semua Arab begitu. Ada yang sombong dan menjerit-jerit serta tolak menolak. Dalam hati saya, "Syurga Allah besar. Eloklah kita pakat-pakat berkongsi. Saya bertanya secara diplomasi dan puji kebaikannya. Dia peluk saya maka saya pun rakam gambar ini. MasyaAllah.
Ini seorang jururawat Malaysia yang bekerja di hospital di Jeddah. Kalau tidak silap ingatan, Hajar namanya. Pada pemerhatian saya yang secara santai saya dapati ia serious dalam hal-hal pengabdian diri pada yang Maha Pencipta. Seorang Ibu tunggal yang gigih dan sanagt prihatin dalam usaha mencapai prestasi kerjanya. Ini saya simpulkan dari cara ia bercerita bagaimana ia cuba menyelesai masaalh pesakit dalam situasi budaya hidup dan kerja yang amat berbeza walaupun sama-sama Islam. Semoga ia terus berjaya dalam kerjayanya jauh di perantauan.
Empat gambar di atas adalah sebahagian dari kami yang makan malam Eidilfitri di Dataran Masid al Haram. Ada tiga orang penuntut yang datang dari jauh yang berumur antara 19-21 tahun dari Malaysia dan Yemen. Yang dari Yemen mereka belajar bahasa Arab. Saya teruja dan kagum dengan kegigihan mereka dan ibu bapa mereka yang menghantar dengan perbelanjaan sendiri. Saya berdoa mereka menjadi pejuang pelapis yang akan membela keagongan Islam di mana jua. Semoga Allah merestui dan memberkati. Amiin.
Itu sahaja wajah-wajah yang sempat dirakam. Banyak lagi yang hanya dalam ingatan tetapi membawa i'tibar. Alhamdulilah. Semoga Allah memberkati semua usaha waja-wajah ini dan di hadapan RabbulJalil nanti tidak banyak bicara dan semuanya Allah kurnia Syurga tanpa hisab. Amiin.
No comments:
Post a Comment