Ada diantaranya sudah bersara dan ada yang masih berkerja
dan ada yang berkerja secara kontrak.
Sedang kami seronok bersembang santai ada pula yang membuka cerita pasal Rasuah. Saya katakan padanya bahawa saya tidak minat cerita rasuah kerana ia membuatkan saya hilang mood dan hilang selera untuk menikmati hidangan. Tetapi kawan saya ini bercerita juga kerana ada teman yang lain yang suka mendengarnya. Saya terdengar berbagai aspek rasuah yang benar-benar membuat saya hilang selera. Antara lain katanya Index berlakunya rasuah bagi Malaysia sekarang ini sudah meningkat, yang bermakna bahawa Malaysia adalah antara negara yang kuat rasuah di dunia ini.. Manakan tidak hilang selera kerana ini bererti kebajikan rakyat, termasuk saya dan keluarga, adalah terjejas bukan untuk masa kini sahaja tetapi hingga beberapa generasi akan datang sekiranya fenomena ini tidak di bendung segera. Rasuah mengubah struktur ekonomi, termasuk hutang negara dan berbagai lagi yang memerlukan forum lain untuk bercerita.
Siapakah yang bertanggongjawab mengenai fenomena ini. Setiap kita adalah bertanggongjawab dalam bentuk yang berbeza-beza. Tetapi dasar, perundangan dan penguatkusaan serta teladan seharusnya datang dari peringkat kepimpinan negara. Setakat itu sahaja yang saya katakan pada teman saya itu Kita semua Allah kurnia kepandaian untuk memahami dan menangani hal ini.
Seorang teman menyarankan sepatutnya ada orang yang mahu menulis buku dan mendedahkan fakta-fakta yang berkaitan dengan rasuah dan betapa tenatnya keadaan ekonomi dan kewangan negara yang boleh berlaku akibat Rasuah, ( jika apa yang saya dengari ini benar). Saya percaya semestinya ada pihak yang membuat kajian dan pematauan mengenai hal ini dan pasti ada pihak yang tahu fakta-fakta sebenar. Seorang teman yang lain mengatakan bahawa kalau adapun orang yang boleh dan mahu menuluis, tidak akan ada Penerbit yang mahu dan berani menerbitkannya. Alangkah malangnya bagi negara kita yang tercinta ini. Saya berdoa ada seorang atau dua yang berani tampil untuk menulis dan menerbitkan buku seperti ini. Saya rasa ini juga adalah satu aktiviti Jihad, kerana ini adalah salah satu langkah untuk menimbulkan kesedaran kearah memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya.
Sama-sama kita semua berdoa semoga kita terhindar dari azab mala petaka akibat kemurkaan Allah kerana ramai orang-orang yang menzalimi diri sendiri dan menzalimi orang lain. Semoga Allah melindungi kita dari tergolong bersama-sama dengan orang yang Zalim.
Sebagai peringatan bersama mengenai kemurkaan Allah swt, saya turunkan maksud firman Allah dalam Surah Al A'Raf, Ayat 3-5 seperti berikut:
" 3. Ikutilah apa yang diturunkan kepada mu dari Tuhan kamu dan jangan kamu ikut selain dari Dia sebagai pemimpin. Sedikit sekali kamu mengambil peringatan.
4. Berapa banyak negeri yang telah Kami binasakan, iaitu datang azab siksa kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
5. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya kepada mereka azab Kami, melainkan mereka (mengakui dengan berkata) ' sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim'.".................................................................................................
No comments:
Post a Comment