Alhamdulilah Allah takdirkan kita bertemu Ramadhan Al Mubarak , Hijrah 1432.
Berbagai cara kreatif golongan orang yang mahu meningkatkan Iman dan Taqwa memotivasi diri
untuk beramal.
Dibawah ini saya catat semula posting seorang anak buah (Seri Dewi) dalam facebooknya.
Kemasukan Baru Ke University Ramadhan Al Mubarak.
Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama university : University Ramadhan Al Mubarak.
Course Wajib : Berpuasa.
Course Istimewa : Tarawih.(Qiamulail)
Course Elektif : Baca al Quran (tadarus), Solat-solat sunat, sedekah.
Kelulusan Akhir : Ijazah Taqwa
Hari Konvokesyen : 1 Syawal 1432
Tawaran keperingkat Sarjana : Puasa 6 hari di bulan Syawal.
Saya teruja membacanya. Maka teringat saya satu fakta lagi. Dalam course istimewa itu mungkin kita boleh tambah dengan Umrah di bulan Ramadhan.
Malam pertama terawih saya berada di Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya. Alhamdulilah saya rasa seronok dan rasa bahagia kerana buat pertama kalinya Imam di situ membaca mengikut Qiraat yang belum pernah saya diperdengarkan dalam solat. Penerangan bacaan Qiraat ini diperjelaskan secara ringkas untuk kefahaman jemaah. Ia dibaca untuk 8 rekaat pertama. Kemudian selepasnya mengikut Qiraat yang biasa.
Masjid ini memulakan program Qiamulail sepanjang Ramadhan dari jam 4 -5 sebahagian malam. Bacaan Quran untuk 30 Juz di baca semasa solat Isyak, Terawih dan semasa Qiamulail. Siapa yang berkemampuan mengambil peluang keemasaan ini. Bukan semua masjid membuat program seperti itu.
Semoga Allah memberi keampuanan semua jemaah dan semua yang beraliran sama. Saya diperingatkan bahawa tidak cukup dengan ilmu sahaja untuk mendapat Ijazah Iman dan Taqwa. Kita harus ada semangat perjuangan. Kerana dengan semangat itu kita akan bergerak aktif memenuhi tuntutan 'hablumminallah dan hablumminannas" iaitu tali hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia.
Semoga Allah memimpin kita terus di bulan Ramadhan al Mubarak ini dan diakhirnya nanti semoga allah mengurnia keredhaanNya dan RahmatNya yang tidak terhingga.
Ameen.
No comments:
Post a Comment