"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, October 17, 2011
KEJAYAAN TIDAK DATANG MENGGOLEK.
Bila saya melihat cucu yang tinggal bersama saya ini, hati saya selalu jadi sejuk dan hilang rasa khuatir apabila berhadapan dengan kesulitan untuk mencapai tujuan dalam hidup. Ia menjadi seperti ada harapan yang cerah. Bukan tidak bersyukur dan tidak yakin pertolongan Allah itu sentiasa dekat jika kita berusaha kuat dengan penuh keikhlasan dan bertawakal, tetapi kadang kala kita rasa tersedih. Alhamdulilah cucu saya ini jadi penghibur. Namanya Amani Farissa dan umurnya 5 bulan dan sudah hampir pandai merangkak. Dia sumber inspirasi.
Selalu saya katakan pada diri dan anak-anak bahawa tidak ada kejayaan yang datang menggolek. Kadang-kadang kita sibuk berkerja mencari kejayaan dengan tidak mengira penat lelah. Tetapi kalau kita tidak merujuk pada Allah maka kita mudah putus asa. Kadang-kadang Allah memberi suatu yang amat berharga dengan mudah pada kita seperti solat sunat subuh. Dan bagi lelaki amat dituntut solat awal waktu berjemaah di masjid, terutamanya subuh ( paling tidak). Tetapi kalau kita tidak melihat dengan mata hati maka kita tidak yakin itu satu pertolongan Allah yang amat besar bagi kita meraih kejayaan dengan mudah. Selalu saya katakan pada anak : Buat dulu apa yang Allah suruh, barulah kita nampak yang lain-lain.
Semalam teman akrab saya memberitahu saya bahawa projek masyarakat yang sedang kita bantu untuk laksana menghadapi sedikit masaalah. Mula-mula saya rasa seperti kecewa. Tetapai saya cuba kembali dan rujuk semula pada hakikat bahawa sesuatu yang berlaku itu pastinya ada hikmah. Maka hari ini saya berjanji dengan diri saya untuk bertenang dan cuba lihat apa yang kita tidak nampak dan faham apa yang kita tidak dengar. Semoga Allah memudahkan dan memberi pertolongan dengan rahmatnya yang tidak terhingga.
......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment