"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 30, 2013

Ikrar Jiwa MERDEKA......



Flag of Malaysia.svg

"Luka dan bisa ku bawa berlari...
Berlari, hingga hilang pedih peri"

Entah mengapa dalam suasana dunia mungkin terjebak dengan peperangan besar (mungkin mulanya perang dunia ke3) terngiang-ngiang kedengran suara penyair Khairl Anwar mengenai daya ketahanan diri. Esuk, insyaAllah, kita akan meraiakan 56 tahun Malaysia Merdeka. Saya memperingati juga perjuangan insan-inasan yang mahu membebaskan diri dari cengkaman berbagai bentuk penjajahan, termasuk penjejahan minda.

Kalau saya di Mesir, atau di Syria atau di bumi  mana jua, saya akan bersama-sama mereka yang mahu menegakan Kebenaran dan membebaskan diri dari mempersekutukan Allah yang maha Pencipta maha Berkuasa. Saya akan berusaha bersama mereka yang memerangi semua bentuk kezaliman tidak kira mereka berkulit putih, kuning atau hitam. Zalim tetap zalim.

Alhamdulilah, Malaysia aman damai. Namun saya percaya Allah menguji rakyat Malaysia dengan keselesaan. Kita duduk dalam zon selesa dan keselamatan terpelihara. Maka ramai kita yang kurang peka penderitaan rakyat negara lain yang diseksa kerana perjuangan luhur mereka mahu bebas dari kezaliman. Kita tidak merasai luka berdarah yang tiada perubatan untuk merawatnya, tidak merasai kelaparan dan dahaga yang berlarutan dan tidak mendengar jeritan tangisan anak-anak kecil dan orang-orang tua menderita kesakitan.

Maka kita hidup penuh santai. Berhibur dan berlawak seolah-olah hidup ini tidak ada kesudahan. Tidak terlintas sedikit pun di hujung perjalanan akan tiba kematian.

Sebenarnya saya dalam ketakutan ditengah-tengah kemewahan. Hati kecil saya berikrar untuk bersama-sama mereka mendirikan Kebenaran. Telah terlalu lama saya duduk di pinggiran. Saya mahu merasai benar-benar apa itu pengorbanan dan apa itu kasih sayang antara insan di bawah naungan Iman.

Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari hingga hilang pedih peri
dan aku tidak akan peduli 
Aku mahu mencari keredhaan Ilahi. 


lambang bagi diri
IKRAR JIWA MERDEKA
MOHON KEAMPUNAN MU, MOHON PERTOLONGAN MU,
MOHON KEREDHAAN MU, YA RABB.

....

Thursday, August 29, 2013

ADAKAH HANYA SANDIWARA ?




Penat aku melihat peti TV mahu  mendengari berita yang aku yakini...
Tidak ada....

Masih sahaja percaturan startegi masing-masing kuasa bagaimana mahu menyelesai krisis berat yang ada. Bukan berat hanya bagi yang menanangung sangsara begitu  lama tetapi berat bagi diri ku dan aku percaya bagi mereka yang lebih teraniyaya. Belum terbela  sakit perit rakyat  di Syria, di Mesir pula musibah menimpa. Hilang tumpuan pada Mursi atau AsSisi buat semntara agaknya atau mungkin selamanya. Pertubuhan Arab League pun bermesyuarat di Mesir mahu berbuat sesuatu mengenai mereka. Mengapa di Mesir berbicara. Adakah ini bermakna pemerintahan tentera sudah diiktiraf sepenuhnya.

Bingung aku memikirnya...

Kini perhatian tertumpu pada usaha kuasa besar Amerika dan sekutunya sama ada mahu memusnahkan senjata kimia kerajaan durjana alAssad dan kuncunya, atau mahu langsung menawan negara itu dan menggantikan regim yang ada. Masih belum ada keputusan yang nyata.

Negara China, Russia dan Iran sudah bangun bersuara mengancam dengan serangan balas yang tidak terduga padahnya. Masing-masing punya rahsia dan punya kekuatan senjata yang boleh memusnahkan dunia.

Tetapi banyak lagi negara hanya melihat dan setakat bertanya-tanya......
Malaysia bagaiman ya ?...

Pernah saya tanya seorang Ustaz bagaimana kita.
Lihat alQuran Surah An Nur Ayat 55 dan lihat tafsir yang luas implikasinya.
Paradigma TAUHID jangan dipegang sambil-lewa. Itu kunci penyelesaian pada krisis yang ada, walau pun seribu tahun kita akan terus usaha. Dalam semua bidang kita perlu berkuasa. Pegang Islam sepenuhnya. Orang yang beriman bertaqwa akan menjadi Khalifah di Dunia.

Tolong kami, ya Rabb....Engkau maha Agong maha Berkuasa.

Wednesday, August 28, 2013

Embah !....look at my bubble machine.





This is Akif, again. We were holidaying in Penang over the Eid celebration recently and I would like to share here some of the incredible moments I experienced with him.

As I have said before Akif is autistic. Without his father coming along, my husband and I was afraid to take him along for dinner for he may "venture out" as he pleased and we may not be able to track him down. To make up for possible disappointments and to make him happy we bought him and others the bubble machine. He was in another room when he was given the toy but suddenly he came running to my room and cried out: "Embah...look at my bubble machine..."
"Embah the battery is here and if you do this (showing me how) you get bubbles! Embah....look again ! I like this"...He was pulling my hand demanding attention.

For Akif  it is a great experience. And it was amazing to see him paying particular attention on how the machine works. It wasn't just the bubbles that fascinates him but it was the "technology".

I felt great, alhamdulilah, noticing his "intellectual" potential. HE is autistic and this made me feel utterly amazed because my other grandchildren just played with the toy without noticing how it works.



The next day my daughter took him and the rest to the beach but later landed at the swimming pool of a nearby hotel at Batu Feringghi. Several times he was trying to "dive" into the shallow pool. It could be dangerous but the watchful eyes of his father made him "behave". Water exploration is what a child need and more so for children like Akif for it helps to develop his brain. I took this picture to tell him stories later.

May Allah bless Akif and may he grow up as normal as can be.
Allah is All Loving, All Knowing and Most Wise.
In Him we seek refuge.
.....

Monday, August 26, 2013

..... sudah pupus di Penang




'Pearl of the East'. Itulah Pulau Pinang yang saya tahu dari sekolah lagi.

Tetapi kini sudah berbeza.

Musim cut Hari Raya baru-baru ini saya ke sana bersama anak cucu "makan angin" untuk kali pertamanya sejak lahirnya cucu saya yang sulung. Kini ia berumur hampir 9 tahun.

Apa yang menghairankan saya ialah keadaan Taman Botany yang dahulu terkenal dengan keindahan alam kehijauan dan haiwan monyet-monyet berkeliaran menyambut "tetamu" mengharapkan habuan makanan, kini sudah sunyi sepi.

Saya hanya melihat seekor sahaja seperti yang saya rakam foto di atas. Lihat dia menjaga anaknya dengan muka garang supaya jangan berani hampir siapa pun mengganggu keslamatannya. Saya melihat gelagatnya penuh tanda tanya. Di mana yang lainnya? Saya naik train bersama cucu-cucu sekeliling Taman cuba mencari kalau-kalau ada beberapa ekor lagi di sudut-sudut tersembunyi di hujung Taman.

Kecewa....sunyi sahaja!

Saya komen pada anak saya bahawa specie ini sudah pupus. Katanya sebab ada 'shooting range' berdekatan dan monyet-monyet takut dengan bunyi tembakan. Di percayai ia mengganggu keselamatan. Sebab sebenar saya kurang arif.

Manusia jarang-jarang mengambi kira hak asasi haiwan. Bukankah itu tuntutan  alQuran !
Saya juga bertanggong jawab....

Dari Taman Botany kami ke Bukit Bendera. Ramai  sungguh pelawat dan pengunjung pada hari itu. Ramai juga pelancung keluarga  Arab. Dan saya yakin orang Melayu yang kelihatan bersama anak cucu mereka  adalah  pengunjung cuti-cuti Malaysia. Orang tempatan pastinya tidak akan berasak-asak waktu itu untuk naik train  ke atas bukit. 

Saya berlegar-legar dan memerhati apa yang berlaku ditempat-tempat peranginan di Pulau ini. Saya perhatikan kedai-kedai dan kawasan-kawasan tempat lokasi hotel-hotel mewah.
Saya meninjau-ninjau mengira bilangan orang Melyu yang saya terlihat.

Tidak ramai. Mungkin mereka ramai di tempat dan kawasan lain. Sayang sekali saya tidak dapat melancung lama.

Saya takut orang Melayu sudah mula pupus di Pulau indah ini. 

Jangan bersikap "Racist" kata suami saya. Lagi pula fakta itu hanya perhatian rambang seorang pelancung. Bukan fakta kajian rapi. Marah nanti jika di dengari orang politik!

Saya tidak "racist". Cuma saya tahu golongan orang Melayu adalah yang berpendapatan rendah. Ramai yang miskin dan agaknya ramai juga yang di bawah paras kemiskinan yang diiktiraf kerajaan. Yang saya dengari rumah kos rendah susah diperolehi. Kalau tak dapat beli rumah Di Pulau maka pastinya mereka keluar dari Pulau. Kemana agaknyanya ye?

Kalau ramai yang pindah keluar ke daerah lain di Tanah besar, maka akan pupuslah mereka dari Pulau yang Indah ini.

Maka bukan monyet sahaja yang pupus.....

Hanya fikir-fikir....

....

Friday, August 23, 2013

Engkau lambang perjuangan bagi ku




Dr Mursi......

Aku kagum akan perjuangan mu
Perjuangan Ikhwan yang ku kenal melalui bicara Syed Qutub yang lama dulu
Waktu itu aku mendengari cerita dan berita
Kini aku melihat terang dan nyata
Walaupun hanya di alam maya

Ikhwan Muslimun bukan gerombolan pejuang membabi buta
Bukan mahu mencari nama, merampas harta dan kuasa
Untuk diri dan keluarga berpoya-poya
Menggunkan nama negara kononnya itu wawasan utama.
Bukan.....

Engkau memegang kuasa atas pilihan rakyat jelata
Pilihan keramat mengikut perundangan yang diterima pakai seluruh dunia
Baru setahun, engkau diguling,  jawatan dirampas oleh tentera mabuk  gila kuasa
Yang punya agenda mengikut telunjuk golongan zalim atas manusia
Mengengkari prinsip bertuhankan Allah, memerintah sesuka hati tanpa kira.

Perjuangan mu jelas merentasi bangsa dan negara
Merentasi warna kulit, tidak kira miskin atau kaya
Tidak kira tua atau muda perjuangan mu segar di dada
Kerana klimah Allah terjunjung tinggi dan pasti setiap kata dikota.

Iman dan taqwa tidak terjual dengan harta walau setinggi gunung banyaknya
Walau peluru menembusi dada, perjuangan mu bergerak tanpa mengira bahaya.
Penyokong mu gagah tidak gentar walaupun tahu mungkin dipancung kepala
Munkin diperesok dalam penjara dan disekasa diperkosa berbagai cara
Mana kan terdapat keberanian sebegini rupa...

Allah maha Melihat maha Mendengar pasti perjuangan mu terbela
Doa kami bersama mu semoga Allah kurnia yang terbaik di sisiNya
Biar seribu tahun menderita,
Janji Allah tetap benar dan Syurga tempat berhimpun diakhirnya.

Ya Allah....aku ingin bersama mereka
Di hadapan Mu tersenyum gembira sejahtera selamanya,

Ameen...Ya Rabb.



Wednesday, August 21, 2013

.....humble beginnings






We were busy talking about the turmoil in Egypt at a friend's house one evening when  suddenly a friend  appeared and slapped my back.

"Hey Sobah, how are you? I have been wanting to find you but no luck. They said you are now busy running around in Paris, London and New York."

I quickly turned around and found that this is a dear friend during College days whom I have not met for 'I don't know' how many years. Her name is Jamilah and she used to be working with ESSO. I last met her many years ago when she bid farewell to go to Syria to learn intensive Arabic for 4 months.

"Hey....how are you? 'kaifa hal ya ukhty," I said showing off the little Arabic that I know. "You must be kidding about that London New York stunt. I am right here, in Kampung Tunku. I haven't been anywhere close to those places. 

I sat at a corner with her and talked like I have never talked before. She was flipping about on her seat wanting to know more about what I did (or rather did not do) those long years we were apart.

"You were talking about Egypt just now. Do you agree with Morsi?" suddenly she completely change her subject matter."

"Of course ! Why? Dont't you?"

"Yes, I do too. How can one be as strong as he is, controlling and driving forth a revolution in absentee. "

I was just beginning to go full gear talking about this great Statesman when suddenly my husband called me and said it was time to go. I can't argue because it was Maghrib time and he must be at the mosque.

That night I "made" my husband listen to the unfinished stories I needed to tell my friend, Jamilah.

Nobody can be strong without admitting your humble past, your trials and tribulations in life, your disappointments, failed marriages  and other failures etc, etc. You may have fallen  flat to the ground, lived  like a begger, shine shoes to buy your lunch, etc, etc.

Your ego may have been dented several times, your pride washed down the drain and many more. 

But you bounced back, worked hard and finally you walk tall again.

My husband said there are people who are ashamed to tell their unfortunate past, their struggles to actualize the sayings 'from rags to riches' for fear they loose good friends or good contacts in the business world, or good social reputations. These people are not true to themselves let alone being true to friends. They are people who would much rather being known for their successes than their failures. They would like to live their fairy tale lives and hoping that the grass they stepped on would always be green.

But why must we do that ? Why can't we be honest and true at least to a friend you claim to  be dear to yourself.I always tell people at appropriate times that my parents were poor,(indeed very poor), they did menial jobs, missed lunch and sometimes dinner and worked almost like slaves. They were migrants from Indonesia many, many tears ago. They worked hard to put me through school and college. And praises be to God Allah alone that to day we could live above the poverty line.

I know of a friend whose farther was a rubber tapper for many years before he became a teacher in school. This friend only tells about the father was a teacher and never once did she say that her father was also a rubber tapper and had to struggle through life. 

"I tell the world of my less than humble beginnings" in life. I never made it to the top. In fact not anywhere near the top. But I am at peace with my past, fortunate or unfortunate, and happy and thankful about my present, all by the grace of Allah, God almighty.

I think life with secrets is not a peaceful life. One can never be a full person with secrets held close to their chest.  This type of person does not "touch the full reality of one's existence".  Then how can you be real to others....how can you convince others that it is alright  to be less than what you aspire to be and it is also okay to have broken dreams.

Life is not a bed of roses and nor is it always a day of sunshine. And when it rains it is not always that you will see the rainbow above the horizon.

I kept thinking through the nights wondering if my thoughts are right and true.....
And recent events in Egypt made me evaluate more seriously the strength that I . Would I be able to go through the lives of the true Morsi supporters.

How much can I endure the truth of life, churn failures to success and able to tell others of our less than humble beginnings and still able to walk tall.......May god Allah grants me the Wisdom to live life the best way possible, and share the bounties of life with others at large.

........

Tuesday, August 20, 2013

........dengan penuh kasih sayang.



A001 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
A002 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
A003 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Sekarang saya berada di Tangkak dan ingin menyntuni seorang murobbiah yan kami kasihi.
 
"Assalamualaikum, apa khabar teacher Sarah...." (bukan nama sebenar). "Alhamdulilah," jawabnya lembut.

Pagi itu kami memulakan sessi 'bicara hati' dengan teacher Sarah yang baru bersama Tadika SmarTop Subur Fitrah. Belum pun dua bulan. Kami memerhatikan cara ia berinteraksi dengan anak-anak di Tadika dan cara ia berinteraksi dengan murobbiah yang lain. Hati kecil kami berkata-kata seolah-olah  ada sesuatu yang tidak dapat membuatnya rasa selesa dalam urusan hariannya di sekolah.

"Hari Raya seronok ke? Hari Raya di mana? Kami memulakan sessi secara santai dengan harapan teacher Sarah rasa selesa dan tenang jiwanya.

"Tidak ke mana-mana, hanya di Tangkak." Katanya dengan senyum. Tetapi senyumanya tidak ceria seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya.

Kami panggil Sarah untuk berkenalan lebih lanjut sebab semasa Sarah lapur diri kami sibuk dengan hal-hal pengurusan yang harus dibereskan sebelum Puasa. Kami bercerita mengenai keluarga, pengalaman kerja sebelum ini, hobi dan kesukaannya dan berbagai lagi hal-hal santai yang dapat memberi gambaran sikapnya terhadap nilai-niali hidup dan terhadap kerjanya sekarang yang berbeza dari pengalaman yang dahulu.

Setelah "berbicara hati ke hati", lebih sejam lamanya, kami memahami dan menginsafi fenomena yang wujud di sekeliling teacher Sarah. Kami bersimpati dengannya kerana dalam umur yang baru mengenali kematangan dewasa ia sudah dipertanggongjawabkan dengan masaalah keluarga. Ia agak tertekan kerana ia merasakan ia tidak berkemampuan menangani masaalah yang rumit dalam keadaan yang ada sekarang. Berat bagi dirinya melibatkan diri dalam hal-hal perundangan yang melibatkan keluarga. Ia takut menghadapi masyarakat denagn masaalah yang ada kerana ia tahu pastinya ada orang-orang yang beranggapan sirong padanya dan ia rasa aib.

Rupa wajahnya nampak muram dan sedih.

Kami sebagai pengurus Sekolah sudah merasakan teacer Sarah pastinya ada masaalah.

"Tak apa Sarah, semua orang ada masaalah. Jangan kita lihat masaalah sebagai suatu halangan untuk kita mensyukuri hidup ini. Kita lihat masaalah sebagi ujian Allah untuk menaikkan taraf kita di sisiNya."

Maka saya dan teman dalam ahli lembaga pengurusan sedikit demi sedikit cuba meyakinkan Sarah bahawa selagi kita berpegang teguh dengan Tali Allah, insyaAllah, Allah kurnia pertolongan. Cuma kita perlu bersabar dan mengambil apa jua tindakan yang positif yang tidak menyalahi syar'ie.

Sessi "bicara hati" ini amat mencabar kemampuan kami untuk berhujah penuh bijaksana. Maka saya teringatkan strategy yang digunapakai oleh Dr Mursi dalam mengendali sebuah negara yang besar dan penting seperti Mesir. Dalam satu blog saya terbaca bahawa salah satu prinsip utama beliau ialah mengurus negara dengan Kasih Sayang....hub dalam bahasa Arabnya.

Rupa-rupanya kasih sayang inilah yang telah dapat memikat sebahagian besar Rakyat Mesir dan dengan penuh komitmen mereka menyokong perjuangannya hingga ketitisan darah yang akhir. Semoga mereka yang terkorban Allah kurnia status Syahid disisiNya.Ameen....

Kasih sayang adalah lebih kuat dan berkesan dari senjata walau canggih dari segi teknologi sekali pun. Kemenangan bukan dilihat dari segi kejayaan meraih kuasa politik dan tentera semata-mata. Kejayaan hanya Allah yang menilainya. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana mereka yang memegang kuasa secara zalim akhirnya tewas dan azab Allah telah dirasainya di dunia lagi. Firaun adalah antara yang telah diriwayatkan dalam alQuran. Maka jangan kita ragu dengan janji Allah. Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil.

Jeneral As-Sisi ketua tentera Mesir yang sudah menampakan kezalimannya dan sekutunya yang patuh membabi buta harus tahu di mana kedudukan diri masing-masing. 

Kembali kita pada janji Allah. Azab yang pedih menanti Pemimpin yang zalim. Kezaliman bukan dalam hal bunuh membubuh sahaja. Kezaliman meliputi semua tindakan yang tidak sah terhadap rakyat. Mencuri harta rakyat dengan menyalah-gunakan kuasa adalah juga kezaliman yang amat berat.

Tetapi Allah maha Pengampun dan maha Kasih dan maha Sayang. Tetapi jika bertaubat di akhir hayat seperti taubatnya Firaun, Allah tidak menerimanya. Cerita itu ada dalam alQuran.

Maka berbalik saya pada cerita teacher Sarah. Di Tadika SmarTop Subur Fitrah kami sedaya upaya akan menggunakan strategy kasih sayang dalam mengendali hal-hal pengurusan dan kasih sayang pada anak-anak dan para murobbi.. Itu pun asas strategy pendidikan yang kami contohi dari ADNI Education Centre, iaitu Integrated and Holistic Education Syatem dengan mendukung prinsip Quranic Generation Development Program.

Nanti kita bicara lagi, insyaAllah. Saya kesuntukan masa.
Kami memohon keampunan Mu, Ya Rabba.

.......

Sunday, August 18, 2013

Kederat melayan cucu-cucu...






Hari pertama agak tenang melayan cucu di rumah. Mereka terpaku di TV dan terminal komputer untuk seketika sebelum kami menziarahi sanak saudara. Abang kandung saya menjadi pilihan pertama di Shah Alam Section 8. Meriah sekali dengan tetamu dari pelajar-pelajar Nigeria ke rumahnya. Lepas itu ke Bangi rumah adik suami saya. Esuknya kami berehat kerana anak saya tidak sihat untuk membawa saya balik kampung di Sungai Batu, Selama, Kedah.


Keluarga tua di Kedah sudah ramai yang pergi buat selamanya. Namun kami masih kuat hubungan dengan generasi muda. Proses mengeratkan hubungan bukan suatu yang mudah kerana generasi muda kini sudah banyak beza dari segi merai orang tua. Itu pemerhatian rambang dan mungkin kurang tepat. Tetapi itu yang saya khuatiri.


Saudara tua dari sebelah emak suami saya.

Pada hari kelima anak-anak membawa saya dan suami berhari raya di Penang menziarahi emak saudara. Mereka sudah melewati umur lapan puluhan dan rasa sayu di hati bila memikirkan ini mungkin kali terakhir dapat bermesra. Kita tidak tahu siapa pergi dahulu.


Saudara tua dari sebelah bapa suami saya.

Sampai setakat ini masih cukup kederat. Tetapi bila bersama mereka di Taman Botany, Bukit Bendera dan di kolam renang, saya "surrender". Tiada tenaga dan rasa stressful cuba mengawal keselamatan dalam kesesakan pengunjung-pengunjung di musim cuti. Memang nyatalah umur sudah menjadi fakta utama. Age is catching up on me. Saya rakam dibawah sebagai kenangan.










Hajat anak lelaki saya Azrul ingin bercuti dengan membawa saya dan suami serta semua anak-anaknya akhirnya menjadi kenyataan. Kami pergi ke Hat Nya. Sibuk lalu lintas dan cuaca panas dan lembap. Nanti saya sambung cerita di lain entry.

Petang ini saya akan ke Tangkak menyambung kerja-kerja pengurusan di SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School yang saya urus bersama.

Semoga Allah masih menganugerah tenaga dan kesihatan untuk berbakti pada masyarakat sebagai bekalan ke Destinasi yang pasti tibanya.

Mohon keampunan Mu Ya Rabb...

....

Saturday, August 17, 2013

Religious people are not intelligent?.....







Biar betul tuduhan atau pendapat seperti ini.(Saya terbaca di sebuah blog). 
Susah bagi kita hendak menafikannya atau hendak menyetujuinya, terutamanya apa yang dimaksudkannya ialah alim ulamak di Malaysia dalam konteks masaalah ekonomi, sosial dan politik yang ada.

Tetapi saya tidak mahu berhujah lanjut mengenainya kerana saya kesuntukan masa. Saya hanya ingin merakam rasa di hati sendiri bahawa mereka yang sewenang-wenang menuduh orang yang beriman itu tidak pintar (ada kalanya disebut dungu) adalah suatu sikap yang melampaui batas.

Hakikat yang nyata ialah Rasulullah saw telah mendidik atau mentarbiah bijak pandai disekelilingnya 1400 tahun yang lalu untuk menerajui kepimpinan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan hasilnya telah pun disaksikan oleh dunia keseluruhannya.

Tidak perlu saya katakan lagi ayat-ayat alQuran yang telah menggariskan tuntutan untuk menentut ilmu dan menjadi ahli fikir. Sudah banyak diperkatan diberbagai saluran hanya sahaja orang yang tidak berminat tidak akan melihat dan cuba memahaminya.

Mereka masih terpengaruh dengan media asing yang galak mengatakan ilmuan Islam tidak cukup hebat. Dan dalam senario politik dunia yang sedang dalam keadaan huru hara dan bergolak sekarang ini mudah sahaja mereka menuduh bahawa fenomena itu  disebabkan atau dipelopori oleh kumpulan orang-oranag Islam yang "bodoh, degil dan ikut perasaan".

Antara yang mereka tuduh ialah kumpulan Ikhwan Muslimun,( Muslim Brotherhood.)

Mereka bersetuju kumpulan seperti ini  diketepikan atau dihapuskan dengan cara apa sekali pun.

Sungguh besar pendustaan mereka....

Sayang sekali orang-orang ini telah dipengaruhi oleh puak-puak yang engkar pada ajaran Islam. Islam dan poltik tidak boleh bercampur. Masjid dan kerajaan harus beroperasi berasingan, kata mereka.

Maka jadilah apa yang ada sekarang di mana jua yang kita lihat hari ini.

Jangan ambil ringan apa yang berlaku di Mesir. Allah maha melihat dan Allah maha mendengar dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Yang benar tetap benar. Allah menyebelahi mereka yang benar.

Kita lihat bagaimana orang yang zalim akan menghancurkan diri mereka sendiri. Kalau bukan sekarang, ia pasti berlaku juga akhirnya. Keadilan Allah bukan simplistik. Neraka itu benar, Syurga itu benar....

Ayuh kita terus berdoa...mereka yang dizalaimi akan terbela juga akhirnya.

Kuatkanlah  jiwa dan tekad setiap  pejuang ke jalan Mu,  ya Rabb.
Mudahkan perjuangan mereka dan kurniakanlah  kejayaan dan kesejahteraan dalam ruang lingkup  redha Mu jua...

Ameen, ya Rabb.

...

Friday, August 16, 2013

Learning to appreciate kindness...





This is Akif, my 5 year old grandson. He is special and he is confirmed mildly autistic a year or so ago. He is seen here posing with the Police near his home at Precinct 11 in Putrajaya. I have this photo sent to me by my daughter recently after she posted it on her FB. 

In the spirit of Eidul-Fitri I must congratulate  the Police Force for their strong social commitments in taking good care of "Lost and Found" children. Akif's weakness or strength (depending on how one looks at it) is his high desire to explore just about anything that attracts his attention. He must be held close all the time or otherwise he will run off to the spot that fascinates him and you will be caught off guard. Oftentimes it takes just a second to loose sight of him and you can never guess how or where to find him. He may be at places you would never expect a boy his age to be around. 

On one occasion, my daughter related the story to me, he slipped off the teacher's attention and after a frantic search they found him at a construction site nearby the school. On another occasion he slipped off the Nursery compound and boarded the bus as the bus- stop was near the Nursery. The driver took him to the Police station after he found out that the boy was alone and no adult person was with him. 

My daughter suggested to Akif that he should thank the officers at the Police station and as a gesture of goodwill and appreciation. My daughter brought Akif to give away the present as seen in the picture.

It is just a lesson in appreciating kindness...
He thinks of the Police as a friend...

I am touched by his ability to learn what is good behavior and what is not...







But a child is always a child.... 
On  the first day of Eid at our home, he was making the most noise and ran around the house releasing his energy. And on the left is what he did to me .....I enjoyed moments like this because it strengthens our bond.

May Allah grants His Miracles on Akif ...and may he grow up a great child and may he be an outstanding adult .......in his own way.


For Allah  is All Knowing, Most Wise.

...

Saturday, August 10, 2013

1 Syawal kali ini....



Alhamdulilah. Allah masih menganugerah 
umur dan kesempatan bersama anak cucu pada 
pagi 1 Syawal 1434.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada
pengunjung budiman. Mohon maaf zahir batin.
Semoga sejahtera sepanjang hayat dan Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan kedua ibu-bapa kita dan semua Muslimin dan Muslimat. 
Kita teruskan perjuangan menegakan Islam
 semoga Allah menganugerah kejayaan. 
Ameen.
.....

Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan.....Ticking-away.....



Ramadhan must finally take leave....slowly but surely. We may have tears in our eyes feeling sombre at times but nevertheless a feeling lined with full gratitude over what our Creator Allah swt has bestowed upon us in this blissful month.

May He be pleased with our good deeds and may He forgive us for all the weaknesses and short comings within ourselves. May He grant us the serenity to accept the things we cannot change and to change the things we can and the wisdom to know the difference.

With His Guidance we will move forward mindful of our failures and shortfalls but fully encouraged with the assurance that Allah swt is most Forgiving, most Gracious most Merciful. 

And tomorrow, by His Grace, we will celebrate Eid ul Fitri. May all our brothers and sisters in Islam, where ever they are and in whatever situation they are in, be blessed with all good tidings. May all our prayers and Du'a be granted and may our wishes come true in the manner and form suited best to our needs as Allah is All Knowing, most Wise. May He bestow upon us the sublime endowments for now, or the near future or in our later life or in the hereafter.

Ameen...
...

Sunday, August 4, 2013

Merintih, merayu diakhir-akhir Ramadhan...




Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya......

Rasa bersyukur kerana dicelah-celah rasa takut dan cemas atas tidak-kesempurnaan hubungan diri dengan Allah dan hubungan dengan manusia,  Allah masih kurnia rasa adanya harapan....Alhamdulilah.
Jangan kita berputus asa kata seorang teman.

Allah sentiasa  menganugerah harapan  kerana Allah adalah  Zat yang maha Pengampun, maha Pengasih, maha Penyayang dan maha Berkuasa atas segala tiap-tiap sesuatu. Allah maha Bijaksana, maha Melihat, maha Mendengar dan maha Adil atas semua dan segala makhluknya.

Rasa tenang mendengari sifat-sifat Allah yang memberi harapan.

Namun sehari dulu apabila membaca berita di FB cucu saudara yang menuntut di Jordan, rasa dihati tersentuh melihat kesengsaraan hidup ramai rakyat di Suria......sedih dan takut. Dikirimnya video clip menunjukan peri hal di Suria bayi-bayi di sembelih, anak-anak gadis, termasuk gadis-gadis sunti di perkosa kemudian dibunuh. Banyak lagi ditunjukan bentuk kezaliman yang berlaku.  Ia amat menggegarkan rasa dihati, meronta-ronta seperti mahu berkejaran ke sana pergi menolong insan yang tidak bersalah ini. 

Tetapi apakan daya!

Bukan di Suria sahaja keadaan seperti ini berlaku. Hampir di semua negara di Timur Tengah termasuk negara-negara di Utara Afrika.

Entah mengapa ini membuat saya rasa amat bersalah hidup di Malaysia seperti dalam "keamanan" dan "kemewahan". 

Mengapa pula  harus rasa begitu?...tanya suami apabila saya mengadu padanya.

Mulalah rasa serabut difikiran.  Tertanya-tanya  adakah rasa aman dan mewah itu  nyata atau hanya mainan akal dan perasaan. Adakah kita lagha dibuai kemewahan dan keselesaan dan kerana itu kita kurang peka akan kemungkaran yang ada di sekeliling kita dan kurang melihat kekurangan dan kelemahan dan kemalasan  dan....dan....dan yang ada pada diri kita sendiri. Saya tidak terkecuali.

Ada kalanya saya bertanya pada diri apa sebenarnya wawasan hidup kita di bumi ini. Saya tidak suka menuding jari  tatapi berita di alam maya menakutkan bila dibincang mengenai  penyelewangan pihak pengurusan atasan, pihak Pentadbiran negara dan keadaan ekonomi yang tidak mementu. Akibatnya rakyat pula terpaksa menanggong kenaikan barangan, merasa amat bimbang terjadinya  jenayah sosial yang menakutkan keselamatan setiap diri , percakaran politik yang tidak nampak penyelesaiannya dan berbagai lagi. ini membuat  hati saya rasa kebingungan  bila memikirkan masa depan anak-cucu dan generasi mendatang.

Dan dari segi perjuangan menegakan Kebenaran Islam pula saya juga masih rasa kabur.....
Masih ada 'flip-flop' masih ada 'maju-undur' dalam mengatur strategy yang sewajarnya mengikut jejak contoh Rasulullah dan Sahabat-sahat baginda. Saya juga memikirkan silap saya dalam hal ini.

Maka bertambah rasa celaru difikiran.....teringat akan saudara seIslam yang bermati-matian mahu menegakkan Kebenaran di negara-negara yang sedang bergolak dan berperang, hidup tanpa berfikir panjang sama ada mereka akan makan dan minum di hujung puasa mereka. 

Berbagai gambaran yang menyentuh perasan dan menghempit keselesaan dihati kedengaran setiap hari.

Seorang teman sentiasa mengingatkan supaya diri-diri kita memperkuat tekad dan memelihara nowaitu bahawa mencari keredhaan Allah itu yang utama. Jalannya sempit dan sukar. Janganlah ini menjadi penghalang, kata seorang teman lain. Jika perlu biarkan  yang membujur lalu... dan yang  melintang patah. 

Di akhir-akhir Ramadhan ini ustaz menasihati supaya mencari kekuatan melalui wasilah yang Nabi besar kita Muhammad saw ajarkan, yang Sahabat-sahabat contohkan dan yang tinggi maqam Iman dan Takwanya berani korbankan.

Allah swt sentiasa Melihat dan Allah swt sentiasa mendengar. Ia mendengari segala rintihan siapa jua yang terlibat. Allah maha Jelas Penelitiannya akan siapa yang benar dan siapa yang batil, siapa yang ikhlas dan siapa yang pura-pura dan siapa pula yang baertalam dua muka. 

Ramai umat Islam hidup diselubungi penipuan musuh-musuh Islam tanpa disedari. Penipuan itu dibalut  keindahan yang amat mengelirukan  Kita di Malaysia tidak terkecuali. Bentuk penipuan yang terjadi adalah sama walaupun tidak serupa. Tetapi kita tidak menyedari dan rasa bersyukur kerana hidup tanpa masaalah keselamatan, kelaparan dan kecelaruan mental. Maka kita hanya "melihat" saudara kita yang menderita. Dan kita hanya melihat 'fitnah' yang ditabur merata. 

Kan Allah maha Mengetahui.....maka jangan terlalu yakin bahawa pada kita Allah kurnia nikmat, dan pada mereka Allah kurnia musibah. Kita harus muhasabah diri dan memahami implikasi sebenarnya.

Maka di akhir-akhir Ramadhan ini Ustaz kata panjatkanlah  doa bersungguh-sungguh di malam-malam sepi, di sudut-sudut ruang masjid  membakar tekad mengingati hakikat mati (berdoa semoga Allah pelihara jasad ini dari API), mahu mengabdi diri, mahu diiktiraf hamba sejati. Semoga Allah Mendengari rintihan hati-hati yang dhaif dan fakir ini. Semoga saudara-saudara kita di mana jua mereka berada Allah lindungi, Allah kurnia kesejahteraan yang hanya mereka mengerti. 

Doa adalah senjata terkuat kita semasa dan setelah semua usaha kita lalui.

Saya teringatkan perjuangan Zainab alGhazali, Assyahid  Syed Khutub dan Hassan Albana dan ramai lagi yang diseksa di penjara tetapi sentiasa sejahtera dihati nurani kerana Iman dan taqwa mereka tidak boleh dijual-beli. MasyaAllah...kalaulah diri ini dapat mencontohi!

Allahumma, innaka afuwunkareem, tuhhibu afwafa'fuanna wa anwalidina waan jamiilmuslimin walmuslimat birohmatika Ya Arhama Rahimin.....


....
Related Posts with Thumbnails