"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 30, 2015

Ziarah Masjid Al Aqsa.........






Bismillah
Saya suka berkongsi pengalaman saya ziarah Masjid Al Aqsa tetapi saya tidak bercadang bercerita panjang mengenainya. Ziarah saya dan keluarga ke Masjid Al Aqsa pada 9 Disember yang lalu merupakan sejarah dalam keluarga. Kakak saya berumur 81 dan 79 tahun ikut serta. Mereka yang tertua. Yang lainnya pertengahan umur dan ada yang muda belia belum melangkaui 40 tahun. Kesemuanya belum pernah ke sana, bumi Ambia yang Allah rakam dalam alQuran.

Pengalaman hidup berbeza dan kesan di hati juga berbeza. Kemampuan fisikal berbeza maka menganalisa keadaan sekelilimg juga berbeza. Saya ingin kongsikan sekadarnya sahaja semoga apa yang saya lalui semoga menjadi asas panduan ziarah seterusnya.



Ustaz rombongan dan pemandu pelancung.
Satu perjalanan yang misteri buat saya...




A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa' 17:1) | 









DARI MASJID AL HARAM MAKKAH







KE MASJID AL AQSA DI AL QUDS, PALESTINE.

Image result for masjid al aqsa facts









Foto kecil Ehsan Google

Dalam hadith sohih hanya 3 buah Masjid yang harus dan dituntut diziarahi, iaitu 


Hadis :
"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari) 






Ada 2 pendapat utama dalam hal menziarahi Masjid Al Aqsa masa kini. Mengikut Imam al Qardawi ia suatu yang tidak digalakan dan boleh jatuh haram kerana proses ziarah itu akan memberi keuntungan dari berbagai segi pada Israel. Pelbagai hadith dikemukakan. Padangan yang ke dua mengatakan boleh. Sila buat rujukan khusus mengenai perkara ini pada yang arif dalam hal hukum hakam dibidang ini. 

Saya mulanya mirip untuk tidak ziarah tetapi setelah membuat pertimbangan berasaskan pendapat Ustaz saya, maka saya buat keputusan untuk pergi. Ini khilaf pada hal cabang hukum hakam dan kita boleh memilih mana satu keputusan dengan bertekad bahawa pemergian saya bukan untuk melancung santai tetapi untuk melihat dan merasai dan memahami sedikit sebanyak masaalah penduduk Palestine dan perjuangan hidup mereka yang telah lama dijajah oleh Zionis laknatullah. 

Saya pernah menjadi "sukarelawan" tidak rasmi Pertubuhan Aman Palestine Bhd. semasa selepas bersara dan giat membantu dalam aktiviti memungut dana untuk pembangunan dan pertahanan di Gaza khususnya. Saya menghadiri dua atau tiga taklimat/kursus mengenai masaalah di Palestine (khususnya Gaza) supaya lebih faham akan isu yang di hadapi dan penyertaan dalam kerja-kerja sukarela menjadi lebih bermakna. Alhamdulilah, ia menembusi hati nurani saya dan saya berjanji pada diri untuk membantu semampu yang mungkin dan menanam keinginan untuk ke sana bila ada ruang dan peluang dan di izin Allah.


Maka apabila anak menantu saya memberitahu ia akan pergi bersama anak perempuan
 saya, maka saya tidak teragak-agak untuk bersama. Alhamdulilah kini sudah 6 hari kembali ke Malaysia setelah melakukan Umrah selepas Ziarah Al Aqsa. 

Kami memasuki Israel melalui Amman di Jordan. Kami ke sempadan untuk pemeriksaan Immigresen menaiki bas persiaran. Pemandu pelancung tempatan adalah saudara warga Palestine. Ia amat prihatin tentang sensitiviti ziarah seperti ini dan memberi panduan supaya berhati-hati dalam membuat komen dan mengambil apa-apa tindakan.
Kami tiba waktu senja setelah berhenti di beberapa lokasi di Jericho dan Hebron. Kami     tiba di Masjid al Aqsa  pada waktu Isyak. Ini pengalaman yang mendebarkan kerana kami dibertahu oleh pemandu bahawa Masjid tutup selepas waktu Solat. Kami kesuntukan masa.
Ada yang sempat berjemaah, dan ada yang tidak sempat.
(kami terpaksa berkejaran kerana tandas dan bilik wudhu amat jauh dari bangunan Masjid. Saya kira ulang alik lebih dari 200 meter).

 Kami kemudian di bawa ke Dome of Rock seperti dalam foto. Beberapa penerangan diberi termasuk fakta bahawa ini adalah sebahagian dari Masjid al Aqsa. Saya tidak mencatat penerangan secara terperinci kerana saya tahu banyak maklumat boleh di perolehi di alam maya dengan teknologi yang canggih. Carilah fakta dan baca sendiri kerana penerangan saya tidak akan memuaskan hati kerana banyak hal-hal yang berkaitan apa yang disebut ada di dalam al Quran dan hadith dan juga Kitab-kitab sejarah yang ditulis oleh ulamak muktabar. Di Utube pun juga banyak maklumat.


Ini di dalam Dome of Rock atau Al Haram Al Shariff


Kamera kecil saya lihat Dome of Rock dari jauh.


Saya ambil foto ini setelah solat subuh dalam perjalanan balik ke hotel.


Berjalan tergesa-gesa sejurus turun dari bas pada hari pertama
 supaya sempat jemaah Isyak di Masjid Al Aqsa.
(foto di bawah ehsan google)



Di luar Masjid Al Aqsa, Qiblat pertama Umat Islam, selepas subuh.











Mimbar masjid sedang dibaiki.






Di semua foto di atas ialah dalam Masjid al Aqsa semasa sebelum dan sesudah subuh.
Cuaca sejuk. Foto di bawah adalah kumpulan rombongan kami.


Untuk memahami definasi Masjid al Alaqsa, carilah hadith yang menentukan di mana dan had-had luasnya lokasi Masjid. Umumnya saya fahami bahawa Masjid al Aqsa bukan sahaja di Dome of Rock atau bangunan yang benar-benar seperti Masjid yang Qubahnya berwarna seperti agak hitam. Masjid Al Aqsa ialah satu kawasan luas (luas sebenar cari dalam hadith) dan jika bersolat di mana-mana di dalamnya sudah di kira berada di Masjid al Aqsa.
Saya di ceritakan bahawa ada rombongan yang tidak dapat masuk dalam bangunan yang seperti dalam foto saya satu ketika dahulu semasa bergolak Palestine, maka solat di bawah pokok dalam kawasan tersebut pun sudah dikira Masjid al Aqsa.
(sila lihat foto kecil google di atas. Itulah keluasn sepenuhnya).

Risiko untuk tidak mendapat kebenaran askar Israel masuk Masjid sentiasa ada. Kami hanya mampu berdoa dan bertawakal semoga Allah mudahkan segalanya.




Dua foto di atas menunjukan perjalanan selepas memasuki Tembuk kawasan Masjid. Diwaktu malam rasa seriau takut tergelincir kerana tidak begitu terang lampu yang disediakan. Foto di bawah saya dan suami berjalan santai dan melihat laluan penuh misteri. Banyak laluan sebenarnya. Yang ini kami ikut sinage dan cuba sendiri tanpa pemandu.
Foto ini diambil waktu awal pagi dan jalan masih lenganag. Semasa kami sampai pertama kali kami melaui kawasan kedai-kedai dan kami bersimpangan dengan anak-anak palestine berbasikal. Tidak ada foto yang dapat saya rakam kerana berkejaran
 tidak mahu ketinggalan Solat Isyak.


Ini Wakil kumpulan memasukan wang sumbangan dalam tabung Masjid untuk pemulihan/pembangunan Masjid.
Semoga usaha kerdil ini Allah terima sebagai amal soleh dan tanda kejituan hasrat membebaskan Masjid dari penjajah Israel


Ini pohon besar dan cantik. Kamera saya tidak canggih. Ia ditanam cantik di dataran Masjid. Ia menjadi saksi kami pulang dan entah bila lagi dapat ziarah Bumi Ambia yang ini. 
Semoga masih ada ruang dan peluang yang Allah kurnia.

 Aamiin...


Dome of the Rock (al-Haram al-Sharif): Al Quds

Foto ehsan google
.....

Sunday, December 27, 2015

Small reunion @ Madinah Munawarah.....





Small reunion of my brother's family and my family........almost.

Erwan my brother's son and Amirul my son were not with us. But it was a reunion nevertheless. And it was almost like a coincidence because we never thought it could happen in Madinah Munawarah almost two weeks ago. We knew we were going for Umrah but never crossed my mind that the hotels we stayed in were just a block away. I saw my sister-in-law at a store and ran up to her with all the excitement. 



We met for dinner the following day at his hotel.  Of course it was just about an hour exchanging umrah stories, or perhaps an hour and a half. We wish we could have more time to catch on on lost time telling little nostalgic stories. But Madinah awaits us for special worship and so the rest of the stories will be continued when we get home. My Brother and my sister-in-law extended family was due in Makkah the following day and my husband and I was due home in three days. It was a moment of joy for me personally.



Both our children were very excited at the short meeting and took photos for the album. It is historical as far as our family is concerned. My daughter was missing in the picture. On the far right is Sarah, my daughter-in-law.

Frieda my niece bought great scarfs for me and my two sisters. Ayang, my other niece gave us 50 Saudi Rials each for ice creams. A great treat it was in Saudi. A dream comes true for me as I always treasure my get together with my dear brother. He was always on the run, so to say, when we were young and life in the Golden Era is precious for us and my other siblings. My sisters are 81 and 79 , My brother is 75 and I am 70 years on. 


Masjid An Nabawi is at the background.


From left Amin my son-in-law. Famez my nephew and Azrul my son.


What can be more precious. We forgive and forget the past and treasure every little blessed moments together. Alhamdulilah. All praises be to Allah alone.  May Allah bless us all and may our meet in the Holy Land be a witness for a strong family bondage my late parents had always prayed for. May our togetherness in Madinah, though brief it is, be a lasting treasure in our memory.

Salam to all family members, home and abroad.


.....

Saturday, December 26, 2015

CINTA Rasulullah @ Ziarah Maqam Rasulullah Salallahualaihiwasalam






Berderau hati bila tiba di Lapangan Terbang KLIA. "Esuk Malidurrasul", terdengar seorang teman musafir berkata pada teman yang lain. Dalam kepenatan tercicir mengingati akan peristiwa.......

Disember 23, 2015 jam 6 petang kami selamat mendarat di KLIA dari Kota Madinah Munawarah transit di Amman dengan pesawat Royal Jordanian. Alhamdulilah. Kurnian rahmat Allah tidak terhingga. Walaupun demam dan kepenatan dan sudah dua hari berehat saya ingin  mencatat penghayatan dan  erti sebuah musafir ke Tanah Suci, Baitul Maqdis, Makkah dan Madinah.

Sempena Malidurrasul saya ingin dahulukan berkongsi rasa hati dan pemikiran semasa menziarahi Maqam Rasulullah Salallahualaihiwasalam.

Assalamualaika, Ya Rasullah.....
Assalamualaika, Ya Habibullah.....
(....rasa sebak dan sayu tidak terkira bila mengulang-ulng seruan itu dan sedikit doa selepasnya. Saya tidak tahu bagaiman mahu menceritakannya, semoga air mata menghapus dosa......)

Hadith sohih mengatakan jika kita menziarahi Rasullah ketika sudah wafatnya, ia adalah seperti menziarahi Baginda ketika hayatnya masih ada. Betapa rasa sayu di hati, semoga Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa takut dan kesal mahu meraih pertolongan semoga Allah menganugerah syafaat NabiNya yang termulia disisinya, dan Allah menerima diri ini sepenuhnya sebagai hambanya yang sejati yang mengabdikan diri hanya padaNYA. 

Tercegat berdiri rasa keseorangan.....Di hadapan maqam dan di kawasan Raudhah pilihan. 
Walaupun terhimpit dengan penuh sesak wanita sezaman, diri ini mahu mencari sesuatu....perhatian dan kasih sayang....keampunan.....keredhaan....
Dan dicelah-celah itu terlintas ayat....Ya Ayatuhannafsul Mutmainnah dalam surah Al Fajr  27-30. Memohon diterima penuh harapan. Semoga air mata menghapus dosa....Wahai Tuhan yang maha Kasih dan Sayang... 

Sayu terbayang mengandaikan berhadapan dengan Baginda junjungan, mengadu hal inginkan sokongan, pertolongan..pembelaan....semoga Allah mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan, menerima diri ini bulat tanpa hisab halangan.....
Dan semoga  dengan mudahnya Allah menganugerah Rahmatnya tanpa sempadan....
Aaminn ya Rabb...
Tuhan sekelian alam....




A027

A028
A029
A030


Ini Mimbar Masjid Rasulullah kini.                                              


Pada hari pertama ziarah, kami dipimpin seorang mutawif berketurunan Indonesia yang lama bermustautai di sana. Ia nampak berilmu dan berpengalaman dalam tugasnya. Alhamdulilah. Dan kami ikut sahaja panduannya.

Pada mulanya saya ingin ziarah berseorangan seperti pernah saya lakukan pada ziarah sebelum ini beberapa kali. Namun kali ini saya akur bergerak dalam kumpulan semoga ada hikmahnya. Kami membantu satu sama lain semoga kami semua berpeluang samapai ke kawasan Raudhah, kawasan yang menjadi sebahagian dari Syurga dan doa-doa mudah Allah terima. 

Untuk memendekan cerita, alhamdulilah kumpulan kami seramai 9 orang Allah kurnia peluang solat di kawasan Raudah dan ziarah Rasulullah hampir dengan Maqam nya. Hanya seketika sahaja. Tetap mengucap Alhamdulilah....kesyukuran yang tidak terhingga.








Peraturan untuk ziarah Raslullah dan solat di kawasan Raudhah bagi muslimah kini sudah berbeza dari dahulu. Pada tahun 2010 saya ke sana pun sudah berbeza. Kami diminta berkumpul mengikut nationality negara....Asia, India Pakistan dan Arab dan entah apa lagi. Foto di atas kumpulan Malaysia Indonesia.

Pada pemerhatian saya sistem ini tidak memudahkan proses sama sekali kerana antara sebabnya ialah tidak ada sistem giliran yang sistematik. Dan semasa  dahulu lagi saya sudah perhatikan seperti ada priority pada mereka yang berpakaian serba hitam. Atau mungkin cara mereka yang suka terus kehadapan tanpa mengikut arahan menjadikan mereka nampak seperti selalu didahulukan. Wa Allahu 'alam. Ini perhatian rambang sahaja. Maka pada ziarah yang lepas-lepas saya suka mencuba ke hadapan berseorang dengan menjaga tatatertib sebaik mungkin.

Ini isu yang saya ingin kongsikan untuk sama-sama kita fikirkan dalam usaha kita mahu mengabdikan diri pada Allah, Tuhan semesta Alam. Saya terpanggil untuk mengeluarkan pendapat saya bahawa mengapa kita perlu berkejaran, menolak menghimpit, kekadang memijak sesama insan yang mahu mengabdi diri pada Tuhan dan mahu mendapat perhatianNya dan KeredhaanNya. Kenapa mahu tergesa-gesa seolah-olah kalau ketinggalan di belakang Allah tidak memerhati kita, Allah tidak mengira kehadiran kita dan Allah memberi ganjaran yang sedikit pada kita. "Aku mesti dahulu.....aku mesti dapat....aku tak kira....aku dulu..." Seolah-olah itu wujud di dalam hati ramai insan di situ. 

Maka sakitlah badan dan penatlah tenaga berhimpit dan terhimpet, tertolak dan menolak kerana susah berbafas dan berbagai lagi kesukaran dan kekecewaan hati.

Pastinya ada satu sistem yang boleh diaturkan oleh pihak Pentadbiran Masjid supaya lebih teratur, berkesan dan menyeronokan kerana tiada ketakutan atas kebarangkalian tertindih dan pengsan.....




Ini hanya satu pandangan dan saya hanya dapat berkongsi dengan dua orang kakak saya yang bersama saya dalam ziarah kali ini. Seorang 81 tahun dan yang seorang lagi 79 tahun.

Saya saranankan supaya dalam ziarah wida' ke Maqam Rasulullah sallahualaihiwasalam kita tidak perlu perberpusu-pusu dan hanya pergi berdiri sehampir mungkin tanpa menggangu gugat kesejahteraan jemaah lain. Kita semua hamba Allah dan kita semua ingin diterima ke Syrga Firdausnya tanpa hisab. Maka kita harus jaga adab sebagai hamba Allah sejati dan sepenuhnya mengharapkan Rahmatnya dalam apa jua keadaan sekalipun. Allah bukan melihat kita dari usaha luaran sahaja, malah Allah melihat dan menilai keikhlasan dan kelangsungan hati kita dalam pengabdian. Dan proses pengabdian bukan satu aktiviti "one-off". Kita bermati-matian di Tanah suci tetapi lemah longlai di tempat sendiri. Allah maha melihat, maha adil dan maha bijaksana. Yakin pada janjiNya dan tawakal pada kekuasaanNya dan kasih SayangNya. Semoga Allah menerima kita......









Ramai manusia Yang Allah mudahkan proses pengabdiannya, mudah Solahnya, mudah Tawafnya, mudah Saiinya, mudah berdoa di tempat-tempat yang mustajab dan duduk di situ sepuas-puasnya tanpa diherdik dan dihalau polis masjid Haram dan wakilnya. Dan berbagai-bagai lagi kemudahan. Namun hanya Allah yang menentukan kelangsungan Ibadahnya dan penerimaanNya. 

Kita sendiri melihat segolongan manusia yang diberi peluang dan ruang yang mudah. Namun kita tidak tahu apa doanya dan untuk siapa doanya. Tetapi itu bukan hal kita. Kita jangan iri hati. Kita pun Allah beri kemudahan, alhamdulilah. Cuma kita tidak dapat menghargai kerana tidak melihatnya dengan mata hati. Kita jaga kesucian hati dan diri sendiri dan dalam proses itu jangan sekali-kali melampaui batas. Semoga Allah mendengari rintihan hati kita kerana hanya DIA yang maha Melihat dan maha Mendengar dan maha Mengetahui apa yang Nyata dan apa yang Tesembunyi. Kebergantungan kita hanya padaNYA, Allah yang maha Tinggi.




Assalamualaika ya Rasulullah, Assalamualaika ya Habibullah.....
Wa Rahmatullahi Wabarakatuh.....
Semoga dapat "bertemu" lagi. Aamiin.....
...

Tuesday, December 8, 2015

Mengulit Debaran Hati......




Foto ini kiriman Whatsapp dalam kumpulan keluarga saya. Menandakan sampai waktunya.

Insya Allah suami dan saya dan anak serta menantu bersama kakak-kakak saya akan berangkat untuk ziarah dan Umrah pada 9 Disember 2015 ini. Hati saya sudah mula berdebar kerana musafir seperti ini membuat saya teruja dan dalam masa yang sama rasa bimbang dan khuatir. Entahlah.....susah bagi saya mahu menjelaskan di sini. Terakhir saya ke Makkah ialah pada bulan Ramadhan 2010. 

Kata anak menantu saya yang menjadi sebahagian dari tenaga yang mengurus bahawa  kami akan menaiki pesawat Royal Jordan. InsyA Allah. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan semua hajat kami dalam musafir dan ziarah ini kesampaian. Semoga Allah kurnia pada kami Umrah yang mabrur. Mohon doa kalian.

Insya Allah kita jumpa lagi diakhir bulan atau selepasnya.
Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA yang tidak terhingga pada kami dan kalian jua.
Aamiin.....


.......

Sunday, December 6, 2015

Bersatu @ Legasy Ben Hassan diakhir 2015....




Sudah hampir 2 tahun keluarga besar Ben Hassan (sebelah suami saya) tidak berkumpul dan bermesra seperti yang diharapkan. Sudah menjadi seperti ikrar mahu sehati sejiwa dan seiring jalan. Namun harus ada wadah dan wasilah untuk mengeratkan hubungan. Foto ini merakamkan sebahagian besar ahli keluarga yang dapat bersama.

Hadir dalam jemaah kumpulan besar bukan suatu yang mudah untuk diaturkan. Masing-masing ada keutamaan dalam melayari kehidupan. Maka pada hari Sabtu yang lepas suami saya (kini yang tertua dalam keluarga) mencadangkan supaya semua yang tua, yang muda, yang dewasa yang remaja dan yang kecil-kecil bertemu sebagai acara bermesra disamping mendengari saranan ahli yang tua mengenai kekuatan dan kelemahan keluarga. Semua diingatkan betapa murninya wasiat allahyarham Tok ayah, Haji Che Hassan mengenainya dan betapa pentingnya  kesatuan jiwa dan hubungan mesra dalam keluarga dikekalkan hinggalah ke anak-cucu. 

Semua ahli diingatkan supaya berusaha membantu satu sama lain supaya tidak akan ada ahli yang keciciran dalam hidup. Yang senang ingat pada yang susah dan yang susah harus menghargai dan menghayati erti perkongsian dalam hidup.

Allahyarham Tokayah semasa hidupnya adalah seorang yang bermurah hati dan sentiasa bertolak ansur antara adik beradik. Dia tidak banyak bicara dalam menyelesaikan masaalah dan memilih untuk menunjukan contoh yang baik supaya mudah difahami. Nyata caranya yang tersendiri lebih berkesan dihati-hati keluarga besarnya. 

Foto di bawah ini adalah anak-anak Tokayah dan menantu-menantunya, melainkan yang no.3 dari kanan. Dia ialah En. Hafiz.



Mengapalah En Hafiz ada dalam foto ini.

Sebenarnya perjumpaan hari itu mempunya objektif serampang dua mata. En Hafiz dari Suruhanjaya Pertubuhan Koperasi telah datang untuk menerangkan dan menasihati Keluarga Ben Hassan dalam hal menubuhkan sebuah Koporasi Keluarga. Tujuan penubuhan sebuah Koperasi ini ialah untuyk memberi ruang dan peluang pada ahli untuk menyumbang pada pembangunan keluarga dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang boleh menjadi teras  kerjasama membantu satu sama lain. Idea penubuhan korperasi adalah cetusan hati Suami saya sebagai ahli yang tertua dalam keluarga. Dengan cara ini perkongsian "kekayaan" akan menjadi lebih teratur. Semangat memupuk kesejahteraan keluarga... justeru kesejahteraan ummah akan menjadi lebih terserelah. Insya Allah.







Sessi perbincangan penubuhan Korperasi



Jamuan secara "pot-luck" menambah kemesraan dan keseronokan.


Kesibukan ahli keluarga yang kecil-kecil


Selepas mesyuarat tamat, perbincangan berterusan. 
Teruja dengan penubuhan Korperasi.
Nama yang dicadang: Korperasi Keluarga Generasi Hassan.




Benteng kekuatan keluarga. Semoga Allah kurnia ketabahan.


Sebagai mengakhiri sessi perjumpaan,
Selfie dengan Cik Widad, Setiausa Kerja penubuhan Korperasi.
Semoga usaha yang kecil ini ke arah kesejahteraan Ummah diberkati
dan Allah terima sebagai amal soleh.
Aamiin.

......
Related Posts with Thumbnails