Sejuk suasana dan tenang perjalanan petang itu ke Kuala Kerai. Tarikh 13 September dinanti-nanti setelah disahkan luka pembedahan dijari kaki suami saya sudah pulih sempurna. Alhamdulillah. Maka suami dan saya ambil peluang ikut keluarg kakak saya ke Kuala Kerai untuk meraikan "keseronokan" sudah sihat dan juga meraikan perkahwinan cucu saudara saya.
Sudah melebihi tiga tahun tidak menjejaki daerah ini.
Sudah terdapat pembangunan yang baru terutamanya jalan raya yang lebih selesa bagi pemandu, Alhamdulilah.
Ada juga kekosongan masa bagi kami meninjau sedikit sejarah lampau.
Tangga Bradley 1927. Tetapi Kelantan
teguh dengan warisan KeMelayuannya. Dan juga KeIslamannya?
Ada berbagai tafsiran rakyat biasa yang cintakan Kelantan duduk di Malaysia.
Dua malam kami di Kuala Kerai meraikan majlis perkahwinan.
Pada malam selepas majlis Pernikahan siangnya, diadakan majlis berinai
dan majlis riang ria. Ada kumpulan musik tradisional.
Ada juga lagu-lagu "Bolywood" dan tarian-tarian ikutannya
oleh gadis-gadis muda.
Saya melihat dan berfikir-fikir. Kelantan di tadbir oleh kerajaan PAS.
Namun saya merasakan nilai-nilai Islam yang sebenarnya belum meresap
sepenuhnya ke akarumbi. Tidak jauh beza dengan negeri-ngeri lain.
Semoga cinta kita pada Islam akan lebih nyata atas landasan
Tauhid yang Benar. Sama-sama kita berdoa.
Kami pulang dengan rasa agak "sunyi". Cuaca pun mendung sepanjangan.
Alhamdulillah kami memandu santai dan sampai selepas
lebih tujuh jam di perjalanan.
Semoga Kelantan benar-benar menerajui kefahaman dan penghayatan
Islam dalam Urus Tadbir membangunkan negara.
.......
No comments:
Post a Comment