SYABAS USTAZ ZULKIFLI!
SAYA SERING MENGIKUTI CERAMAHNYA DI UTUBE.
BANYAK HAL YANG SAYA DAPAT FAHAMI. ALHAMDULILLAH.
ALLAH SWT IZIN SAYA DAPAT TAMBAH ILMU.
DALAM CERAMAH DI ATAS SAYA INGIN MENCELAH SEDIKIT
BERKAITAN RASA DI HATI.
SAYA BUKAN TUJUAN MENGKRITIK. CUMA INGIN LUAHKAN PERASAAN
YANG AGAK "TERSENTUH" KERANA MASIH BANYAK
YANG BELUM SAYA FAHAMI.
SAYA PERNAH MENGIKUTI SEDIKIT KISAH PERJUANGAN
DI AFGHANISTAN SEMASA ZAMAN PERJUANGAN OSAMA BIN LADEN.
KONTROVERSI MENGENAINYA PUN SAYA TAHU SEDIKIT-SEDIKIT.
MAKA APABILA USTAZ ZULKIFLI MENYEBUT DALAM VIDEO DI ATAS
MENGENAI TALIBAN SAYA TERINGAT KEMBALI PERJUANGAN
UMAT ISLAM KETIKA ITU.
VIDEO DI ATAS PULA MENCERITAKAN PRESIDEN CHECHNYA HARI INI,
RAMZAN KADYROV. SAYA AGAK TERUJA DENGAN
SEMANGAT PERJUANGANNYA.
SAYA MENGIKUTI JUGA SEDIKIT SEBANYAK PERGOLAKAN
DI PALESTINA, DAN DI GAZA TERUTAMANYA.
SAYA IKUTI JUGA SERBA SEDIKIT PEJUANG-PEJUANG
HEBAT YANG ADA DALAM SEJARAH DAN SETENGAHNYA
SUDAH TERBUNUH SYAHID.
MAKA SEHUBUNGAN DENGAN RENCANA DI VIDEO DI ATAS,
HAL YANG SAYA TERSENTUH SEDIH DAN AGAK BINGUNG IALAH
APABILA DIKATAKAN RAMZAN KADYROV BERMUSUHAN
DENGAN PIHAK TALIBAN.
SAYA TIDAK MENAFIKAN JIKA INI SEMEMANGNYA FAKTA.
CUMA SAYA RASA "BINGUNG"
KERANA NYATA MAKLUMAT YANG SAYA TAHU TIDAK MENCUKUPI
UNTUK MENGHARGAI SEMUA FAKTA SEJARAH
PERJUANGAN UMAT ISLAM DI BANYAK WILAYAH.
NAMUN SAYA RASA SAYA INGIN MENCADANGKAN, KALAU BOLEH,
KITA TIDAK "MENGKRITIK DAN MELEMAHKAN" MANA-MANA
PERSONALITI YANG ADA HUBUNGAN RAPAT DENGAN
"PERJUANGAN" ISLAM SEJAGAT.
WALAUPUN SEMEMANGNYA ADA KEMUNGKINAN WUJUD
BERBAGAI PENDAPAT YANG TIDAK DISEPAKATI
OLEH SEMUA PIHAK DAN GOLONGAN,
TERUTAMANYA OLEH PIHAK YANG MAHIR DAN PIHAK
YANG MEMAHAMI KONSEP JIHAD DALAM ISLAM.
SAYA PERPANDANGAN BAHAWA DI ZAMAN INI TIDAK ADA
MANUSIA DAN TIDAK ADA PEJUANG
YANG SEMPURNA DAN BIJAK DALAM SEMUA HAL.
CARA PEMIKIRAN BERBEZA DAN CARA TINDAKAN
PASTINYA JUGA BERBEZA.
DAN SAYA YAKIN TIDAK SEMUA
ORANG TERMASUK USTAZ-USTAZ DAN SEBAGAINYA YANG
DAPAT MENGIKUTI PERJALANAN HIDUP DAN GERAKAN
PERJUANGAN ISLAM YANG BERFIKIRAN SAMA DAN SERUPA,
TERUTAMANYA DALAM MEMAHAMI KONSEP JIHAD
DAN STRATEGY JIHAD ITU SENDIRI.
MAKA DALAM SENARIO PERJUANGAN ISLAM
SAYA LEBIH SUKA MENGATAKAN PADA DIRI SAYA SUPAYA HATI-HATI
DALAM MEMAHAMI FAKTA-FAKTA SEMOGA SEMUA YANG
MAHU MENDUKUNG PERJUANG MENEGAKAN KEBENARAN ISLAM
SENTIASA RASA INSAF APABILA BERBEZA
DALAM HAL-HAL YANG PENTING
DAN MOHON PADA ILLAHI SEMOGA TERLERAI SEGALA
PERBEZAAN DAN AKHIRNYA SEMUA BERSATU DALAM
DOA DAN DALAM APA JUA TINDAKAN YANG BERKAITAN DENGANNYA.
HAKIKAT SEBNAR IALAH HANYA ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI
SEGALA YANG NYATA DAN YANG TERSEMBUNYI.
MAKA HANYA ALLAH SWT SAHAJALAH YANG MAHA BIJAKSANA
UNTUK MENILAI SIAPA YANG BERADA DALAM PERJUANGAN YANG SEBENARNYA.
KITA HANYA MENGUKUR DARI LUARAN SAHAJA.
SAYA MINTA MAAF MENULIS CATATAN INI KERANA SAYA KHUATIR
IA MENIMBULKAN SALAH FAHAM.
SAYA TIDAK MENGKRITIK SESIAPA.
SAYA MASIH JAUH KETINGGALAN DALAM BANYAK HAL
MENGENAI ISLAM DAN APA JUA YANG BERKAITAN DENGANNYA.
MAKA SAYA MENULIS HANYA UNTUK MENENANGKAN PEMIKIRAN
DAN RASA HATI SAYA. ITU SAHAJA.
SEMOGA ALLAH SWT TERUS MEMELIHARA SAYA
DALAM USAHA MAHU MENDAPAT REDHANYA DALAM MENERUSKAN
HIDUP YANG TINGGAL SEDIKIT INI DAN SEMOGA
SAYA BERADA DALAM KASIH SAYANGNYA.
JOM SAMA-SAMA KITA BERDOA KITA SELAMAT DI DUNIA,
DI ALAM BARZAH DAN DIAKHIRAT NANTI.
SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA.
SEMOGA PERKONGSIAN SAYA BERMANAFAAT.
..........
No comments:
Post a Comment