SAYA TIDAK ADA ILMU MENGENAI TEKNOLOGI TINGGI YANG SEDANG BERLENGKARAN DI DUNIA SEKARANG, TERUTAMANYA DI NEGARA-NEGARA YANG HEBAT DENGAN PENDUDUKNYA YANG LUAR BIASA DALAM MENGUASAI ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI.
MAKA KITA LIHAT HARI INI AMERIKA SYARIKAT DAN RUSSIA BERLUMBA-LUMBA DALAM MEMBINA SENJATA YANG CANGGIH YANG MENGUASAI BUKAN DI BUMI SAHAJA TETAPI DIANGKASA LUAS.
ALLAH SWT IZINKAN JUGA LAHIR HIDUP INDIVIDU-INDIVIDU SEPERTI ELON MUSK YANG LUAR BIASA KEBOLEHANNYA. DAN BELIAU BOLEH SAHAJA BEGABUNG DENGAN SIAPA YANG DIA SUKA.
SEKALI IMBAS SAYA KAGUM KERANA MALAYSIA TIDAK LANGSUNG BOLEH MENDEKATI MEREKA DALAM HAL INI. DAN SAYA RASA YAKIN JUGA BAHAWA TIDAK ADA NEGARA ISLAM BUAT MASA INI YANG DAPAT MENANDINGI MEREKA SEPERTI YANG KITA LIHAT DALAM VIDEO INI.
NAMUN KITA TETAP INGAT PERANCANGAN ALLAH SWT ITU MAHA LUAS DAN ALLAH SAHAJA YANG MAHA PERANCANG.
MAKA KITA ORANG ISLAM JANGANLAH 'GIVE UP' DAN PUTUS ASA.
KITA IMBAS KEMBALI KEKUATAN ORA ISLAM DALAM SEJARAH PEPERANGAN ANTARA BANGSA ATAU DALAM SEJARAH PEPERANGAN ANTARA KAUM KAFIR DAN KAUM ISLAM DI BAWAH KEPIMPINAN SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH SAW.
JOM KITA INGAT KEMBALI ANGKA 313 YANG SELALU DIGUNAKAN OLEH KUMPULAN YANG MAHU MENARIK PERHATIAN MINDA ORANG ISLAM BAHAW APA HAKIKAT YANG TERSEMBUNYI DI BAWAH ANGKA 313 ITU.
ANGKA ITU DALAM INGATAN SAYA IALAH BILANGAN ORANG ISLAM DALAM PERANG BADAR MELAWAN KAUM MUSYRIK. BILANGAN YANG KITA KAGUMI IALAH 313 MELAWAN BERATUS RIBU MUSUH DARI KAUM MUSYRIK.
MENGAPA INI BOLEH BERLAKU. ORANG MUSLIM MUKMIN MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH SWT SECARA LANGSUNG. KEKUATAN IMAN MENJADIKAN DAYA PERTAHANAN KUAT DAN DAYA SERANGAN JUGA AMAT KUAT.
AKHIRNYA KAUM YANG BERIMAN PADA ALLAH MENDAPAT KEMENANGAN LUAR BIASA.
MAKA JANGAN KITA TAKUT DENGAN KAUM KUFFAR. NANATI DI DETIK-DETIK AKHIR ZAMAN TIDAK AKAN ADA SENJAT CANGGIH BERASASKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SEPERTI SEKARANG.
JOM KITA SEMUA MEMBUAT PERSEDIAN DENGAN MEMBINA IMAN MENERUSI AMALAN-AMALAN SOLEH DAN SEMOGA JIKA KITA SAMAPAI KE DETIK-DETIK AKHIR KITA TIDAK AKAN KALANG-KABUT DAN KETAKUTAN. INI PESANAN USTAZ-USTAZ ATAS NASIHAT-NASIHAT PARA ULAMAK YANG AMAT MEMAHAMI KEKUATAN IMAN DAN TAQWA. JANGAN RAGU KITA IKUTI SAHAJA. BAGAIMANA NANTI INI SEMUA AKAN BERLAKU KITA SERAH PADA PERTOLONAGN ALLAH. ALLH SWT SAHAJA YANG MAHA PERKASA DAN MAHA BERKUASA DI LANGIT DAN DI BUMI.....
YA ALLAH KAMI MOHON KEAMPUNAN MU DAN TUNJUKILAH KAMI TAUFIK DAN HIDAYAH MU SEMOGA KAMI TIDAK LALAI DENGAN KEHEBATAN KEHIDUPAN DUNIA SAHAJA.
YA ALLAH, YA RAHMAN YA RAHIM, KEBERGANTUNGAN KAMI HANYA PADA MU SAHAJA. ENGKAU YANG BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU DAN ENGAKU YANG MAHA BIJAKSANA DAN MAHA ADIL BUAT SEMUA MANUSIA SEJAGAT. KURNIAKAN BUAT KAMI KEMENANGAN YANG ENGAU REDHAI....
AAMIIN, AAMIIN YA RABBALAALAMIIN.....
.................
No comments:
Post a Comment