ALHAMDULILLAH.
HEBAT BERKAWAN DENGAN HAIWAN.
KALAU KITA KECEWA DAN MARAH, HAIWAN TAK TARIK MUKA.
TAK PANDAI MARAH BALIK WALAU SEKETIKA.
BEST KAN?
KEMUDIAN MAKAN SAMA-SAMA. SEOLAH-OLAH BEGITU.
ALLAH SWT ITU MAHA ADIL. KEKADANG MANUSIA TIDAK NAMPAK
BETAPA ALLAH SAYANG PADA MAKHLUKNYA.
SEBAB KITA TIDAK PERNAH BERFIKIR DENGAN HATI QALBU.
HANYA BERFIKIR DENGAN AQAL SAHAJA.
JOM IKUT NASIHAT USTAZ KITA CARI MASA PERGI MENGAJI DENGAN GURU YANG MURSYID.
YANG SUKAR AKAN JADI NAMPAK MUDAH DAN PASTI
RASA MUDAH JIKA KITA BULAT PASRAH.
CUBA DENGARKAN KATA-KATA YANG DI LUAHKAN PADA
TEMAN-TEMAN HAIWANNYA. SAYA RASA DIA SERONOK
KERANA DIA TAHU ALLAH PUN MENDENGARINYA.
SAYA RASA PASTI ADA NAMA KHUSUS BUAT TEMAN-TEMAN ITU.
JOM SAMA-SAMA KITA HARGAI APA YANG
ALLAH KURNIA DAN JANGAN PERNAH MENYESALI
APA YANG ALLAH BELUM KURNIA
MRNGIKUT KEHENDAK KITA.
BELUM PASTI YANG KITA MAHU ITU BERMUNAFAAT
BUAT HIDUP KITA.
BIAR ALLAH YANG PILIH BUAT KITA.
SENYUM SAHAJA DENGAN APA YANG ADA.
RAHMAT ALLAH ITU INDAH WALAU PUN NAMPAK SIMPLE SAHAJA.
RASAKAN DENGAN RASA HATI QALBU YANG TIDAK LAGI
HANYA MEMINTA-MINTA.
IKHLASKAN HATI BUDI. ALLAH MAHA TAHU APA YANG
TERBAIK BUAT HAMBANYA. TERIMA SAHAJA SEADANYA,
PENUH IKHLAS KERANA KITA HAMBA NYA.
YA ALLAH, AMPUN ATAS KEKELIRUAN HATI INI YANG MASIH JAUH MENGENALI KEBESARAN DAN KEKUASAAN MU.
MASIH BELUM MENGERTI ENGKAU YANG MAHA TAHU YANG TERSEMBUNYI DAN YANG NYATA.
ENGKAU TIDAK AKAN PERNAH MENYEKSA HAMBA YANG TAAT DAN
PATUH PADA PERATURANNYA.
YA ALLAH KURNIAKAN KEKUATAN BUAT HATI INI MENGENAL JALAN REDHA YANG ENKAU HAMPARKAN BUAT KESELESAAN
YANG SEJATI, BUAT KEBAHAGIAN YANG
TIDAK PERNAH MENYESALI DIRI.
YA ALLAH, MUDAHKAN PERJALANAN HIDUP INI
UNTUK SEKARANG DAN HINGGA DI AKHIR NANTI.
DAN KURNIAKAN BUAT KAMI APA JUA YANG TERBAIK BUAT KAMI
DI SISI MU DAN BUKAN ATAS APA YANG KAMI FIKIR KAMI MAHU.
YA ALLAH MUDAHKAN LAH LALUAN KAMI MENDAPAT REDHA MU,
DAN DI AKHIRAT NANTI ENGKAU KURNIA TEMPAT
YANG TERNAIK DI SISI MU.
BERSAMA EMAK DAN AYAH DAN SEMUA YANG HAMPIR DI HATI KU.
AAMIIN, AAMIIN YA RABBALAALAMIIN....
.....
No comments:
Post a Comment