"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, April 26, 2023
PENDAHUALAN FAKTA BUAT ORANG MACAM SAYA ! .....@Who is Behind The Sudan Conflict ?
DALAM TAHUN 2002 SAYA BERADA DI SUDAN LEBIH KURANG 10 HARI CUBA MENDAPATKAN TEMPAT DI UNIVERSITY SUDAN UNTUK ANAK SAYA BELAJAR BERLATAR BELAKANGKAN BAHASA ARAB. SAYA SUDAH BERDECITA SEDIKIT HAL INI TIDAK LAMA DAHULU.
CERITA SAYA HANYA UNTUK SAYA SEBENARNYA KERANA TIDAK MUNGKIN DALAM 10 HARI KITA FAHAM SUDAN.
CUMA KETIKA ITU SEORANG PEGAWAI PETONAS MENJADI "SAHABAT" CUBA BERCERITA MENGENAI POLITIK DAN EKONOMI SUDAN. BELIAU SEBENAR NYA SUAMI SEORANG PEGAWAI YANG BEKERJA DI BAWAH SAYA SEMASA SAYA DI KEMENTERIAN KERJA RAYA. (PANJANG CERITANYA)
MAKA SAYA TERFIKIR UNTUK KONGSIKAN CERITA SUDAN DALAM VIDEO INI KERANA SAYA SAYANG SUDAN. TETAPI SUDAN SEKARANG BUKAN NEGARA ISLAM YANG SEWAJARNYA.
CERITA DI ATAS MEMBUAT SAYA TERSEDIH HATI JUGA KERANA ANAK SAYA AKHIRNTYA GAGAL MENERUSKAN PENGAJIAN DI SUDAN. SAYA TUKARKAN ANAK SAYA KE JORDAN UNTUK KULIAH SYARIAH. IA PULANG SELEPAS PERANG DI IRAQ DENGAN BASIC DEGREE SAHAJA.
NAMUN SAYA AMAT BERSYUKUR KERANA DIA MENDAPAT SEDIKIT ASAS KUAT DALAM BAHASA ARAB. ALHAMDULILLAH.
SAYA BERPEGANG PADA PRINSIP BAHAWA APA JUA YANG ALLAH IZIN BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA. "HIKMAH" INI YANG MAHAL UNTUK KITA MEMAHAMINYA BERASAKAN IMAN DAN TAQWA. SAYA MASIH JAUH DARI PINTAR MEMAMAHAMI SEMUAMYA. CUMA SAYA TIDAK "PANIK" MELALUI UJIAN KEHIDUPAN YANG BERKAITAN DENGANNYA.
MAKA SAYA BERHARAP ADA TETEMAN DI ALAM MAYA YANG MAHU MEMAHAMI VIDEO DI ATAS SEMOGA KITA LEBIH FAHAM KRISIS NEGARA ISLAM KINI.
SEMOGA ALLAH MEMUNJUKI JALAN DAN APA JUA TINDAKAN KITA BERKAITAN DENGAN PERJUANGAN ISLAM MENDAPAT REDAH ALLAH JUA. AAMEEN
No comments:
Post a Comment