SELEPAS SAYA BERSARA UMUR 56 TAHUN PADA TAHUN 2003 SAYA
BERAMA SEORANG TEMAN SAMA PEKERJAAN
MELIBAT DIRI MEMBINA SEBUAH SEKOLAH ASRAMA PENUH
YANG DIBIAYAI OLEH ABANG TEMAN SAYA DAN SEORANG PARTNER
BUSINESS DI INDONESIA.
GARUT ADALAH SEBUAH DAERAH LEBIH KURANG 3 JAM
DENGAN KERETA DARI BANDUNG.
DARI JAKARTA PUN LEBIH KURANG BEGITU JUGA.
TETAPI KAMI SELALU "BERKAMPUNG DI BANDUNG".
SAYA KONGSIKAN VIDEO INI KERANA SAYA RASA TERUJA MELIHAT SEKALI LAGI PERKAMPUNGAN DI GARUT.
BANDAR GARUT TERKENAL DENGAN BARANGAN KULIT YANG BOLEH DI BELI DENGAN HARGA YANG MEMBUAT KAMI TERUJA.
SAYA SUDAH LUPA SEKARANG KAMPUNG DI GARUT TEMPAT KAMI BINA SEKOLAQH BERASRAMA PENUH UNTUK ANAK-ANAK
AMAT MISKIN DI DAERAH ITU.
SAYA TIDAK TAHU DI MANA SAYA SIMPAN FOTO-FOTO SAYA KERANA WAKTU ITU TIDAK ADA MEDIA MASSA SEPERTI SEKARANG.
(TEMAN SAYA MENCATAT RINGKAS BUAT INGATAN SAYA.
SMP IT DAN SMA IT
SITUWANGI ISLAMIC BOARDING SCHOOL.
KECAMATAN CIKAJANG, KABUPATEN GARUT, JAWA BARAT.)
ANAK-ANAK YANG BERUMUR 13 TAHUN UNTUK TINGKATAN SATU DIPILIH OLEH PEGAWAI KAMI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI BUDAYA ORANG GARUT.
SEMUA PERBELANJAAN DI BIAYAI OLEH DUA ORANG KAYA TEMPATAN DAN JUGA ABANG TEMAN SAYA YANG BERASAL DARI SHAH ALAM.
APA YANG SAYA INGIN CERITAKAN IALAH KAMI PILIH ANAK-ANAK YANG BERPOTENSI DI BIDANG SAINS DAN BAHASA INGGERIS.
TUJUAN KAMI IALAH UNTUK MEREKA MEYAMBUNG
PENGAJIAN DI LUAR NEGARA.
MALANGNYA SAYA DAN TEMAN TIDAK DAPAT MENERUSKAN PENGLIBATAN KERANA ABANG TEMAN SAYA
MENYERAHKAN PROJEK ITU PADA
PARTNER TEMPATAN.
KAMI MENGIKUTI DARI JAUH MELALUI LAPORAN TIDAK RASMI
GURU-GURU YANG KAMI KENALI.
SAYA RASA SAYU MELIHAT KAMPUNG GARUT DALAM VIDEO INI.
DI TEMPAT SEKOLAH YANG KAMI BINA DUDUKNYA DILERENG BUKIT DAN CUACANYA SENTIASA DINGIN. SANGAT NYAMAN.
PAGI HARI KAMI PAKAI BAJU BERLAPIS. RASA TERUJA
BEBERAPA KALI KAMI KE GARUT HINGGA SEKOLAH ITU BERMULA.
TETAPI KAMI TIDAK LAGI BERSAMA SELEPAS 4 TAHUN
LEBIH KURANG HINGGALAH SEKARANG.
KAMI HANYA KE SANA UNTUK TINJAU-TINJAU SAHAJA SEBAB KAMI TIDAK LAGI MENGURUS SECARA LANGSUNG.
KENANGAN MANIS BUAT SAYA. SEMUA PELAJAR TIDAK PERLU MEMBAYAR APA JUA. SEMUA DITANGGUNG BERES OLEH PENAJA.
YANG KAMI TEKANKAN WAKTU ITU IALAH MEREKA MENGHAFAL QURAN DAN KAMI LATIH SOLAT TAHAJUD SETIAP MALAM DAN
BERPUASA SUNAT ISNIN KHAMIS.
ITU SAHAJ YANG RINGKAS SAYA DAPAT CERITAKAN.
KALAU BERPUASA SEMUA KAKITANG SEKOLAH PUN BERPUASA
TERMASUK JAGA DAN
LAIN-LAIN PETUGAS UMUM.
SEDIH RASANYA SEKARANG TIDAK LAGI BERHUBUNG
ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKAN.
CUMA VIDEO DI ATAS BUAT SAYA RASA SAYU DAN SAJE-SAJE SAYA KONGSIKAN SEBAGAI PENGALAMAN LUAR BIASA SAYA,
SEORANG YANG SUDAH BERSARA KINI SELAMA 20 TAHUN.
SEMOGA ALLAH SWT MEREDHAI. AAMIIN....
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
No comments:
Post a Comment