HIDUP TUA SEPERTI ORANG TUA INI SELALU DALAM HATI SAYA.
SAYA TERINGAT KAKAK SULUNG SAYA YANG KINI SUDAH KENBALI
KE RAHMATULLAH.
SEMOGA DALAM DAKAPAN KASIH SAYAN ALLAH SWT.
AAMIIN..
BEZA UMUR SAYA DENGAN KAKAK SULUNG
LEBIN KURANG 20 TAHUN.
DAHULU KALA TIADA REKOD SEBENAR.
SAYA MEMBESAR BERSAMA EMAK DAN KAKAK SAYA
SEPERTI DALAM VIDEO INI.
KAKAK SAYA JUGA BERUSAHA HIDUP SEPERTI INI.
KAKAK SAYA PANDAI BUAT TEMPE DAN DI JUAL.
SEMASA SAYA SEKOLAH RENDAH SAYA SELALU
BANTU KAKAK SAYA.
SEKARANG SAYA MASIH INGAT MACAM MANA BUAT TEMPE.
SAYA BOLEH BUAT TEMPE JIKA PERLU SEKARANG INI.
TEMPE MAKANAN "SENTIMENTAL BUAT SAYA"
EMAK BAPAK SAYA PENDATANG TANPA IZIN DARI TANAH JAWA.
BEGINI CARA HIDUP SAYA SEMASA KECIL
HINGGA SEKOLAH RENDAH.
ALLAH KURNIA REZEKI LEBIH APABILA 2 ORANG KAKAK SAYA
MENJADI GURU SELEPAS LULUS SEKOLAH SELAMA 7 TAHUN
DALAM SISTEM PENJAJAH BRITISH.
LEBIH KURANG ITU SEJARAHNYA.
SAYA TETAP BERSYUKUR, ALHAMDULILLAH.
DENGAN KEGIGIHAN KAKAK-KAKAK, SAYA DAPAT TAMAT BELAJAR HINGGA SAYA MAMPU SAMPAI KE UNIVERSITY.
ALLAH MAHA KASIH SAYANG. REZEKI DARINYA, PASTI !
CUMA KITA HARUS BEKERJA KUAT.
TETAPI SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH.
JANGAN SOMBONG BILA SUDAH "BERJAYA".
ERTI KEJAYAAN BERBEAZA ANTARA SEORANG
DENGAN YANG LAINNYA. TIDAK SERUPA.
SEMUA YANG BERLAKU ADALAH DENGAN IZIN ALLAH DAN
SEMUANYA ADA HIKMAHNYA SENDIRI.
HIKMAH INI YANG MAHAL.
KITA HARUS BERSYUKUR APA JUA YANG
ALLAH IZIN BUAT KITA.
HAMBA ALLAH TIDAK PERNAH MENGAKU IA BERJAYA.
SEMUANYA KEHENDAK ALLAH.
ITU YANG EMAK SAYA AJAR SAYA..
SAYA BANTU JUGA EMAK MENOREH GETAH DAN TOLONG KAKAK
BUAT TEMPE DAN HANTAR TEMPE DI KEDAI UNTUK DIJUAL.
SAYA SANGAT SENTIMENTAL DENGAN MAKAN TEMPE
DAN TERUS SUKA TEMPE HINGGA KINI. ALHAMDULILLAH.
MASIH BERSELERA DENGAN TEMPE.
ooooooooooooooooooooooo
SAYA SUKA MENGIKUTI VIDEO CAK BUDI SEPERTI DI ATAS.
SAYA FAHAM BAHASA JAWA DAN RASA INSAF MELIHAT
VIDEO-VIDEONYA SEPERTI INI.
SEMOGA ALLAH SWT MEREDHAI SEMUA YANG SAYA BERSAMA MENJALANI KEHIDUPAN INI.
SAYA KINI 78 TAHUN UMUR HIJRAH.
ALAHMDULILLAH.
SEMOGA SENTIASA DALAN LINDUNGAN DAN REDHA ALLAH SWT JUA. AAMIIN....
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
No comments:
Post a Comment