"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, February 28, 2024

DI HARI TUA : HABIS MADU SEPAH DIBUANG ! ......@Penjawat Awam & Pesara Kerajaan Makin Hari, Makin Ditindas Oleh Kerajaan...









SAYA MENDAPAT RAWATAN DI IJN SEBELUM SAYA BERSARA.SAYA BERSARA  PADA 2003 WAKTU ITU RASA BERTUAH MASIH SEHAT WALAUPUN SAYA HARUS DIPANTAU DARI MASA KE MASA OLEH IJN. SUAMI SAYA JUGA WALAUPUN BELIAU BUKAN STAF KERAJAAN.ITU DASAR WAKTU ITU.
SEKARANG SAYA RASA TERGANTUNG DAN RASA SEPERTI DI AWANG-AWANG SEPERTI DI TARIK TALI GANTUNG.
MAKA RASA SEDIH WALAU PUN SAYA AMAT TAHU BAHAWA KITA HANYA BERGANTUNG PADA ALLAH SAHAJA DAN BUKAN PADA IJN ATAU KERAJAAN.
TETAPI BUKANKAH KERAJAAN SUDAH MEMBERI "HARAPAN". TETAPI TIBA-TIBA DIRENTAP"HARAPAN " ITU.  SAYA MUDAH MENANGIS. MAKA SAYA MENANGIS SENYAP-SENYAP.
HARI INI SAYA TULIS RASA HATI SAYA DI BLOG INI KERANA INGIN KONGSI PADA PENJAWAT AWAM YANG LAIN. SEMASA KERJA GAJI TIDAK SEHEBAT KEKAWAN YANG BERTUGAS DI PIHAK SWASTA.  TIDAK MENGAPA KERANA KEBOLIHAN KAMI BERBEZA.
SAYA MULA MASUK KE IJN LEBIH KURANG 20 TAHUN YANG LALU. TIDAK INGAT TARIKH SEBENAR.DALAM PADA ITU SAYA JADI BAHAN KAJIAN PESAKIT OLEH HOSPITAL KERAJAAN YANG LAIN SEPERTI HOSPITAL UNIVERSITY.
SAYA SETUJU MENJADI BAHAN KAJIAN KERANA RASA TERHUTANG BUDI PADA KERAAJAN MEMBENARKAN SAYA DI RAWAT DI IJN.
NAMUN HARI INI RASA TERSEDIH KAMI SEPERTI DI USIR KELUAR KERANA SEPERTI KAMI TIADA GUNA LAGI PADA PERKHIDMATAN KERAJAAN.
ALANGKAH SEDIHNYA !
ANAK SAYA ADA BERTANYA PADA SAYA ADAKAH PIHAK KERAJAAN SEKURANG-KURANGNYA BERTANYA SAMA ADA KITA MAMPU TERUS DI IJN DENGAN BAYARAN TAMBAHAN PERSENDIRIAN MEMANDANGKAN KOS PERUBATAN SUDAH MAHAL.
ANAK SAYA BERTANYA KOT SAYA BOLIH TERUS DI IJN DENGAN BANTUAN BAYARAN OLEH ANAK-ANAK KALAU ITU MASAALAH YANG DI HADAPI OLEH KERAJAAN.
SAYA DIFAHAMKAN IJN MAHU MENGAMBIL PESAKIT BARU. SAYA BERFAHAMAN DENGAN BAYARAN YANG TINGGI.PESARA KERAJAAN SUDAH DI KATAKAN TIDAK AKAN MAMPU BAYAR. INI FAHAMAN SAYA.
SETAKAT INI SAYA BELUM MENDAPAT SURAT DARI IJN BAHAWA SAYA SUDAH DI KELUARKAN DARI IJN. SAYA BERFAHAMAN MUNKIN KERANA APPOINTMENT SAYA DALAM MASA 2 BULAN LAGI KALAU TAK SILAP INGATAN.

SAYA TERUS BERSEDIH.SEPERTI DI ANGGAP HABIS  MADU SEPAH DI BUANG.

SAYA BERSABAR. DOA SAYA SEMOGA DI AKHIRAT NANTI SAYA MENDAPAT LAYANAN ISTIMEWAANTARA LAIN KERANA SUDAH BERBAKTI PADA KERAJAAN. AAMIIN YA RABB....


...............................................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails