"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, May 27, 2024

SAYA LIHAT VIDEO MEMIKIR DIRI ! ......@The difficult life of a 93-year-old grandmother in the mountains far fro...





Bismallah calligraphy





SAYA HAMPIR 80 TAHUN KIRAAN TAHUN HIJRAH TIDAK LAMA LAGI.
SEKARANG SAYA TINGGAL DI PUTRAJAYA BERSAMA ANAK DAN MENANTU..

SAYA TERINGATKAN DIRI JIKA SAYA KENA HIDUP
 SEPERTI WANITA DALAM VIDEO INI.

SAYA  SEORANG PESARA KERAJAAN DAN PUNYA BELANJA YANG MENCUKUPI. 
ALHAMDULILLAH.
TETAPI SAYA KURANG SIHAT LUMRAH TUA DENGAN SAKIT DIBETIS..

MAKA SAYA DUDUK SEORANG MEMBAYANGKAN JIKA DIRI KENA BUAT SEMUA SEPERTI WANITA INI. IA MASAK DENGAN DAPUR KAYU DAN AMBIL AIR DI PERIGI  ENTAH DI MANA AGAK JAUH.

KAKAK SAYA SEKARANG BERUMUR HAMPIR 90 TAHUN.
 DAN TINGGAL BERSEORANGAN DI PONTIAN, JOHOR.
KAKAK SAYA PESARA GURU DAN BILA SUAMI MENINGGAL 
IA TINGGAL BERSEORANGAN.
TETAPI ADA ANAK TINGGAL BERHAMPIRAN.

SAYA ADA PEMBANTU RUMAH.
TETAPI KAKAK SAY BERSEORANGAN. TEMPUH HARI TERPERICIK API DARI SEBAB
MENCURAH KUALI PANAS DENGAN AIR TANPA DI SEDARI.


APA YANG SAYA SUKA AMBIL IKTIBAR DARI VIDEO INI IALAH JIKA SAYA TERPAKSA BERSEORANG SEMACAM BELIAU.

SEDIHKAN ?


SEORANG KAWAN SAYA KATA KITA JANGAN CEPAT KUFUR NIKMAT.
KITA LALUI SAHAJA  DENGAN PENUH REDHA.
SETIAP KITA ADA LALUAN YANG SUDAH ALLAH TENTUKAN.

BAGAIMANA KITA KATA DITENTUKAN ?.
SAYA KATA BEGITU KERANA SEMUA YANG BERLAKU
 ADALAH DENGAN IZIN ALLAH JUA..
CUMA KITA MANUSIA KEKADANG LUPA SEPERTINYA KITA PANDAI DALAM SEMUA HAL.

OOOOPS !!!

SAYA BERHENTI DI SINI. TAKUT TERFIKIR SALAH DARI SEGI QADAK DAN QADAR.
SAYA KONGSI VIDEO SEMATA-MATA UNTUK MENGINSAFI DIRI.

LIHATLAH DAN SENYAP-SENYAP KITA BERFIKIR
BERSANDAR ILMU ISLAM YANG KITA TAHU SERBA SEDIKIT.

APA JUA YANG ALLAH IZIN BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.
JOM KITA FIKIR-FIKIR,
TIDAK KIRA KITA TUA ATAU MUDA.
SEMUA ADA HIKMAHNYA.



..............................................................................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails