KASIHAN MENDENGARI CERITA SUDAN DARI SUDUT KEMANUSIAAN.
SAYA TERPANGGIL UNTUK MELIHAT VIDEO INI KERANA SAYA PERNAH KE SUDAN, TAK SILAP SAYA PADA TAHUN 2001 SEMASA SAYA SEDANG MENCARI PUSAT PENGAJIAN UNTUK HANTAR ANAK SAYA BELAJAR BAHASA ARAB DAN LAIN-LAIN LAGI.
WAKTU ITU SAYA ADA TUGAS RASMI DI MESIR DAN SAYA AMBIL KESEMPATAN SINGGAH KE SUDAN SEORANG DIRI UNTUK LIHAT KEMAJUAN ANAK SAYA DI SANA.
WAKTU ITU ADA PEGAWAI-PEGAWAI PETRONAS KERANA PETRONAS BARU MULA BEROPERASI DAN KEBETULAN MENGENALI SALAH SEORANG PEGAWAI KERANA ISTERINYA BEKERJA DENGAN SAYA WAKTU ITU DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI KUALA LUMPUR.
PANJANG CERITA SAYA.........
SUDAN WAKTU ITU PEMERINTAHAN BUKAN PEMERINTAH SEKARANG.
SAYA DI PERAKU OLEH SEORANG DUA KENALAN PENSYARAH UNIVERSITY ISLAM ANTARA BANGSA (UIA) YANG DATANG DARI SUDAN.
ITU SEDIKIT KENANAGAN HIDUP SAYA DAN SAYA TIDAK MINAT MAHU MENERUSKAN ANAK SAYA BELAJAR DI SANA WALAUPUN YURAN PENGAJIAN DAN KOS HIDUP AGAK RENDAH.
WAKTU ITU KERAJAAN SUDAN AGAK KUAT FAKTA ISLAMNYA. BUKAN YANG SEPERTI SEKARANG.
SAYA RASA "BIJAK" BAWA ANAK SAYA BALIK. SAYA HANTAR PULA KE JORDAN DAN SUDAH LULUS DAN SEKARANG BEKERJA SENDIRI DI PUTRAJAYA DAN MENJAGA SAYA DI UMUR TUA.
SUDAN WAHAI SUDAN !!!.
KENANAGAN PAHIT MANIS KERANA SAYA HANYA TINGGAL SELAMA DUA MINGGU SEBAB ADA KAWAN BEKERJA DI PETRONAS.
ITU SAHAJA CERITA SAYA DAN SAYA CATAT DENGAN RASA SEDIH SUDAN KINI NAMPAKNYA SEPERTI LEBIH MALANG.
SEMOGA MASIH ADA ORANG-ORANG ISLAM YANG MAHU BERJUANG KERANA ISLAM.
AAMIIN..........
........................................
No comments:
Post a Comment