"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, August 14, 2019

Sudut Santai 6






Sorotan yang cantik, terhenti terpegun menikmati.
Cantiknya di hati sendiri, bukan bandingan
 yang bolih melukai. 
Hakikatnya semua kurniaan itu adalah dari Illahi.
Indahnya dinilai dengan hati yang 
tidak mahu sunyi . 
Hati yang subur mengabdi diri, 
kerana itu sahaja yang membawa
 ketenangan tanpa iri.



................

Saturday, August 10, 2019

Baru tahu.....@ Hari berkumpul di Arafah


Bismillah
Hari ini saya di rumah. Teringat kenagan semasa Allah kurnia peluang berada di Arafah pertama kali semasa saya menunaikan fardhu Haji pada berumur 35 tahun pada tahun 1982. Alahamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga..

Tetapi pada masa itu banyak hal yang saya belum tahu mengenai keindahan Islam seluruhnya. Penyesalan yang amat sangat. Semoga Allah ampunkan segala kekurangan dan kelemahan dan segala dosa-dosa.

Hari ini saya ingin kongsikan dua ayat yang Allah turunkan semasa umat Islam wukuf di Arafah. Pertama di bawah ini:

A003

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3




Ini ayat kedua:

A172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172




Ayat yang pertama diatas harus membina keyakinan pada setiap insan bahawa tidak ragu lagi bahawa Islam adalah deen yang Allah redha untuk difahami dan di hayati. Tidak perlu lagi mencari yang lain-lain atau membanding dengan kitab-kitab yang lain.

Ayat yang kedua mengingatkan kita bahawa kita sudah mengakui dihadapan Allah bahawa Allah swt adalah Tuhan kita. Setiap insan sudah bersaksi. Ustaz berpesan  supaya jangan kata tidak tahu atau tidak ingat. Allah telah mengingkatnya dalam alQuran. Sebab itu kita kena baca, faham dan laksana.

Ini adalah ingatan buat saya dan keluarga saya utamanya. Banyak lagi ilmu dan peristiwa yang saya belum tahu. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memudahkan usaha kita mendapatkan RedhaNya. Aamiin ya Rabb....


.............................

Friday, August 9, 2019

Qurban.....


Eid adha mubarak arabic calligraphy greeting card Premium Vector

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN.
10 Dzulhijah 1440
11 Ogos 2019

Bicara Qurban:
                               
Image result for quotation s on eidul adha.


Mengingat semula ayat-ayat alQuran berkaitan.
Semoga Allah menghampirkan kita padaNYA.


A102
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
(As-Saaffaat 37:102) |



A034
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
(Al-Hajj 22:34) |




A031
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).
(Al-Hajj 22:31



Selamat berpuasa Hari Wukuf di Arafah
.......................................................
foto ehsan carian google.

Thursday, August 8, 2019

Making choices....@ berat lagi bahu memikul.


A001


Pagi hari ini Alhamdulillah saya rasa ringan untuk bergerak aktif. Teruja bila lihat warna kuning kiriman anak saya dalam Whatsapp. Saya suka warna kuning dari di sekolah lagi. Saya menjadi vice-captain rumah sukan Aziz House .....warna KUNING. Rasa riang pula teringat waktu remaja.......

Dalam foto di atas ada ingatan tersirat. Anak saya ini selalu sibuk. Saya hanya mengikuti hidup hariannya lalu fon sahaja. Dalam kesibukan saya tahu dia melayani 7 orang anak lelaki penuh ujian. Dua antaranya adalah anak Istimewa. Anak saya menerimanya penuh kesedaran bahawa apa jua kurniaan Allah pasti ada hikmahnya.

Bukan mudah membuat pilihan dalam melengkapi hidup yang sementara ini. Tujuan hidup hanya satu..... apa jua perancangan dan tindakan harus dibuat dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah swt. Apa jua pilihan bukan mengikut logik dan citarasa semata-mata. Akal manusia tidak dapat menduga semuanya. Maka kita harus begnatung pada panduan yang Rasulullah saw telah tunjukan.

Mendidik dan mengurus dua anak istimewa bukan mudah. Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul. Ia memerluka kesabaran yang amat sangat. Budget keluarga juga harus dijaga rapi kerana kos terepi untuk anak istimewa agak tinggi.

Saya menyedari masaalah mengurus kehidupan ada pada semua orang. Cara kita menyelesaikannya itu yang patut kita berhati-hati. Tiada jalan mudah dan tiada jalan pintas. Semua kita merasainya. Allah memberi ujian pada semua hamba-hambanya. Ada diantara kita yang Allah uji denagn kesusahan dan ada yang Allah uji dengan kesenangan. Kita jangan iri hati. Allah tidak menilai dengan ukuran yang serupa. Allah maha Bijaksana dan Allah maha adil dan kasih pada hamba-hambanya. Kita ikut sahaja apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Namun ini buakn suatu yang mudah. Maka kita ukur apa jua keputusan kemahuan hati mengikut badan sendiri. Kita tidak boleh jadi "judgemental" atas orang lain. Hanya Allah yang bolih menilai kita semuanya. Kita usaha sahaja sedaya upaya, doa dan tawakkal. Allah maha Tahu apa yang nyata dan apa yang tersembunyi dan kepadanya sahaja kita bergantung diri.

Itu sahaja coretan ringkas pagi ini. InsyaAllah jumpa lagi.


.................................

Tuesday, August 6, 2019

Sudut Santai 5




Indahnya sesuatu itu hanya dengan limpah 
 Rahmat Allah jua.
Sekiranya tiada sinaran cahaya ciptaanNya,
Alam ini lemah longlai tiada bermaya.


...............................

Monday, August 5, 2019

Dapat Jiran baik hati, Alhamdulillah.


Sebuah coretan hidup.......



A036
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36)

Saya terpanggil untuk merakam rasa kesyukuran mendapat jiran baru yang baik hati. Ia berumur 60 tahun dan banyak membantu kami memberi idea cara mendapat kemudahan harian di Putrajaya ini.Ia tinggal di Tamara Residence. Antara hobinya ialah berkebun dan ia bermurah hati memberi kami hasil dari kebunnya seperti kelapa muda, mempelam, cempedak dan durian.

Maka suatu hari ia menanam pokok Rambutan dan Mempelam seperti di atas buat kami untuk warisan anak cucu, insyaAllah. Terima kasih daun keladi atas segala budi.

Semoga ikatan silaturrahim berpanjangan hingga ke Jannah.


.......................

Sunday, August 4, 2019

Birthday cucu...@ Jangan mengaibkan anak-anak.


Ini cucu saya yang ke 15. Aamal Farihah namanya.
Minggu dulu umurnya 2 tahun genap. Alhamdulillah.
 Mummynya beli kek cokolat
untuk dimakan bersama dengan pupu poyang yang dapat datang ke  rumah.
Tetapi yang lebih teruja dan seronok ialah Tok Ayah. Lihat foto di bawah.



Cucu-cucu yang besar tak kisah pun. Depa ada agenda lain.


Saya memerhati sahaja. Cucu-cucu saya ada yang istimewa.
 Maka itu cara mera'i birthday ada kelainan sedikit.
Saya tidak ada "protokol" tertentu. Biarkan mereka senang
mengukur dan menilai diri dengan cara mereka.
 Saya ambil peranan hanya jika ada
"pergaduhan" yang berlebihan.
 Saya telah belajar jangan mengaibkan anak-anak
 hanya kerana kita mahu mendidik akhlak mengikut cita rasa kita.

Anak-anak sangat sensitif. Cuma kekadang kita tidak dapat merasainya
atau kita kurang prihatin melihat perubahan air muka mereka.
Saya bukan pakar kanak-kanak. Dalam umur 72 tahun alhamdulillah  saya sudah banyak
 memnerhati dan melalui liku-liku membesarkan anak cucu dan
 mengurus Tadika dan Taska yang saya bantu tadbir
di Tangkak Johor. Allah kurnia pemikiran untuk lebih bijaksana
 dalam mengendali masaalah, tidak kira masalah besar atau kecil.
Yang penting kita kena jaga hati walau sekecil mana pun.

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan kali ini. Ada kalanya saya dapat pelung
melalui pengalaman baru  walau pun saya sekarang ini sudah tidak aktif seperti dahulu.
Alhamdulillah Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk berbakti
pada anak cucu terutamanya mereka yang
 Allah kurnia "kekurangan" sebagi ujian hamba-hambanya.
Kita harus belajar meyakinkan diri bahawa tiada ciptaan Allah yang sia-sia.
Dan Allah menguji kita kerana Allah maha mengetahui kita mampu
menhadapinya dengan Rahmatnya jua.

A286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286) |


................................
Related Posts with Thumbnails