"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, August 8, 2019
Making choices....@ berat lagi bahu memikul.
Pagi hari ini Alhamdulillah saya rasa ringan untuk bergerak aktif. Teruja bila lihat warna kuning kiriman anak saya dalam Whatsapp. Saya suka warna kuning dari di sekolah lagi. Saya menjadi vice-captain rumah sukan Aziz House .....warna KUNING. Rasa riang pula teringat waktu remaja.......
Dalam foto di atas ada ingatan tersirat. Anak saya ini selalu sibuk. Saya hanya mengikuti hidup hariannya lalu fon sahaja. Dalam kesibukan saya tahu dia melayani 7 orang anak lelaki penuh ujian. Dua antaranya adalah anak Istimewa. Anak saya menerimanya penuh kesedaran bahawa apa jua kurniaan Allah pasti ada hikmahnya.
Bukan mudah membuat pilihan dalam melengkapi hidup yang sementara ini. Tujuan hidup hanya satu..... apa jua perancangan dan tindakan harus dibuat dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah swt. Apa jua pilihan bukan mengikut logik dan citarasa semata-mata. Akal manusia tidak dapat menduga semuanya. Maka kita harus begnatung pada panduan yang Rasulullah saw telah tunjukan.
Mendidik dan mengurus dua anak istimewa bukan mudah. Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul. Ia memerluka kesabaran yang amat sangat. Budget keluarga juga harus dijaga rapi kerana kos terepi untuk anak istimewa agak tinggi.
Saya menyedari masaalah mengurus kehidupan ada pada semua orang. Cara kita menyelesaikannya itu yang patut kita berhati-hati. Tiada jalan mudah dan tiada jalan pintas. Semua kita merasainya. Allah memberi ujian pada semua hamba-hambanya. Ada diantara kita yang Allah uji denagn kesusahan dan ada yang Allah uji dengan kesenangan. Kita jangan iri hati. Allah tidak menilai dengan ukuran yang serupa. Allah maha Bijaksana dan Allah maha adil dan kasih pada hamba-hambanya. Kita ikut sahaja apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Namun ini buakn suatu yang mudah. Maka kita ukur apa jua keputusan kemahuan hati mengikut badan sendiri. Kita tidak boleh jadi "judgemental" atas orang lain. Hanya Allah yang bolih menilai kita semuanya. Kita usaha sahaja sedaya upaya, doa dan tawakkal. Allah maha Tahu apa yang nyata dan apa yang tersembunyi dan kepadanya sahaja kita bergantung diri.
Itu sahaja coretan ringkas pagi ini. InsyaAllah jumpa lagi.
.................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment