"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, August 22, 2019

Tugasan di Tangkak.....





A001
Kebelakangan ini kekadangan saya rasa "kepenatan" mendengari hal- hal yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh sesetengah orang disekeliling kita. Biarlah,....... kerana saya mengharapkan ada individu-individu di sekeliling kita yang cukup Ilmu dan cukup wibawa untuk mengatakan yang benar itu benar dan yang batil itu batil dan kemudian membuat tindakan yang sewajarnya untuk memelihara keselamatan di negara ini dengan pertolongan Allah jua.

Maka saya dengan partner saya tukar haluan turun ke Tangkak untuk tugasan khusus hari itu.


Di atas ialah Home Stay yang saya sewa untuk rm100 semalam. Ia selesa dan punya kemudahan yang mencukupi. Pada pagi kesukan harinya, 16 Ogos 2019 saya bersama penceramah khas menghadiri kursus dalaman untuk pengasuh, guru dan staf SmarTop Suber Fitrah atas tajuk "Wanita Soleh dan Moslehah".


Beliau ialah Hjh Norlida yang datang khas dari Perlis sebagai
 pendakwah dan pendidik bebas.
Saya suka mendengarinya kerana amat tepat kita mengatakan bahawa 
setiap wanita yang mahu mendapat Redha Allah harus membina diri 
unrtuk menjadi Soleh dan Mosleh.
Wanita yang solehah beramal soleh untuk dirinya, tetapi wanita Mosleh beramal untuk
kepentingan masyarakat disekelilingnya dan negara am nya.



Inilah sebahagian peserta yang hadir. Bersama-sama hadir 
adalah juga kumpulan wanita yang menganggotai group Ngaji yang diketuai
 oleh Hjh Nortipah yang juga menjadi 
salah seorang ahli pengelola SmarTop Subur Fitrah Tadika dan Taska yang saya bantu menguruskannya. Alhamdulillah sambutan hari itu amat memuaskan.


Pada hari itu saya mendapat peluang memberi sekilas pendapat ringkas
 mengenai hala tuju hidup kita 
di dunia ini semoga sentiasa di atas landasan yang benar.
Saya kongsikan sedikit mengenai fakta-fakta akhir zaman
 semoga dapat  bersam-sama membina azam untuk menimba Ilmu yang Benar 
dan sentiasa membuat persediaan 
di Akhir zaman ini kerana Hari Qiamat sudah amat hampir. 
Hanya Allah yang maha Tahu detiknya. Tanggongjawab kita ialah 
untuk bermuhasabah diri, memperbaiki diri dan mohon pada Allah keselamatan
 yang sejati hingga ke akhir hayat.


Ini foto kenanag di akhir sessi sebelum bersurai setelah menjamu selera
duduk bersama bersilaturrahim. Alhamdulillah.


Keesukan paginya kami bersarapan di Kedai Peladang di Tangkak.
Roti Canai dan kari kambing. Unik rasanya.
Pagi itu Hjh Nortipah dan suami ada bersama dan mereka belaja kami.




Selepas sarapan kami ke Bukit Gambir untuk lihat-lihat santai kerana sudah
 beberapa bulan tidak ke sana. Akhirnya kami membeli barang-barang dapur
 kerana harganya amat murah berbanding Putrajaya. 
Suami saya membeli buah Petai banyak sekali.Tidak habis makan.

Kami check out pada tengah harinya selepas bemesra sebentar dengan anak-anak
serta cucu Dato dan Datin. Mereka amat mesra dengan saya dan saya 
rasa tidak cukup masa untuk bersembang bertanya khabar.
Kami ambil foto kenanagan.


Itu sahaja hingga lain kali. Semoga Allah masih memberi
ruang dan peluang untuk berbakti pada masyarakat KeranNYA jua.


...........................

Wednesday, August 21, 2019

Cerita Qurban yang baru lepas........




A001

Alhamdulillah Qurban tahun ini 2019 kami berada di Putrajaya dan Surau terdekat di rumah kami menjalankan Ibadah Qurban buat kali pertamanya. Pagi itu pun di adakan Solat EidulAdha buat kali pertamanya. Rasa bersyukur saya tidak perlu berkejaran ke Masjid yang popular di Putrajaya ini.

Jemaah surau menyebelih dua ekor lembu dan dua ekor kambing. Alhamdulillah dapat berkongsi dengan jemaah. Suami dan anak lelaki saya tolong mengurus. Saya tiada kederat pagi itu dan di rumah sahaja.


Ibadah Qurban sudah sering diperkatakan dan diperjelaskan. 
Alhamdulillah.
Sementara menanti suami balik dan samapai giliran saya untuk memasak
 dengan bantuan Bibik dirumah, saya berkejaran ke rumah
 anak saudara saya di Desa Pinggiran Putra untuk ziarah
 kakak saya  dari Pontian yang berhari Raya di rumah anaknya tahun ini.


Kakak saya duduk ditengah dengan cicitnya.
Sejak abang saya meninggal dunia baru-baru ini saya sanat merasa kehilangan
waris kuat. Maka saya pastikan saya makan-makan EidulAdha 
bersama kakak saya.
Favorite saya adalah Laksa Johor dan pagi itu 
dapatlah saya menjamu selera.

Saya berpesan-pesan dengan anak-anak buah mengenai perlunya
 pengorbanan di kalangan keluarga besar kerana itu amat dituntut. 
Tidak ada kejayaan jika hasil dari kejayaan tidak 
dapat atau tidak mahu dikongsikan. 

Itu sahaja sekilas cerita Qurban buat kali ini.
 Semoga Allah kurnia umur panjang dan dapat bermesra lagi
 dalam keluarga besar.

..........................

Tuesday, August 20, 2019

Sunyi mendengari bising di luar sana......






A001
Sudah berhari-hari mendengari bising di luar sana. Tidak pasti siapa yang bercakap, siapa yang menjerit dan siapa yang mendengar. Netizen biasa bersuara, netizen juga cuba menjawab. Ada kalanya Pak Menteri yang menjawab dan ada kalanya Pak Ustaz yang bangun membela siapa yang difikirkan benar bicaranya.

Saya membaca dan mendengar sahaja.....semampunya.

Saya mendengari juga apa kata ahli-ahli dalam keluarga. Rasa ingin menjawab yang terkesan di hati tetapi khuatir perbicaraan tidak akan sampai ke penghujungnya. Wal hal saya tidak punya banyak ruang di hati saya untuk mendengari semua kerana saya sudah agak "selesa" dengan apa yang ada di hati dan minda saya........ buat masa ini. Alhamdulillah.....

Ada yang berbicara mengenai pengajaran Jawi dalam pendidikan, ada yang mahu menghantar Zakir Naik Pulang, ada yang celupar mulut menunjukan parang dan pedang konon sudah bersedia mahu "beperang". Ada Pak Menteri yang hanya diam mungkin kerana itu lebih baik dari bertutur yang tidak karuan dan mengharu-birukan  lagi keadaan. Ada yang berkata tanpa fikir panjang. Cuma guna semangat lantang dalam suara seolah-olah sudah yakin suara sahaja boleh menakutkan siapa jua.

Bermacam-macam lagi karenahnya ..........

Saya waktu ini sering sendiri dan lebih berminat mendengari dalam Utube apa yang kaum Yahudi dan Zionists (semua jenis zionists) sedang lakukan untuk menakluki pemikiran Islam dengan ojektif lebih luas termasuk menguasi umat manusia seluruhnya supaya sehalun mengikut nafsu mereka mahu menawan dunia, tunduk pada Yahudi kerana kononnya mereka kaum yang terpilih oleh Tuhan semesta alam. Mereka tidak menyedari bahawa strategi dan tindakan mereka adalah jejak langkan hasutan Iblis Syaitan. Iaitu Iblis Syaitan yang sejak terciptanya Nabi Allah Adam sudah bersumpah supaya manusia harus ditewaskan dalam semua keadaan dan mahu menggelincirkan mereka hingga terhumban dalam Neraka Jahanam. Na'uzubillah.

Kaum Yahudi / zionists sekarang ini bermusuhan dengan siapa jua yang mahu menghalang mereka. Tetapi strategi mereka halus hinggakan President Trump dan seluruh rakyatnya tidak menyedari / atau memang bersetuju (kerana golongan pemimpin di US semuanya  Zionists) bahawa mereka dipergunakan oleh Yahudi Israel dengan sokongan Yahudi dan Zionist di mana jua mereka berada. Walaupun ada segolongan kumpulan di Amerika yang tahu perancangan ini tetapi mereka tiada kuasa. (saya mendengari lalu utube TRU NEWS yang dikendali oleh Evangelist Christians yang berpegang kuat pada Jesus). Mereka "benci" zionist yang menzalimi semua manusia.

Maka saya tidak hariranlah kalau di Malaysia ini ada juga individu atau kumpulan yang subahat dan sepakat dengan Yahudi/Zionist untuk mencapai objektif besar mereka. Mereka kaum kafir dan juga kaum munafik yang susah untuk dipastikan siapa. Mungkin di Malaysia juga ada golongan yang bertindak menggunakan sihir yang dipelopori oleh ahli-ahli penyembah-penyembah syaitan yang turun temurun dari zaman Firaun hingga kini di mana jua di dunia ini. (Eluk baca seterusnya  mengenai Jinn, Iblis dan Syaitan untuk pencerahan lanjut). Dan semoga apa yang saya kata ini lebih bermakna dalam usaha kita mahu mencari hanya keredhaan Allah jua.

Sekarang ini Zionists sedang berusaha cuba menjatuhkan ekonomi siapa jua yang bermusuhan dan mereka akan berbaik-baik dan membantu mereka yang sudah termakan budi dari sejak beratus tahun dahulu. Antaranya yang saya baca ialah Saudi Arabia. Ini sensitif. WaAllahu'alam.

Ilmu yang saya tahu hanya melalui pembacaan dan pendengaran sahaja. Saya belum berguru dengan penuh tertib adab mengaji Ilmu dengan  duduk berhadapan Kitab dan Guru. Maka kebarangkalian saya silap dalam pemahaman saya pun ada. Saya bersandarkan kata-kata Ustaz dan shaikh-shaikh yang mahir dalam bidang Ilmu Akhir zaman,(Escatology), Maka kebarangkalian saya betul saya berdoa pada yang maha Mengetahui untuk panduan. WaAllahu'alam. Saya ertarik mempercayainya kerana mereka menerangkan menggunakan tafsiran yang halus dan mendalam dari Ayat-ayat Al Quran dan Hadith. Bukan semata-mata menggunakan logik sahaja. (Antara yang saya ikuti ialah Shaikh Omar Baloch, Shaikh Imran Hussein dan Ustaz/Shaikh Zulkifli M Ali). Ramai lagi yang saya baca mengikut tajuk yang saya sedang ikuti.........

Saya berkeyakinan Manusia tidak dapat mengubah Manusia. Kita perlu pertolongan Allah. Dan pertolongan Allah mudah jika Iman dan Taqwa kuat di dada dan segala amalan pengabdian hanya kerana Allah semata-mata. Bukan yang lainnya. Bukan kerana Harta dan Kuasa. Semuanya tiada erti di Hari yang tiada siapa dapat menolong kita.

Saya amat jauh dari ukuran itu. Semoga Allah memelihara pemahaman saya dan semoga saya tidak tersasar. Saya menulis entry ini bukan untuk berdebat. Tetapi semata-mata untuk berkongsi apa yang saya tahu. (Sharing is Caring). Semoga bermunafaat. Mohon mendapat teguran di mana yang kurang sempurna.

Memohon perlindunagan Mu Ya Rabb.......


.............................

Monday, August 19, 2019

(#V86) STONE THE DEVIL (PT.2) SEMBAH SISTEM SETAN - JAMRAH VS OBELISK



A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:1


A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
(Al-Faatihah 1:2


Alhamdulillah hari ini saya rasa sihat. Dua hari saya di Tangkak, Johor dan Melaka memantau Taska dan Tadika SmarTop Subur Fitrah yang saya bantu urus bersama teman akrab saya Dato Safaruddin suami isteri. Nanti insyaAllah saya cerita sedikit mengenai episod saya di sana.

Hari ini saya buka Utube dan terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat seperti yang ada di atas ini. Waktu kebelakangan ini saya cuba mengikuti ceramah-ceramah mengenai akhir zaman dan pagi ini saya melihat rencana ini untuk saya kongsikan pada yang mahu berfikir-fikir dan berzikir.(Saya pinjam perkataan seorang Ustaz).

Ini musim jemaah Haji Malaysia pulang ke Tanah Air. Terfikir-fikir isu yang di bangkitkan oleh The Bike Preacher ini. Semasa saya mengerjakan Haji dahulu tidak terfikir hal ini. Semoga Allah mengampuni dan menerima amalan yang sedikit dan kurang sempurna. Semoga generasi sekarang akan lebih peka dengan hal-hal Akhir Zaman semoga berhati-hati dan membuat persedian sewajarnya kerana ia sudah amat hampir. (Cuba ikuti juga ceramah mengenai hal ini oleh Shaikh dan Ulamak lainnya untuk kepastian lanjut). Walaupun sudah hampir akhir Zaman kita tidak sepatutnya memberhentikan segala aktiviti untuk mencapai kejayaan hidup dunia dan akirat. Ustaz kata kita harus patuhi sebuah Hadith yang bermaksud: Jika esuk di isytiharkan hari Qiamat dan kita ada sebiji benih ditangan, maka kita wajib terus menanam benih itu. Jangan putus asa kerana Allah maklum segalanya. Allah maha Mengetahui semua yang Nyata dan semua yang tersembunyi.

Semoga pengikut budiman sekelian akan melihat utube yang saya share di atas.
Antara yang diceritakan ialah tiang-tiang Freemason lambang penyembahan syaitan ada di banyak tempat di dunia ini. Di Putrajaya juga ditunjukan dalam utube itu.




Saya tinggal di Putrajaya dan rumah saya berhampiran dengan Tasik. Saya lihat balik gambar dalam kamera saya dan kelihatan tiang yang ada di Putrajaya ini. Ia terletak tidak jauh dari hadapan rumah saya.

Saya rasa amat tidak seronok........

Saya hanya mampu berdoa dan cuba berhati-hati tidak terperangkap dengan Fitnah Akhir Zaman ini. Umur saya pun tinggal amat sedikit dan saya rasa amat gerun.

Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua di Malaysia ini dan tidak menjadi mangsa Fitnah Dajjal Akhir Zaman. Aamiin ya Rabb........


..................

Wednesday, August 14, 2019

Sudut Santai 6






Sorotan yang cantik, terhenti terpegun menikmati.
Cantiknya di hati sendiri, bukan bandingan
 yang bolih melukai. 
Hakikatnya semua kurniaan itu adalah dari Illahi.
Indahnya dinilai dengan hati yang 
tidak mahu sunyi . 
Hati yang subur mengabdi diri, 
kerana itu sahaja yang membawa
 ketenangan tanpa iri.



................

Saturday, August 10, 2019

Baru tahu.....@ Hari berkumpul di Arafah


Bismillah
Hari ini saya di rumah. Teringat kenagan semasa Allah kurnia peluang berada di Arafah pertama kali semasa saya menunaikan fardhu Haji pada berumur 35 tahun pada tahun 1982. Alahamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga..

Tetapi pada masa itu banyak hal yang saya belum tahu mengenai keindahan Islam seluruhnya. Penyesalan yang amat sangat. Semoga Allah ampunkan segala kekurangan dan kelemahan dan segala dosa-dosa.

Hari ini saya ingin kongsikan dua ayat yang Allah turunkan semasa umat Islam wukuf di Arafah. Pertama di bawah ini:

A003

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3




Ini ayat kedua:

A172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172




Ayat yang pertama diatas harus membina keyakinan pada setiap insan bahawa tidak ragu lagi bahawa Islam adalah deen yang Allah redha untuk difahami dan di hayati. Tidak perlu lagi mencari yang lain-lain atau membanding dengan kitab-kitab yang lain.

Ayat yang kedua mengingatkan kita bahawa kita sudah mengakui dihadapan Allah bahawa Allah swt adalah Tuhan kita. Setiap insan sudah bersaksi. Ustaz berpesan  supaya jangan kata tidak tahu atau tidak ingat. Allah telah mengingkatnya dalam alQuran. Sebab itu kita kena baca, faham dan laksana.

Ini adalah ingatan buat saya dan keluarga saya utamanya. Banyak lagi ilmu dan peristiwa yang saya belum tahu. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memudahkan usaha kita mendapatkan RedhaNya. Aamiin ya Rabb....


.............................

Friday, August 9, 2019

Qurban.....


Eid adha mubarak arabic calligraphy greeting card Premium Vector

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN.
10 Dzulhijah 1440
11 Ogos 2019

Bicara Qurban:
                               
Image result for quotation s on eidul adha.


Mengingat semula ayat-ayat alQuran berkaitan.
Semoga Allah menghampirkan kita padaNYA.


A102
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
(As-Saaffaat 37:102) |



A034
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
(Al-Hajj 22:34) |




A031
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).
(Al-Hajj 22:31



Selamat berpuasa Hari Wukuf di Arafah
.......................................................
foto ehsan carian google.
Related Posts with Thumbnails