"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 4, 2020

Sekadar ketagih sembang ......

A001

Mata hari baru mula menyinsing. Saya baru mahu ambil angin pagi
 dan berjalan cepat demi kesihatan.
 Maka saya pendekan program, balik rumah untuk
 persediaan kekawan sekolah suami saya dahulu yang akan  datang ziarah
 untuk early lunch di rumah saya.
Sudah lama ia dirancang dan hanya dapat dibuat baru-baru ini sesudah PKPP.
Saya tidak bersedia banyak kerana saya katakan pada suami kita beli sahaja nasi Arab dari kedai makan berdekatan di Ayer8, Putrajaya.
Kekawan ini tidak datang serentak dan akhirnya makan jam12.30 tengah hari.
Saya tidak masuk bercerita kerana saya tidak dari sekolah yang sama.
Mereka dari Sekolah Menengah di Sungai Petani.
Mereka ditingkatan lima sains tahun 1966.


Sebenarnya mereka ketagih bersembang yang amat sangat kesan dari PKP
akibat kovid 19. Saya pula tidak begitu  kerana kegemaran saya berlainan.
Bila umur meningkat  fakta kekawan amat mengambil peranan penting.
 Subject sembang tidak sama seperti orang muda.
 Saya hanya senyum mendengari
kisah masing-masing dahulu dan sekarang.
 Siapa yang masih muda tidak mudah faham karenah warga tua. 
Diumur ini mereka suka bercerita semasa di sekolah dahulu, 
semasa dimarahi guru dan semasa mula-mula mengenali kawan sekelas yang
cantik rupawan. Mereka tidak bercerita menganai kerjaya mereka.
 Saya terus senyum sahaja di celah-celah gelak ketawa mereka....

Kami makan dan bersembang hingga pukul 3 petang dan berhenti kerana
 menyedari sudah terlalu lewat untuk solat Dzohor.
Selepas solat sambung lagi dengan minum kopi panas dan sedikit kuih muih.
Ada yang tidak daya untuk terus sembang dan masa pun hampir waktu Asar.
Maka berhentilah bersembang, ambil foto kenangan.
Hingga bertemu lagi....insyaAllah, mereka pamit pulang.


Hingga Allah izin bertemu lagi.......



Wednesday, July 1, 2020

Pentingnya Ibu dalam usaha menghapus dosa......



A001
Amat berat dosa yang kita tanggung jika dalam hidup ini kita abaikan Ibu kita. Mudahnya dosa terhapus jika dalam hidup ini kita sentiasa ambil peduli atas Ibu kita. Kita sayang Ibu kita tanpa mengira sama ada Ibu sayang pada kita. 

Setiap kali saya mendengari betapa pentingnya Ibu dalam hidup kita, saya terus menyesali diri takut kalau-kalau Allah masih belum mengiktiraf saya bahawa saya sayang padanya dan telah sempurna tindakan saya dalam mengambil peduli tentang kesejahteraannya.Saya hanya mampu sentiasa memohon ampun untuknya. Semoga Allah memuliakan Ibu di sisiNYA.

Jom kita ikuti ceramah Ustaz Adi Hidayat .........
Amat bermunafaat buat kita semua.



Sunday, June 28, 2020

Setiap kali lihat Ustaz Ebit Lew di Utube akan teringat Abdur-Rahman ibn Awf....



A001
Alhamdulillah kita jumpa lagi berkongsi Utube diatas mengenai Abdur-Rahman ibn Awf. Beliau bukan Sahabat Nabi SAW tetapi diiktiraf Tabiin. Amat kaya dan amat pemurah hati. Tiada siapa menandingi beliau. Tahap keImannannya amat tinggi dan Rasulullah SAW mengatakan pada Sayidina Umar Ibn Khatab utk mencarinya dan mintalah Ia mendoakan apa sahaja kerana Rasulullah kata Allah akan makbulkannya. Waalu pun sudah banyak menyumbang pada pemerintah untuk peperangan, tetapi Ad Rahman bin Awf ini tetap akan bersama berperang.

Dengarilah ceritanya di atas.......

Di Malaysia kini saya suka mengikuti kisah Ustaz Ebit Lew yang kaya dan banyak membantu mereka yang amat tidak berkemampuan tidak mengira agama dan keturunan. Strategy dakwahnya amat halus. Alhamdulillah ramai yang masuk Islam di bawah tarbiahnya. Dia bukan Islam asli. Ia keturunan Cina dan masuk Islam semasa umur remaja. (bolih baca kisahnya di uTube bagi siapa yang belum mendengarinya).

Saya sering berangan-angan mengatakan kalaulah Allah kurnia kekayaan, saya akan ikut jejak Abd Rahman Awf dan sekarang di Malaysia seperti Ustaz Ebut Lew.

Tersentak mendengari Ustaz menegur silapnya anagan-anagn seperti itu. Ustaz kata "Besedekahlah sampai jadi kaya, dan bukan tunggu kaya baru bersedekah". Allah amat suka pada orang yang sentiasa membantu orang lain, denagan apa jua cara.
Untuk teteman seperti saya, Jom ubah cara. Walau sedikit kita bersedekah. Semoga makin hari kita makin kaya. Semoga kita Redha dan Allah Meredhai. Aamiin.......



Friday, June 26, 2020

Santai minggu ini .... Ziarah jangan tak ziarah.


A001
Berakhirlah Bulan Syawal 1441 Hijrah.
Alhamdulillah Allah kurnia kesempatan ziarah saudara mara di Kampung.
Pertama kucing kesayangan keluarga anak buah saya
di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru saya rakam untuk kenanagan.
Rasulullah SAW sayang kucing. Maka kita santuni juga kucing.



Ini anak buah saya. Thaldiri namanya. Tidak berapa sihat.
Semoga Allah temuakan perubatan yang sesuai.


Kami cuba bersembang santai mengikuti peraturan TKPP Covid19.
Kami tidak berlama-lama kerana khuatir melanggar peraturan.
Namun semangat silaturhaim tetap terjalin. Cucu saudara yang juga 
Doktor perubatan memeriksa anak buah saya dan isterinya supaya mendapat perhatian yang sewajarnya di Hospital. Semoga Allah melimpah belas kasihanNYA......


Di Parit Semerah Pontian tempat saya dibesarkan saya ziarah dua orang
kakak-kakak saya. Di kiri saya berumur 80 tahun dan di kanan saya 84 tahun.
Alhamdulillah masih bolih mengurus diri dan masih ada kederat pergi
kelas-kelas pengajian .


Yang 80 tahun masih bolih memasak kesukaan keluarga, mee bandung istimewa.


Kenanagan minuman pagi bersama. Kakak saya yang ini selalu makan berseorangan.
Kali ini saya bawa dia ke Johor Bahru dan Kota Tinggi.



Bersama dengan Abang Ipar saya yang kini 90 tahun. Berbaju putih
Alhamdulillah Allah kurnia isteri muda ganti arwah kakak saya 
yang masih kuat
untuk menjaganya  dan membahagiakan hidupnya.


Hidangan kueh muih Hari Raya yang dihidang walaupun 
Syawal sudah hampir tamat.
Alhamdulillah. Dalam setiap ujian ada hikmahnya.

Walaupun masih ada Covid19, Ziarah tetap Ziarah.
Salute kepimpinan Perikatan Nasional yang dapat mengurus dan mengatasi 
wabak virus ini. Semoga Allah memberkati.


Thursday, June 25, 2020

Who could imagine THE END OF THE WORLD would be like this - Hamza Yusuf



A001
Kali ini saya ingin kongsikan video di atas kerana saya rasa ia amat bagus untuk kita memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling kita dan yang di luar sana.

Saya suka mengikuti ceramah-ceramah Shaikh Hamza Yusuf. Beliau memeluk Islam semasa berumur 18 tahun. Beliau lama mengaji di Mauritania. Saya kagum dengan pilihan itu kerana ramai yang kita tahu mengaji di Mesir, Saudi atau Jordan dan Syria.Maka saya "research" sedikit apa ada di Mauritania. Rupanya Mauritania adalah satu negara Islam yang melahirkan ramai ulama' terkenal di dunia. MasyaAllah.....

Beliau lama di Mauritania dan tinggal lebih 10 tahun supaya benar-benar dapat menghayati budaya Islam yang di praktikan oleh rakyat biasa dan terutamanya Guru-guru yang gigih dan berilmu tinggi. Antara lain beliau mengatakan beliau mahu betul-betul memahami Bahasa Arab kerana AlQuran diturunkan dalam Bahasa Arab.

Antara Tuan Guru beliau ialah Shaikh Abdur Rahman Ould yang dikenali juga sebagai Murabit AlHajj.  Saya amat kagum mendengari cerita Shaikh Hamza Yusuf mengenai Tuan Guru ini. Antaranya ialah Tuan Guru ini berpakaian biasa sahaja dan oleh kerana beliau selalu berada ditengah padang pasir maka kelihatan seperti keadaannya tidak terurus. Tetapi kata Shaikh Hamzah Yusuf apabila ia duduk berdekatan dengan tuan Guru ini beliau berbau amat harum seperti bau Kasturi.

Shaikh Hamzah sendiri pun rasa amat kagum kerana bukan senang seorang Ulama' itu sentiasa berbau wangi.Shaikh ini sudah meninggal dunia. Semoga Allah Rahmati Ruhnya. Kita kehilangan seorang Ulama tersohor. Innalilahi.........

Semoga video ini memberi munafaat buat semua yang mendengarinya.
Alangkah baiknya kalau kita dapat berguru demikian.........

Foto Shaikh Hamza Yusuf dari Wikipedia.

Hamza Yusuf
HamzaYusufYale.jpg
Yusuf at Yale University, 2016
TitleShaykh; Dr.

Di bawah Foto Shaikh Murabit Alhajj, berbaju putih.
Ehsan carian Google.
(Saya difahamkan kini Shaikh ini sudah meninggal dunia)












.......

Wednesday, June 24, 2020

"La haulawala quwataillabillah"......

A001
Ù„َا Ø­َÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللهِ العَÙ„ِÙŠِّ العَظِÙŠْÙ…ِ

TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN DENGAN KEKUATAN ALLAH
YANG MAHA TINGGI DAN LAGI MAHA AGONG


Sejak kecil saya diasuh dan dididik supaya membesar tanpa banyak karenah
dari semua segi. Makan seadanya, berpakaian seadanya dan menghibur diri
 tanpa melibatkan kos. Ramai kekawan waktu itu yang macam saya.
Kata kakak-kakak saya kami makan jarang-jarang makan nasi.
Mencukupi makan ubi keladi keledek.
Cara hidup keluarga pendatang harus bersesuaian dengan
 keadaan yang serba tidak mencukupi.
Alhamdulillah mencukupi berkat usaha gigih emak dan bapak berjimat ceremat.

Bapak saya meninggal pada tahun 1963 ketika umurnya hampir 
satu ratus tahun mengikut ingatannya.
Waktu itu saya berumur 16 tahun.
Ini bermakna bapak saya sampai di Malaysia dipercayai pada awal tahun 1900.
Namun "pendatang" waktu itu tidak sama seperti hari ini.
Bapak saya dibenarkan menebang hutan secara kumpulan. Itu ceritanya.
Kemudian pohon getah ditanam dan saya membesar berasaskan cara hidup
 kampungan yang serba kekurangan. Alahamdulillah. Bapak saya tidak pernah cerita 
hidupnya susah walaupun sememangnya susah.
Kami semua terima seadanya. Bahagia cara pendatang....
Waktu bapak ada saya selalu duduk bersamanya waktu petang dan
saya bantu dia gulung rokok daun kesukaannya.
Hanya dengan tembakau dan cengkeh sahaja ingatan saya.

Allah maha adil pada hamba-hambanya.
Jika kita rajin berusaha Allah kurnia sewajarnya. Bapak saya seorang
 "santri" pasentren dan dia bekerja kuat sebagai pekebun kecil sambil mengajar
 kekawan seiringan Ilmu Fardhu Ain.
Ada sebahagian kitab-kitab dalam bahasa Jawa yang saya kumpul dan simpan.
Tetapi dalam saya berpindah randah saya hilang sebahagiannya.

Saya hanya mendengari ceritanya kerana saya bongsu dalam keluarga dan
tidak dikira perlu untuk tahu semuanya.
Dan saya membesar dan mendewasa tanpa banyak menghadapai masaalah sosial.
Alhamdulillah umur saya samapai kini dan rasa seronok saya keturunan keluarga pendatang.
Kami kerja kuat dengan tulang empat kerat.
Waktu cuti sekolah saya ikut emak saya menoreh getah di kampung lain.
Kami tinggal menumpang saudara di rumahnya dipinggiran hutan.
Allah maha kasih sayang pada hambanya. Kini saya mengerti sebab waktu itu
saya tidak pernah rasa takut pada binatang seperti harimau
yang sesekali memasuki kampung.
Babi hutan adalah perkara biasa. Ular pun berkeliaran juga.
Alahamdulillah Allah pelihara dan kami selamat tidak pernah jadi mangsa.



Kini saya sudah tergolong dalam warga tua.
Umur 74 tahun penuh peristiwa.
Bunga-bunga yang cantik seperti di atas ibaratnya kini sepeti dedaun yang saya
kongsikan di sini juga nyata.
Alhamdulillah Allah kurnia rasa insaf dan bersyukur atas segala kurniaanNya.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan apa yang Allah kurnia buat kita.

Nanti bila ada kemampuan dan kesempatan saya cerita lagi peristiwa.
Kecelaruan politik kini buat saya rasa hiba.
Sama-sama kita berdoa apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Antaranya kita mula memahami kecelaruan yang akan berlaku di Akhir-akhir zaman. 
Maka kita diingatkan untuk membuat persediaan dari semua aspek kehidupan.

Semoga kita tidak di buai kemegahan harta dan hiburan.
Semoga kita sentiasa berusaha memperbaiki cara berfikiran dan mohon Kebijaksanaan.
Dan lain-lain lagi yang para Ustaz sarankan.
Kita ikuti sekarang kerana diakhir-akhir nanti Allah ambil dahulu Ilmuan yang
dapat mengajarkan kita erti Iman dan Taqwa yang mendalam.
Semoga kita tidak tertinggal dan ketinggalan.
Semoga Allah kurnia buat kita belas kasihan dan kasih sayang.
Aamiin ya Rabbalalamiin....



Saturday, June 13, 2020

Jangan Rugi macam saya rugi..........



A001
Video perkongsian saya hari ini buat saya rasa agak tersedih dan teringatkan kesalan-kesalan yang tidak dapat saya ubah tanpa pertolongan. Semoga Allah menurunkan pertolonganNya sentiasa dan semoga tiada lagi kesalan samapainya ke Akhir Hayat. Aamiin ya Rabb......
Maka saya ingin kongsikan video ini pada semua teteman di sini semoga tidak rugi macam saya rugi. Saya rasa kerugian kerana bila umur sudah lanjut dewasa baru mengenali Ibadah Tahajjud. Semoga Allah mengurnia kasih sayangNYA pada kita semua dan semoga Allah terima segala permohon Taubat dan menerima amalan yang sedikit-sedikit yang termampu dan semoga Allah menerima doa-doa kita. Aamiin ya Rabb....

Saya turunkan ayat-ayat yang disebut oleh Ustaz di atas tadi untuk rujukan yang mudah. Semoga Allah mudahkan usaha kita mendapat RedhaNYA. Aamiin ya Rabb.....


A079

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Al-Israa' 17:79


A080
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",
(Al-Israa' 17:80


A081
Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
(Al-Israa' 17:81) |



..............
Related Posts with Thumbnails