Mata hari baru mula menyinsing. Saya baru mahu ambil angin pagi
dan berjalan cepat demi kesihatan.
Maka saya pendekan program, balik rumah untuk
persediaan kekawan sekolah suami saya dahulu yang akan datang ziarah
untuk early lunch di rumah saya.
Sudah lama ia dirancang dan hanya dapat dibuat baru-baru ini sesudah PKPP.
Saya tidak bersedia banyak kerana saya katakan pada suami kita beli sahaja nasi Arab dari kedai makan berdekatan di Ayer8, Putrajaya.
Kekawan ini tidak datang serentak dan akhirnya makan jam12.30 tengah hari.
Saya tidak masuk bercerita kerana saya tidak dari sekolah yang sama.
Mereka dari Sekolah Menengah di Sungai Petani.
Mereka ditingkatan lima sains tahun 1966.
Sebenarnya mereka ketagih bersembang yang amat sangat kesan dari PKP
akibat kovid 19. Saya pula tidak begitu kerana kegemaran saya berlainan.
Bila umur meningkat fakta kekawan amat mengambil peranan penting.
Subject sembang tidak sama seperti orang muda.
Saya hanya senyum mendengari
kisah masing-masing dahulu dan sekarang.
Siapa yang masih muda tidak mudah faham karenah warga tua.
Diumur ini mereka suka bercerita semasa di sekolah dahulu,
semasa dimarahi guru dan semasa mula-mula mengenali kawan sekelas yang
cantik rupawan. Mereka tidak bercerita menganai kerjaya mereka.
Saya terus senyum sahaja di celah-celah gelak ketawa mereka....
Kami makan dan bersembang hingga pukul 3 petang dan berhenti kerana
menyedari sudah terlalu lewat untuk solat Dzohor.
Selepas solat sambung lagi dengan minum kopi panas dan sedikit kuih muih.
Ada yang tidak daya untuk terus sembang dan masa pun hampir waktu Asar.
Maka berhentilah bersembang, ambil foto kenangan.
Hingga bertemu lagi....insyaAllah, mereka pamit pulang.
Hingga Allah izin bertemu lagi.......
No comments:
Post a Comment