"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, August 11, 2020

Saya rasa penat....@ Tetapi perlu mendengari juga.

A001


Pagi itu saya berfikiran amat penat...yea, penat. Tidak tahu nak buat mana dahulu dalam rutin harian. Maka saya bertukar pakaian dan ambil keputusan untuk jalan perlahan di tepi tasik berhampiran rumah saya di Putrajaya.
 Rasa agak lega.
Sambil itu minda saya teringatkan berbagai hal yang sedang berlaku di sekeliling.Bukan saya suka berfikir politik tetapi bila terlihat video mengenai politik di Malaysia saya rasa macam terlalu beku di hati......beku ibarat tidak tahu ingin ikut pendapat yang mana. Ada yang suka Muafakat Nasional, ada yang suka Perikatan Nasional, ada yang mahu membentuk gabungan lain tetapi tidak yakin bagaimana dan bila mana dan ada berbagai lagi fikiran.
Saya tidak berminat sepenuhnya mengikuti cara fikiran yang tertara di utube. Tetapi saya dengari juga kerana mana tahu dalam umur yang lanjut ini saya masih diberi peluang oleh Allah untuk memilih kepimpinan nanti di Pilihan Raya Umum15. Agak terlalu jauh saya berfikir. Cuma saya katakan pada suami kita kena pilih kepimpinan yang berwibawa yang dapat mengikut contoh yang dibawa oleh Khulafak ArRashidin dalam sejarah kepimpinan Islam.
Kemana kita kalau bukan bersedia untuk melalui fenomena Akhir Zaman dan kemudian semua kita akan dibawa kehadapan Makhkamah Agong yang tidak akan ada Peguambela.
 Hanya kita dan pegangan aqidah kita dan amalan soleh kita.
Mohon keampunan Mu ya Rabb.
 Tunjuki kami jalan yang Benar dan kurniakan kami 
kesudahan yang Engkau Redha.

Dalam hati yang mula selesa di pagi hari saya terus berjalan dan melihat-lihat kiri kanan saya. Di bawah ini saya kongsikan apa yang memikat hati saya pagi itu. Rasa nyaman. Alhamdulillah.


Kehijauan.....


Putih berseri....


Kuning menyinari hati....


Unggu warna yang melambangkan kasih disanubari.....


Tetapi dedaun yang kering pun bolih memikat nilai kecantikannya....

Saya berjalan-jalan agak lama. Matahari tidak sangat menampakan diri dan suasana tidak panas. Teringat pulak kes-kes yang sedang dalam perhatian SPRM dan Mahkamah.
Saya tidak pandai komen. Cuma saya berdoa semoga yang benar Allah kurnia pembelan yang sewajarnya dan yang tidak benar Allah lahirkan keinsafan untuk bertaubat dan menghadapi saat-saat akhir yang terbela di sisiNYA. Saya terbaca juga komen-komen yang kesat bahasanya, ada yang bertutur tanpa berfikir dua kali akan kesannya dan berbagai lagi. Saya katakan pada diri sendiri untuk hati-hati jangan tersasar pilih pendapat mana yang benar. Semoga Allah memimpin.

Saya cuba elak berfikir serious dan saya alih hala jalan-jalan saya menuju 
 kebelakang rumah saya. Tidak jauh.


Lorong kecil dibelakang rumah.


Ada seorang teman tanam pokok pisang. Saya biarkan dan lihat apa akan jadi.
Semoga ada rezeki pisang. Allah yang maha Kurnia.

Agak hilang rasa penat. Hati saya rasa ringan selepas melihat apa yang ada di luar rumah. Sya patah balik untuk pulang kerumah. Saya bertemu seekur kucing dan saya cuba bertindak mesra. Tetapi ia bangun pergi. Sempat juga saya ambil fotonya.


Cantik kan.....
Kucing adalah kesayangan Rasulullah sallallahualaihi wasalam. Ustaz selalu pesan ingat selalu dan bersolawatlah  pada Junjunagan kita. Dan buatlah sebanyak kebajikan yang termampu semoga mendapat Syafaatnya nya di hari yang kita semua mengharapkan pertolongan.

Itu dulu kali ini. InsyaAllah kita dapat kongsikan yang lainnya pula.


Jom minum kopi......
😊

Sunday, August 9, 2020

Bingung berfikir bila Ilmu tidak tuntas....



A001
Lebih dua minggu yang lalu saya menulis mengenai cerita Hagia Sophia yang kini menjadi Masjid. Saya "gembira" dengan berita itu kerana selama ini saya berfahaman bahawa Hagia Sophia itu adalah hak mutlah negara Turkey apabila Sultan Muhammad Fatih telah menawan Constantinople dan kini nama barunya ialah Istanbul. Maka peristiwa itu adalah sejarah yang gemilang dalam fahaman saya.

Dalam umur kini saya hanya mengikuti berita-berita melalui Utube. Maka pengetahuan saya amatlah terhad. Ini membuat saya rasa agak bingung kerana ada Ilmuan atau Shaikh yang berpendapat berlainan dari apa yang diperkatakan oleh pihak yang mengatakan bahawa amat tepat bagi Presiden Erdogan untuk menjadikan Hagia Sophia dari sebuah Museum ke sebuah Masjid. Ramai yang berpendapat demikian. Katanya Sultan Muhamad Fatih telah membeli Cathedhril itu dan mewakafkannya pada kerajaan Turkey.

Antara Shaikh yang saya dengari di utube yang mengatakan langkah itu tidak sah adalah Shaikh Imran Husain dari Trinidad dan Shaikh Omar Baloch keturunan Pakistan yang bermustautin di Amerika Syarikat. Isu yang kurang jelas buat saya  ialah apakah takrif "penaklukan" dan "pembukan" sesebuah negara dalam Syariat Islam. Dua pendapat yang berlainan ini menimbulkan pula isu pihak Israel yang dikatakan berhak pula membina Temple Sulaiman di tapak Masjidil Aqsa. 

Saya risau........

Tujuan saya menulis di sini adalah semata-mata untuk menyatakan keriasuan saya kerana ada dua pendapat yang bertentangan. Anda yang berminat mengenai hal ini boleh cari sendiri di Utube. 

Ilmu saya sedikit dan tidak tuntas. Semoga segala kerisauan saya dan kebingungan saya Allah ampunkan dan semoga saya tidak di kira jahil dan berdosa kerana serba salah dalam menentukan pendirian pemahaman saya sendiri.

Semoga Allah melimpahkan taufiq dan hidayahNYA pada kita semua dan kita selamat di dunia dan di akhirat.

Aamiin ya Rabb......



Saturday, August 8, 2020

Quran, Prophecy of Lebanon & Why Your City Can Be Next


A001
Alhamdulillah saya terjumpa video di atas. Saya kira ini sambungan video yang saya kongsikan sebelum ini. Semoga dapat mencari masa untuk mendengarinya. Semoga Allah memberi Taufik dan HidayahNYA untuk kita memahami isi kandungan apa yang diperkatakan. 

Saya cuma ingin kongsi untuk fikir-fikir. Kita boleh rujuk pada Ustaz dan shaikh yang lebih berilmu dan beriman dan bertaqwa semoga dapat menambah kefahaman untuk kita mencari Kebenarn. Hidup hanya sekali ini sahaja. Semoga Allah kurnia umur dan Ilmu yang bermunafaat.

Mohon keampunan Ya Allah. Semoga Engkau kurnia Kasih Sayang dan Rahmat Mu yang tidak terhingga  Ya Allah. Semoga kami tergolong dalam jumaah yang Engkau iktiraf hamba-hambaMu yang benar-benar beriman dan bertaqwa dan akhir hayat kami dalam pelukan RedhaMu.
Aamiin Ya Rabb......




Thursday, August 6, 2020

Beirut, Lebanon’s 2 Major Explosions: An Analysis


A001
Saya terkejut dan sedih mendengari berita letupan besar di Beirut Lebenon.
Maka saya kongsikan video di atas untuk kita tahu serba sedikit aspek-aspek lain yang mungkin berkaitan. Saya amat tidak tahu sepenuhnya cerita ini. Cuma saya kongsikan untuk kita dengari kot-kot ia bermunafaat untuk kita memahami senario politik dunia sekarang.
Makin hari makin saya rasa khuatir mengenai fenomena akhir zaman....
Allahu'alam.

Tuesday, August 4, 2020

BUAT TEMPAT INI DI RUMAH, ALLAH AKAN MUDAHKAN REZEKI & DO'A CEPAT TERKAB...




A001
Alhamdulillah saya amat teruja bila menemukan video yang saya kongsikan di atas ini. Jom kita buat. Semoga Allah kurnia yang terbaik buat kita seperti yang di katakan oleh Ustaz Adi Hidayat itu.....dengan RammatNYA semata-mata.





Saturday, July 25, 2020

SAYA FIKIR SEMULA.....@Penaklukan Konstantinopel Belum Terjadi? �� Sheikh Imran Hosein



A001
Mohon ambil perhatian.

Perkongsian saya hari ini adalah untuk membetulkan fakta pemahan saya mengenai sejarah Hagia Sophia dalam penulisan saya sebelum ini bertarikh 24 Julai 2020.

Saya sebagai seorang yang tidak banyak Ilmu alQuran dan Hadith sememangnya bolih tersilap fahaman. Sila ikuti Video di atas yang mengatakan keputusan Negara Turkey dan fahaman dunia hari ini tidak tepat bahawa semalam berlaku sejarah besar apabila Hagia Sophia dikembalikan jadi Masjid. Saya kira ia bermaksud 'silap'.

Sila ikuti dan kita berdoa Allah tunjuki yang sebenarnya. Dalam umur saya sekarang (74 tahun) Peperangan  Malhamah yang besar itu (yang disebut dalam video di atas) rasanya saya tidak dapat menyaksikannya untuk tahu Tafsiran yang mana yang tepat dan betul.

Subhanallah.......
Maha Suci Allah.
Kebenaran hanya ada padaNYA.
Semoga Allah ampunkan segala kesilapan.
Allah yang maha Pengampun, Mengetahui dan maha Bijaksana.


Friday, July 24, 2020

Detik Sejarah dalam hidup kini.....@ LIVE from Hagia Sophia.



A001
Alhamdulillah.
Hari ini dalam sejarah amat bermakna buat saya dan saya yakin buat Umat Islam khususnya.
Saya kongsikan Detik Sejarah ini semoga menjadi pendorong kuat semangat perjuangan.


(sedikit nota kaki: Foto di atas ada kesilapan semasa saya "share" dan tajuknya jadi lain sedikit....bukan education tetapai mengenai Hagia Sophia. Maaf dan sila ambil maklum).



Related Posts with Thumbnails