"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, August 11, 2020

Saya rasa penat....@ Tetapi perlu mendengari juga.

A001


Pagi itu saya berfikiran amat penat...yea, penat. Tidak tahu nak buat mana dahulu dalam rutin harian. Maka saya bertukar pakaian dan ambil keputusan untuk jalan perlahan di tepi tasik berhampiran rumah saya di Putrajaya.
 Rasa agak lega.
Sambil itu minda saya teringatkan berbagai hal yang sedang berlaku di sekeliling.Bukan saya suka berfikir politik tetapi bila terlihat video mengenai politik di Malaysia saya rasa macam terlalu beku di hati......beku ibarat tidak tahu ingin ikut pendapat yang mana. Ada yang suka Muafakat Nasional, ada yang suka Perikatan Nasional, ada yang mahu membentuk gabungan lain tetapi tidak yakin bagaimana dan bila mana dan ada berbagai lagi fikiran.
Saya tidak berminat sepenuhnya mengikuti cara fikiran yang tertara di utube. Tetapi saya dengari juga kerana mana tahu dalam umur yang lanjut ini saya masih diberi peluang oleh Allah untuk memilih kepimpinan nanti di Pilihan Raya Umum15. Agak terlalu jauh saya berfikir. Cuma saya katakan pada suami kita kena pilih kepimpinan yang berwibawa yang dapat mengikut contoh yang dibawa oleh Khulafak ArRashidin dalam sejarah kepimpinan Islam.
Kemana kita kalau bukan bersedia untuk melalui fenomena Akhir Zaman dan kemudian semua kita akan dibawa kehadapan Makhkamah Agong yang tidak akan ada Peguambela.
 Hanya kita dan pegangan aqidah kita dan amalan soleh kita.
Mohon keampunan Mu ya Rabb.
 Tunjuki kami jalan yang Benar dan kurniakan kami 
kesudahan yang Engkau Redha.

Dalam hati yang mula selesa di pagi hari saya terus berjalan dan melihat-lihat kiri kanan saya. Di bawah ini saya kongsikan apa yang memikat hati saya pagi itu. Rasa nyaman. Alhamdulillah.


Kehijauan.....


Putih berseri....


Kuning menyinari hati....


Unggu warna yang melambangkan kasih disanubari.....


Tetapi dedaun yang kering pun bolih memikat nilai kecantikannya....

Saya berjalan-jalan agak lama. Matahari tidak sangat menampakan diri dan suasana tidak panas. Teringat pulak kes-kes yang sedang dalam perhatian SPRM dan Mahkamah.
Saya tidak pandai komen. Cuma saya berdoa semoga yang benar Allah kurnia pembelan yang sewajarnya dan yang tidak benar Allah lahirkan keinsafan untuk bertaubat dan menghadapi saat-saat akhir yang terbela di sisiNYA. Saya terbaca juga komen-komen yang kesat bahasanya, ada yang bertutur tanpa berfikir dua kali akan kesannya dan berbagai lagi. Saya katakan pada diri sendiri untuk hati-hati jangan tersasar pilih pendapat mana yang benar. Semoga Allah memimpin.

Saya cuba elak berfikir serious dan saya alih hala jalan-jalan saya menuju 
 kebelakang rumah saya. Tidak jauh.


Lorong kecil dibelakang rumah.


Ada seorang teman tanam pokok pisang. Saya biarkan dan lihat apa akan jadi.
Semoga ada rezeki pisang. Allah yang maha Kurnia.

Agak hilang rasa penat. Hati saya rasa ringan selepas melihat apa yang ada di luar rumah. Sya patah balik untuk pulang kerumah. Saya bertemu seekur kucing dan saya cuba bertindak mesra. Tetapi ia bangun pergi. Sempat juga saya ambil fotonya.


Cantik kan.....
Kucing adalah kesayangan Rasulullah sallallahualaihi wasalam. Ustaz selalu pesan ingat selalu dan bersolawatlah  pada Junjunagan kita. Dan buatlah sebanyak kebajikan yang termampu semoga mendapat Syafaatnya nya di hari yang kita semua mengharapkan pertolongan.

Itu dulu kali ini. InsyaAllah kita dapat kongsikan yang lainnya pula.


Jom minum kopi......
😊

No comments:

Related Posts with Thumbnails