"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, August 19, 2020

Saya suka Shaikh Hamza Yusuf TETAPI mengapa ini??? @UAE, Israel & Sh. Hamza Yusuf Connection


A001
Subhanallah.........
Sekarang ini saya rasa amat sedih, amat sedih sekali....tidak terkata kesedihan saya. 
Mendengari cerita mengenai United Arab Emirate membuat perjanjian damai dengan Israel sudah membuat saya terkedu berdebar hati dan rasa amat kecewa. Tetapi apabila saya mengikuti dan mendengari pula apa yang ada dalam video diatas saya rasa agak "Marah" dan rasa seperti tidak percaya Shaikh Hamzah Yusuf boleh menjadi penasihat dan pendorong untuk menjayakan perjanjian damai antara United Arab Emirates dan Israel.

Betapa saya yakin Israel (dan semua Zionists) adalah sebenar-benarnya musuh Islam. Mengapa pula Shaikh Hamza Yusuf tidak membaca dan mengerti apa yang tersurat dan apa yang tersirat. (Atau mungkin saya yang tidak mengerti dan rasa bingung dan bimbang). Saya macam tidak boleh percaya Muslihat jahat Israel ini  sedang di promosikan dan dijayakan olehnya dan Gurunya. (Maklumat dari video di atas).

Saya damaikan hati saya dengan mengatakan Allah sahaja yang maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Semoga Kepentingan dan Keselamatan Palestine tidak tergadai. Kita bolih berbeza pendapat tetapi pendapat Shaikh Hamzah Yusuf dalam keadaan sekarang ini amat mengecewakan saya. Semoga Allah mengampuni.......Semoga Allah memperbetulkan pemikiran semua yang peduli Palestine dan semoga Allah memelihara  Keistimewaan Masjid al Aqsa dan semoga  rasa bersemangat untuk berbuat sesuatu membantu mempertahankan Hak Palestine dan hak orang Islam umumnya.

Sama-sama kita renungkan ayat-ayat alQuran dibawah ini semoga Allah kurnia Taufiq dan Hidayahnya untuk mengerti hikmah disebalik apa yang sedang berlaku di dunia sekarang, dalam konteks survival negara-negara Islam, dan khususnya Palestine.


A001

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Al-Israa' 17:1) |

A002

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".

(Al-Israa' 17:2) |

A003

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.

(Al-Israa' 17:3) |

A004

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

(Al-Israa' 17:4

A005

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

(Al-Israa' 17:5

A006

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

(Al-Israa' 17:6) |

A007

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

(Al-Israa' 17:7

A008

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).

(Al-Israa' 17:8


Kita difahamkan ini janji Allah. Pasti akan berlaku.
Maka kita berdoa diakhir kemelut politik ini Umat Islam akan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat dengan kurniaan pertolongan dan Rahmat Allah semata-mata. 

Sampai di sini dahulu. Insha Allah jumpa lagi.



Tuesday, August 18, 2020

SALAM MAAL HIJRAH...@ Semoga Umat Islam bertaut......

A001

Islamic new year 1442 hijri, happy muharram, islamic holiday banner background Premium Vector

Ingat sahaja semangat Hijrah seperti ayat alQuran di bawah ini semoga Allah menunjuki jalan penyelesaian kemelut politik di Malaysia kini.

A040

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(At-Taubah 9:40) |



Monday, August 17, 2020

"Minister in the making ?"..@ Covid19.

A001


MasyaAllah...tersenyum saya bila anak saya hantar
 whatsapp foto Cucu di atas.
Guru sekolah menghantar pada Ibunya.
Yb Menteri Pendidikan melawat sekolah cucu  (Amru Fathullah) yang tinggal
 dengan saya pada hari pertama Kelas Tadik (pra seolah) dibuka
 di Sek Kebangsaan Precint 8 (1) Putrajaya.
Saya rakam kerana ini sejarah buatnya dalam kemelut Covid19.

Entah apa yang di tanyakan dan diperbualkan. Saya tertanya
 sebab cucu saya ini ada masaalah speech delay (lambat bertutur).
 Maka tidak semua perkataan akan dapat di sebut walaupun ia faham
 apa yang dituturkan.

Saya lawak dengan suami "Minister in the making".
Mana tahu ia bawa barakah dan semangat bila besar nanti.
 Semoga pertuturannya cepat lengkap dan sempurna.
 Aamiin.


Teman satu kelas agaknya cuba membantu menjawab pertanyaan. 
Nampak cerdik ia.


Ini Amru di rumah dengan adik perempuannya. 


Ini rupa wajah Amru. Foto ini saya rakam semasa Solat Sunat
 EidulFitri 1441 Hijrah
 di rumah kerana tidak bolih ke Masjid.
Semoga semua cucu membesar dan menjadi anak-anak yang
 soleh dan cemerlang.
Semoga Covid19 segera reda dan dapat di basmi sepenuhnya.
Semoga Malaysia kembali pulih dalam semua sudut kehidupan 
dengan limpah kurnia Rahmat Allah buat semua. 
Aamiin ya Rabb.....



Saturday, August 15, 2020

Solidariti dengan kaum yang di zalimi....@Kita peduli UYGHUR

A001
Awal pagi tadi saya terjumpa video di atas ini. Saya rasa bersalah kalau tidak "share" dengan orang lain, Islam dan bukan Islam. Kezaliman ada di hati manusia yang tidak mengenal Allah yang mencipta manusia dan segalanya yang ada di langit dan di bumi. Atau pun mereka tahu kewujudan Allah tetapi tidak percaya dan tidak ambil peduli.

Jom kita dengari video ini. Semoga Allah kurnia peluang dan ruang buat kita membantu kaum ini. Sekurang-kurangnya kita panjatkan doa semoga Allah meningkatkan keimanan mereka dan mengiktiraf mereka sebagai hambaNYA yang amat istimewa dan di akhirat nanti mereka menjadi penghuni Taman-taman Syurga yang tertinggi sekali....Syurga Firdaus tanpa hisab. Penderitaan mereka menjadi saksi.

Dan kita yang tidak dizalimi ini harus rasa insaf dan berusaha sedaya upaya menjadi Mukmin yang bertaqwa dan membaiki diri serta peduli atas kesangsaraan orang lain dan membantu sedaya upaya dengan apa jua cara yang termampu.
Semoga Allah sentiasa bersama dan memelihara. Ujian amat berat untuk mereka dan semoga Allah memuliakan mereka.
Aamiin ya Rabb.....



Friday, August 14, 2020

When the going gets tough, the Tough gets going.... Mengajar kita erti kehidupan.


A001
Islam mengajar kita supaya jangan berputus asa dalam menghadapi apa jua masaalah dan ujian dalam menjalani kehidupan. Saya kongsikan video di atas kerana saya terkesan dengan kegigihan dan kekuatan semangat seorang pemuda ini dalam menjalani hidup.

Saya agak terkesan kerana saya teringatkan cerita kakak-kakak saya bahawa Allahyarham bapak saya ada suatu masa ia berjalan dari Benut ke Pontian (16 batu)  di daerah Pontian Kecil, Johor semasa saya belum lahir. Bapak saya warga pendatang dari Tanah Jawa dan ia harus bekerja kuat mencari rezeki untuk keluarga. Bapak saya berjalan sambil memikul setandan buah pisang. Saya tidak berapa ambil berat waktu itu kerana kerja kuat amat lumrah bagi keluarga pendatang. Tapi bila melihat video di atas lantas saya teringat bapak saya. Rasa sayu di hati kerana saya tidak bertanya balik dengan bapak saya bila kakak saya bercerita. Saya bongsu dan bapak saya meninggal saya berumur 16 tahun. Tidak pandai bercerita-cerita hal kehidupan..........

Lihatlah sendiri cerita anak muda ini ......saya kagum!
Kita bina kekuatan minda dan fisik kita.
Namun saya masih beringat-ingat bahawa "Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah....". Maka apa jua tindakan yang kita ambil ia harus termasuk dalam runag lingkup paradigma Tauhid.
Sama-sama kita fikir zikir.......



Thursday, August 13, 2020

Jom kita dengari Ustaz ini dan kita buat macam dia semampu mungkin, sebaik mungkin.


A001
Alhamdulillah kita dapat "bertemu dan mendengari" Ustaz ini. Saya bersyukur.....
Jom kita sama-sama ikuti contoh-contohnya semoga Allah mengampunkan segala kekurangan kita dan dosa-dosa kita. 
Ya Allah kurniakan buat kami Taufiq dan Hidayah Mu dan kurniakan buat kami kekuatan Hati dan Minda dan  jadikanlah kami orang-orang yang Beriman dan Bertaqwa dan Beramal Soleh.
Ya Allah mudahkan urusan kami mendapat kurnian Redha Mu dan kurniakan kami kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb......



Wednesday, August 12, 2020

Ikatan kasih keluarga......

 A001

Alhamdulillah, sesekali dapat bermesra dengan anak cucu dan saudara mara jauh dan dekat. Saya kongsikan di sini khusus untuk anak buah saya semoga mereka akan terus menjalin silaturrahim dalam keluarga. "A family that eats together, sleeps together.... stays together."






Merai Birthday cucu-cucu sambil ucap selamat jalan pada pembantu yang berhenti bertugas dan ingin pulang ke negaranya. Semoga Allah memberkati dan segala niat dan harapan kesampaian. kesampaian.

Ada Ustaz yang tidak bersetuju cara orang Malaysia secara umumnya meraikan Birthday.
Katanya kita lebih berseronok mengingati tarikh lahir anak dan "bersuka ria makan-makan dan bermain games". Ramai yang tidak secara khusus menyatakan "terhutang budi" pada Ibu yang melahirkan.  Birthday macam merai peristiwa lahir sahaja dan ramai tidak memulakan pemahaman bahawa peranan Ibu dalam Birthday harus di tekankan. Inilah masa yang terbaik untuk melahirkan kesedaran betapa Ibu adalah terpenting dalam proses pembesaran dan mengenal kehidupan.
Setuju? Nanti kita bincang lagi.......

Allah kurnia juga kesempatan menjalin kasih keluarga
 semasa Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah. Semoga di berkati.


Anak-anak buah solat bersama semasa ziarah saya pada Hari Raya Aidul Adha dan cuba mencari waktu bertakbir membesarkan Allah pada hariTasyrik.


Tidak ketinggalan saya dan suami pergi ziarah anak-anak buah 
di Johor Baharu di Akhir Shawal yang dibenarkan oleh
 Jawatankuasa Keselamatan Negara.(PKPP)
Ada anak saudara yang sedang sakit. Maka ziarah menjadi
 lebih bermakna.......jalinan kasih sayang.


Semoga Silaturrahim keluarga berterusan dan berpanjangan.
Ini keluara arwah kakak saya nombor dua yang meninggal dunia semasa
 berumur 52 tahun pada tahun 1981. Ada dua tiga orang anak kakak saya 
nombor lima yang kini berumur 80 tahun.Ia berdiri di belakang cicitnya.
Aamiin ya Rabb.....



Related Posts with Thumbnails