Alhamdulillah, sesekali dapat bermesra dengan anak cucu dan saudara mara jauh dan dekat. Saya kongsikan di sini khusus untuk anak buah saya semoga mereka akan terus menjalin silaturrahim dalam keluarga. "A family that eats together, sleeps together.... stays together."
Merai Birthday cucu-cucu sambil ucap selamat jalan pada pembantu yang berhenti bertugas dan ingin pulang ke negaranya. Semoga Allah memberkati dan segala niat dan harapan kesampaian. kesampaian.
Ada Ustaz yang tidak bersetuju cara orang Malaysia secara umumnya meraikan Birthday.
Katanya kita lebih berseronok mengingati tarikh lahir anak dan "bersuka ria makan-makan dan bermain games". Ramai yang tidak secara khusus menyatakan "terhutang budi" pada Ibu yang melahirkan. Birthday macam merai peristiwa lahir sahaja dan ramai tidak memulakan pemahaman bahawa peranan Ibu dalam Birthday harus di tekankan. Inilah masa yang terbaik untuk melahirkan kesedaran betapa Ibu adalah terpenting dalam proses pembesaran dan mengenal kehidupan.
Setuju? Nanti kita bincang lagi.......
Allah kurnia juga kesempatan menjalin kasih keluarga
semasa Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah. Semoga di berkati.
Anak-anak buah solat bersama semasa ziarah saya pada Hari Raya Aidul Adha dan cuba mencari waktu bertakbir membesarkan Allah pada hariTasyrik.
Tidak ketinggalan saya dan suami pergi ziarah anak-anak buah
di Johor Baharu di Akhir Shawal yang dibenarkan oleh
Jawatankuasa Keselamatan Negara.(PKPP)
Ada anak saudara yang sedang sakit. Maka ziarah menjadi
lebih bermakna.......jalinan kasih sayang.
Semoga Silaturrahim keluarga berterusan dan berpanjangan.
Ini keluara arwah kakak saya nombor dua yang meninggal dunia semasa
berumur 52 tahun pada tahun 1981. Ada dua tiga orang anak kakak saya
nombor lima yang kini berumur 80 tahun.Ia berdiri di belakang cicitnya.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment