"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Kelmarin 1 Februari 2021. Saya tertunggu-tunggu semoga berakhir PKP dan semoga tidak akan ada pertambahan dan tidak akan ada lagi Covid19. Aamiin....
Di media massa timbul berbagai sepekulasi....hal Covid19, hal politik, hal ekonomi, hal keadilan sosial, hal penipuan dan berbagai lagi. Disamping itu saya mendengari juga berita orang miskin kelaparan, berita kemarahan rakyat, kebingungan para pemerhati dan berbagai lagi. Saya tertanya-tanya juga mengapa mantan Peguam Negara menerbitkan buku yang lebih menambah masaalah pada masyarakat dan tidak memberi penyelesaian.
Saya tidak lapar tetapi saya rasa seperti sesak nafas. Saya bukan positif Covid19 (mohon Allah jauhkan) tetapi "sesak nafas" memikirkan hala tuju negara dan apa yang akan berlaku pada generasi akan datang. Agaknya inilah antara petanda akhir zaman wujud di hadapan mata saya. Manusia makin celaru dalam pemikiran dan perasaan.
Saya rasa seperti sesak nafas kerana tidak dapat melihat atau memilih siapa yang saya rasa benar-benar boleh memimpin negara ini yang mementingkan Raayat sepenuhnya. Apa gunanya ada pemimpin kalau sentiasa rasa Sesak Nafas? Apa gunanya ada pemimpin kalau Raakyat tidak menentu hala mana hendak di tuju dalam mencari kesejahteraan hidup.
Anak saya nasihat saya untuk "relax". Jangan risau sangat. Sudah bukan umur warga tua untuk risau berfikir-fikir. "Mak mohon doa sahaja semoga Allah beri taufiq dan hidayah pada rakyat Malaysia semoga lahir pemimpin yang berIman dan berTaqwa dan berWibawa yang boleh diharapkan Rakyat semua peringkat, semua kaum dan semua kepentingan". Saya senyum setuju dengan nasihatnya. Saya hanya mampu berdoa......
Sampai bila pun kita tidak akan selamat jika tidak berpegang teguh pada alQuran dan Hadith Rasulullah saw. AlQuran sudah mengatakan:
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Semoga Allah kurnia Taufiq dan Hidayah dan semoga para pemimpin kita perpegang teguh pada Ayat-ayat di atas dan memperkenalkannya pada pemimpin yang belum berIman denganNya. Semoga Allah kurnia kemakmuran dan keselamatan hingga ke akhir hayat.
Saya rajin juga mengikuti Channel Chak Budi di Utube dimusim PKP ini. Ia menceritakan episodnya menjelajah kampung-kampung pendalaman mahu membantu mereka yang memerlukan terutamanya warga tua. Saya sering tersedih hati melihat betapa ramainya warga tua yang hidup bersendirian, sesetengahnya pula di tepi hutan. Teringatkan diri sendiri........
Ikutilah semoga dapat memahami isi hati warga tua. Saya pilih video di atas kerana Ibu tua ini bukan sahaja tinggal bersendirian tetapi ia juga menanggong ujian tinggi kerana penyakit Kanser yang di hidapnya.
Ibu Tua ini membuat saya amat insaf. Saya teringatkan arwah Emak saya sendiri. Emak saya banyak di jaga oleh kakak-kakak saya di kampung. Saya anak bongsu dan agak jauh beza umur dengan kakak-kakak dan waktu itu saya masih bekerja. (Dengan kakak yang terdekat beza imur saya 9 tahun dan seorang lagi 11 tahun). Saya jaga emak saya amat sedikit berbanding dengan kakak saya. Emak saya tidak selesa duduk di bandar dan seharian di rumah tanpa saya. Maka suatu hari ia akhirnya bertanya: "Bila nak pencen?....aku nak duduk dengan engkau. Saya tersentak dan tidak menjawab secara terus terang.
Saya tidak rasa selesa malam itu tertanya-tanya pada diri sendiri apa yang patut saya buat. Esuknya di pejabat terus sahaja saya katakan pada pembantu khas saya untuk isikan borang cuti separuh gaji menjaga Ibu. Saya bertekad cuti jaga Emak. Waktu itu emak saya sudah melebihi 90 tahun. Saya takut menyesali diri. Pembantu khas saya mengatakan mengapa tidak ambil tambahan pembantu rumah supaya saya tidak perlu bersara awal. Saya katakan tidak sama anak jaga dan pembantu asing yang jaga.
Alhamdulillah saya buat keputusan bersara awal dengan separuh gaji. Saya sempat menjaga emak saya hanya setahun sahaja. Sekarang saya sudah tua dan bila fikirkan balik saya sepatutnya bersara awal lebih awal lagi. Apakan daya.........
Maka apabila mengikuti video di atas saya amat sedih dan menangis juga menyesali diri tidak bersara lebih awal.
Ibu warga tua di atas menanggong kesusahan seorangan dan bergatung ehsan kejiranan. Sedihkan..... Saya mohon doa semoga Allah kurnia buat ibu tua ini dan juga mereka yang lain sepertinya Syurga tertinggi di sisi Allah. Semoga Allah kurnia.......
Untuk melihat Dunia ini amat indah, dan Biar hati sentiasa rasa lega dan bersemangat, (dengan Izin Allah), kita ikuti apa kata Usataz Adi Hidayat........
Covid19 belum nampak redanya. Semoga Allah menebarkan rasa kasih sayang pada hamba-hambanya dan mengangkat wabak ini semoga ummah dapat memperbaiki diri
menghadapi hari-hari akhir ini.
Saya ikut anak saya ke kebun yang baru mula di terokai.
PKP membenarkan rentas daerah kerana kebun adalah seperti ladang. Anak saya baru mula berusaha membangunkan kebun sayuran dan ternakan, insyaAllah, sebagai ganti usaha mencari rezki kerana hilang usahanya yang dahulu dalam kemelut Covid19. Belajar redha dalam kehendak Allah. Semoga Allah kurnia pertolongan mencari rezeki halal dan untuk dikongsikan
yang manaberlebihan dari mencukupi.
Mula-mula sampai di kebun saya teruja lihat bekas membakar dahan-dahan pokok. Kesudahan pokok ada yang begitu. Hati kecil saya berdoa semoga jasad kita dalam keadaan baik hingga bertemu Allah swt. Aamiin....
Usaha kerja tergendala sedikit dalam kemelut C19 ini. Belajar bersabar. Anak saya sudah bermula 5 bulan yang lalu tetapi baru 40% tercapai dari segi persediaan tapak. Tidak mengapa saya kata pada anak. Yang penting kita usaha, berdoa dan tawakal yakin Rahmat Allah itu datang dalam berbagai bentuk. Sentiasa ucap Alhamdulillah dalam keadaan apa sekali pun. Kita beriman dengan Allah . Itu nikmat yang paling besar.
Pagar pun baru setengah siap. Yang membina pagar pun seronok dapat peluang kerja walau kecil-kecilan. Mereka kata biar sedikit tapi barakah. Dalam pada itu Kerbau entah dari mana pun rentas kebun kami. Kenalah bina pagar yang kuat sedikit. Semoga kerbau mecari laluan lain.
Tak pe. Kongsi kemudahan rezeki dengan haiwan pun semoga Allah kira sebagai usaha ehsan dan dapat ganjaran.
Aamiin...
Saya tidak buat kerja berat di kebun. Cuma saya tenguk anak menantu saya suka-suka menanam benih terung dan pokok pandan sahaja sementara pagar siap dan
bekalan air selesai masuk di kebun.
Alhamdulillah. Semoga kuranglah penasaran duduk di rumah. Minggu depan saya rasa ingin datang lagi. Semoga ada kemajuan baru. Semoga Kebun mula lancar.
Itu sahaja cerita-ceriti penasaran C19 warga emas.
Suami saya dan saya sudah Tua dan sudah Uzuuurrrr......
Itu hakikatnya....
Tetapi orang muda pun akan jadi tua jika Allah kehendaki.Sama-sama beringat...
Suami saya sebulan dahulu berjumpa Doktor di Institut Jantung Negara IJN.(Foto di atas). Saya dan suami sama umur dan sudah masuk zon menanti giliran yang bila-bila-masa sahaja sampai mengikut Takdir Allah jua. Semoga Allah kurnia umur sihat yang bermunafaat dan kesudahan yang terbaik di sisiNYA. Aamiin.....
Alam ciptaan Allah swt sudah tua. Kata seorang ustaz dalam ceramahnya mengatakan sudah berbilion tahun umurnya. Alam ini disediakan rapi oleh Allah bagi manusia. Malaikat, Jinn dan lain-lain sudah dahulu di ciptakan. Binatang-binatang liar juga.
Apabila Alam sudah sempurna Allah ciptakan Manusia bermula dengan Nabi Allah Adam.... lebih lima puluh ribu tahun dahulu lamanya, mungkin lebih. (Saya ambil ini sebagai fakta kerana saya tiada kemampuan membuat kajian. Saya tiada kemampuan untuk membuat apa jua terutamanya analisa yang berbentuk fisikal atau spritual. Saya masih terus mencari Kebenaran yang sewajarnya dari sudut mengagongkan yang Maha Pencipta, Allah SWT dan mendapat RedhaNYA semoga berbahagia di Dunia dan di Akhirat. Aamiin....).
Jika kita ikuti maklumat mengenai Alam ini kita insyaAllah menyedari bahawa Alam ini sudah tua dan sudah uzur. Fenomena sains sudah menunjukan betapa keadaan fisikal Alam ini sudah banyak perubahan yang nayata yang manusia biasa pun sudah dapat melihatnya. Sudah berbagai fenomena Alam ini sudah menghampiri tamat kewujudannya. Paras air lautan sudah naik turun tidak menentu kerana di khutub utara dan selatan suhu sudah meningkat dan glacier mengalir kelautan. Tasik di Timur Tengah sudah kering kontang dan banyak certia lagi yang boleh diikuti di Utube mengenai fenomena Alam ini sudah menunjuki ciri-ciri dan gejala akhir zaman.
Jom kita bersedia untuk akhir zaman. Apa pun kita bersedia untuk akhir hayat kita kerana Allah boleh datangkan maut bila-bila masa sahaja. Kita mohon Umur ynag Bermunafaat.
Kita sihat beriman dan bertaqwa dan rezki yang mencukupi. Jika mensyukuri apa yan Allah sudah kurnia, Alla h akan tambah lagi. Itu JanjiNYA. Semoga kita Redha dan Allah meredhai. Semoga kita bermunafaat untuk diri sendiri dan bermunafaat untuk orang lain.
Jom kita selalu berbagi. Berat sama di pikul, ringan sama dijining. Aamiin..
Saya lihat ayat alQuran dibawah ini. Sama-sama kita renungi dan ambil hikmahnya. Mohon Allah memberi keterangan hati dan boleh mengerti yang tersurat dan tersirat.
Kalau ada peluang kita tanya Ustaz atau siapa jua kerana Allah beri kebijaksanaan pada yang Allah kehendaki. Asal sahaja kita berhati-hati dalam memahami ILMU.
Aamiin....
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dalam kemelut Covid19 ini saya akur dengan arahan duduk di rumah. Alhamdulillah, Allah kurnia kesabaran duduk di rumah. Dalam umur kini saya tidak ada banyak pilihan. Maka hari ini saya inigin cerita antara apa yang saya biasakan buat di rumah.
Saya suka membaca dari remaja lagi. Maka saya baca apa yang menarik waktu ini. Saya lihat catatan lama yang ustaz Bahasa Arab ajarkan. Saya akui saya banyak yang sudah terlupa jika diminta terangkan satu persatu. Saya cuba sedayanya.
Saya suka melayari ceramah-ceramah di Utube oleh Ustaz-ustaz muktabar.
Tetapi kekakadang tertidur di hadapan komputer.
😆
Hari ini saya terpanggil untuk melihat album foto yang lama-lama.
Saya tertumpu perhatian pada foto yang agk baru juga, iaitu setahun dua lamanya.
Foto ini beraitan dengan saya "bina" Mihrab di rumah.
Saya tergerak bina Mihrab di satu sudut di rumah saya dengan bantuan suami dan anak yang tinggal bersama. (Foto di atas sekali adalah Mihrab dirumah saya). Saya mendengari ceramah Ustaz Adi Hidayat (ustaz Indonesia) dalam uTube dan terpanggil untuk ikut nasihatnya. Dengan adanya Mirab Solat kita akan menjadi lebih fokus kata Ustaz.Ia tidak perlu kawasan yang luas. Satu sudut yang muat sehelai Sejadah pun sudah mencukupi, asal sahaja kita niatkan itu Mihrab di rumah kita. InsyaAllah ustaz kata ia memberi fokus hati dalam menunaikan ibadah solat dan selain sepepertinya dan insyaAllah Allah lebih mendengari dan insyaAllah Allah menggemari. Kata Ustaz Hadi dalam alQuran ada disebut seperti di bawah ini.:
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
Semoga Allah memberi perhatian istimewa buat kita.(Seolah-olah kita berada di Masjid). Dalam musim PKP ini saya seronok bila cucu-cucu datang ke rumah dan suami saya akan fokus pada membiasakan mereka solat di Mihrab seperti foto di atas. Kedua-dua cucu dalam foto itu adalah anak-anak istimewa. Seorang adalah ADHD dan seorang lagi Otisma. Semoga Latihan dan didikan ini akan lebih tumpuan doa kita untuk Allah jadikan mereka dewasa yang normal dan berwibawa dan Soleh serta Mosleh. Kita mohon semoga mereka mendewasa menjadi orang yang bermunafaat buat dirinya dan bermunafaat buat orang lain. Aamiin.....
Semoga Allah ampunkan kelalaian saya dan suami dalam hal ini kerana baru ini kami kenal apa erti "Mihrab". Sememangnya saya selalu ketertinggalan dalam banyak hal. semoga Allah mengampuni dan mengurnia segala yang terbaik buat kami di sisiNYA,
Hati saya sedikit tersentak mendengari Video di atas sebab saya manusia biasa dan kerap kali LALAI mendengari isi hati sendiri, Lalai menilai perbuatan yang dilakukan.....selalu ambil senang sahaja (take for granted) bahawa yang kita buat pastinya suatu yang baik. Kekadang hati kecil merasai hebat... mentang-mentang kita bekerja dalam perlhidmatan awam yang katanya kumpulan "Elite" .....terimbas perasaan ini semasa muda-muda dahulu. Malu rasanya...."Elite" apa ye?
Lupa bahawa saya dibuat dari Tanah. Tanah tidak pernah sombong, tidak pernah angkuh. Tanah sentiasa bersyukur mengikut perintah Allah. Tetapi manusia terdorong rasa "Istimewa" dan rasa emosi jika tidak mendapat penghargaan yang diharapkannya. Dorongan rasa begitu saya akui saya pernah mengalaminya.....(kesalan....)
Ini kesilapan yang saya mohon keampunan sentiasa........Alhamdulillah Allah tidak izin saya berterusan lupa bahawa saya "Tanah"....dipijak di ludah dan berbagai lagi. Dengan sedikit Ilmu saya rasa seperti saya ini "PRIVILIGED"......perasaan ini tidak kena pada hakikatnya. Alhamdulillah Allah beri saya kesedaran. Saya ingin jadi baik semoga Allah sentiasa kurnia kebaikan buat saya, berkat doa emak bapak. Semoga begitu.
Maka apabila mendengari ceramah para ustaz, dan video di atas saya teringat benar peringatan mengenai hakikat alQuran di bawah ini:
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Semoga saya sentiasa memikirkannya. Justru saya sentiasa cuba mencari jalan berada dikalangan sahabat dan individu lain juga yang saya berpendapat mereka itu wara' dan sentiasa peka bahawa manusia berada di dunia ini untuk mengabdikan diri padaNYA. Kita di dunia sebentar sahaja. Kita kekal di akhirat. Kita bertanggongjawab pada semua umat manusia, pada haiwan dan pada apa jua yang Allah kurnia untuk memudahkan kehidupan manusia dan pengabdian padaNYA.
Video di atas menasihatkan kita untuk cuba sedaya upaya semoga Allah kurnia hati nurani yang bersih dan tidak dinodai dengan fikiran dan perasaan yang mengakibatkan kita menjadi manusia yang keliru siapa sebenarnya yang mempunyai kuasa atas kehidupan kita di dunia ini.
Apabila saya mendengari ceramah video di atas, terdetik di hati pertanyaan, iaitu sama ada kita,( tidak kira rakyat biasa atau pemimpin masyarakat) sedar bahawa dalam cara kita berfikir dan cara kita bertindak, sudahkah kita cukup memahami dan menyedari bahawa pemikiran manusia tidak pernah tuntas dan tidak pernah sempurna tanpa kita mohon pertolongan Alah dalam segala-galanya. Kita rasa kita pandai membuat perancangan dan membuat keputusan. Sebenarnya itu hanyalah andaian sahaja. Sering kita lupa Allah itu maha Perancang dan maha Bijaksana. Sering juga kita keliru dan menyangka bila sesuatu keputusan itu membuahkan hasil yang baik, kita rasa kita hebat. Jom kita lihat ayat di bawah ini :
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Maka dengan ayat itu jangan pernah kita lupa bahawa Allah swt itu sentiasa memerhati segalanya. Dan jika kita ada niat yang tidak Ikhlas dan mempunyi rasa dendam maka Allah itu maha Tahu. Lihat juga ayat di bawah ini:
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
Dalam kita merenungi ayat di atas kita sering diingatkan bahawa kita orang Islam sentiasa dimusuhi oleh mereka yang bukan Islam, dan mereka yang mengaku Islam tetapi sebenarnya mereka mempunya muslihat yang lainnya. (Mungkin mereka inilah yang munafik semoga kita terhindar dari mereka yang seperti ini,) Ada yang memusuhi secara terang-terang dan ada yang memusuhi secara senyap. Dan yang lebih bahaya dari itu ada yang berbaik-baik seolah-olah mereka hormat dengan pendirian orang Islam tetapi sebenarnya itu mereupakan strategy halus mereka untuk merosakan Islam.
Sehubungan dengan ini saya sentiasa khuatir dengan perkembangan permusuhan politik dalam negara kita sekarang. Saya kurang mengerti mengapa kita berbalah sesama orang Islam dan seolah-olah tidak ada jalan keluar melainkan dengan permusuhan hingga ke akar umbi...... seperti permusuhan "total", seperti tidak ada ruang langsung untuk berbaik sangka dan memberi peluang sebaik mungkin untuk suatu kumpulan membuat keputusan mengikut fahaman yang dipercayai betul dan pernah diakui betul bersama pada suatu ketika. Saya perhatikan juga orang Islam (termasuk pemimpin) berbolak balik dalam fikiran dan tindakan hanya kerana ada perselisihan faham yang cetek. Peselisihan faham itu bukan peselisihan fahaman dasar.
Dasar yang saya maksudkan di sini ialah perselisihan fudamental dari segi fahaman sebenar untuk menjaga kepentingan orang Islam tanpa menzalimi kaum lain.....
Menapalah orang-orang Islam terus berbalah hingga lupa siapa musuh sebenarnya......
Orang Islam lah saya khuatiri yang merugikan orang Islam itu sendiri. Fenomena ini saya perhatikan berlaku secara global. Sedih..........
Jom kita ingat semula apa Iblis kata semasa Allah perintah sujud hormat semasa Allah ciptakan Nabi Allah Adam. Mereka engkar dan berazam sekuat-kuatnya untuk menyesatkan manusia.
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
Maka dengan ayat-ayat di atas semoga kita beringat dan peka berkaitan perancangan Iblis yang terkutuk. Semoga kita tidak tenggelam dalam pujian-pujian yang diterima dalam hubungan harian dan semoga dalam perbalahan politik yang berlaku sekarang di sekeliling kita, kita dapat menginsafi diri dan berfikir berasaskan Iman dan Taqwa dan bukan mengikut logika fikiran saja. Hentikanlah perbalahan dan berhenti bercakaran. Saya amat khuatir dan amat takut akan ada kekerasan fisikal berlaku. (Na'uzubillah).
Jom kita bawa banyak bersabar. Mohon pada Allah kita rela bermaafan dan kita ambil yang jenih dan buang yang keruh. Kita semak balik siapa musuh kita sebenarnya. Kita fikirkan juga bahaya pengaruh Zionist dalam kemelut sekarang ini. Kita fikir kita Islam tetapi pengaruh Zionist bersarang tebal di hati kita dan kita tidak sedar dan tidak dapat melihat apa disebalik kata-kata indah dan manis mereka. Semoga Allah meyedarkan kita dan menolong kita. Tiada pertolongan yang lebih baik dari pertolongan Allah. Allah hanya minta kita berimadan bertaqwa padaNYA dan bukan dari selainnya.
Jom kita ramai-ramai bermunajat memohon pertolongan dan kekuatan dan kebijaksanaan dari Allah swt. Allah yang maha Mengetahui dan Allahlah yang maha Mendengari. Allah yang maha mengetahui apa yang Tersembunyi dan apa yang Nyata dan Allah jua yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Jangan kita merasai kitalah yang hebat berfikir dan hebat membuat perancangan. Kita mohon Taufiq dan Hidayah dari Allah. Allah sahaja yang maha Sempurna. Kita kembali merapatkan saf dan meluruskan saf dan yakin siapa musuh orang-orang Islam sebenarnya.(Di Malaysia dan di luar sana).
Janganlah kita bersikap mudah dan mencari penyelesaian jangka pendek sahaja. Akhirat itu lebih lama dan berpanjangan tiada tepinya. Dan Akhirat pasti kedatanagannya. Kita jaga apa yang akan berlaku di Akhirat lebih dari apa yang berlaku di dunia. Di Akhirat tidak ada U-Turn. Dunia ini amat sementara. Kalau sakit menderita pun tidak lama berbanding dengan hukuman yang kita akan terima jika silap membuat penentuan muktamad dalam perjalanan hidup di dunia yang tinggal sedikit sahaja ini.Yakinlah bahawa Takdir Allah adalah suatu yang sangat indah buat semua hambanya yang beriman di sisiNYA
Kita sudah berada di Akhir Zaman. Kita patuh dengan perintah Allah dan tinggalkan laranganNya. Semoga kita selamat dan bahagia kesudahannya.
Semoga Allah mendengari doa-doa kita dan semoga doa-doa kita itu benar-benar mengikut apa yang Allah kehendaki. Kita mohon bersungguh-sungguh semoga tidak ada "Tuhan lain di hati kita......." Allhu'alam.