"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 1, 2021

Ibu ini masih mampu senyum.....@ Kita bagaimana?


A001
Saya rajin juga mengikuti Channel Chak Budi di Utube dimusim PKP ini. Ia menceritakan episodnya menjelajah kampung-kampung pendalaman mahu membantu mereka yang memerlukan terutamanya warga tua. Saya sering tersedih hati melihat betapa ramainya warga tua yang hidup bersendirian, sesetengahnya pula di tepi hutan. Teringatkan diri sendiri........

Ikutilah semoga dapat memahami isi hati warga tua. Saya pilih video di atas kerana Ibu tua ini bukan sahaja tinggal bersendirian tetapi ia juga menanggong ujian tinggi kerana penyakit Kanser yang di hidapnya.

Ibu Tua ini membuat saya amat insaf. Saya teringatkan arwah Emak saya sendiri. Emak saya banyak di jaga oleh kakak-kakak saya di kampung. Saya anak bongsu dan agak jauh beza umur dengan kakak-kakak dan waktu itu saya masih bekerja. (Dengan kakak yang terdekat beza imur saya 9 tahun dan seorang lagi 11 tahun). Saya jaga emak saya amat sedikit berbanding dengan kakak saya. Emak saya tidak selesa duduk di bandar dan seharian di rumah tanpa saya. Maka suatu hari ia akhirnya bertanya: "Bila nak pencen?....aku nak duduk dengan engkau. Saya tersentak dan tidak menjawab secara terus terang.

Saya tidak rasa selesa malam itu tertanya-tanya pada diri sendiri apa yang patut saya buat. Esuknya di pejabat terus sahaja saya katakan pada pembantu khas saya untuk isikan borang cuti separuh gaji menjaga Ibu. Saya bertekad cuti jaga Emak. Waktu itu emak saya sudah melebihi 90 tahun. Saya takut menyesali diri. Pembantu khas saya mengatakan mengapa tidak ambil tambahan pembantu rumah supaya saya tidak perlu bersara awal. Saya katakan tidak sama anak jaga dan pembantu asing yang jaga.

Alhamdulillah saya buat keputusan bersara awal dengan separuh gaji. Saya sempat menjaga emak saya hanya setahun sahaja. Sekarang saya sudah tua dan bila fikirkan balik saya sepatutnya bersara awal lebih awal lagi. Apakan daya......... 

Maka apabila mengikuti video di atas saya amat sedih dan menangis juga menyesali diri tidak bersara lebih awal.

Ibu warga tua di atas menanggong kesusahan seorangan dan bergatung ehsan kejiranan. Sedihkan..... Saya mohon doa semoga Allah kurnia buat ibu tua ini dan juga mereka yang lain sepertinya Syurga tertinggi di sisi Allah. Semoga Allah kurnia.......
Aamiin ya Rabb....



No comments:

Related Posts with Thumbnails