"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 22, 2021

KEHILANGAN SEORANG SAHABAT......

A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:1


A156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Al-Baqarah 2:156



Saya baru mendapat tahu seorang sahabat lama telah pulang ke Rahmatullah pada minggu yang lalu. Kami berhubungan dalam Whatsapp kumpulan sama sekolah menengah dan kami tamat sekolah menengah dalam tahun 1964. Zainal Mustaffa namanya. Beliau bertukar ke Maktab Lelaki Kuala Kangsar, sebuah sekolah Elite waktu itu. Kami berhubungan semula setelah kami bersara dalam tahun 2002/2003. Kini Zainal pergi dahulu. 



Zainal merupakan ketua dalam kumpulan persaraan kami.
 Sentiasa lucu apabila bersembang. Sangat disukai semua 
dalam kumpulan kami. Kini kami rasa kehilangan.
Majoriti dalam kumpulan kami adalah dari keturunan Cina.
 Amat sedikit waktu itu  anak Melayu dalam kelas Sains. Saya turunkan foto 
di atas sebahagian kekawan kami yang sering berjumpa.
 Di tengah-tengah itu adalah antara cikgu kami yang selalu hadir
 dalam majlis Makan Malam Tahunan.
Di musim Covid19 ini maka kami hanya berhubungan di alam maya.
Namun saya terkilan juga tidak dapat menziarahi beliau semasa beliau 
di Hospital beberapa lama kerana SOP Covid 19. Apakan daya.

Allahyarham Zainal tetap dalam kenangan saya. Dalam kumpulan Whatsapp
 saya sering kongsikan bahan-bahan dakwah yang sesuai mengenai Islam. 
Ada beberapa ahli dalam
 kumpulan kami yang rasa tidak selesa dengan tindakan saya.
Saya mendengari secara santai bahawa ada yang meminta Zainal
 mengeluarkan nama saya dari kumpulan.
 Zainal adalah Pentadbir kumpulan
 tetapi Allahyarham buat tidak faham dan membiarkan saya berkongsi
 apa sahaja walaupun amat sedikit yang memberi ulasan buat saya. 
Saya meneruskan "dakwah" saya dengan sikap santai. Saya amat menghargai
 sikap Allahyarham Zainal yang tidak mengeluarkan nama saya. 
Semoga Allah terima sikap itu terhadap saya sebagai sikap positif
dan semoga Allah nilai tinggi sebagai sikap mahu berdakwah
 walaupun secara santai.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa teman kami ini 
dan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Ruhnya.
Selamat tinggal teman, semoga kita berjumpa lagi di Syurga Firdaus
 dengan Rahmat Allah swt jua.
Aamiin ya Rabb....


Saturday, March 20, 2021

Mendidik Anak Luar Biasa......@RELA JADI KULI BANGUNAN UNTUK TEBUS MOTOR BAPAKNYA.


A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:1

Manusia biasa, hidup amat sederhana, tetapi dapat mendidik anak dengan baik dan sekarang sudah nampak bibit-bibit luar biasa.
Ikutilah video di atas.
Saya rasa amat insaf dalam hidup kini melihat manusia dapat berfikiran positif walaupun hidup susah.
Saya mengikuti channel video ini dan rasa iri hati dengannya kerana amat berhati mulia membantu mereka yang memerlukannya. Saya ingin sangat dapat mencontohinya.

Sama-sama kita berdoa dan dapat mencapai kejayaan. Dalam pada itu kita ingat bahawa  Allah hanya menilai usaha kita dan bukan hasil kerja kita. Uataz kata Jom kita berusaha dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga apa jua yang Allah kurnia buat kita adalah yang terbaik buat kita di sisiNYA.

Semoga kita Redha dan Allah swt meredhai kita.
Aamiin ya Rabb......


Friday, March 19, 2021

Petanda Hampir Sangat AKHIR ZAMAN......@ CINA SUDAAH HAANCUUR??



A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:1

Saya rasa takut mendengari cerita-cerita yang jadi dalil bahawa Akhir Zaman itu sudah amat hampir. Antara cerita saya kongsikan dalam Video di atas.
Siapa ingin tahu ikutilah.....
Tetapi jangan jadi penasaran.
Jangan terlampau penasaran....ikuti sahaja untuk berfikir-fikir kerana hakikat Akhir Zaman itu nyata dan kematian kita pun nyata. Semoga jika kita lihat kita akan lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini untuk esuk dan seterusnya. Semoga kita menjadi antara orang-orang yang Allah turunkan pertolongan
Aamiin ya Rabb....


Thursday, March 18, 2021

Antara Fakta Mengenal diri......@ INI LAH CIRI CIRI JIN QORIN


A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:1)
Maaf yea, saya sememangnya kurang mengerti mengenai fakta Qorin yang memang ada berdamping dengan diri kita. Maka sahaja saya kongsikan video ini kot ada yang seperti saya. 
Semoga perkongsian bermunafaat.

Monday, March 15, 2021

Mari Ambil Risiko Kerana Allah ...@ USTADZ IHSAN TANJUNG.


A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:1

JOM Kita ambil risiko kerana Allah. Pasti tiada Penyesalan.
 


Saturday, March 13, 2021

CARI MASA LIHAT INI......@ Nanti di PRU15 lebih mudah buat Pilihan.


A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:1

Jom Lihat.
InsyaAllah amat bermunafaat.
Kita akan lebih bersedia menuju Hari Akhir.
Semoga Allah meredhai kita semua.



Monday, March 8, 2021

BERSIAPLAH!!!...@PILIHAN RAYA15 atau Peralihan dari Babak 4 ke babak 5 akan Tanda Qiamat.


A001

Dalam kemelut persediaan PRU15, saya kongsikan video di atas semoga kita menjadi lebih realistik dalam berfikiran. Apa agaknya yang kita kejar-kejar dalam PRU15.

Ikutilah video ini semoga tiada penyesalan........
Mohon Taufiq Hidayah Mu ya Rabb.....


Related Posts with Thumbnails