"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, April 14, 2021

Hajj With The Devil......@ KEJUTAN BUAT SAYA, LIHAT JANGAN TAK LIHAT.(Demi semangat Ramadhan)



Rasa marah, rasa insaf betapa Islam dicabuli hingga 
ke Tanah Suci Makkah.
Kalau belum tahu lihatlah video ini.
LIHAT JANGAN TAK LIHAT.

Makkah di bina oleh akitek Yahudi. Berkat Ramadhan hari ini 
saya berdoa dan akan terus berdoa Allah akan musnahkan 
Musuh-Musuh Islam dimana jua mereka berada dan 
dalam kekuasan apa jua yang mereka pegang.

JOM kita sama-sama doa 
semoga Allah selamatkan kita dan semua 
orang Mukmin di Akhir Zaman ini dan
 seterusnya di Akhirat nanti.

Aamiin ya Rabb....


Tuesday, April 13, 2021

MEMPERSIAP DIRI....@(Ramadhan Eps 01) Menyambut Hadirnya AlMahdi.


Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg

Alhamdulillah kita berada di Hari Pertama Ramadhan Kareem 2021.
JOM ikuti Video di atas. Semoga bermunafaat.


RAMADHAN KAREEM 1442 Hijrah....melihat diri sendirian.

Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg 

Alhamdulillah Allah kurnia saya dan suami berjumpa Ramadhan 2021. Kami amat bersyukur. Semalam saya rasa sedikit cemas sebab sakit dada dari hari sebelumnya. Mungkin kepenatan balik dari ziarah anak saudara yang mendapat stroke yang serious di Johor Baharu. Kami patuhi sop perjalanan dengan mendapat kebenaran Polis merentas negeri dan daerah. Alhamdulillah ziarah keluarga di Johor Baharu.

Saya kuatkan diri minta anak bawa saya ke Emergency Hospital Putrajaya malam kelmarin takut-takut dada itu disebabkan jantung saya yang memang bermasaalah. Saya berdaftar di IJN untuk Jantung. Tetapi malam itu saya ke Putrajaya sahaja kerana hampir dengan rumah.  Lebih dua jam menunggu. Saya takut tetapi bersabar. Samapai atau tidak bertemu Ramadhan ??.........

Hari ini Selasa 13 April 2021 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1442 H. Allah samapikan. Amat bersyukur dan semoga untuk seterusnya Allah kurnia Rahmat Belas KasihanNya yang tidak terhingga.

Dalam umur sebegini lanjut tentu sekali sering berfikir-fikir samapi bila agaknya Allah akan memberi peluang dan ruang untuk membaiki diri, membaiki akhlak dan membaiki segalanya seperti yang dituntut Allah yang maha Pencipta. Teringat-ingat juga kecuaian tidak mengoptima masa untuk benar-benar beramal soleh dari muda lagi. Suatu penyesalan dan semoga Allah membuka pintu pengampunan....

Dalam pada itu saya diberi akhbar teman akrab bahawa beliau didapati menghidap Parkinson Disease. Terasa amat sedih kerana tidak dapat menolong dan hanya dapat bersimpati. Penyakit ini biasanya berlaku pada mereka yang berumur 50 keatas. Saya sendiri akan menjangkau 75 tahun selepas Mei ini jika kesampaian. Semoga Allah beri saya umur yang bermunafaat. Allah ada perancangan pada setiap hambanya. Saya yakin apa yang Allah kurnia buat kita adalah yang terbaik. Tidak ada apa sekalipun yang Allah izin berlaku tanpa ada Hikmahnya. Kita harus mencari dan merasai Hikmah itu. Semoga Allah membuat kita memahami sebenarnya apa itu hakikat "Hamba pada Allah".

Itu sahaja coretan pagi 1 Ramadhan kali ini. Semoga Allah mengurnia Rahmatnya dan semoga jika tempuh saya samapi di sini sahaja Allah kurnia kesudahan yang terbaik di sisinya.

Aamiin ya Rabb......



Monday, April 12, 2021

Ustaz Wadi Annuar.....@ IBU BAPA Pastikan anak-anak berpuasa!


A001
Selamat menjalani Ramadhan Al Mubarak.
Jom kita ikuti nasihat Ustaz Wadi Annuar ini. Semoga kita tidak menyesal bila anak-anak besar dan mendewasa.

SELAMAT BERPUASA.


Friday, April 9, 2021

Kata Ustaz Adi Hidayat.....@ Amalan-Amalan Penghuni Surga Firdaus Ketika Di Dunia .


Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg

Semoga Video di atas dapat memperkuat Azam kita untuk beramal di Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sudah amat hampir ini. Semoga Allah beri kita peluang dan ruang untuk beramal dengan niat suci kerana Allah untuk diri dan untuk Emak dan Bapak kita dan semua ahli keluarga dan sahabat handai yang kita sayang.

Kata Ustaz ia berasaskan ayat- ayat Quran berikut ini. Kita dengari penjelasanya semoga meresap dihati untuk amalan kita.
Semoga Allah menerima Taubat kita dan amalan kita dan doa-doa kita. Aamiin.......

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

(Al-Mu'minuun 23:1) 


A002

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

(Al-Mu'minuun 23:2) 


A003

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

(Al-Mu'minuun 23:3) 


A004

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

(Al-Mu'minuun 23:4) 





A008

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

(Al-Mu'minuun 23:8) 


A009

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

(Al-Mu'minuun 23:9) 
A010

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

(Al-Mu'minuun 23:10) 
A011

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mu'minuun 23:11) 

Maklumat Tambahan......@Inilah Punca Mumia Firaun 'Kembali' Diarak Meriah di Mesir..Menyeramkan ...


Calligraphic rendition of the Bismillah

Ini sambungan kisah entry sebelum ini.
JOM ikuti. Tambah ILMU.
Semoga Allah swt sentiasa memelihara kita 
di jalan yang Benar.
Aamiin ya Rabb....


Thursday, April 8, 2021

INGAT: "Manusia Gila Tidak Serupa" ???....@Aturcara Sembah Fir'aun Kembali Di Mesir?!


Calligraphic rendition of the Bismillah


Dulu pernah saya kata bapa mertua saya selalu sebut bahawa
 "Manusia Gila Tidak Serupa".
Video diatas adalah antara kegilaan yang saya percaya
 ALLAH MURKA.
Firaun di dalam alQuran Allah rakam sebagai manusia
 yang kita jangan bangga-banggakan kerana ia 
mengaku dirinya itu tuhan.
Mengapa kerajaan Mesir menyesatkan rakyatnya dan mungkin raykyat negara lain yang masih belum mengerti atau 
mengerti tetapi tidak ambil peduli.
Semoga kita insaf kerana fenomena akhir zaman 
makin hari makin jelas. 
Semoga Allah mengampuni kita dan kita selamat
 di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb....


Related Posts with Thumbnails