"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 13, 2021

RAMADHAN KAREEM 1442 Hijrah....melihat diri sendirian.

Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg 

Alhamdulillah Allah kurnia saya dan suami berjumpa Ramadhan 2021. Kami amat bersyukur. Semalam saya rasa sedikit cemas sebab sakit dada dari hari sebelumnya. Mungkin kepenatan balik dari ziarah anak saudara yang mendapat stroke yang serious di Johor Baharu. Kami patuhi sop perjalanan dengan mendapat kebenaran Polis merentas negeri dan daerah. Alhamdulillah ziarah keluarga di Johor Baharu.

Saya kuatkan diri minta anak bawa saya ke Emergency Hospital Putrajaya malam kelmarin takut-takut dada itu disebabkan jantung saya yang memang bermasaalah. Saya berdaftar di IJN untuk Jantung. Tetapi malam itu saya ke Putrajaya sahaja kerana hampir dengan rumah.  Lebih dua jam menunggu. Saya takut tetapi bersabar. Samapai atau tidak bertemu Ramadhan ??.........

Hari ini Selasa 13 April 2021 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1442 H. Allah samapikan. Amat bersyukur dan semoga untuk seterusnya Allah kurnia Rahmat Belas KasihanNya yang tidak terhingga.

Dalam umur sebegini lanjut tentu sekali sering berfikir-fikir samapi bila agaknya Allah akan memberi peluang dan ruang untuk membaiki diri, membaiki akhlak dan membaiki segalanya seperti yang dituntut Allah yang maha Pencipta. Teringat-ingat juga kecuaian tidak mengoptima masa untuk benar-benar beramal soleh dari muda lagi. Suatu penyesalan dan semoga Allah membuka pintu pengampunan....

Dalam pada itu saya diberi akhbar teman akrab bahawa beliau didapati menghidap Parkinson Disease. Terasa amat sedih kerana tidak dapat menolong dan hanya dapat bersimpati. Penyakit ini biasanya berlaku pada mereka yang berumur 50 keatas. Saya sendiri akan menjangkau 75 tahun selepas Mei ini jika kesampaian. Semoga Allah beri saya umur yang bermunafaat. Allah ada perancangan pada setiap hambanya. Saya yakin apa yang Allah kurnia buat kita adalah yang terbaik. Tidak ada apa sekalipun yang Allah izin berlaku tanpa ada Hikmahnya. Kita harus mencari dan merasai Hikmah itu. Semoga Allah membuat kita memahami sebenarnya apa itu hakikat "Hamba pada Allah".

Itu sahaja coretan pagi 1 Ramadhan kali ini. Semoga Allah mengurnia Rahmatnya dan semoga jika tempuh saya samapi di sini sahaja Allah kurnia kesudahan yang terbaik di sisinya.

Aamiin ya Rabb......



No comments:

Related Posts with Thumbnails