"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 20, 2021

Berbagai Ujian dalam Niat Berbakti...@DETIK-DETIK Tentara Zionis Rebut Paksa MAKANAN BUKA PUASA.


Bismillah Calligraphy5.svg


JOM lihat video di atas.
 Buat hati Insaf, terutamanya dalam bulan Ramadhan
 yang Mulia ini.
Ustaz Adi Hidayat ada mengatakan bahawa
 Allah akan tingkatkan Darjat seorang Mukmin yang
sentiasa berusaha membantu orang lain tanpa memikirkan 
kesusahan yang menimpa dirinya sendiri.

Jom bertekad membntu mereka yang memerlukan dalam
kemampuan apa jua yang terdaya
semoga kita sentiasa rasa Redha dan Allah Meredhai.
Aamiin ya Rabb....


Monday, April 19, 2021

UPDATE MAKLUMAT ..... @Ternyata Dukhan Bukan Dari Meteor....



Bismillahgreen.jpg

JOM Update Maklumat untuk diri.
Saya tidak banyak membaca maklumat SAINS. 
Saya ikuti seadanya diUtube.
Maka saya dapat Ilmu ini dan saya kongsikan.
Semoga bermunafaat dapat menghayati
 kebesaran dan kekuasaan Allah swt.
Semoga Iman dan Taqwa meningkat dengan kurniaan dari 
yang Maha Pencipta.
Aamiin ya Rabb....


Sunday, April 18, 2021

Tidur Orang Puasa adalah IBADAH.....@Hadith Palsu.


Bismillah Calligraphy 36.svg


Betul kata Ustaz: Lagi banyak mengaji
 lagi banyak tidak tahu.
Dan banyak pula tahu bahawa kita banyak buat Kesilapan.
Video kongsi kali ini membetulkan saya. 
Saya pun dulu ingat 
Tidur adalah Ibadah buat orang Puasa.
Itu hadith Palsu.
Jom dengari apa penjelasan Ustaz Adi Hidayat.
Semoga tidak terus hidup dalam kerugian.
Mohon Keampunan Mu ya Rabb....


Saturday, April 17, 2021

Pada Ramadhan Kali ini.....@Segeralah Bertaubat‼️Jika Ada 2 Sifat Ini Pada Diri Anda‼️


Bismillahgreen.jpg


Saya terlambat untuk berhati-hati. Maka sekarang saya kongsikan ini.
Semoga Allah Meredhai.
Salam Ramadhan Al Mubarak.


ADAKAH ORANG ISLAM PENGECUT???.... @Adakah Yahudi Hanya Menjajah Palestin?!


Bismillah Calligraphy16.svg


Subhanallah....Semoga Allah menyedarkan 
orang-orang Islam jangan jadi pengecut.

Saya tidak percaya orang-orang Islam Pengecut. Pengecut hanya pada mereka yang belum memegang ISLAM, beriman dan bertaqwa sekuatnya.

JOM ikuti video ini. Ada disebut bahawa kebarangkalian besar
 Yahudi akan menjajah Makkah dan Madinah.
Mantan Perdana Menteri Israel seorang Wanita, Golda Meier kata:
 'Orang Islam Ini sentiasa lena Tidur"
Semasa pemerintahannya beliau membakar Masjid Aqsa, 
orang Arab tak bangun membantah.

Cepat tenguk video ini. Jika saya kaitkan dengan video yang 
saya kongsikan sebelum ini  bagaimana pembangunan
 Makkah sudah penuh dengan simbol-simbol Dajjal, 
maka saya tidak hairan kalau apa yang  Ustaz Mohaib 
ramal akan menjadi kenyataan.
 Ya Allah...Peliharalah kami orang Islam dan Negara Islam.

Sambil itu kita tanya diri kita sendiri di Malaysia. Dalam konteks ini
 orang Islam Pengecut atau Tidak?
Saya mengaku macam betul saya ini Pengecut/ Penakut. 
Saya tidak salahkan orang lain. Semua kita orang Islam
 bertanggong jawab secara Langsung.
Kita tidak boleh menuding jari. Berfikiran sendirian
 saya merasakan ramai juga orang Malaysia tidak mahu
 memikirkan  Isu Islam secara serious. Seperti sudah termakan
 dan terpengaruh dengan kata-kata manis kaum
 Yahudi yang menguasai ekonomi dan Media Massa  seluruh dunia.
Apa mereka kata seolah-olah betul dan kita orang Islam
 ikut tanpa banyak perikasa. Kata setengah Ulamak
 sampai Lubang Cacing pun kita ikut.
(Ini pendapat saya. Harap sangat saya keliru dan salah)
 
Maka di bulan Ramadhan kali ini saya berazam berdoa
 saya tidak Pengecut.
Semoga ramai orang Islam tidak pengecut. Kata ustaz janganlah kita memikirkan kepentingan Dunia sahaja dan berkelahi sesama sendiri.
Bukankah kita akan mati dan akan dipersoalkan.

Semoga dengan amalan dibulan Ramadhan kali ini orang Malaysia 
menjadi lebih bijaksana dan lebih beriman dan bertaqwa selaras dengan
 kehendak alQuran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Ya Allah ampunkanlah kami dan tolonglah kami dan semoga
kami akan jadi orang Islam yang berani menegakan Kebenaran.
Ya Allah semoga Engkau meredhai.
Aamiin ya Rabb....


Friday, April 16, 2021

ANTARA PETANDA ALLAH MURKA? @Inside a Tornado! Extreme close up footage of tornadoes!


Bismillah Calligraphy 36.svg


Saya melihat video di atas sebagai antara petanda Allah MURKA.
Allahua'lam.
Tetapi ini amat menakutkan buat saya.
Keadaan seperti ini terjadi di banyak negara.
Saya yakin Allah mahu kita pulang kepadanya "in Total".
Kita angkat Islam sepenuhnya bukan  ikut citarasa.
Kita harus Redha dan semoga Allah Meredhai.
Semoga Ramadhan membawa Rahmat Allah dan Dunia ini 
masih terus selamat untuk dihuni.
Aamiin ya Rabb....


Thursday, April 15, 2021

Menajamkan ingatan pada Ilmu Untuk Berwaspada selalu......@"Ramadhan Di Era Fitnah Akhir Zaman"


Calligraphic rendition of the Bismillah

Manusia sering lupa. Maka kita harus sentiasa 
berikhtiar bagaimana mahu
 menajamkan ingata supaya ILMU yang ada bermunafaat.
Maka saya kongsikan video yang sudah setahun di terbitkan
 tetapi  ILMUnya sentiasa 'ever green'.
JOM ikuti semoga kita sentiasa berwaspada dan 
dapat bertindak mengikut
 keutaman dalam prinsip-prinsip hidup.
Kehidup harus kita teruskan kerana hakikat
 detik berakhirnya kehipupan 
hanya Allah SWT sahaja yang maha Tahu.
 Kita hanya mempersiap diri semoga dengannya
Allah iktiraf kita sebagai Hambanya 
yang sentiasa mencuba menjaga IMAN.

Mohon Taufiq Hidayah MU ya Rabb......
Aamiin.
Related Posts with Thumbnails