"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, July 5, 2021

Sunday, July 4, 2021

Selalu kita diingatkan..... @AKAN ADA PENY4K1T YANG SANGAT MENGER1K4N ~ USTADZ IHSAN TANJ...


Bismillah in Calligraphy.jpg

Kita manusia yang lemah. Kita selalu diingatkan supaya
membina Iman dan Taqwa.
Takut hanya pada Allah.
JOM ikuti.


Saturday, July 3, 2021

JANGAN MISS LIHAT INI ..... @Kita Sudah Berada Di Zaman Paling Kelam Dalam Sejarah Umat Manusia - Ust...


Basmalah.svg

Bukalah Video ini dengan hati yang tenang dan hati yang insaf 
bahawa kita adalah hamba Allah swt.
Ceramah ini isinya Benar dan membuat saya amat takut di hati
 bahawa saya amat lemah.
JOM kita kuatkan hati dan dengarilah. Sungguh cerita Ustaz ini
 amat berat dirasai.
Namun kita bersyukur kerana Allah beri peluang untuk kita dengari.
Semoga kita akan lebih waspada pada anasir-anasir yang membuat kita 
berfikiran negatif dan bertindak negatif.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang Benar dan kita mendapat
 Redha Allah swt di dunia hingga ke Akhirat.
Jom segera kita ikuti. InsyaAllah amat bermunafaat.
Aamiin ya Rabb...


Friday, July 2, 2021

INI MENAKUTKAN SAYA ....@Gravitas: Indonesia suffers as Chinese Vaccines fail


Basmalah.svg

Saya kongsikan untuk memperluas ilmu pengetahuan.
Saya jadi khuatir sebab saya sudah vaksin kali pertama. Buatan mana 
saya tidak ambil tahu. Semoga selamat.
Apa pun kita redha sahaja kerana semua hanyalah asbab. Setiap yang
 Allah swt izin berlaku itu ada hikmahnya.
 Saya akan terus berdoa untuk kesejahteraan dunia akhirat.


Thursday, July 1, 2021

Untuk yang belum tahu... ....@MEMBONGKAR SISTEM KAFIR SYIRIK AKHIR ZAMAN 🔴 UST IHSAN TANJUNG


Bismillah Calligraphy8.svg

Malam ini Malam Jumaat.
Saya kongsikan video ini semoga bermunafaat.
Saya yakin sudah ramai yang mendengarinya dari berbagai sumber.
Ikutilah lagi. Semoga ia makin menjadi semangat buat kita lebih gigih 
dalam usaha menegakan Kebenaran.
Allah swt dalam al Quran pun mengulang-ulang fakta supaya
 kita terus yakin atas
mana yang Hak dan mana yang Bathil.
JOM kita ikuti.


KALAU BENAR, PADA SIAPA KITA BERHARAP?......@Pakistani & Israeli Secret Friendship


Bismillah Calligraphy 2.svg

SEDIH.
Makin hari makain bertambah negara Islam yang bertukar Qiblat?
Sebelum ini saya kongsikan video yang bercerita mengenai
 Negara Arab yang menjalin hubungan Diplomatik dengan Isarel Zionists.
Kita berharap pada Turkey tetapi ada pula cerita-cerita Turkey yang berhaluan lain dan  membuat kita ragu. Cerita mana yang harus kita yakini.

Kita rakyat biasa dan tidak ada kemampuan menukar dasar negara,
 negara sendiri apatah lagi negara asing.
 Maka kita hanya melihat terkebil-kebil mata dan
menanggung keriasuan yang tidak terhingga.
Apa akan jadi pada negara Islam dan yang mengaku mereka negara Islam.
Saya merasakan semacam sudah pasti akan kehilangan Palestine.
Saya senyap-senyap berdoa akan lahir sekali lagi watak-watak seperti
Pejuang besar Sallahudiddin Al Ayyubi yang akan
 mengetuai pembebasan negara-negara Islam.

Kata Ustaz Ihsan Tanjung kini Allah membenarkan kita dijajah minda 
dan perilaku oleh negara-negara kafir supaya mengerti benar-benar siapa 
yang sebenarnya Maha Berkuasa. Kita periksa balik Iman dan Taqwa kita
 pada Allah SWT supaya menyadari hakikat bahawa kita sudah dalam fasa 4
 fenomena Akhir Zaman. Jangan leka dengan kemewahan dunia.
 Ia amat sementara. Kita dituntut membuat persediaan untuk kembali 
pada yang Maha Berkuasa, Allah swt yang mencipta kita dan setiap yang 
ada di langit dan di bumi semuanya.
JOM kita sama-sama muhasabah diri dan membuat persedian untuk
 menghadapi akhir zaman.
 Kalau kita tidak samapi kepenghujungnya pun kita 
harus sedar bahawa akhir hayat kita boleh sampai bila-bila masa sahaja.
Saya terutamanya yang sudah amat dewasa, warga tua yang sudah hampir
kiraan jam dan saatnya. Mohon doa Allah mengampuni dan meredhai.
Semoga kita semua selamat di dunia dan di akhirat nanti.
Aamiin ya Rabb....


Related Posts with Thumbnails