"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 1, 2021

KALAU BENAR, PADA SIAPA KITA BERHARAP?......@Pakistani & Israeli Secret Friendship


Bismillah Calligraphy 2.svg

SEDIH.
Makin hari makain bertambah negara Islam yang bertukar Qiblat?
Sebelum ini saya kongsikan video yang bercerita mengenai
 Negara Arab yang menjalin hubungan Diplomatik dengan Isarel Zionists.
Kita berharap pada Turkey tetapi ada pula cerita-cerita Turkey yang berhaluan lain dan  membuat kita ragu. Cerita mana yang harus kita yakini.

Kita rakyat biasa dan tidak ada kemampuan menukar dasar negara,
 negara sendiri apatah lagi negara asing.
 Maka kita hanya melihat terkebil-kebil mata dan
menanggung keriasuan yang tidak terhingga.
Apa akan jadi pada negara Islam dan yang mengaku mereka negara Islam.
Saya merasakan semacam sudah pasti akan kehilangan Palestine.
Saya senyap-senyap berdoa akan lahir sekali lagi watak-watak seperti
Pejuang besar Sallahudiddin Al Ayyubi yang akan
 mengetuai pembebasan negara-negara Islam.

Kata Ustaz Ihsan Tanjung kini Allah membenarkan kita dijajah minda 
dan perilaku oleh negara-negara kafir supaya mengerti benar-benar siapa 
yang sebenarnya Maha Berkuasa. Kita periksa balik Iman dan Taqwa kita
 pada Allah SWT supaya menyadari hakikat bahawa kita sudah dalam fasa 4
 fenomena Akhir Zaman. Jangan leka dengan kemewahan dunia.
 Ia amat sementara. Kita dituntut membuat persediaan untuk kembali 
pada yang Maha Berkuasa, Allah swt yang mencipta kita dan setiap yang 
ada di langit dan di bumi semuanya.
JOM kita sama-sama muhasabah diri dan membuat persedian untuk
 menghadapi akhir zaman.
 Kalau kita tidak samapi kepenghujungnya pun kita 
harus sedar bahawa akhir hayat kita boleh sampai bila-bila masa sahaja.
Saya terutamanya yang sudah amat dewasa, warga tua yang sudah hampir
kiraan jam dan saatnya. Mohon doa Allah mengampuni dan meredhai.
Semoga kita semua selamat di dunia dan di akhirat nanti.
Aamiin ya Rabb....


No comments:

Related Posts with Thumbnails