"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 7, 2009

MY FOOT !

No, I am not using it as a swear word. It is actually about a friend who was hospitalized because she had her foot operated on. But my story is not about her foot. It is about the long queue she had to go through before the foot was operated on. Imagine living in pain for some months because the hospital had her appointment postponed to a later date , much later date.

I was with some friends visiting her at her house soon after she was discharged. She was in a happy mood now that it is finally done. She was still in pain but cheerful because the ordeal of waiting is now over. But I could sense some bitterness in her tone. She could never forgive the long wait. I asked whether it was because the hospital do not have enough doctors to attend to her case or is it because the hospital hasn't got enough operating theater to handle many cases at one go.

Of course there was no clear answer. One could only guess the reasons behind the delay. Each one of us in our 60's has our own experience where hospitals are concerned, especially government hospitals. On any visit, we had to wait some five or six hours before we get to be attended to. We Malaysians love Malaysia so we will not complain at the top of our head. We would only ask pertinent questions as to why we are not given a good service considering the fact that Malaysia is not an under developed country. We have rich natural resources and we are told almost every year at the Budget session that our GDP grow by more than 7%.

We, the faithful citizens, always believe that Malaysia is rich, though not the richest in the world. Well educated and well trained youths flood the labour market every year. If we have a shortage in medical doctors, why aren't we training them. Our oil revenue must be enough to cover what ever the cost.

I will rest my case here because I remember my Boss used to say when asked "difficult" questions: "ASK NO QUESTIONS, AND I WILL TELL YOU NO LIES".

Are Malaysians living in self denials?

Thursday, August 6, 2009

SHAMELESS SHAME,

"Shame on you", says a friend one day when I told him the reason why I could not travel. "The Immigration Department freezes my Passport because the Department of Inland Revenue asked them to do do so". "How could you have failed your responsibility being a senior government officer." I smiled. Its not my fault, really because the Public services department did not deduct my gratuity when they make payments on what was due to me on the day I retired from the Public Service.

But all is well now. My dear brother-in-law paid my dues. I must thank him on my blog, and believe me I will be thanking him again and again. Where in the world can you find a brother -in-law like that. In fact I thank all my in- laws for the great favor they did on me. And so now I could travel "the world" again. No, I'm kidding. I am just enjoying "my newly found freedom." That's one of the greatest gift you could ever have. Alhamdulillah. All praises be to Allah the All Mighty that has made all this possible.

And the great discovery I found during my "problem days" is that I am not the only one in this predicament, ( civil servants inclusive). So what I thought was something to be ashamed of, it was indeed no big deal. A problem is a problem. It can come in different shapes and sizes. I am an Honest Civil servant, so be it. Indeed it is a shameless shame. Or can it be any other way?...

Thursday, July 30, 2009

Jangan ibu yang dipersalahkan.





Tiga hari yang lepas kakak ku datang dengan suaminya dan dengan anak saudara ku serta anaknya. Mereka datang dari Kota Tiggi, Johor. Amat seronok dan bersyukur dapat saudara mara datang ziarah. Hadith mengatakan kalau orang ziarah rumah kita, mereka membawa rezki dan pulangnya Allah hapus dosa dosa kecil kita. Alangkah besar kurnia rahmat Allah dalam menghubungkan silaturrahim.

Kakak ku menghidap penyakit kencing manis dan ditakdirkan penglihatannya amat berkurangan. Oleh itu ziarahnya menjadi amat bermakna kerana walaupun telah tidak dapat kita menyatakan kasih mesra kita dengan mata, Allah masih kurnia sentuhan dan saura untuk jalinan kemesraan. Begitu indah hubungan kemesraan kalau kita niatkan kerana Allah.
                                                                                                           

Dalam sessi sembang-sembang sambil menikmati sedikit hidangan sekadar mampu, tidak terlepas kita bercerita mengenai orang tua-tua yang masih ada di Kampung dan yang sudah dijemput menemui Allah swt. Maklumlah kami pun sudah tua.

Bila bercerita mengenai orang tua tak lari kita dari mengenang kembali kisah-kisah hidup bersama ibu, yang kami gelar Emak dan cucu-cucu memanggilnya Mak Tua. Allahyarham Mak Tua adalah tonggak keluarga Wak Leman, iaitu panggilan orang Kampung pada Allahyarham Bapakku. Oleh kerana kami warisan pendatang dari Jawa hampir 100 tahun dahulu, maka budaya kami adalah budaya yang agak keras kerana hakikat "survival". Sebagai tonggak, Mak tua sememangnya bertindak seperti seorang ketua yang kurang "bertolak ansur" dari segi pegangan prinsip hidup dan kehidupan. Kata orang Putih "it is a question of survival, and to survive she is tough on many matters, rightly or wrongly. And it may be "wrongly" if we measure her by our account. But if we emphetise with her and we measure her from another angle and try to understand why she did what she did then we would see that she is a mother who meant well and who wanted the best for her children." Sebenarnya Emak / Mak Tua hebat orangnya, aku bercerita pada anak-anak untuk kali yang keberapa tidak aku ingat, dan hari itu aku ulang untuk anak saudara dan cucu saudara ku yang sudah dewasa itu.

Selalu aku berkata, kelemahannya adalah juga kekuatannya. Emak Tua kalau di kata ia bersikap kebendaan, memang dia bersikap kebendaan. Kerana sikap itulah dia bekerja kuat untuk menghantar anak-anak kesekolah dan juga cucu-cucu yang dipelihara sekali waktu itu. Disitulah kelemahan, tetapi di situ jugalah kekuatan.

Jadi kalau kita agak tidak puas hati dengan sikap seperti ini atau tidak puas hati atas apa jua hal, aku berkata pada anak saudara dan cucu saudara ku, kita nilai diri kita. Semua orang ada Emak yang rata-rata kita gelar IBU. Ibu tetap ibu. Jika ada perselisihan pendapat, kita jangan berkeras. Beri laluan padanya. "give her the benifit of the doubt, if any". Tidak rugi kita mengalah sebab dia IBU.

Dalam Al Quran Allah berfirman dalam surah Al Anam ayat 151, "Katakanlah, marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu iaitu janganlah kamu sekutukan dengannya sesuatu pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, kamilah yang memberi rezki kepada kamu..................................................". Kata ustaz sebesar-besar perintah Allah ialah untuk mengesakanNya. Sebesar-besar dosa ialah syirik. Dan sebesar-besar perintah pada manusia untuk manusia ialah jangan durhaka pada ibu bapa.

Dalam surah Al Luqman pula Allah berfirman dalam ayat 14, " Dan kami wajibkan manusiaberbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggong kelemahan demi kelemahan, dan tempuh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepada Ku dan kepada ibu bapa mu, dan Akulah tempat kembali". Begitu tinggi taraf ibu. Kesemua nikmat yang kita dapat di dunia ini Allah beri mulanya melalui Ibu. Jadi kita tidak sewajarnya dendam dihati semata-mata kerana kita tidak bersetuju dengan cara ibu kita bertindak terhadap kita dan terhadap apa jua yang berkait dengan kita.

Pada sesiapa yang ibu bapanya sudah tiada, sudah kembali kerahmatullah, maka lebih lagilah kita harus sentiasa berdoa untuknya. Jangan diungkit-ungkit dan difikir-fikir lagi "kekurangan dan kelemahannya". Allah bukan tidak tahu kelemahan manusia (termasuk ibu bapa) tetapi arahan untuk berbuat baik diwajibkan juga. Maka apa jua krisis yang kita lalui dengan ibu bapa kita, kita lah yang patut bersabar dan kita yang mesti berlapang dada.

Semoga hari itu Allah bukakan hati anak buahku yang mendengar untuk memahaminya. Ibu tidak rugi jika dikutuk anak. Anak lah yang rugi. Mereka senyum mendengar aku berkata-kata. Aku rasa bertanggong jawan memberi kefahaman ini sebab ibu mereka sudah tiada. Dan anak-anak buahku yang lain yang membaca blog ini ku harap juga memahaminya.

Wednesday, July 29, 2009

......life in "retirement"




Sebelum "bersara" dari perkhidmatan kerajaan, kami diberi kursus bagaimana nanti "hidup dalam persaraan" supaya tidak terkejut kerana banyak perkara akan berubah. Kami diberi contoh berbagai "life style" sebagai persediaan minda. Katanya hanya seramai 30% daripada persara sahaja yang dapat menyesuaikan diri dalam dua bulan persaraan.


CUCU JADI PENGHIBUR

Hari ini saya rasa semacam "kesunyian" kerana cucu-cucu dah balik setelah selama 2 minggu bersama kerana ibunya kerja di luar. Semasa ada bersama rasa macam tak terdaya melayan karenahnya tetapi bila tidak ada macam kehilangan pula. Sebelum bersara kami disarankan supaya "berbuat baik" dengan cucu kerana anak terlalu sibuk untuk cari kesempatan bersemabang-sembang. Kita "rasuah" cucu kerana nanti mereka yang akan "seret" ibunya dan ayahnya (i.e anak kita) untuk pulang ke rumah. Baik juga saranan ini, hati kecil berkata. Cucu jadi alat untuk mengeratkan hubungan dalam 'extended family'. Tetapi rasanya strategy ini relevan sementara cucu belum sekolah menengah. Selepas menengah kita akan "kesaorangan" balik. Ini adalah pemerhatian saya atas kehidupan kakak-kakak saya.

Tetapi sebenarnya saya tidak begitu terjejas dengan persaraan sebab sebelum itu pun saya sudah berpegang pada prinsip bahawa hidup ini "akhirnya" adalah kematian diri. Persaraan dari kerja hanya merupakan berlalunya satu fasa dalam hidup. Sekarang saya berkawan pula dengan orang-orang yang muda melalui satu badan sukarela NGO. Kebetulan NGO ini ahlinya dan barisan pemimpinnya lebih yang muda-muda. Ada yang masih berkerja dan ada yang memang berkerja sendiri atau suri rumah sepenuh masa. Hebatnya kawan-kawan baru ini ialah mereka dapat menerima saya walaupun rata-rata mereka lebih 10 tahun muda dari saya. Tapi bukan fakta umur yang dapat menjalin keeratan. Saya bersyukur kerana fikrah kami selari, perjuangan hidup kami serasi.

Dulu sudah saya katakan pada "kawan" yang menganjurkan kursus persaraan bahawa kalau kita pegang prinsip kerja itu ibadah maka persaraan tidak menjadi masaalah. Saya mengatakan kalau pekerjaan kita adalah juga merupakan perjuangan hidup kita yang ikhlas dan tulin, kita tak perlu 'khuatir" memikirkan sama ada kita boleh menyesuai diri bila bersara. Yang berbeza besar hanyalah sekarang pendapatan kita sangat berkurangan. Itu sahaja dan mungkin kesihatan kita mula berubah. Tetapi sebenarnya kesihatan minda dan pemikiran yang penting untuk kita terus merasakan keselesaan. Pegangan saya ini juga adalah nasihat dari "kawan-kawan" yang 'became wiser before me'. Mujurlah saya mendengar nasihat mereka.

Ramai kawan-kawan yang sama-sama berkerja dahulu sekarang ini sibuk menambah "ilmu keagamaan". Tetapi sayangnya ilmu yang didapati sekarang sudah amat kurang peluang untuk dilaksana kerana kita sudah tidak memegang jawatan-jawatan di peringakat membuat dasar. Jadi ilmu itu tinggal ilmu. Kalaulah dahulu pegawai-pegawai kerajaan diberi peluang mengikuti kursus "keagamaan" pasti ia boleh dimunafaatkan secara langsung. Sekarang kita hanya boleh memunafaatkannya untuk persendirian sahaja. Bukan untuk masyarakat dan negara. Bagi mereka yang "menyambung" perkhidmatan peluang ini juga menjadi terhad melainkan mereka sudah pun mempunyai kesedaran ini dahulu lagi.

Semasa berkerja dahulu saya diberi kursus mengenai mazhab Syiah kerana saya menghantar pelajar-pelajar keluar negara dan saya diminta memberi penerangan yang sewajarnya. Kursus itu dalam seminggu dalam ingatan saya dan bila diminta untuk bertanya soalan saya mengatakan bahawa pegawai-pegawai pun patut diberi kursus mengenai apa itu ahli sunnah wal jamaah. Rata-rata pengetahuan "keagamaan" pegawai hanya lah setakat tingkatan lima. Ini pasti tidak mencukupi. Tetapi pendekatan waktu dahulu ialah kita ada ustaz-ustaz di Jabatan Perdana Menteri, di JAKIM dan sebagainya. Tetapi saya rasa pemikiran seperti ini kurang sempurna sikit. Islam adalah kewajipan semua untuk mempelajarinya. Ia bukan "monopoli" mana-mana satu Jabatan atau individu. Sebagai pakar rujuk itu lain pula konsepnya.

Catatan ini sedikit sahaja. akan disambung dilain kesempatan, insyaAllah.

mencari "space and time" untuk diri.


Rata-rata kita manusia merindui waktu-waktu ketenanagan untuk hati dan untuk minda. Dan selalu kita menggambarkan dalam fikiran kita tempat-tempat yang indah yang kita rasa dapat memberi kita suasana syahdu, seolah-olah kita tidak perlu mengingati apa masaalah kita dan masalah lain yang ada di sekeliling kita dan kita tidak perlu memikirkan apa yang kita perlu buat untuk esuk hari. Kita akan mencari detik waktu (moments) yang kita gambarkan dapat merangkul diri kita untuk berada dalam suasana seolah-olah kita terapung dalam ketenangan yang tidak akan menemui tepian.

Tetapi kita lupa berfikir dan bertanya apa sebenarnya perisian hati itu? Apa sebenarnya erti ketenanagan? Apakah benar kita sebenar-benarnya boleh melarikan diri dari kenyataan hidup, walau sedetik, sejenak atau sesaat. Adakah yang kita mahu dan yang kita cari ini sebenar-benarnya adalah diangan-angan semata-mata kerana hidup ini buka seperti yang kita idamkan. Ia bukan impian, dan ia bukan sesuatu yang boleh dipercaturkan. Hanyalah dalam fikiran kita, kita akan membayangkan detik-detik yang mengembirakan bersama orang-orang tersayang, anak, suami, isteri, kekasih atau siapa jua. Kita semacam merindui detik waktu ini dan mahu mengabdikan dalam kehidupan kita.

Tetapi jangan hairan. Kadangkala kita seperti boleh menemui detik dan saat ini. Biasanya bila kita bersaorangan dan kita duduk di tempat yang redup nyaman. Dan biasanya juga tempat ini sunyi dan tidak ada orang. Kemudian kita akan duduk melihat jauh-jauh sambil mengecap nikmat meminum secawan teh atau kopi dan sedikit makan ringan. Disamping kita sebuah buku yang kita memang mencari masa untuk membacanya. Ahh.........................sungguh nikmat dan tenang.

Dahulu saya pun begitu. Dalam masa muda saya, saya akan cari "some space of my own and some time of my own".Macam apa yang saya sebut di atas tadi. Mencari ketenangan dan menikmati keindahan. Tetapi sekarang ini saya rasa itu adalah satu penipuan oleh minda kita dan satu penipuan oleh pemikiran kita yang amat dipengaruhi oleh gaya hidup Barat yang tidak melihat hidup ini sebagai satu proses pengabdian diri pada Allah swt. "Space and time belongs to Allah and Allah alone." Ia cuma dipinjamkan kepada kita untuk seketika sahaja. Dia akan ambil balik sama ada kita setuju atau tidak, sama ada kita sudah puas atau belum puas 'menikmatinya'. Dalam jiwa seorang mukmin tidak sepatutnya ia kosong dari mensyukuri nikmat Allah. Senang itu nikmat, susah pun nikamat. Sihat itu nikmat, sakit pun nikmat. Tiada masaalah itu nikmat, ada masaalah pun nikmat. Asalkan sahaja kita tahu tugasan kita pada Allah, asalkan sahaja kita pegang teguh pada Tauhid dan kita hanya buat apa yang Dia suruh dan tinggal apa yang Dia larang. Kita disuruh menjadi khalifah mengimarahkan bumi ini. Mana ada masa untuk 'menyendiri dan bermimpi'.Kita menyendiri untuk bermunajat pada Allah untuk zikrullah. Walaubagaimanapun zikrullah secara menyendiri bukan yang terbaik sekali. Kita mesti faham halus-halus erti zikrullah. Kita membanting tulang empat kerat berkerja untuk mengimarahkan bumi adalah zikrullah. Kita contohi perilaku Ululalbab yang disebut dalam al Quran. Maka tidak lah kita kebingungan mencari 'space and time' untuk diri.

Semua ciptaan Allah bezikir padaNya - caranya hanya Allah yang maha mengetahui.

wallahua'lam.

Tuesday, July 28, 2009

Bilakah habisnya tanggong jawab seorang ibu.

  Anak Dan Menantu, Ujai dan Akif

Suatu hari seorang teman yang bertaraf ustazah yang mengajar pada ku al Quran (terjemahan Harfiah) mengeluh dan berkata, "tak boleh habis tugas kita sebagai ibu. Walaupun dah kahwin ada saja yang kita nampak tak kena. Nak marah tak boleh sebab dah bersuami, kata setengah orang Tapi Kak Mah (nama teman ini) tak peduli. Hukum kata kalau nampak kemungkaran, kita boleh tegur."

Seorang teman lagi berkata pada ku,"Kalau kita nak selamat dengan menantu dan jadi mak mertua yang baik, mulut banyak tutup. Jangan cerewet. Takkan sama cara kita dengan cara depa tu." Ada pulak yang kata,"kalau nak betul-betul popular dengan anak dan menantu, jangan duduk sekali bila dah berumah tangga. Duduk asing-asing itulah yang terbaik. Lagi pun kita masih kuat lagi. Kalau dah tak daya barulah kita duduk sekali."

Seorang kawan yang lain berkata pula," Kita ikut contoh Mak kita dulu-dululah. Menegur secara hikmah." Tapi yang seorang lagi berkata,"apa itu hikmah. Senang cakap aje. Nak terapkan konsep hikmah bukan mudah. Sebab itu eluk diam saja. Kita buat yang agak patut sudahlah."

Bila kita fikir-fikir sememangnya banyak pendekatan yang boleh dicuba guna. Anak saya pernah berkata pada saya sebelum berumah tangga dahulu, "Mak, sekarang ni zaman cyber generation gap makin jauh. Mak setuju?" Lebih kurang begitu dia bertanya. Saya mengatakan padanya, "generation gap ini hanya wujud sepetutnya kalau kita lihat dari segi teknologi untuk kegunaan harian. Macam Mak ni, kalau suruh guna komputer bermacam-macam memang Mak tak tahu. Kalau suruh urus alat-alat elektronik pun Mak tak pandai. Tapi kalau kita cerita pasal NILAI-NILAI MURNI dalam hidup tidak sepatutnya ada generation gap. Sebab kita bercakap berlandasan Quran dan Hadith. Dia tidak berubah daripada mula sampai qiamat nanti." Terdiam dia sekejap tapi tak bincang lanjut. Saya pun tak tanya balik setuju atau tidak. Sebab pasti panjang hujah-hujahnya.

Saya lebih mirip menyimpulkan bahawa tanggung jawab kita pada anak dan menantu tidak akan habis hingga kita mati. Cuma kita tidak mahu jika ada apa masalah nanti, kita pula yang disalahkan.

Strategi mana yang kita pilih ikutlah firasat seorang ibu yang sentiasa minta hidayah dari Penciptanya. Mohon Allah mudahkan segalanya.

Monday, July 27, 2009

Anak Jawa belajar Bahasa Orang putih

 WALAUPUN KETURUNAN JAWA, MALAYSIAKU INDAH

Masih belum puas menulis sentimen anak keturunan Jawa. Bukan apa..... Dua hari dulu biras ku yang berkerja sebagai guru memberi tahu bahawa ada kemungkinan Kementerian Pendidikan akan mewajibkan semua pelajar lulus Bahasa Inggeris untuk mendapat sijil penuh. Agak terkejut juga bila mendengarnya kerana takut pelajar di kampung-kampung seperti aku dulu akan menjadi mangsa. Kalaulah dasar ini dilaksanakan, semoga kementerian sudah menyediakan guru yang terlatih yang cukup bilangan nya, dan boleh di hantar kemana-mana mereka diperlukan. Kerana aku tahu dahulu semasa aku berkerja di kementerian ,bilangan guru yang terlatih yang duduk di bandar-bandar memang ramai kerana ikut suami.

Aku masih ingat pada masa dulu, baru saja lepas Merdeka, kita semua sekolah Inggeris, walaupun mulanya sekolah Melayu. Kebetulan yang mengajar aku isteri guru besar yang ketika itu dari Australia.Dia  pandai bercakap Melayu. Tapi sangat garang. Jadi kerana takut, aku hafal sahaja apa yang dia ajar, walaupun kadang kala tak faham. Tetapi aku dapati sistem yang aku buat sendiri macam berkesan untuk diri ku. Dari situ aku dapat ingat perkataan-perkataan dan bagaimana menggunakannya.

Dan bila orang Melayu sendiri mengajar, aku guna sistem yang sama. Ini semacam jalan pintas. Tetapi rasanya sistem ini tak ikut pedagogi dan lain-lain teknik pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang aku ingin kongsikan di sini pasal belajar bahasa "orang putih" ialah perlunya ada guru yang penuh dedikasi. Semasa di sekolah rendah guruku gunakan rotan untuk yang tidak mahu mencuba. Dia guru Melayu tetapi tak mahu cakap melayu.Cik Gu Hifny namanya, sekarang telah meninggal. Kami kena denda kalau cakap Melayu. Ditingkatan tiga aku mendapat seorang guru keturunan China yang baru lulus University. Dia amat baik hingga sekarang, Miss Tan Lee Kiang namanya. Bagi budak-budak miskin macam aku dan beberapa budak Melayu  (Jawa) lain, dia pinjamkan buku sebab Library di sekolah pun tak ada buku yang mencukupi. Aku masih ingat tiap-tiap minggu mesti habis baca buka Enid Blyton. Kemudian Cik Gu akan tanya di kelas apa yang disebut dalam buku itu. Tapi aku guna teknik aku juga. Aku hafal ringkasan yang sudah tertulis di buku itu. Tukar sikit-sikit aje. Dia tahu aku menghafal. Tetapi sekurang-kurangnya dia tahu aku berusaha. Sebenarnya aku menghafal semua subject, terutamanya history dan Geography.Jadi dalam periksa Senior Cambridge waktu itu aku boleh dapat credit 6  dalam Bahasa Inggeris. Walaupun  6 aku rasa puas sebab aku "Jawa  kampungan" berasal dari tepi hutan tapi boleh cakap orang putih. Tapi Sastera Inggeris aku dapat credit 5. Agaknya fluke. Fluke tak fluke ke aku dipilih jadi Pengerusi English and Malay Literary and Debating society di sekolah itu. Agaknya sebab dipilih aku hentam keromo bila bercakap. Tetapi bila menulis kucar-kacir. Tak kiralah aku sekarang boleh bercakap dengan agak baik, alhamdulillah. Agaknya rahsianya ialah keturunan Jawa suka memberanikan diri. Jadi di sekolah aku menonjol walaupun tak pernah dapat "A", dan tak dapat Grade Satu pun.Tapi tak rasa malu. Ini Jawa yang tak tahu rasa malu.

Tapi kalau cerita pasal guru, dulu dan sekarang lain. Sekarang kena beri bayaran insentif, baru ada semangat hendak berbakti. Tapi rasanya pasal cerita hendak berbakti pada rakyat, semangat itu sekarang sudah jauh luntur. Ramai yang memandang kebendaan. Rakyat Malaysia sudak salah didikan. Berapa kerat agaknya yang benar-benar ikhlas berkerja untuk berbakti. Kalau sekarang disebut berkerja kerana Ibadah.Agaknya boleh dikira dengan jari, dari peringkat atas hingga ke bawah, tidak kira bidang profesyen apa.Tapi pemerhatian ini mungkin tidak tepat kerana tidak ada bukti kajian dibuat. Hanya pemerhatian rambang.

Mungkin yang menjadi masaalah sekarang bukan budak keturunan Jawa tetapi mungkin anak-anak keturunan orang Asli. Aku berpengalam menjadi sukarelawan asrama anak-anak orang Asli. di Kuala Lumpur. Sememangnya mereka bermasaalah. Lagi bermasalah jika dibanding dengan anak-anak keturunan Jawa yang duduk di tepi  hutan  seperti aku dulu.

Tak tahulah apa yang akan terjadi.Usahaku sekarang ialah membantu sebuah NGO (Pertubuhan Mawaddah Malaysia) melaksana secara sukarela program ENGLISH IS FUN untuk anak2 keluarga pendapatan rendah di kawasan Shah Alam. Di sini kami tekankan untuk berani bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun salah-salah. Teringat pengalaman semasa kecil dulu. Walaupun dibuat secara kecil-kecilan kerana kekurangan kewangan, ibu bapa amat menghargai usaha kami dan menhantar anak-anak walaupun berjalan kaki.
Semoga Allah terus membantu dan memberkati usaha ini dan anak-anak Melayu Islam (ada lagi ke Jawa?)  akan mendapat tempat yang sewajarnya di dunia dan sejahtera di akhirat.


Related Posts with Thumbnails