"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, September 14, 2019

Ketagih ingin jalan-jalan........




A001

Kira-kira sudah agak lama saya tidak kemana-mana mengimbas kembali laluan hidup secara santai. Rasa ketagih ingin jalan-jalan cari ilham, fikir-fikir sakan.........

Saya ajak anak lelaki saya serta anak-anak dan isterinya ikut saya dan suami jalan-jalan ke arah Timur kerana sudah amat lama tidak ke daerah itu. Kebetulan cucu saudara saya akan kemajlis menyambut mempelai di Kuala Trengganu pada 7 September.
Suami dan saya setuju drive santai-santai sebelum sampai ke Kuala Trengganu. Kami melalui Temerloh kerana ingin melihat bagaimana bandar itu membangun sambil cari tempat untuk minum pagi,....ngopi kata setengah orang.

Temerloh sudah menampaan kelainan tetapi saya tidak menjumpai sesuatu yang luar biasa.Malahan kami tidak jumpa tempat yang sesuai bagi kami dan cucu-cucu. Maka kami jalan terus dan kemudian berpatah ke Highway untuk ke Kuala Trengganu.

Sambil duduk santai dan selesa dibelakang kereta VellFire yang dipinjamkan oleh anak saudara, saya melamun fikiran. Walaupun saya sudah tinggalkan tidak mendengari berita di sosial media namun saya masih tetap terfikir-fikir tentang kepimpinan,......dalam organasasi atau dalam negara. Saya sudah lama bersara tetapi isu tadbir urus tidak dapat saya pisahkan dalam hidup saya. Malahan anak-anak ada yang menyatakan secara "body language' bahawa saya masih mahu menganggap kehidupan di rumah sama dengan di pejabat.

Dalam kehidupan saya katakan ada prinsip-prinsip yang relevan di rumah dan relevan di pejabat. Kalau malas di rumah, memenglah malas di pejabat. Kalau tidak mahu tolong menolong di rumah maka seorang individu itu memang tidak saling membantu di pejabat. Kita semua adalah watak yang satu dan sama. Jika tidak, mesti ada niat kepurapuraan. Sahih......

"The measure of a Man is what he does with Power". Ini kata bijak pandai secara umumnya.

Seorang lelaki pemimpin di rumah pasti ada kaitannya dengan cara kepimpinannya di luar rumah, di tempat bekerja biasa atau di Negara. Sering kita lupa kepimpinan adalah suatu tanggongjawab yang berat yang Allah beri pada lelaki dengan syarat-syarat tertentu. Maka seseorang lelaki semestinya mempunyai Ilmu yang benar dan cukup untuk menjadi asas kepimpinannya, bukan memimpin membuta tuli.

Saya tidak bercadang sebenarnya untuk cerita mengenai kepimpinan secara mendalam. Cuma saya ingin tekankan pada anak-anak bahawa jika tidak mencari Ilmu yang Benar dan sungguh-sungguh mengamalkannya maka jangan mimpi kita akan mencapi satu keharmonian dalam rumah tangga. Jika rumah tangga tidak harmoni bagaimana mahu mendapatkan organisasi yang haromoni, dan kemudian masyarakat yang murni, dan diikuti pula dengan Negara yang murni. Tentu mustahil.....

Semuanya bermula dengan diri dan bermula di peringakat keluarga  dan rumah tangga. Sahih......

Eh...Eh.... terlajak bicara....

Kita teruskan dengan perjalanan ke kuala Trengganu.


Kami singgah di Teluk Chempedak Kuantan. Semasa bekerja dahulu selalulah saya sampai di sini dalam tugasan membina sekolah di seluruh negara. Tidak banyak perubahan dan saya perhatikan tidak ramai pengunjung. Kata anak saya waktu malam ramai kerana siang sangat panas dan tidak boleh berenang pun. Maka kami duduk legar-legar dan makan tengah hari secara ringan sahaja.



Saya dan suami tunggu makanan dan dikelihatan juga cucu saya boring dan terpakasa ibunya pinjamkan telefon untuk seketika. Di rumah kami amat tidak memberi peluang sewenang-wenang dengan telefon. Amat merugikan dari segi jangka panjang. Tambahan pula dalam permainan "games" sudah banyak unsur-unsur yang dipengaruhi nilai-nilai yang tidak Islamik. (Nanti kita cerita panjang insyaAllah dilain masa).




Dalam duduk menanti makanan saya ternampak bangunan diatas ini. Kata anak saya ia dipunyai oleh ahli dalam kumpulan yang dahulu kita kenali dengan nama Pertubuhan Arkam yang kini sudah di haramkan. Tetapi katanya ia berterusan dengan nama yang lain dan kaedah yang lain. WaAllahu'alam. Saya kurang tahu. Namun yang menarik perhatian saya ialah Tag line "Ingat makan Ingat Tuhan". Lihat di foto yang atas.

Menarik buat saya. Lain dari yang lain. Tetapi tidak semua yang lain itu baik dan benar. Kita kena hati-hati juga.

Sekembalinya dari Kuala Trengganu kami singgah lagi di Teluk Cempedak dan melihat kawasan yang berlainan sedikit.




Melihat pantai dari sudut lain.


Setelah agak puas kami ambil keputusan untuk balik Putrajaya. Kami singgah makan di R&R Temerloh. Ooii mak...... ikan Patin sahaja menu yang dijual dengan nasi. Anak menantu saya suka ikan patin maka menjamu seleralah dia. Saya makan biasa-biasa sahaja. Alhamduluillah.

Sampai di sini dahulu. Nanti sambung lagi kisah di Trengganu.
Semoga kesampaian.


.....................................

Thursday, September 5, 2019

Sudut Santai 7.




Sejuk dan Indah mata memandang.
Buat hati rasa damai.
Kurniaan Allah semoga tidak akan lalai.

............


Tuesday, September 3, 2019

Terlambat...@ 1 Muharram 1441 Hijriah.




A001

Biar terlambat, jangan langsung tidak teringat.
1 Muharram telah berlalu beberapa hari. Belum sempat buat catatan. Maal Hijarah insyaAllah akan tetap saya ingat. Manakan boleh lupa. Perjuangan Rasulullah saw tiada bandingannya.



A218
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah 2:218


A195
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
(A-li'Imraan 3:195) |


Demi ingin mengikuti jejak Rasulullah saw maka saya cuba ingatkan diri dengan ayat-ayat alQuran di atas. Berkata hati kecil saya: Jom pujuk diri semoga sedikit-sedikit pun Allah akan mengasihani kita dan menyampaikan hajat-hajat kita.Semoga terampun juga dosa-dosa kita. Itu harapan sepenuhnya dan semoga Allah tempatkan kita di Syurga Firdausnya yang diidamkan semua mereka yang beriman dengan limpah Rahmatnya.

Tahun Hijriah 1441 bermula dalam tahun Masehi 2019 dalam pemerintahan baru bawah Pakatan Harapan yang dipimpin oleh YAB Tun Dr Mahathir Muhammad. Katakanlah apa pun mengenai beliau, saya hormat dan sayang padanya. Tiada manusia yang sempurna dan dalam umur yang begitu lanjut beliau masih mahu bekerja kuat cuba membetulkan negara yang hampir runtuh keadaannya.Kita berdoa semoga Allah ampunkan semua dosa-dosanya dan dosa-dosa kita dan bersama-sama bekerja kuat berusaha apa jua untuk mendapat Redha Allah. Kebergantungan kita hanya padaNYA.

Saya mahu melupakan peristiwa lama demi menjana pemikiran baru dalam era ini. Saya berkerja dalam Perkhidmatan Awam dari tahun 1972 hingga 2003. Tiga tahun saya bermula di Jabatan Perdana Menteri di bawah Almarhum YAB Tun Abd Razak. Saya amat muda waktu itu dan pernah menjadi pembantu pada Ketua Setiausaha Majlis Tindakan Negara yang dipengerusikan oleh Almarhum YAB Tun Abd Razak, Perdana Menteri waktu itu. Sedikit sebanyak saya mula memahami bagaimana mentadbir urus negara yang diduduki oleh rakyat  berbagai kaum dan berbagai agama.

Senario hari ini amat berlainan. Setiap kaum sudah melalui berbagai cabaran hidup dan sudah melalui perbandingan hidup dengan penduduk dunia lainnya terutamanya jiran kita Singapura. Tidak perlu saya berkata banyak mengenai mereka yang amat terpaut hati dengan Singapura hingga lupa bahawa mereka tidak maju seperti kini jika dahulu Almarhum Tun Abd Razak tidak melaksanakan dasar yang inclusive dan membina rakyat supaya hidup seperti aur dengan tebing setelah berlalunya penjajah durjana.

Mula-mula nampak seperti kaum yang dibawa masuk oleh penjajah British sedar dan mahu membalas jasa dan taat setia pada pemimpin tegar waktu itu yang bermula dengan YAB Tengku Abd Rahman alHaj. Tetapi lama kelamaan mereka menunjukan perubahan yang membimbangkan dari aspek perpaduan negara. Mereka yang asli di negara tercinta ini pun sudah lupa perjuangan asalnya. Mereka lebih berjiwa materialisma. Bukan semua begitu, tetapi mereka yang bijak pandai mula mendurhakai kaumnya sendiri hingga negara Malaysia kini seperti hilang haluan. Hampir saban hari timbul sengketa dan mengakibatkan perpecahan yang tidak seharusnya berlaku. 

Maka Maal Hijrah tahun 1441 ini amat menyentuh hati saya. Rasa sedih pun ada juga kerana impian Wawasan 2020 tidak tercapai. Allah maha mengetahui siapa yang harus dipersalahkan. Mungkin kita semua bersalah kerana sudah hilang jati diri dan semangat berkorban untuk negara. Ayuh kita sama-sama bertekad dan beazam baru mencari jalan yang terbaik untuk hidup penuh kedamaian. Kita mula dengan diri sendiri, kita mula dengan memperbaharui tekad benar-benar mahu bersatu dalam satu syahadah. Kita ikut contoh Rasulullah saw bagaimana baginda berjuang memperluas satu syahadah itu.Tidak ada sikap sombong, hasad dengki dan tamak harta. Semoga Allah menunjuki jalan dan ramai yang akan berusaha mencari kedamaian tanpa mengira warna. Sama-sama Hijrah mencari kedamaian dan kesejahteraan. Kita ikut Rasulullah saw dengan erti yang sebenar-benarnya.


...........................

Saturday, August 31, 2019

Rindu Kedamaian...@ Malaysia Ku Merdeka.



A001
Aku dilahirkan sebelum Merdeka
Dalam keluarga pendatang dari pulau Jawa sering ku kenang
Mencari sesuap nasi dan atap berteduh semoga Ibadah dapat diteruskan.
Allah maha mengasihani dan hanya keindahan yang ku rasakan
Walau pun saban hari keluarga ku membanting tulang,
 panas dan hujan tidak menghalang.

Keluarga pendatang....
Emak dan bapak ku tidak pernah ku dengari merintih kesusahan
Makan cukup walau pun sekadar ubi kayu ubi keledek 
dan ikan belud di perparitan.
Aku tidak pernah merasai lapar walaupu makan nasi hanya sedikit 
kerana dicatur kerajaan.
Tetapi keluarga ku bahagia, kedamaian itu terpaku dalam ingatan

Aku ke sekolah berjalan kaki kekadang tanpa kasut dalam lecah,
 namun hati girang.
Tidak pernah cukup peralatan dan belanja sekolah, 
tetapi tidak pula risau mahu membanding taraf kehidupan.
Boleh menulis membaca mengira dan akhirnya ke menara gading
 berkat usaha orang tua ku yang tidak mengenal kesusahan.
Bantuan kerajaan diterima dan aku dapat menikmati rasa lega dan lapang.

Hati damai..........

Negara pun damai walaupun ancaman komunis
 beberapa ketika dapat ku rasakan
Catuan makanan, pemeriksaan keselamatan ku lalui tenang
 walaupun orang tua ku seperti khuatir  bimbang......
Alhamdulillah, keluarga ku rasa mendapat perlindungan,
 rasa aman walaupun ada ancaman
Emak dan bapak selalu berpesan-pesan supaya berusaha kuat 
kerana yakin Allah tidak berjauhan.
Hanya pertolonganNya sahaja yang sentiasa kami harapkan.

Peristiwi 13 May pun aku berpengalaman, namun tidak sangat rasa ketakutan
Mungkin kerana waktu itu belum faham
 sabab-musabab dan kesan pada kehidupan.
Aku tidak merasa kepahitan dan  kesusahan yang bolih  menghentikan 
segala aktiviti dan aku tetap bolih menjana fikiran
Untuk maju dan berdikari tanpa perlu khuatir
 adakah esuk damai tidak akan berterusan.

Kemudian aku dapat pula bertugas di sektor awam penuh kesyukuran
Mengerti akan cabaran harian bahawa tadbir urus organisasi 
 bukan sekadar pekerjaan mencari makan
Mematuhi segala peraturan demi kelangsungan yang
dituntut masyarakat dan kehendak Tuhan.
Rasa cinta negara dirasai walaupun laluan tugasan
 tidak sentiasa senang, tidak sentiasa aman.
Yakin pada diri, yakin pada pimpinan dan yakin pada kewujudan Tuhan 
yang orang tua ku sentiasa ingatkan.

Namun ada kalanya waktu itu aku rasa kecewa pada pemimpin yang tidak mesra rakyat
 dan tidak pula kisah pentingnya Iman
Tidak mendidik rakyat apa itu kejayaan selain dari
 mengumpul harta kekayaan dan merebut kekuasaan.
Maka ada kalanya aku juga terkandas dan tersasar haluan
Tetapi keluarga ku menjadi benteng pertahanan, 
mengajar kesabaran dan keberanian mengingati kembali perjuangan dan 
pengorbanan kaum pendatang.
Menyedari bahawa Ehsan dan Redha Tuhan itu terutama dan tidak bolih 
dipermainkan dan diperdagangkan

Maka aku rasa aman dan damai hingga ke penghujung perkhidmatan
 dan kini memerhati kehidupan sebagai rakyat yang sudah kurang kemampuan
Kini negara berubah kepimpinan dan berubah pula wawasan
Aku sentiasa memerhati semoga barisan kepimpinan berjati diri,
 berintegriti dan bijak membezakan  antara Iman dan Taqwa 
dan penyembahan sihir Jinn dan Syaitan

Di zaman ku dulu dapat dirasai perpaduan, semua kaum berfahaman
 dan tidak mendabik dada mengaku kelebihan dan kehebatan.
Peristiwa 13 Mei jadi penyesalan dan didirikan sempadan......
Kini keterbukaan dasar dan wawasan diambil kesempatan,
ramai berpolitik hanya untuk kepentingan diri dan kumpulan.
Bersikap sombong, megah dan tidak lagi mengerti
 apa itu persaudaraan dalam negara berbilang cabaran, berbagai impian

Seharusnya semua rakyat, pemimpin dan marhain, bijak melihat kebelakang
 dan bijak menyusun perancangan yang membawa kesejahteraan semua 
yang bernaung dibawah satu Jalur Gemilang.
Tidak perlu taksub siapa kuat, siapa pintar dan yakin dia akan menang.
Jangan keliru dan tidak sedar bahawa Dunia kini sudah di Akhir Zaman
Sudah banyak petanda dan janganlah kita di buai mimpi
dan bertelagah dan berbicara tiada kesudahan.
Dan lupa hakikat sebenarnya bahawa yang akan menang di dunia ini 
ialah puak yang sudah diperangkap kuasa Zionist dan
sekutunya penyembah Syaitan.
Bertoping... konon mahukan kedamaian dan kekayaan 
dalam satu NewWorld Order 
yang menjamin kesejahteraan tanpa penjajahan dan kezaliman.

Katanya kesejahteraan itu adalah untuk semua di muka bumi
Tetapi mereka lupa Bumi ini Bumi Tuhan.
Penipuan  besar dari Jinn dan Sayitan 
telah membuat mereka tidak kesedaran kerana kejahilan.
Itu disebut jelas dalam alQuran dari zaman lahirnya Nabi Adam Alaihisalam
Jangan ambil ringan dan tidak yakin keengkaran Iblis mencabar Tuhan
Menjahanamkan manusia seluruh alam.
Tetapi manusia masih menyibukan diri mencari kuasa, mencari kekayaan
Yang akhirnya membawa padah kesesatan menuju jahanam.

Semoga Malaysia tidak terperangkap dalam perbalahan dan persengketaan
yang dicetuskan musuh yang dengki khianat dan tamak habuan
di kalangan manusia yang rendah akhlak dan tidak beriman. 
Yang melihat hidup ini akan terus berpangjangan, tidak menyedari
mereka dibuai impian yang ditutupi Sihir Jinn dan Sayitan.

Ayuh kita kembali pada hakikat Allah itu Tuhan yang punya Hak Mutlak
 dan jangan kita cuba mencabar Kekuasaan.
Pasti terkandas di Neraka Jahanam selagi tidak kembali
 pada Fitrah bahawa manusia itu hamba dan Allah itu Tuhan.
Tuhan Yang Satu dan Tiada Sekutu.
RedhaNya yang kita buru hingga ke hujung dunia kita tumpu jitu.
Penuh yakin bahawa kedamaian hakiki hanya terletak pada Syahadah yang
 mengEsakan Tuhan dan Muhamad saw itu Rasul pilihan.

Ampuni kami Ya Rabb.....
Kami bersyukur atas segala yang Engkau telah kurnia,
Kerana Engkaulah yang maha Adil lagi maha Bijaksana.
Kurniakanlah kami Kedamaian yang Engkau Redha 
dan himpunkan kami di Syurga Firdaus dengan Rahmat Mu jua.
Aamiin Ya Rabbal alamiin.......


....................................

Tuesday, August 27, 2019

Ustaz Zulkifli Muhammad Ali LC á´´á´°l Persiap !! Dajjal Sudah Muncul

AlQuran Surah An Nur ayat 55...@ baru saya nak mula faham.










Hampir setahun waktu kebelakangan ini saya minat mengikuti beberapa ceramah di Utube atas berbagai tajuk. Maka kali ini saya ingin kongsi sedikit apa yang saya mula memahami tafsir ayat AlQuran surah An Nur ayat 55. Dahulu saya faham amat sedikit dan kali ini saya mula tambah faham akan kaitannya dengan fenomena Akhir Zaman yang banyak diperkatakan oleh ramai Shaikh dan Ustaz dari berbagai negara termasuk Malaysia.

Alhamdulillah......semoga saya belum terlambat sangat........



A055

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(An-Nuur 24:55) |


Sejarah Tamadun Islam telah melalui berbagai fasa. Terlalu banyak untuk saya memahami dan mengingat kesemuanya. Saya cuma lihat yang mudah saya fahami. Setelah Nabi Muhammad Rasulullah sallahualaihi wasalam wafat, pemerintahannya telah diganti dengan sistem Khalifah yang di mulakan oleh 4 khulafa' Rashidin yang kita telah maklum hinggalah ke pemerintahan Saidina Ali RA. 

Saya belum cukup memahami sirrah deen Islam sepenuhnya tetapi rasa terpanggil untuk berkongsi yang sedikit ini kerana baki masa buat saya di alam ini tinggal terlalu sedikit untuk memahami dengan mendalam lagi. Maka saya tulis entry ini sebagai perkongsian permulaan sahaja bagi maksud kesedaran awal bagi kumpulan yang sama umur dengan saya yang punya latar belakang yang agak sedikit mengenai deen Islam dan akhir zaman.


Alhamdulillah saya dapat mengikuti beberapa ceramah di utube oleh Shaikh Omar Baloch yang bercerita, antara lain, mengenai mengapa di akhir zaman nanti Allah lahirkan Imam Mahdi. Apa yang saya faham ialah kerana Allah akan memenangkan Umat Islam akhirnya di akhir zaman. Akhir zaman belum bererti Hari Qiamat. Ada beberapa peristiwa kecil dan besar yang akan berlaku sebelum Hari Qiamat yang terakhir. Kata Shaikh Omar semuanya ada diceritakan di dalam Al Quran dan Hadith yang Sohih.

Ayat di atas ada kaitannya dengan akhir zaman. Saya fokus kepada fakta ini kerana ayat itu banyak tafsirannya yang saya belum faham semuanya.

Ayat itu dengan ringkas mengatakan mengatakan bahawa Umat Islam akan berkuasa kembali di dunia ini jika umat Islam memegang kuat apa yang Allah tuntut dan dilaksana melalui sistem Khalifah sebagai ketua pemimpin semua hal ehwal negara. Umat Islam akan hidup aman damai.

Sekarang di mana jua di dunia ini termasuk di negara-negara Islam, keadaan amat tidak aman. Penyelesaian yang muktamad akan tercapai jika manusia mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Sebab itu akan diturunkan Imam Mahdi yang menerusinya akan terlaksana semula sistem Khalifah yang diwarisi dari junjungan besar Nabi kita Muhammad saw. Imam Mahdi ini adalah keturunan Nabi saw sendiri dari saluran anakendanya Hussein.

Secara ringkas saya catat pemahaman saya seperti berikut:

  • Dari ayat di atas apa yang Allah kata siatem Islam mesti mesti melalui sistem  Khalifah. Tiada cara lain. Bukan melalui demokrasi seperti dipercayi sekarang ini.
  • Apa yang unik dalam sistem Khalifah ialah adanya consep Bai'ah, iaitu taat setia pada pemimpin agongnya.Hanya cara ini yang terbaik bagi Ummah. Tidak perlu berbalah hanya semata-mata mahu menonjolkan kehebat diri sahaja.
  • Dengan lain perkataan, mesti kembali pada sistem Sunnah yang Rasulullah saw pelopori. Hany Rasulullah yang terbijak pada saat-saat tergenting.
  • Umat Islam harus kembali pada hakikat bahawa apa yang Rasulullah tunjuk contoh adalah yang terbaik. Antaranya berpegang kuat pada hakikat keluarga Rasulullah terpelihara dari sebarang bentuk kesesatan.
  • Sunnah Nabi saw kemudian diikuti dengan Sunnah Khulafa' Ar Rashidin.
  • Imam Hussein (cucu Rasulullah) atas sebab-sebab tertentu tidak dapat meneruskan sistem Khalifah yang ditutut dalam Islam.
  • Maka itu Al Mahdi akan lahir untuk membersihkan segala kekeliruan dan terus bereyakinan bahawa sistem khalifah sahaja yang dapat menerajui sistem pemeritahan negara berasaskan Islam.
  • Dalam ayat Quran di atas menandakan Imam Mahdi akan menyempurnakan sistem Khalifah.
  • Maka kita (sesiapa yang sampai ke akhir zaman) harus mempertahankan sistem Khalifah dalam apa jua keadaan sekalipun.
  • Jangan terperangkap dalam sistem Dajjal yang sekarang sudah diguna oleh "anak-anak"  Dajjal.
          (Mungkin kita cerita Dajjal dilain kali pula. Saya sedang mengumpul pemahaman buat diri sendiri dahulu.)


Kata seorang Pendakwah dari Indonesia yang terkenal ada 7 fasa terbesar sebelum hari Qiamat yang akhir sekali. Surah 24 An Nuur  Ayat 55 terbit ternyata di Fasa 5 yang disebut oleh Shaikh Zulkifli ini. 

Saya turunkan di sini selepas entry ini mengenai Ceramahnya iaitu shaikh Zulkifli Muhammad Ali. Sila ikuti sendiri. Semoga membawa munafaat buat kita semua, tidak kira siapa. Semoga Allah menunjuki jalan dan memelihara kita hingga ke Jannah.
Aamiin ya Rabb......


......................

Saturday, August 24, 2019

Sayangkan cucu ....... @ dilemma hati.





A001

Hari ini saya cerita sedikit  "creativity" cucu-cucu. Baru-baru ini depa dan mummynya  dan mamanya menghadiri jemputan makan-makan sempena Hari Raya Eidul Adha di rumah jiran tidak jauh dari rumah saya. Agak lama mereka bertandang. Anak saya balik awal tetapi cucu-cucu masih seronok dengan kekawan sebaya sama sekolah di rumah jiran itu.

Bila balik kelihatan mereka "berwajah baru". Di rumah jiran itu ada yang melayan cucu membuat hiasan muka seperi kelihatan di foto. Ada nama khas bagi hiasan seperti ini  tetapi saya sudah tidak ingat.


Bukan dimuka sahaja tetapi di kuku jejari tangan. Mereka rasa seronok dapat
 pengalaman baru yang saya tidak pernah promote dirumah saya.







Memang mereka seronok dan saya bertanyakan siapa yang
 menghias muka mereka.
Saya tidaklah komplain cuma terdetik dalam hati bagaimana mahu 
menerangkan pula pada sikecil-kecil ini erti "keativiti" seperti itu.
 Apa erti kecantikan dan apa itu erti "Just for fun" cara anak-anak.
Saya rasa ketinggalan zaman kerana jauh sekali berbeza dengan zaman saya membesar dahulu.
Tetapi saya tidak komen apa-apa yang negatif pada mereka.
Dalam kerisauan saya ra'i juga keseronokan mereka.
Sambil itu saya cuba berfikir-fikir bagaimana mahu cari jalan terbaik
 dalam mendidik anak-anak kecil dalam dunia serba canggih ini.



Malam itu saya duduk sembang dengan anak lelaki yang tinggal bersama saya
yang di panggil Abi oleh anak-anaknya.
Saya katakan saya serba salah bagaimana mahu memperkatakan sesuatu 
pada anak-anak itu mengenai apa yang ada dalam fikiran saya berkaitan
 dengan bahayanya kita buat sesuatu secara ikut-ikutan,
 Anak-anak ini sangat 'innocent'.
Hatinya bersih. Maka bagaimana kita harus mewarnai hati-hati mereka ini.
 Mereka tidak mengerti apa yang sedang berlaku diluar sana.
 Mereka tidak tahu kebohongan yang berlaku ada diluar sana yang boleh
 menjejaskan pemikiran bukan sahaja pada dewasa
tetapi juga anak-anak muda.
 Maka saya amat khuatir bagaimana saya bolih melindungi anak-anak kecil ini
 supaya keharmonian hati mereka tidak dinodai
pemikiran yang boleh menyesatkan dari landasan yang benar.

Dan berbagai lagi yang mereka tidak tahu.
Maka tidaklah bolih berkata sesuatu seperti satu kejutan. Saya harus tangani
sedikit demi sedikit. Maka malam itu saya berfikir-fikir hinggalah
 ke saat saya menulis di sini.

Di luar sana "kecelaruan"  sedang berlaku mengenai
 ekonomi, politik, akhlak dan berbagai lagi.
 Bagaimanakah saya hendak mengatakan pada mereka jangan
 berseronok sangat kerana negara kita sedang
dalam "keadaan tidak menentu" dan diluar sana saya juga dapat tahu dunia 
sedang menghadapi berbagai-bagai
"malapetaka alam semula jadi".
 Ada gunung api meletup, ada banjir besar yang tidak disangka-sangka,
 Salji di kutub Utara dan Selatan sudah mencair lebih laju dari biasa dan
 berbagai lagi kejadian yang mumbuat saya sedikit sebanyak
 rasa runsing memikirkannya.

Saya cuba bincangkan dengan anak saya.
Diakhir zaman ini saya sudah mula berfikir hal-hal yang mungkin saya
 tidak perlu fikir bertubi-tubi.
Anak saya kata janganlah emak risau sangat. Itu hanya ramalan awal sahaja 
dan kita tidak tahu pun benar atau tidak negara kita ini juga menerima 
serpihan niat-niat jahat negara kuasa besar yang mahu menjadikan 
negara-negara kecil "hamba abdi" mereka.

Saya  yakin negara kita ini sudah menjadi mangsa tetapi  saya berhenti
 dari bertanya-tanya lagi kerana saya rasa saya harus memahami sesuatu
dengan lebih teliti. Kalau tidak nanti ia akan membuat saya lagi kebingungan.

Saya berhenti di sini dahulu,. Nanti bila-bila  mungkin saya sambung
cerita-cerita lain yang berkaitan dengan fenomena akhir zaman
 yang kebelakangan ini membuat saya
berfikir-fikir khuatir. Semoga Allah memelihara kita semua dan
 kita selamat sejahtera dunia akhirat.
Aamiin ya Rabb....


..........................
Related Posts with Thumbnails