Hampir setahun waktu kebelakangan ini saya minat mengikuti beberapa ceramah di Utube atas berbagai tajuk. Maka kali ini saya ingin kongsi sedikit apa yang saya mula memahami tafsir ayat AlQuran surah An Nur ayat 55. Dahulu saya faham amat sedikit dan kali ini saya mula tambah faham akan kaitannya dengan fenomena Akhir Zaman yang banyak diperkatakan oleh ramai Shaikh dan Ustaz dari berbagai negara termasuk Malaysia.
Alhamdulillah......semoga saya belum terlambat sangat........
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(An-Nuur 24:55) |Sejarah Tamadun Islam telah melalui berbagai fasa. Terlalu banyak untuk saya memahami dan mengingat kesemuanya. Saya cuma lihat yang mudah saya fahami. Setelah Nabi Muhammad Rasulullah sallahualaihi wasalam wafat, pemerintahannya telah diganti dengan sistem Khalifah yang di mulakan oleh 4 khulafa' Rashidin yang kita telah maklum hinggalah ke pemerintahan Saidina Ali RA.
Saya belum cukup memahami sirrah deen Islam sepenuhnya tetapi rasa terpanggil untuk berkongsi yang sedikit ini kerana baki masa buat saya di alam ini tinggal terlalu sedikit untuk memahami dengan mendalam lagi. Maka saya tulis entry ini sebagai perkongsian permulaan sahaja bagi maksud kesedaran awal bagi kumpulan yang sama umur dengan saya yang punya latar belakang yang agak sedikit mengenai deen Islam dan akhir zaman.
Alhamdulillah saya dapat mengikuti beberapa ceramah di utube oleh Shaikh Omar Baloch yang bercerita, antara lain, mengenai mengapa di akhir zaman nanti Allah lahirkan Imam Mahdi. Apa yang saya faham ialah kerana Allah akan memenangkan Umat Islam akhirnya di akhir zaman. Akhir zaman belum bererti Hari Qiamat. Ada beberapa peristiwa kecil dan besar yang akan berlaku sebelum Hari Qiamat yang terakhir. Kata Shaikh Omar semuanya ada diceritakan di dalam Al Quran dan Hadith yang Sohih.
Ayat di atas ada kaitannya dengan akhir zaman. Saya fokus kepada fakta ini kerana ayat itu banyak tafsirannya yang saya belum faham semuanya.
Ayat itu dengan ringkas mengatakan mengatakan bahawa Umat Islam akan berkuasa kembali di dunia ini jika umat Islam memegang kuat apa yang Allah tuntut dan dilaksana melalui sistem Khalifah sebagai ketua pemimpin semua hal ehwal negara. Umat Islam akan hidup aman damai.
Sekarang di mana jua di dunia ini termasuk di negara-negara Islam, keadaan amat tidak aman. Penyelesaian yang muktamad akan tercapai jika manusia mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Sebab itu akan diturunkan Imam Mahdi yang menerusinya akan terlaksana semula sistem Khalifah yang diwarisi dari junjungan besar Nabi kita Muhammad saw. Imam Mahdi ini adalah keturunan Nabi saw sendiri dari saluran anakendanya Hussein.
Secara ringkas saya catat pemahaman saya seperti berikut:
- Dari ayat di atas apa yang Allah kata siatem Islam mesti mesti melalui sistem Khalifah. Tiada cara lain. Bukan melalui demokrasi seperti dipercayi sekarang ini.
- Apa yang unik dalam sistem Khalifah ialah adanya consep Bai'ah, iaitu taat setia pada pemimpin agongnya.Hanya cara ini yang terbaik bagi Ummah. Tidak perlu berbalah hanya semata-mata mahu menonjolkan kehebat diri sahaja.
- Dengan lain perkataan, mesti kembali pada sistem Sunnah yang Rasulullah saw pelopori. Hany Rasulullah yang terbijak pada saat-saat tergenting.
- Umat Islam harus kembali pada hakikat bahawa apa yang Rasulullah tunjuk contoh adalah yang terbaik. Antaranya berpegang kuat pada hakikat keluarga Rasulullah terpelihara dari sebarang bentuk kesesatan.
- Sunnah Nabi saw kemudian diikuti dengan Sunnah Khulafa' Ar Rashidin.
- Imam Hussein (cucu Rasulullah) atas sebab-sebab tertentu tidak dapat meneruskan sistem Khalifah yang ditutut dalam Islam.
- Maka itu Al Mahdi akan lahir untuk membersihkan segala kekeliruan dan terus bereyakinan bahawa sistem khalifah sahaja yang dapat menerajui sistem pemeritahan negara berasaskan Islam.
- Dalam ayat Quran di atas menandakan Imam Mahdi akan menyempurnakan sistem Khalifah.
- Maka kita (sesiapa yang sampai ke akhir zaman) harus mempertahankan sistem Khalifah dalam apa jua keadaan sekalipun.
- Jangan terperangkap dalam sistem Dajjal yang sekarang sudah diguna oleh "anak-anak" Dajjal.
Kata seorang Pendakwah dari Indonesia yang terkenal ada 7 fasa terbesar sebelum hari Qiamat yang akhir sekali. Surah 24 An Nuur Ayat 55 terbit ternyata di Fasa 5 yang disebut oleh Shaikh Zulkifli ini.
Saya turunkan di sini selepas entry ini mengenai Ceramahnya iaitu shaikh Zulkifli Muhammad Ali. Sila ikuti sendiri. Semoga membawa munafaat buat kita semua, tidak kira siapa. Semoga Allah menunjuki jalan dan memelihara kita hingga ke Jannah.
Aamiin ya Rabb......
......................
No comments:
Post a Comment