"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, December 3, 2010
RINDU GURU JERMAN
Daun meranti daun mengkudu
Dikumpul diletak di serambi rumah
Menanti-nanti melepas rindu
Bersembang panjang penuh hikmah.
Telah hampir lapan tahun saya bersara dari Kementerian Pendidikan. Rindu pada guru-guru yang saling memahami perjuangan dalam wawasan pendidikan. Maka apabila tiba-tiba ada peluang dan ruang untuk berjumpa, saya cepat-cepat aturkan satu pertemuan. Saya buat temu janji dengan guru-guru bahasa Jerman yang berkursus di Hotel Grand Continental di Kuala Lumpur pada Jumaat 26 November baru-baru ini. Tak sabar-sabar menunggu hari yang dijanjikan.
Disaat kami berjumpa, kami berpelukan erat. Seronok dan sayu saya rasakan kerana mereka masih mahu bertemu dengan saya walaupun perbezaan umur kami sangat jauh. Mereka berumur empat-puluhan. Tetapi tidak ketara mereka meningkat umur. Tiba-tiba seperti baru sahaja kami tidak bersembang. Saya rapat dengan beberapa guru bahasa Jerman ini semasa saya melawat mereka di negara Jerman semasa mereka berkursus di sana. Ketika itu saya berumur lewat empat-puluhan. Peristiwa-peristiwa di sana walaupun sekejap tetapi tidak dapat dilupakan terutama tentang mencari-cari makanan halal dalam cuaca kesejukan.
Dari segi laluan kerjaya guru Jerman ini pula, saya amat simpati dengan kedudukan mereka yang mulanya dijanjikan kursus mereka bertaraf Ijazah Sarjana Muda. Tetapi tanpa difahami sebab sebenar mereka hanya dianugerah Diploma. Berlainan sekali dengan guru bahasa Perancis. Mereka dianugerah terus Ijazah Sarjana Muda. Oleh kerana ketika itu saya bertanggong jawab mengenai Biasiswa maka apabila pulang ke Kuala lumpur kami memadu usaha untuk memohon kebenaran masuk ke University tempatan dan menyempurnakan hingga ke peringkat Ijazah sarjana Muda. Dipendekan cerita, alhamdulilah kami berjaya dan sejak itu kami berhubung dari masa kemasa.
Saya kagum dengan kegigihan mereka untuk meningkatkan keterampilan mereka. Saya cuba membela kepentingan kerjaya mereka seberapa yang boleh walaupun saya terpaksa "bend the rules' pada beberapa hal. Alhamdulilah, Allah tidak mensia-siakan usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Selalu saya katakan semasa bekerja dahulu bahawa peraturan-peraturan perkhidmatan boleh di lentur mengikut keadaan. Kita harus kreatif dalam menjalankan tugas. Jangan sentiasa 'lurus bendul'. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Yang saya rasa agak terkilan mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran Bahasa Asing di kementerian ialah mereka tidak mendapat peruntukan bujet yang sewajarnya. Dari segi keutamaan ia jauh di belakang. Apabila mereka bercerita tentang apa yang berlaku kini, saya dapati ia seperti masih ditahap yang sama. Kalau begitu mana mungkin Rakyat Malaysia kita menerajui kepimpinan di forum-forum antarabangsa. Ramai rakyat Malaysia hanya 'hebat' dalam bahasa Inggeris. Yang lainnya amat terhad. Seharusnya dasar ini dilihat semula sekiranya Malaysia mahu teserlah di pentas antarabangsa. Jangankan bahasa Eropah yang tidak diberi perhatian yang secukupnya, Bahasa Arab pun saya dapati tidak ada kepedulian yang memberangsangkan. Saya masih ingat ketika saya memohon bujet yang sepatutnya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM mengambil Bahasa Arab, saya seperti 'dicemoh' dan pihak kepimpinan atasan mengatakan : "Orang tidak minat Bahasa Arab, Ngasobah." Terkejut saya dengan komen seperti itu tetapi apakan daya. Usaha saya terhad. Saya hanya menjawab dan mengatakan dalam beberapa sessi mesyuarat bahawa TIDAK ADA BAHASA ARAB, TIDAK ADA ISLAM. Ia itu bagaimana kita hendak memahami alQuran dan Hadith. Mengapa kita ambil ringan mengenai hal ini. Banyak lagi hal-hal yang saya tidak puas hati yang tidak dapat saya ceritakan kesemuanya di sini. Mungkin dilain kesempatan.
Bahasa adalah alat untuk berdakwah. Saya teringat peristiwa saya menjaga cucu di Tokyo dalam tahun 2007 di mana saya berjumpa beberapa ahli kumpulan Tabligh dari Malaysia yang datang mengunjungi anak menantu saya yang menjadi Imam di Masjid Asakusa. Mereka mengatakan antara masaalah mereka ialah kekurangan ahli yang boleh berbahas Jepun. Ini menyulitkan kerana orang Jepun tidak berapa fasih berbahasa Inggeris. Saya peka dengan masaalah itu kerana di Masjid menantu saya bertugas pun susah hendak mencari buku-buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Jepun. Maka pada hari saya berjumpa dengan guru bahasa Jerman, saya berjumpa juga dengan guru bahasa Jepun dan saya sarankan pada mereka kemungkinan mereka boleh memikirkan untuk menulis buku untuk kanak-kanak dalam bahasa Jepun mengenai Islam. Tidak semestinya buku yang berbentuk Ilmiah tetapi memadai untuk permulaan buku-buku cerita mengenai nabi-nabi, mengenai kewujudan Allah dan sebagainya dalam bentuk yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Semoga ini akan meningkatkan usaha kita menegakan Islam sedunia.
Berbalik kita pada guru bahasa Jerman tadi. Mereka menceritakan tentang beban kerja yang berat dan perihal kekurangan kemudahan pengajaran dan pembelajarn. Saya kata : Tunggu saya jadi Menteri. Kami pun gelak, tetapi gelak ketawa yang membayangkan kekecewaan. Tetapi kami berikrar : 'never lose hope'. Saya teruskan dengan doa dan mereka teruskan dengan doa dan usaha. Semoga Allah membuka minda semua yang bertanggong jawab dan membuat perubahan yang sewajarnya, termasuk perubahan struktur pendidikan. Malaysia negara yang kaya dengan hasil bumi dan berbagai lagi, tetapi kemanakah kekayaan kita itu ditujukan. Hanya Allah yang maha mengetahui dan yang maha adil. Semoga doa-doa kita Allah makbulkan dan rakyat Malaysia tidak sahaja pandai dan bijak tetapi juga berkepedulian untuk memertabatkan orang-orang Islam di Malaysia dan di dunia sana. Selamat maju jaya pada guru-guru seperjuangan. Semoga Allah memudahkan segalanya.
..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam sobah
tepat dan betul kita amat rugi kerana dasar bahasa.My experience with many languages memang ok,kita mampu kuasai jika support system kuat.
Tepat sekali kata-kata ngasobahseliman bahawa di dalam menjalankan tugas :
....peraturan-peraturan perkhidmatan boleh dilentur mengikut keadaan ( why not? kalau ia membawa kebaikan! )
....harus kreatif dalam menjalankan tugas
....jangan sentiasa lurus bendul (jangan terlalu ikut buku, I suppose )
....hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!
Kalaulah semua pegawai tinggi kerajaan bersikap demikian alangkah beruntungnya negara!
Salam Datin. Sekarang ni dah "pandai sikit" rasa nak kata bahawa dasar perlaksanaan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia sebagai Bahasa kebangsaan sebenarnya merugikan orang Melayu. Mungkin pada masa ia dirangka selepas Merdeka dulu "nobody was any wiser". Maka Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dikuasai oleh lain-lain keturunan di Malaysia tetapi orang Melayu duduk ditengah-tengah komunity keturuna Cina tak tahu berbahasa Manderin.Sebenarnya merugikan. Agaknya dahulu semasa merangka dasar, masaalah tidak dilihat dari segi commercial dan lain-lain pertimbangan global. "We only see the small picture, never the big picture".Jika melihat dari dakwah Islam, lagi nampak macam betul-betul rugi kerana kita tidak menguasai banyak bahasa.
Mungkinkah kita boleh berbuat sesuatu sekarang supaya penguasaan berbagai bahasa itu dijadikan sebagai dasar penting untuk negara.Selagi belum Qiamat selagi itu kita belum terlambat.
WaAllahua'lam.
Salam Dear Kerabu Jantung. I am glad You agree with we. Alhamdulilah,Thank you. I learned to think 360 degree kerana agaknya saya keturunan orang susah. I am first generation Malaysian of Indonesian origin (Jawa).Saya dididik oleh Emak Bapak saya supaya mencari jalan seberapa boleh untuk menjalani kehidupan yang serba kekurangan. I learned to be a survivorlist. I alaways learned to empathise, hence I offer help where help is due. Semoga Allah memberi pertolongan pada saya dan pada semua.
Post a Comment