Wahai teman....
Ku dengari cerita mu
Ku selami hati mu
Ku rasai kesunyian mu
Kerana ku pernah lalui jurang dan liku-liku itu
Seperti tiada maya untuk meneruskan esuk
Seperti esuk terowong kosong yang entah kemana penghujung
Wahai teman..........
Cubit peha mu sekuat-kuat hati
Rentap dada mu bertubi-tubi
Agar kau sedar dari mimpi yang ngeri
Agar dapat kau lihat di kaki langit sana masih ada mentari
Yang sinarnya ada walaupun di malam hari
Wahai teman....
Lihatlah dengan mata hati
Sebenarnya kita tidak pernah sendiri
Walaupun kita lari ke hujung dunia cuba menyendiri
Kita diperhati
Dan terus diperhati
Dan kita dikasihi
Selagi kita tidak putus-putus pasrah diri pada Ilahi
Wahai teman......
Janji Allah itu pasti
Kita kembali menyucikan hati
Pada Dia kita yakinkan diri
Dunia ini tidak sempit dan di Sana nanti Rahmat Allah menanti.
................................................................
Surah Ar Rad ayat 28
"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati-hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia."
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
2 comments:
Salam Auntie,
You're very poetic. I, on the other hand, can't create anything like that - not if my life depends on it. Writing, ok jugak la. But poetry? Failure! Hehehehe.
Lovely work. You should get published la auntie!!
Dear Kit, I just enjoy sharing my ideas and points of views even if it is with just one person This is because I am trying to make my mind "intellectually" active and my heart "spiritually" fulfilled. Thanks for visiting.
Post a Comment